Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK

Pada Praktikum fasa 1 yang lalu,saya diberikan tugas untuk mengajar murid tahun 4
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Berdasarkan pemerhatian saya, didapati murid
saya sukar untuk memahami tentang cara atau teknik untuk memasang khemah dengan
betul dalam topik Mendirikan Khemah. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk menemubual
mereka dan bertanya apa yang menyebabkan topik ini sukar difahami. Hasil temubual
mendapati murid-murid ini sukar untuk memahami topik ini kerana kaedah pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) saya tidak sesuai dan agak membosankan. Oleh itu saya membuat
keputusan untuk mencari maklumat berkenaan aplikasi digital yang mampu menyelesaikan
masalah yang dihadapi ini. Pencarian saya membuahkan hasil apabila saya menemui satu
kaedah yang menggunakan penggabungan video dan audio serta grafik. Satu aplikasi telah
saya temui iaitu ‘Unite AR’ yang mana aplikasi tersebut boleh memuatkan pelbagai jenis
format video atau gambar mahupun animasi 3 dimensi (3D). Setelah idea-idea ini telah
dicambah dan digabungkan, maka saya telah menamakan inovasi ini sebagai “Pocket Code”

Kelebihan “Pocket Code” adalah ia mudah digunakan oleh murid-murid. Hal ini
kerana mereka hanya perlu membuka aplikasi Unite AR di mana-mana jua peranti mudah
alih sama ada telefon pintar mahupun tablet. Selepas itu, ia hanya memerlukan murid untuk
mengakses aplikasi tersebut kemudian mengimbas AR Code iaitu sesuatu gambar yang
telah diprogramkan menjadi sesuatu kod. Unite AR juga boleh disertai dengan memasukkan
pelbagai jenis gambar yang menarik sebagai kod. Kelebihannya inovasi ini adalah
membolehkan murid mengakses pada bila-bila masa dan mudah untuk digunakan. Akhir
sekali, Unite AR juga disertakan dengan pelbagai grafik yang menarik. Grafik ini mampu
menarik minat pelajar dan seterusnya membantu mereka memahami isi pelajaran berkenan
topik Mendirikan Khemah. Ia juga boleh diubahsuai mengikut citarasa guru dan pelajar.

Meskipun, Pocket Code mempunyai banyak kelebihan seperti yang dijelaskan


sebelum ini, ia juga tidak lari daripada kekurangan. Antara kekurangan yang dimiliki Pocket
Code ialah ia memerlukan capaian internet penuh untuk membolehkannya berfungsi. Selain
itu juga, peranti mudah alih yang digunakan oleh murid juga haruslah agak canggih supaya
perisian video yang berdefinisi tinggi dapat diakses. Kemudian, kelemahan yang jelas
didapati pada Pocket Code ialah guru memerlukan latihan khusus untuk menggunakannya
dengan efektif. Sebagai produk inovasi yang masih baru, Pocket Code sukar dikuasai
penggunaannya oleh guru-guru kerana perlu menggunakan capaian internet yang tinggi.
Cadangan penambahbaikan oleh saya ialah kelemahan utama pada Pocket Code
adalah ia memerlukan capaian internet. Sekiranya tiada capaian internet, maka video
interaktif tersebut tidak dapat diakses. Jadi, amat perlulah guru untuk mencari ikthtiar agar
capaian internet di kelas sentiasa pada tahap yang terbaik agar pengajaran dapat dilakukan
dengan jelas dan lancar. Ia juga dapat menarik perhatian murid di dalam kelas khususnya
murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini iaitu mereka mudah berasa bosan ketika
di dalam kelas. Walaupun Pocket Code ini mempunyai kekurangan,saya berharap ia dapat
memberi manfaat kepada semua pengguna tanpa mengira tempat dan waktu.

Anda mungkin juga menyukai