Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Penghasilan klip video pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 2 telah


dilaksana. Standard kandungan penghasilan klip video ini adalah membundarkan
sebarang nombor sehingga 1000 ke puluh dan ratus terdekat. Reka bentuk Model
ADDIE telah diguna pakai dalam proses merancang dan menghasilkan video
pembelajaran tersebut. Menurut Noraini Idris (2015), dengan penghasilan video yang
mengandungi animasi, lagu, dan teks yang jelas mampu memotivasikan serta
menarik minat murid untuk mempelajari Matematik. Oleh itu, klip video telah
disebarkan dan survey telah disediakan untuk menilai keberkesanan klip video yang
dihasilkan. Proses penilaian keberkesanan video telah dilaksanankan melalui
instrumen Google Forms oleh tiga puluh orang responden.

REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: MODEL ADDIE


Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan
model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan
perisian dan bahan pengajaran serta pembelajaran berdasarkan keperluan. Model
ADDIE merupakan model beroreintasikan produk. Model ini membantu guru
membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ADDIE merangkumi fasa seperti
berikut:

Analisis

Reka Bentuk

Pembangunan / Perkembangan

Pelaksanaan

Penilaian
Fasa analisis ini melibatkan beberapa aspek seperti analisis keperluan,
tugasan dan strategi. Guru perlu mengenal pasti punca dan masalah yang dihadapi
oleh murid dalam topik pembundaran Matematik. Pengetahuan sedia ada murid
mengenai konsep pembundaran perlu dikenalpasti. Selepas itu, guru perlu
menyediakan media dan bahan yang berkesan dan bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam analisis tugasan, guru perlu mengenal pasti
isi kandungan yang ingin disampaikan. Dalan analisis strategi, guru perlu
mengenalpasti strategi yang ingin digunakan. Guru boleh menggunakan strategi
berpusatkan bahan dengan menayangkan video konsep pembundaran kepada murid.
Video pembelajaran yang dihasilkan paling sesuai kepada murid Tahun 2 kerana
video tersebut dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Matematik Tahun 2. Jenis halangan pembelajaran ialah kekurangan LCD untuk
menayangkan video yang dihasilkan. Pembelajaran akan disampaikan melalui video
yang dihasilkan. Tempoh yang diperlukan untuk video konsep pembundaran ialah 2
hari.

Pada fasa reka bentuk, guru menetapkan objektif pengajaran iaitu murid
dapat membundarkan sebarang nombor hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang
terdekat. Dengan ini, guru dapat merancang klip video berdasarkan objektif tersebut
maka murid akan mempelajari sesuatu yang baharu dan bermakna. Pencapaian
objektif dapat diukur melalui lembaran kerja dan penyoalan soalan kepada murid.
Strategi berpusatkan murid dan bahan ditekan untuk mencapai objektif. Nyanyian
dan penayangan gambar merupakan media yang paling bekesan untuk mengajar
konsep pembundaran. Guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran
penyelesaian masalah dan latihan dalam penghasilan video. Dengan ini, murid
mampu melihat proses pembundaran berlaku dengan jelas. Papan cerita disediakan
untuk mencurahkan idea secara berurutan dan berstruktur.

Dalam fasa pembangunan, guru menyediakan lagu, gambar, lembaran kerja


dan powerpoint mengenai konsep pembundaran. Guru turut memilih tempat yang
bersesuaian unutk merakam reaksi murid selepas murid mendengar penerangan
konsep pembundaran. Guru membuat dan menggabungkan semua media dan muzik
yang diperlukan untuk menghasilkan video. Guru menggunakan lagu, gambar, video
animasi, powerpoint dan ganjaran untuk menghasilkan video. Kandungan bahan
media ialah lagu, gambar dan permainan yang sesuai kepada murid Tahun 2 supaya
murid mampu menguasai standard pembelajaran tersebut adalah penting.
Penggunaan media dan kaedah tersebut mampu menarik dan memotivasikan murid
untuk belajar. Laras bahasa yang jelas dan mudah difahami perlu ditekankan untuk
keselesaan murid. Untuk memenuhi gaya pembelajaran murid yang berbeza,
perancangan video pembelajaran tersebut dijalankan dengan melibatkan kecerdasan
pelbagai seperti ruang, logical, muzik dan kinestetik.

Pada fasa pelaksanaan, video yang disediakan akan digunakan atau


dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Video mengenai konsep pembundaran akan
ditayangkan kepada murid Tahun 2. Video ini boleh digunakan sepanjang masa
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana video ini
mengandungi penerangan, contoh soalan pembundaran dan lembaran kerja.
emerlukan penyertaan pelajar dicapai dalam video pembelajaran tersebut dengan
penglibatan murid untuk berfikir aktif menggunakan kiub yang dibekalkan. Penilaian
pencapaian murid dijalankan secara informal pada tamat pengajaran untuk
mengetahui tahap penguasaan murid.

Fasa penilaian dibahagikan kepada penilaian formatif dan penilaian sumatif.


Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE untuk memastikan
keberkesanan video yang dihasilkan. Selepas menerangkan konsep pembundaran,
guru menanyakan murid sama ada mereka faham atau tidak. Penilaian sumatif
memerlukan maklum balas murid mengenai isi kandungan, strategi dan elemen
multimedia melalui kaedah temu bual, dan pengujian. Lembaran kerja yang
disediakan pada akhir video pembelajaran tersebut dapat menguji kefahaman murid
dalam konsep pembundaran dan keberkesanan video yang dihasilkan. Melalui video
ini, kekeliruan murid dalam konsep pembundaran dapat diselesaikan. Murid dapat
menguasai dan memahami konsep pembundaran secara mendalam. Perubahan
yang saya rasa perlu dilaksanakan ialah menterjemahkan lagu pembundaran bahasa
Inggeris kepada bahasa Malaysia.

PROSES PENYEBARAN VIDEO DAN URL SURVEY

Proses penyebaran video dilaksanakan melalui media sosial iaitu Youtube.


Video pembelajaran Tahun 2 mengenai pembundaran sebarang nombor sehingga
1000 ke puluh dan ratus yang terdekat boleh ditonton melalui URL berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=VDKE4BXmvTQ.
Proses penyebaran URL survey dijalankan melalui media sosial seperti
Facebook Whatapps, Wechat dan Telegram kepada responden. Responden hanya
perlu menekan URL untuk membuat penilaian terhadap video saya. Berikut
merupakan URl survey untuk penilaian keberkesanan video pembelajaran saya:

PENGENALAN DAN PROSES MEMBUAT INSTRUMEN PENILAIAN


KEBERKESANAN VIDEO PEMBELAJARAN
Instrumen yang digunakan untuk membuat penilaian keberkesanan video
pembelajaran saya adalah melalui Google Forms. Responden membuat penilaian
pada URL berikut https://tinyurl.com/videomatematik. Penilaian dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu semakan reka bentuk instruksi daripada pedagogi dan strategi,
teori dan amalan serta kosmetik. Tajuk diperkenalkan pada muka surat hadapan
dengan penjelasan kegunaan borang tersebut. Seterusnya, nama dan alamat e-mel
diperlukan untuk setiap responden. Satu nama dan alamat e-mel hanya boleh
menjawab satu set penilaian soal selidik. Penambahan soalan dijalankan dengan
menekankan ikon pertama. Penambahan tajuk dan penjelasan dijalankan dengan
menekankan ikon kedua. Penyebaran video pada Google Forms dijalankan dengan
menekankan ikon keempat dan membahagikan soalan kepada beberapa bahagian
dijalankan dengan menekankan ikon kelima. Proses penilaian keberkesanan media
yang dihasilkan telah dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi
Google Forms. Responden boleh membuat pilihan pada linear scale dari satu
(sangat tidak setuju) hingga lima (sangat setuju) untuk menunjukkan kepuasan
terhadap video pembelajaran. Komen dan pandangan responden digalakkan untuk
penambahbaikan.

PENILAIAN KEBERKESANAN VIDEO PEMBELJARAN KONSEP


PEMBUNDARAN
Pengumpulan data dilaksanakan secara automatik oleh Google Forms selepas
responden menjawab soal selidik tersebut. Senarai nama dan alamat e-mel
responden dipaparkan mengikut giliran menjawab soal selidik. Responden perlu
mengisi nama dan alamat e mel untuk mengelakkan responden menjawab melebihi
sekali. Responden perempuan dalam soal selidik saya adalah lebih banyak daripada
lelaki iaitu 66.7& berbanding dengan 33.3%. Graf peratusan mengenai setiap soalan
telah dipaparkan secara sistematik mengikut skala masing-masing.
BAHAGIAN SATU
Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
Setuju Pasti Setuju Tidak
Setuju
Video pembelajaran ini sesuai 80 20
digunakan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka
Kemahiran menggunakan video 83.3 16.7
pengajaran dan nota rujukan
dapat mevariasikan kaedah
pengajaran
Video pembelajaran ini 76.7 23.3
menggalakkan pembelajaran
secara konstruktif

Secara keseluruhannya, video pembelajaran tersebut sesuai untuk digunakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran Tahun 2 Matematik. Lagu Matematik
boleh digunakan untuk mengingat syarat pembundaran dengan mudah. Penerangan
dan contoh konsep pembundaran mudah difahami. Lembaran kerja yang disediakan
sesuai untuk mengukur tahap murid dalam konsep pembundaran. Penggunaan video
tersebut mampu memberi inspirasi kepada murid untuk belajar pembundaran.
Perancangan isi kandungan video ini adalah berkesan untuk menggalakan
pembelajaran secara konstruktif.

BAHAGIAN 2
Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
Setuju Pasti Setuju Tidak
Setuju
Pembangunan maklumat 76.7 23.3
menjadi lebih mudah kerana
video mengandungi gambar
dan teks yang mudah
Reka bentuk antara muka 70 30
mengurangkan beban memori
pengguna yang berkaitan
dengan pemprosesan
maklumat.
Durasi video adalah 83.3 16.7
bersesuaian
Urutan penyampaian video 86.7 13.3
adalah sistematik

Secara ringkasnya, penggunaan gambar akan memudahkan murid belajar


konsep pembundaran serta laras bahasa yang digunakan sesuai untuk murid Tahun
2. Lakonan dalam video dapat mengurangkan beban murid kerana lakonan tersebut
menyerupai situasi sebenar. Durasi video adalah bersesuaian dengan isi kandungan
yang ingin diajarkan. Oleh itu, murid tidak berasa bosan dan terbeban dengan isi
kandungan yang terlampau banyak. Perancangan sebelum menyediakan video
menyumbangkan kepada urutan penyampaian video yang sistematik.

BAHAGIAN 3
Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
Setuju Pasti Setuju Tidak
Setuju
Paparan antara muka 86.7 13.3
menggunakan warna yang
sesuai
Audio latar belakang yang 80 20
sesuai dengan video
pembelajaran
Teks yang mudah dibaca dan 80 20
mempunyai saiz yang sesuai
Gaya persembahan video 83.3 13.3 3.3
pembelajaran ini dapat menarik
minat pelajar
Video dapat diakses dan 83.3 13.3 3.3
beroperasi dengan sempurna

Secara keseluruhannya, warnan yang saya pilih untuk menghasilkan video


adalah sesuai.. Audio latar belakang yang digunakan sesuai dengan video saya dan
tidak mengganggu suara narasyen apabila menjelaskan konsep pembundaran. Teks
yang saya gunakan dalam video mudah difahami dan ringkas. Murid Tahun 2 akan
berasa video ini sangat menarik dan mereka mempunyai inkuiri untuk menonton dan
belajar daripada video. Klip video yang dihasilkan adalah lancar sepanjang ditonton.

Komen dan pandangan diberikan oleh responden sebelum menghantar soal


selidik tersebut. Berdasarkan komen dan pandangan yang diberikan oleh responden
terhadap video tersebut, kekuatan dan kelemahan didapati video tersebut. Antara
kekuatan ialah laras bahasa yang sesuai dan pengenalan strategi serta kaedah yang
memudahkan murid belajar pembundaran. Penggunaan media dan bahan yang
seperti gambar, permainan dan lagu memudahkan murid dalam penguasaan konsep
pembundaran. Lagu boleh dinyanyikan membolehkan mudah mengingat dan
mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah seharian. Penilaian secara informal
dengan soalan yang diberikan juga berfungsi untuk mengetahui tahap pencapaian
murid. Semangat inkuiri murid dapat dibangkitkan untuk belajar konsep
pembundaran. Responden juga telah mempelajari pelbagai pengetahuan daripada
video yang telah saya hasilkan. Laras bahasa yang digunakan murdah difahami
supaya murid tidak akan berasa beban semasa belajar konsep pembundaran.
Kekuatan secara keseluruhannya, klip video tersebut amat menarik dan sesuai untuk
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta panduan mengajar.

Antara kelemahan ialah ketidaksempurnaan mencapai objektif. Hal ini


demikian kerana video hanya menunjukkan membundarkan ke puluh yang terdekat,
tetapi dalam objektif saya ialah membundarkan ke puluh dan ratus yang terdekat.
Kemungkinan murid akan menghadapi masalah apabila membundarkan nombor ke
ratus yang terdekat. Selain itu, lagu pembundaran saya adalah dalam bahasa
Inggeris. Oleh itu, mungkin terdapat murid yang tidak memahami lirik lagu tersebut
dengan jelas.

Cadangan menambahbaikan adalah menterjemahkan lagu pembundaran


kepada bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami dengan lebih mendalam.
Di samping itu, contoh soalan pembundaran perlu ditambah. Dengan ini, murid akan
terdedah dengan lebih banyak soalan supaya pengetahuan mereka terhadap konsep
pembundaran dapat dikukuhkan.
KESIMPULAN
Penilaian keberkesanan klip video pembelajaran saya dijalankan dengan
berjaya melalui 30 responden untuk menjawab soal selidik tersebut. Penggunaan
reka bentuk Model ADDIE sangat sesuai sebagai panduan dalam merancang
sesuatu video pembelajaran atau proses pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan
yang terdapat dalam klip video hendaklah dikukuhkan lagi manakala kelemahan
yang yang yerdapat pada video pembelajaran perlu ditambahbaikan secara mungkin.
Komen yang diberikan dapat memberi inspirasi dan membantu saya dalam
menghasilkan klip video yang lebih berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai