Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD ZAHRUL LAIL BIN RABAEI (6PISMP PJK)

KUIZ INOVASI DIGITAL

1.Jelaskan konsep Inovasi?

Menurut Stephen Robbins (1994), mendefinisikan inovasi sebagai suatu gagasan baru
yang diterapkan untuk memperkuat atau memperbaiki suatu produk atau proses dan jasa.
Menurut Everett M. Rogers (1983) pula, inovasi adalah suatu idea, gagasan, praktik atau
perkara yang disedari dan diterima sebagai suatu hal yang baru oleh seseorang atau kelompok
untuk diadaptasi.

Inovasi turut merujuk kepada perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa
sempadan. Inovasi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi
baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dan perubahan dalam prosedur yang boleh
meningkatkan produktiviti. Hal ini turut disokong oleh Noriati(2010), inovasi boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dan
perubahan dalam prosedur yang boleh meningkat produktiviti.

Inovasi dalam pendidikan berlaku dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran,
perkembangan teknologi pengajaran, perkembangan persekitaran pembelajaran, reka bentuk
resos dan pentaksiran pembelajaran.
2.Terangkan faktor- faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan

Antara faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan adalah perubahan visi
terhadap pendidikan iaitu merujuk kepada perubahan kurikulum. Kurikulum sekolah merupakan
panduan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah. Oleh itu,
kurikulum sekolah dipandang sebagai sesuatu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam
proses mengajar di sekolah, sehingga dalam pelaksanaan inovasi pendidikan sekalipun,
kurikulum memegang peranan yang sama dengan unsur-unsur lain dalam pendidikan. Tanpa
wujudnya kurikulum dan tanpa program serta silibus yang ada di dalamya, maka inovasi
pendidikan tidak akan berlaku bersesuaian dengan tujuan inovasi itu sendiri. Justeru, dalam
inovasi pendidikan, sesuatu perubahan itu perlulah sesuai dengan perubahan kurikulum bagi
membolehkan objektif inovasi pendidikan itu tercapai.

Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan adalah faktor
perkembangan ilmu pengetahuan. Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini,
perkembangan ilmu pengetahuan secara akumulatif juga turut bergerak pantas Contoh yang
dapat dilihat dalam bidang pendidikan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan ialah dengan
memasukkan perkembangan teknologi ini ke dalam kurikulum sekolah. Walaupun kemajuan
teknologi dalam kurikulum ini turut menyumbang kepada perkara- perkara negatif dalam
kalangan pelajar, namun masih terdapat beberapa perkara positif yang dapat dilihat.
Contohnya, penggunaan media interaktif dapat meningkatkan minat murid untuk belajar dan
membuat latihan hasil daripada gabungan animasi, video serta gambar yang ada dalam media
tersebut.
3.Huraikan 2 elemen penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan model CIPP

Model CIPP telah digunakan oleh ramai penilai dalam membuat penilaian keberkesanan
program dan kurikulum di institut pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Ini disebabkan
model ini direka bentuk untuk tujuan penambahbaikan serta membuat keputusan berkaitan
sesuatu program. Terdapat beberapa elemen penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan model CIPP.

Pertama, elemen penilaian dari aspek konteks. Konteks merujuk kepada aspek yang
perlu ada pada seseorang guru itu sebelum mereka melaksanakan sesuatu pengajaran.
Elemen yang dinilai dalam dimensi konteks ialah tahap pengetahuan tentang konteks dalam
kalangan guru. Contohnya, sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, saya perlu mengajar
tajuk kemahiran membaling dalam bola baling di mana ianya memerlukan saya untuk
mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk melakukan kemahiran seperti membaling
aras bawah, membaling aras dada dan membaling atas kepala. Saya akan menggunakan
inovasi Qr Code di mana ianya akan terus merujuk kepada video saya melakukan kemahiran-
kemahiran tersebut. Teknik- teknik yang ditunjukkan dalam video tersebut adalah amat penting
bagi memastikan sesuatu pergerakan itu berlaku secara licin dan lancar serta dapat
diperhatikan oleh murid-murid dengan lebih mudah.

Kedua, elemen proses. Proses merujuk kepada pelaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran
itu. Contohnya, tajuk pengajaran saya pada hari tersebut adalah Kemahiran Membaling. Saya
merancang pengajaran saya pada hari tersebut untuk kelas 5 Cerdik dengan murid seramai 30
orang murid. Kelas akan berjalan selama 30 minit di padang. Kelas dimulakan dengan
pengenalan set induksi, perkembangan, kemuncak dan juga penutup. Setiap murid perlu
melihat video pengajaran saya dan cuba melakukan pergerakan tersebut di atas padang. Saya
akan membetulkan kesilapan teknik yang dilakukan oleh murid- murid bagi membolehkan
mereka dapat melakukan kemahiran yang diajar. Kemudian, untuk aspek penilaian, saya akan
menggunakan borang penilaian individu untuk menilai tahap kebolehan murid melakukan
kemahiran membaling serta untuk menilai keberkesanan video pengajaran saya. Berdasarkan
elemen proses dalam model CIPP ini, guru dinilai bagi menentukan sejauh mana mereka telah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, menggunakan peralatan dan melaksanakan
penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai