Anda di halaman 1dari 14

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN
Pelajar abad ke-21 tidak lagi sesuai dengan cara pengajaran pada zaman 70-an
yang semata-matanya berpusatkan kepada guru. Justeru, selaras dengan
perkembangan teknologi maklumat, bidang pendidikan turut mengalami anjakan
paradigma di mana situasi pembelajaran sekarang tidak lagi sama seperti dahulu
malah menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan sepenuhnya.
Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
merancang dan melaksanakan banyak usaha untuk meningkatkan keberkesanan
dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Antaranya seperti membina portal
e-Guru yang membekalkan video untuk dijadikan panduan dalam PdP. Di samping
itu, KPM turut merangka satu instrumen untuk menilai kualiti PdP, iaitu Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Justeru, sebagai bakal pendidik, kita juga
perlu memantapkan diri supaya boleh mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan.
Dalam konteks ini, guru boleh merujuk kepada model reka bentuk pengajaran
seperti Model Reka Bentuk ASSURE untuk proses merancang, memilih, melaksana
dan menilai pengajaran. Dengan itu, proses PdP akan berjalan dengan lebih lancar
dan bersistematik. Model reka bentuk pengajaran ini penting kepada guru untuk
melaksanakan tugas dengan berkualiti.
2.0 ESEI
2.1 Media Pengajaran

Rajah 2.1.1: Arahan memasang kit model

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rajah 2.1.2: Subtitle untuk panduan memasang kit model


Video ini menayangkan cara memasang kit model kereta. Ini merupakan
antara topik yang akan diajarkan dalam kelas Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
tahun 4. Dalam video ini, ia telah membuat subtitle sebagai penjelasan kepada
tingkah laku/pergerakan dalam video. Selain itu, video ini juga menunjukkan
visual cara untuk memasang kit model.
Langkah 1: Memasang perekat kit kereta.
Langkah 2: Memasang gear ke dalam video.
Langkah 3: Memasang roda.
Langkah 4: Memasang motor dan gear.
Memasukkan tayar hadapan dan belakang.
Masukan gear di kawasan tayar belakang bersambungan dengan
tayar belakang.
Pastikan pemasangan tayar kemas dan tidak longgar.
Langkah 5: Masukan bateri dan pengunci bateri.
Kunci bahagian cover dan badan kereta supaya ia tidak
tertanggal.

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.2 Kriteria Pemilihan Video


Media pengajaran merupakan medium atau saluran kepada seseorang
guru untuk menyampaikan mesej kepada muridnya. Justeru, pemilihan
media merupakan satu proses yang kompleks dan penting dalam
memastikan kejayaan PdP.
Pemilihan video ini untuk dijadikan media pengajaran adalah disebabkan
ia menepati objektif pembelajaran. Dalam konteks ini, video ini selaras
dengan objektif pembelajaran bab 2 Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), iaitu
memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. Video
ini telah menunjukkan cara untuk memasang komponen kit model. Dengan
kata lain, pemilihan media ini bersesuaian untuk membantu guru mencapai
objektif pembelajaran kelas tersebut.
Di samping itu, video yang dijadikan media pengajaran juga seharusnya
mempunyai maklumat yang menepati isi kandungan pengajaran dan
dikemaskini (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim, dan
Rosnah Ahmad Zain, 2009). Dalam perkara ini, langkah-langkah
pemasangan kit model dalam video adalah tepat dan sama dengan modul
pengajaran RBT. Dengan itu, video ini boleh dikatakan mempunyai kreatibiliti
dari aspek maklumatnya.
Selain ketepatan, pemilihan video juga sepatutnya sesuai dengan
tahap pembelajaran pelajar. Dalam perkara ini, jangka masa siaran video
ini adalah pendek dan tidak melebihi 3 minit. Tambahan pula, video ini turut
merangkumi penerangan ringkas secara tulisan tentang langkah
memasangkan kit model yang boleh membantu meningkatkan lagi
pemahaman pelajar terhadap cara memasang kit model. Aspek ini penting
untuk memastikan keberkesanan hasil pembelajaran. Pernyataan ini
disokong oleh Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim, dan
Rosnah Ahmad Zain (2009).
Sejajar dengan itu, aspek-aspek kualiti teknikal turut dipertimbangkan
semasa pemilihan media (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim,
dan Rosnah Ahmad Zain, 2009). Dalam konteks ini, grafik video yang telah
dipilih ini jelas dan mudah difahami oleh pelajar untuk menonton cara
memasang kit model. Justeru, video ini boleh membantu guru untuk
memberi gambaran konkrit kepada pelajar dalam proses pengajaran caracara memasang kit model.
3

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Akhir sekali, penggunaan video ini sebagai media pengajaran boleh


menjimatkan kos, masa dan tenaga. Hal ini demikian kerana video ini boleh
digunakan untuk mengantikan bahan cetakan yang memerlukan kos kertas
dan pencetakan. Justeru, penggunaan video ini boleh membantu guru
mengurangkan kos pengajarannya serta memberikan manfaat kepada
pelajar.
2.3 Model Reka Bentuk ASSURE
Model Reka Bentuk ASSURE merupakan model instruksional yang
dipelopori oleh Heinich, Molenda, dan Russell pada tahun 1989 untuk
membantu guru dalam perancangan pengajaran yang boleh memanfaatkan
penggunaan media di dalam bilik darjah. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,
Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad, dan Wan Kamaruddin Wan Hassan (2009)
menjelaskan bahawa model ini merupakan satu model rancangan
pengajaran berasaskan bilik darjah.
Analyze Learners (Analisis Pelajar)
Langkah pertama dalam Model Reka Bentuk ASSURE adalah
menganalisis pelajar. Hala Ibrahim Hassan Ahmed (2014) menjelaskan
bahawa langkah pertama dalam perancangan adalah khususnya untuk
mengenalpasti pendengar (pelajar). Langkah pertama ini penting supaya
kita boleh merancang pengajaran atau media yang paling sesuai untuk
mencapai objektif pengajaran kita. Dengan itu, Noriati A, Boon, Sharifah
Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009) memberikan beberapa panduan
dalam menganalisis pelajar, antaranya ciri umum pelajar, pengetahuan atau
pengalaman sedia ada, dan gaya belajar.
Dalam konteks ini, penggunaan video sebagai media pengajaran adalah
lebih sesuai kepada pelajar visual yang lemah penguasaan bahasa tetapi
lebih mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Pernyataan ini
turut disokong oleh Noriati, Boon dan Sharifah Fakhiriah (2012). Tambahan
pula, kepada pelajar Tahun 4 yang dikategorikan sebagai Peringkat Operasi
Konkrit berdasarkan Teori Perkembangan Jean Piaget, pembelajaran perlu
dijalankan secara konkrit di mana pelajar melaksanakan pembelajaran ke
4

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

atas objek lain tetapi tidak pada pemikiran sendiri. Dengan itu, penggunaan
video sesuai digunakan untuk membantu mereka belajar dengan lebih
efisien.
State Standards and Objektives (Nyatakan Standard dan Objektif)
Langkah yang seterusnya dalam model ASSURE adalah menyatakan
standard dan objektif untuk pengajaran secara khususnya (Smaldino,
Lowther, Russell, 2012). Dengan kata lain, selepas mengenali ciri-ciri
pelajar, guru seharusnya menyatakan objektif pengajaran dan bentuk
keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan itu, Noriati,
Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009) telah menyatakan
empat kriteria pernyataan objektif yang baik:

d.

a. Siapakah yang hendak capai (kumpulan sasaran)?


b. Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
c. Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap
sudah dikuasai?)
Pernyataan standard dan objektif ini diperlukan dalam perancangan
pengajaran disebabkan ia merupakan asas kepada guru untuk memilih
media dan kaedah penyampaian yang sesuai, menyediakan persekitaran
pembelajaran yang memberangsangkan, serta membuat penilaian terhadap
pencapaian pembelajaran. Hal ini juga disokong oleh Noriati, Boon, Sharifah
Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009).
Pemilihan video sebagai media pengajaran adalah untuk mencapai
objektif pembelajaran bab 2 Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4, iaitu
memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. Video
yang dipilih adalah sebagai manual yang dijadikan panduan kepada pelajar.
Hal ini juga disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Justeru,
penggunaan video adalah untuk dijadikan medium bagi memberangsangkan
keupayaan pelajar.

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Select Strategies, Technology, Media, and Materials (Pilih kaedah,


teknologi, media, dan bahan sumber)
Menurut Smaldino, Lowther, dan Russell (2012, pg 39), selepas
menganalisis pelajar dan menyatakan objektif, guru berperanan untuk
menyambungkan titik permulaan (pengetahuan sedia ada pelajar) dengan
titik penamatan (hasil pembelajaran). Dengan itu, adalah tanggungjawab
guru untuk membina sebuah jabatan antara dua titik tersebut dengan
memilih kaedah, teknologi, media dan bahan sumber yang sesuai untuk
mencapai objektif tersebut.
Dengan itu, menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan
Kamaruddin (2009, pg 50), proses pemilihan media, kaedah dan bahan
sumber merangkumi 3 langkah, iaitu membuat keputusan tentang kaedah
yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format
media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih, serta memilih, mengubah
suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Secara ringkasnya, pemilihan media perlulah selaras dengan objektif
yang dinyatakan dan kaedah pengajaran yang dipilih. Justeru, pemilihan
video ini sebagai media pengajaran adalah relevan dengan objektif dan
kaedah pengajaran. Dalam konteks ini, strategi pengajaran untuk bab ini
sememangnya lebih kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan
pembelajaran hands-on. Dengan itu, untuk memastikan pelajar dapat
mencapai objektif bab ini, maka pemilihan video ini adalah sesuai untuk
digunakan sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada
pelajar.
Utilize Technology, Media, and Materials (Gunakan teknologi,
media, dan bahan sumber)
Langkah ini menekankan kepada cara guru memanfaatkan teknologi,
media dan bahan sumber yang telah dipilihkan pada langkah sebelum ini.
Dalam langkah ini, Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin
(2009), telah menyatakan beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh guru
bagi memastikan kejayaan penggunaan teknologi, media dan bahan
6

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

sumber. Antaranya, pratonton bahan sumber sebelum menggunakannya


dalam kelas, sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas, sediakan
persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber, sediakan
pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber, dan akhir sekali
adalah sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. Tindakan-tindakan
ini juga dinyatakan dalam Smaldino, Lowther, Russell (2012) yang dijelaskan
sebagai 5 Ps process.
Dengan itu, sebelum guru memasuki kelas menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran, guru telah memahami isi kandungan video
dan menentukan pada langkah pertama yang akan digunakan video ini
sebagai media pengajaran. Hal ini demikian kerana isi kandungan video
adalah lebih sesuai dijadikan sebagai manual kepada murid untuk
memasang kit model, iaitu merupakan langkah pengajaran yang pertama
dalam modul RBT. Di samping itu, sebelum memasuki kelas, guru juga perlu
menyediakan komputer riba, LCD, dan speaker supaya video ini boleh
ditayangkan semasa kelas sedang dijalankan. Tambahan pula, guru akan
melaksanakan set induksi yang menunjukkan kit model yang berfungsi bagi
menarik minat pelajar agar mereka bersedia untuk menjalankan kelas pada
hari tersebut.
Require Learners Participation (Melibatkan pelajar)
Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009, pg 53)
mengatakan bahawa:
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir
secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini
disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun
teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum
hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina
pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang
paling berkesan.
Justeru, dalam langkah ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang boleh
melibatkan pelajar, misalnya sesi soal jawab atau perbincangan. Sejajar
7

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

dengan itu, guru juga perlu memberi maklum balas sekiranya pelajar
menghadapi masalah semasa pemasangan. Hal ini adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar merasai kejayaan dalam proses pemasangan dan
ini dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran
(Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin, 2009).
Evaluate and Revise (Penilaian dan semak semula)
Langkah terakhir dalam model ASSURE adalah penilaian dan
menyemak semula perancangan. Menurut Smaldino, Lowther, Russell
(2012), langkah ini penting untuk pembangunan kualiti instruksional, namun
langkah ini sering diabaikan. Hal ini demikian kerana, tanpa langkah ini,
mustahil untuk kita mengetahui sejauhmana kejayaan instruksional yang
digunakan atau cara menambahbaikan strategi pengajaran yang gagal.
Penilaian dan semakan semula seharusnya dilakukan pada kedua-dua
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah untuk
memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber adalah sesuai
dengan keupayaan pelajar. Dalam konteks ini, penilaian semasa proses PdP
boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Justeru,
melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani
masalah pembelajaran boleh diambil supaya membawa pelajar ke arah
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah dijelaskan
dalam Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009).
Dengan itu, berdasarkan pemilihan video tersebut, guru boleh
menggunakan penilaian informal seperti penilaian melalui hasil kerja pelajar,
pemerhatian, soal jawab dan aktiviti kumpulan pembentangan untuk menilai
tahap pencapaian objektif pelajar. Manakala, penilaian pengajaran pula
boleh dilakukan selepas kelas. Dalam konteks ini, guru boleh membuat
refleksi bagi melihat semula perancangan, tindak balas pelajar terhadap
aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Cara-cara ini
telah disokong dalam Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan
Kamaruddin (2009).

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.4 Peranan Portal


Portal dikatakan merupakan satu medium yang membolehkan proses
PdP mencapai tahap optimum. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Nurjannah (2009).
Dalam konteks ini, portal dijelaskan sebagai satu pintu gerbang kepada
pengaksesan maklumat. Maksudnya, titik permulaan bagi pengunjung untuk
mengakses kepada maklumat yang ingin dicapai (Zainal, 2013). Dengan itu,
portal berperanan sebagai satu saluran kepada guru dan pelajar mengakses
maklumat pembelajaran dari pelbagai sumber dengan cara yang efisien (Ho,
2002). Hal ini demikian kerana portal telah menguruskan maklumat secara
tersusun berdasarkan kepada jenis atau kategori. Misalnya, portal e-Guru
merupakan satu satu portal yang kementerian yang memaparkan video
berkaitan dengan PdP, di mana sesuai untuk guru untuk terus mengakses
strategi pengajaran di portal ini.
Portal membekalkan maklumat yang luas skop kepada pengguna (Ho,
2002). Hal ini demikian kerana portal mengumpul maklumat releven dari
pelbagai sumber. Secara tidak langsung, portal juga menjadi satu platform
untuk meningkatkan prestasi guru dan pelajar (Mohd. Ramsul, 2013). Ini
disebabkan warga pendidik boleh mengakses kepada maklumat atau
pengetahuan dalam masa yang singkat dan mudah melalui portal.
Dalam meniti arus kemodenan ini, portal juga boleh digunakan sebagai
satu tarikan kepada pembelajaran anak muda. Hal ini demikian kerana
penggunaan portal melibatkan teknologi dan lebih bersifat kepada
pengajaran hands-on, di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat sendiri.
Justeru, guru boleh menggunakan portal sebagai satu saluran untuk
memberi nota, latihan atau bank-bank ujian kepada pelajar (Mohd. Ramsul,
2013). Dengan itu, keadah pengajaran ini lebih tertarik dan kongruen
dengan kaedah pembelajaran pada masa depan.
Sejajar itu, portal juga berperanan sebagai satu saluran untuk
menggalakkan pembelajaran kendiri (ISL). Hal ini demikian kerana pelajar
boleh mengulang kaji tajuk-tajuk yang diajarkan dalam kelas tanpa kekang
oleh faktor masa dan tempat (Nurjannah, 2009). Pelajar boleh mengkaji
tajuk tersebut secara bebas sehingga menguasai. Di samping itu, portal juga
boleh berfungsi untuk menghubungkan guru dan pelajar selepas kelas. Ini
disebabkan portal menyediakan kemudahan untuk perbincangan.
10

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.5 Aspek 4.7 Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


Menurut KPM, SKPM merupakan instrumen untuk menilai dan
menentukan standard kecemerlangan sekolah. SKPM 2010 mengandungi 5
Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada
pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan. Dalam konteks ini,
Standard 4 SKPM merujuk kepada piawaian yang menjuruskan peranan
guru dalam memberikan proses PdP yang berkualiti tinggi. Dengan itu,
dalam konteks Standard 4 telah menyenaraikan 12 aspek yang perlu
dilaksanakan oleh guru untuk mencapai hasrat kecemerlangan. Antaranya
Aspek 4.7 dalam Standard 4 SKPM telah menegaskan 3 kriteria
penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan
pembelajaran murid.
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, guru perlu merujuk kepada
model reka bentuk instruksional misalnya model ASSURE untuk
memastikan perancangan PdP boleh berjalan dengan berkesan. Justeru,
untuk mencapai hasrat pendidikan yang memberangsangkan pemikiran
pelajar, guru sepatutnya menganalisis pelajar dan menentukan objektif PdP
sebelum memilih sumber pendidikan. Maksudnya, cara pemilihan dan
persediaan sumber pendidikan sepatutnya perlu selaras dengan tahap
kemampuan dan kesesuaian pelajar.
Seterusnya, pada era teknologi ini, penggunaan video ini juga boleh
digunakan sebagai satu tarikan kepada pelajar. Hal ini demikian disebabkan
cara pembelajaran era ini berbeza dengan masa yang lepas, di mana guru
hanya perlu memberikan maklumat kepada pelajar. Namun demikian,
pelajar abad ke-21 sekarang lebih menjuruskan penggunaan teknologi
seperti penggunaan bahan elektronik (video) sebagai medium untuk belajar.
Justeru, penggunaan video ini bertujuan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif bagi mengoptimunkan hasil pembelajaran
pelajar.
Di samping itu, guru juga tidak mengabaikan aspek keselamatan
penggunaan sumber pendidikan. Dalam aspek ini, guru perlu berjaga-jaga
dengan kedudukan murid agar tidak mendekati dengan plug yang digunakan
untuk menyambung komputer riba. Walau bagaimanapun, guru tetap boleh
memberi peluang dan mendidik pelajar untuk cuba mengawal penayangan
11

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

video agar pelajar abad ke-21 dapat hands-on dalam pembelajaran. Ini
dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman konteks.
Secara keseluruhannya, Aspek 4.7 dalam SKPM merupakan satu
panduan kepada guru dalam proses merancang, memilih, dan
menggunakan sumber pendidikan bagi memastikan hasil pembelajaran
boleh dicapai secara optimun.
3.0 PENUTUP
Rumusannya, penggunaan video sebagai satu media pengajaran merupakan
antara satu pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru dalam proses PdP
kepada pelajar abad-21. Namun demikian, dalam proses ini, guru perlu membuat
perancangan supaya penggunaan video ini secara optimun dan bermanfaatkan
kepada pelajar. Untuk memastikan ini, guru boleh merujuk kepada garis panduan
yang diberikan dalam Model Reka Bentuk ASSURE dan SKPM. Di samping itu,
guru juga boleh menggunakan portal sebagai satu saluran untuk membantu pelajar
mendapatkan maklumat tambahan secara inkuiri.

12

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rujukan
Hala Ibrahim Hassan Ahmed. (2014). The ASSURE model lesson plan. Unpublished
doctoral dissertation. University of Khartoum.
Ho, P.T. (2002). Development of the HKU campus portal. Unpublished doctoral
dissertation. University of Hong Kong.
Malaysia, Kementerian Pelajaran. (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010.
Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Retrieved on August 2, 2015, from
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3/spsk042015/PK
%2004%20PENGURUSAN%20PENCERAPAN/LAMPIRAN/DOKUMEN
%20SKPM%202010.pdf
Malaysia, Kementerian Pelajaran. (2013). Modul pengajaran reka bentuk dan teknologi
tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Mohd. Ramsul Abd. Rahiman. (2013). Karangan berpandu (kebaikan pembelajaran
menerusi e-pembelajaran). Retrieved August 9, 2015, from
http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/03/karangan-berpandu-kebaikanpembelajaran.html
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim, Rosnah Ahmad Zain. (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin
Wan Hassan. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan
alam belajar edisi kemas kini. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nurjannah Berhannudin. (2009). Membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan
moodle bagi tajuk Photosynthesis tingkatan dua. Master Dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved July 26, 2015, from
http://eprints.utm.my/10223/2/Nurjannah_binti_Berhannudin.pdf
Smaldino, S.E, Lowther, D.L, Russell, J.D. (2012). Instructional techonology and media
for learning. Boston: Pearson.
Zainal Hakim. (2013). Pengertian web portal. Retrieved July 18, 2015, from
http://www.zainalhakim.web.id/pengertian-web-portal.html

13

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai