Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENULISAN ILMIAH

1.1 PENGENALAN

Di Malaysia, Matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata pelajaran yang
penting. Matematik memiliki sejarah tersendiri mengenai pembentukan dan kerangka ke
arah menghasilkan satu kurikulum Matematik yang lengkap. Dalam proses
pembentukan kurikulum Matematik, isu akan muncul sebagai halangan. Oleh itu, guru
memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti isu tersebut dan
menyelesaikannya melalui strategi yang berkesan.

1.2 PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

Laporan Razak diperkenalkan pada 1956 untuk mewujudkan sistem pelajaran


yang sama untuk semua kaum. Kementerian Pelajaran menubuhkan Projek Khas pada
tahun 1968. Laporan Projek Khas dibentangkan dan dilancarkan pada tahun 1970.
Projek ini bertujuan untuk memperbaiki mutu pendidikan Matematik dan Sains supaya
selaras dengan perkembangan Matematik Moden di negara maju. Kurikulum Matematik
diseragamkan dengan membentuk Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan
Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) selepas merdeka. Kurikulum ini selari
dengan reform baharu pendidikan matematik di seluruh dunia iaitu Program Matematik
Moden (MPP). Konsep MPP menyarankan kepada pemahaman konsep matematik
berbanding teknik hafalan. Tujuan MPP adalah untuk memperkenalkan tajuk moden
seperti teori set, statistik dan vektor. Pada tahun 1972, topik School Mathmetics Project
(SMP) telah diguna pakai dalam kurikulum Matematik Tingkatan 4 dan 5. Projek
Imbuhan dan INSPIRE dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran Matematik di sekolah luar bandar.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1983. Tujuan
kurikulum ini adalah untuk mengurangkan kandungan Matematik supaya lebih sesuai
dengan kebolehan murid dan mengembangkan kemahiran asas Matematik murid.
Sukatan pelajaran Matematik dibahagikan kepada Aras I dan Aras II. Aras I merupakan
Tahun 1 sehingga Tahun 3 dan mementingkan penguasaan terhadap konsep asas
penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas Matematik. Aras II terdiri daripada
Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta
penyelesaian masalah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada Kurikulum

1
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 selaras dengan kehendak dan
cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat utama
adalah untuk memudahkan murid membina konsep nombor dan menguasai kemahiran
asas mengira. KBSR lebih kepada membantu murid dalam menyelesaikan urusan
harian dan penglibatan dalam perkembangan Matematik. KBSR menekan 3M seperti
menulis, membaca dan mengira dalam Matematik. Kandungan merangkumi nombor,
ukuran, bentuk dan ruang serta statistik.

Pada tahun 1998, sukatan Matematik disemak semula untuk melancarkan


Sekolah Bestari dan memenuhi keperluan teknologi maklumat dalam cabaran Wawasan
2020. Pada tahun 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1, 4 dan 6 rendah. Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2009. Oleh itu, Matematik
diajar dalam bahasa Malaysia.

Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) dilaksanakan.


Dalam KSSR, pemikiran murid mestilah selaras dengan pendidikan kebangsaan
Matematik. Konsep 4M seperti membaca, menulis, mendengar dan menaakul
ditekankan dalam Matematik. Kandungan Matematik merangkumi nombor dan operasi,
sukatan geometri, perkaitan dan algebra serta statistik dan kebarangkalian. KSSR lebih
bersepadu dan mempunyai integrasi serta penerapan nilai murni berbanding dengan
KBSR. Pada tahun 2017, KSSR telah disemak semula. Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran menggantikan Dokumen Standard Kurikulum dan Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid serta digunakan oleh murid Tahun 1 pada 2017.

1.3 ISU PERKEMBANGAN MATEMATIK SEMASA

1.3.1 ISU KAEDAH PENGAJARAN GURU DALAM MATEMATIK

Menurut Effandi (2015), guru masih menggunakan kaedah tradisional dalam


pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pengetahuan yang diajar lebih kepada bentuk
nota dan menghafal. Perbincangan antara murid kurang dijalankan dan hanya
bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik. Murid kurang cenderung untuk
mengembangkan idea kerana pembelajaran hanya berpusatkan guru. Menurut Azura
(2009), kaedah ini kurang menggalakkan murid memberi pendapat sendiri walaupun

2
mereka mempunyai pengetahuan sedia ada melalui pemerhatian dan pengalaman diri.
Penglibatan murid hanya berlaku apabila melaksanakan lembaran kerja. Kaedah
tradisional tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir murid menyebabkan pemikiran
murid tidak selaras dengan pemikiran abad ke-21. Menurut Noor Haniza (2015), kaedah
ini hanya akan melahirkan murid yang berstruktural kuat ingatan untuk menghafal dan
mengingat pengetahuan berbanding memberikan pendidikan holistik yang melahirkan
murid inovatif dan kreatif. Murid hanya perlu mengulangi dan menghafal serta
mencurahkan kembali pengetahuan yang mereka telah belajar. Oleh itu, proses
pembelajaran berlaku secara cetek menyebabkan murid tidak dapat menganalisis dan
menaakul pada soalan aras tinggi.

1.3.2 ISU PELAKSANAAN KBAT DALAM MATEMATIK

Isu pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Matematik ialah
murid terlalu pasif. Dalam usaha mewujudkan suasana KBAT di dalam kelas, guru
memerlukan murid yang aktif untuk melaksanakan kemahiran berfikir di dalam kelas.
Menurut Effandi (2015), murid yang pasif tidak dapat merangsangkan kemahiran berfikir
semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tidak mengeluarkan idea
mereka semasa perbincangan. Menurut Nashrah (2015), murid pasif juga lebih
cenderung untuk mendengar pendapat orang lain dan menghafal daripada memahami.
Dengan sikap yang pasif, murid tidak dapat dilatih untuk menggunakan pengetahuan
sedia ada untuk membuat perbandingan maklumat yang diperoleh. Oleh itu, mereka
tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam soalan KBAT kerana
kekurangan pemahaman yang kukuh terhadap pengetahunan tersebut. Menurut
Lembaga Peperiksaaan Malaysia (2013), pencapaian Malaysia dalam (TIMSS) dan
(PISA) berada di bawah skor purata kerana lebih kurang 60% soalan aplikasi dan
penaakulan yang melibatkan KBAT dalam TIMSS dan PISA. Oleh itu, pencapaian
tersebut telah membuktikan bahawa pencapaian murid amat mengecewakan.

1.3.3 ISU MELAHIRKAN MURID YANG BERFIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM
MATEMATIK
Guru tidak bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran juga menjadi isu
dalam melahirkan murid yang kreatif dan kritis. Hal ini demikian kerana guru kurang
pengetahuan dan kebolehan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam
Matematik. Menurut Nooriza (2015), guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan dan

3
kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk mengajar berbanding pengetahuan
mengenai kemahiran berfikir. Walapun mereka telah menghadiri kursus KBAT, mereka
masih tidak yakin bahawa mereka bersedia dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran
pedagoogi dan sikap untuk mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis dalam
Matematik. Menurut Sukiman (2012), sikap guru yang tidak yakin dibuktikan melalui
penggunaan kaedah tradisional semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan cara pengajaran kemahiran berfikir kritis dan kreatif tidak di ambil berat
oleh guru. Hal ini demikiran kerana guru lebih berfokus kepada pengajaran
berorientasikan peperiksaan berbanding pengajaran yang menitikberatkan kemahiran
berfikir. Guru akan menggunakan pendekatan behaviorisme dengan memberi latihan
tubi kepada murid. Hal ini tidak akan melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif
kerana tidak dapat berfikir di luar kotak. Menurut Nooriza (2015), mengajar murid
menguasai pengetahuan untuk peperiksaan dan mengembangkan daya pemikiran
adalah dua matlamat yang berbeza.

1.4 STRATEGI MENGATASI ISU-ISU MATEMATIK

Strategi untuk mengatasi isu Matematik ialah guru hendaklah mempelbagaikan


strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Norazah (2017), guru boleh
mengubah teknik pengajaran secara chalk and talk kepada kaedah seperti hand-on
learning dan pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran berasakan projek
memerlukan murid untuk bekerjasama menyediakan soalan berkaitan projek dan
mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data
dan menghasilkan laporan. Menurut Noor Haniza (2015), murid akan mengeluarkan idea
yang kreatif dan inovatif serta berinteraksi dengan orang lain semasa menyiapkan projek.
Pembelajaran hand-on membolehkan murid memindahkan pengetahuan yang dipelajari
kepada pengalaman yang sebenar dan meningkatkan sifat inkuiri murid. Pembelajaran
dan pemudahcaraan dilaksanakan dalam bilik darjah. Guru berperanan mengajar dan
murid belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah. Apabila aras
pemikiran meningkat, guru berperanan pemudah cara yang melaksanakan pelbagai
aktiviti berpusatkan murid. Guru boleh menyediakan soalan aras tinggi secara
berperingkat untuk mencabar minda murid dan mendorong murid memberi pandangan
serta membuat penyelidikan dan membuat penerokaan secara terancang dan

4
berstruktur. Oleh itu, kesediaan guru dalam merungkaikan isu Matematik menjadi
penggerak kepada pelaksanaan perubahan tersebut secara berkesan.

Strategi yang seterusnya untuk mengastsi isu tersebut ialah guru perlu
menerapkan KBAT dalam penyoalan. Hal ini penting kerana murid akan berfikir secara
meluas melalui soalan aras tinggi. Menurut Supramani (2006), soalan aras tinggi
berperanan seperti bahan rangsangan untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih
mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi serta mengaplikasikan pengetahuan
dalam situasi sebenar. Guru perlu merujuk kepada beberapa bahan rujukan untuk
menghasilkan soalan bukan rutin. Murid akan berfikir secara meluas kerana soalan
bukan rutin yang mempunyai lebih daripada satu penyelesaian memerlukan murid untuk
menganalisis dan menaakul serta memupuk KBAT dalam kalangan murid. Kaedah
penyoalan juga berperanan untuk menyampaikan pengetahuan Matematik kepada
murid. Menurut Rajendran (2001), guru perlu mengemukakan soalan terbuka supaya
mereka dapat memberi pandangan mereka sendiri serta melihat sesuatu daripada
pelbagai sudut. Seabgai contoh, guru boleh menanyakan soalan seperti berikut, apakah
yang kamu boleh beritahu saya tentang pembundaran? Penyoalan yang baik akan
menerapkan unsur KBAT dan membimbing murid untuk menjana idea serta berfikir
secara kritis dan kreatif dalam pembinaan pengetahuan baharu. Guru juga perlu
memberikan responds yang positif terhadap jawapan murid untuk mencetuskan
semangat inkuiri murid dan mereka akan berusaha untuk mencari maklumat tersebut.

Isu Matematik juga boleh dapat diatasi melalui Program i-THINK. Program ini
merupakan alat berfikir yang bertujuan untuk melahirkan insan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk KBAT. Menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (2012), program ini menggunakan 8 bentuk peta pemikiran secara
visual untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea dan hubungan
antara satu sama lain. Menurut Roslinda (2016), peta pemikiran memudahkan murid
dalam memahami konsep, menganalisis masalah, mencari penyelesaian dan melihat
sesuatu daripada pelbagai sudut. Sebagai contoh, dalam menyelesaikan masalah
matematik berbentuk struktur ayat, murid boleh memahami kehendak soalan dan
mengeluarkan maklumat dengan menggunakan peta pemikiran untuk menganalisis dan
mencari penyelesaian melalui bantuan simulasi visual. Peta pemikiran dapat
mengembangkan dan menggalakkan murid untuk berfikir kritikal dalam penyelesaian
Matematik. Penggunaan peta i-Think meletakkan guru sebagai pembimbing dan murid

5
sebagai pelaksana. Hal ini membenarkan murid untuk mengekspresi kefahaman
sesuatu konsep mengikut kreativiti masing-masing. Peta pemikiran juga boleh
digunakan oleh murid untuk membuat rumusan dan refleksi tentang topik yang diajar
supaya daya ingatan murid dapat ditingkatkan dan pemahaman yang kukuh dapat
dibina.

1.5 RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap perubahan dalam kurikulum Matematik akan mewujudkan


isu. Guru memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan isu tersebut supaya
murid yang hoslitik dapat dilahirkan. Guru turut memainkan peranan utama dalam
menggerakkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi murid. Guru harus mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
untuk menarik minat murid dalam pengajaran Matematik. Para guru mesti menguasai
ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap sepenuhnya supaya mereka
berkeyakinan untuk menggunakan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu berusaha untuk menggalakkan penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus menggunakan penyoalan yang
berunsurkan KBAT membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis
dan menilai suatu maklumat. Murid juga akan berfikir di luar kotak untuk memberi
pandangan mereka. Penggunaan peta pemikiran dapat memupuk pemikiran yang kreatif
dan kritis dalam kalangan murid secara tidak langsung. Dengan ini, kemahiran berfikir
aras tinggi dapat dipupuk dalam kalangan murid supaya pemikiran mereka selaras
dengan pemikiran abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai