Anda di halaman 1dari 11

NAMA TENAGA PENGAJAR : PN.

ANIZAWATI BINTI AHMAD MANSOR

PENGANJUR : KUMPULAN 5

CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM (KUMPULAN J)

TARIKH : 26 JUN 2020

MASA : 4.00 P.M – 6.00 P.M

LOKASI : KELAS DALAM TALIAN

LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI TUGASAN 1

(PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PENGAKAP)

NAMA AHLI KUMPULAN 5

NAMA NO MATRIK
RABIATULADAWIYAH BT ABD RAZAK D20192091044
MAX RYNER SAPAUN D20192091553
QISTINA BT AHMAD FIZAL D20192091554
AZIEYANI LINUS D20192091559
SITI SARAH BT NOOR AZREEN D20192091564
NUR FATIHAH BT MADROM D20192091605
NURIZZAH BAZILAH BT SAIFUL BAZLI D20192091617
NUR SYUHADA ALIA BT AB RAHMAN D20192091630
TUN FARSHA SYAZWANI BT TUN SHARIMAN D20192091632
AMIRA IRDINA BT ROSLEE D20192091635
NUR MAISARAH BT AZIZAN D20192091639
UDAIMATUNNUR NAJIHA BT MOHD AZHAR D20192091641
ARIFATUL NAJUWA BT HASAN D20192091645
ISI KANDUNGAN

1.0 OBJEKTIF PROGRAM 1

2.0 NAMA PENGARAH PROGRAM 1

3.0 TETAMU PROGRAM 1

4.0 TENTATIF PROGRAM 2-3

5.0 JUMLAH PESERTA 3

6.0 LAMPIRAN 6

7.0 REFLEKSI 7-9

7.1 KELEBIHAN

7.2 KELEMAHAN

7.3 PENAMBAHBAIKAN
1.0 OBJEKTIF PROGRAM

Program ini dianjurkan bertujuan bagi melaksanakan tugasan 1 subjek CMP2011


(Pengurusan Kokurikulum) dimana tugasan ini merangkumi 50 peratus daripada markah
keseluruhan subjek. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada
semua pelajar aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan semasa perkemahan seperti memasak,
membina gajet dan sebagainya. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk menjelaskan
kepada semua pelajar tentang jenis-jenis khemah dan cara pemasangan khemah dengan
betul serta membuat ikatan dan simpulan dengan betul.

2.0 NAMA PENGARAH PROGRAM

Max Ryner Sapaun (D20192091553)

3.0 TETAMU PROGRAM

Pn. Anizawati Binti Ahmad Mansor


Cik Nur Syamimi Binti Mohamod Adani
Encik Mohd Akmal Bin Mohd Zaini

1
4.0 TENTATIF PROGRAM

AKTIVITI PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PENGAKAP


(UNIT BERUNIFORM)
MASA/TEMPAT AKTIVITI

4.00 p.m - 4.15 p.m  Pelajar dan tetamu vip diberikan link pautan untuk
mengakses ‘Google Meet’.
(Google Meet)
 Persediaan slide untuk pembentangan.

 Kehadiran pelajar dan tetamu vip melalui platform ‘google


meet’ menerusi link yang disediakan.

4.15 p.m – 4.30 p.m  Taklimat ringkas

(Google Meet)  Ice-breaking dari Cikgu Fatihah


 Pengenalan ahli kumpulan

4.30 p.m – 5.40 p.m  Pengenalan perkhemahan

(Google Meet)  Penerangan aktiviti pertama mengenai:


 Tayangan video pemasangan khemah yang telah
dihasilkan oleh beberapa kumpulan melalui video
pada slide (kumpulan 3 dan kumpulan 6).
 Jenis-jenis khemah yang ada.
 Cara pemasangan khemah dengan betul.
 Cara memasang khemah menggunakan peralatan
serbaguna.

 Penerangan aktiviti kedua mengenai:


 Tayangan video kumpulan yang membuat simpulan
dan ikatan. (kumpulan 4 dan kumpulan 8)
 Cara dan kegunaan untuk mengikat simpulan buku
sila.
 Cara, kegunaan dan cara menilai ikatan dalam
pertandingan bagi ikatan Geti.

2
 Penerangan aktiviti ketiga mengenai:
 Tayangan video kumpulan yang membuat aktiviti
memasak. (kumpulan 1 dan kumpulan 7)
 Peralatan masakan yang diperlukan dan cara untuk
menggunakan camping gas dengan betul.
 Keselamatan yang perlu diambil sewaktu melakukan
survival cooking.
 Cara untuk memasak semasa berkhemah dan
menerangkan bahan-bahan yang digunakan untuk
memasak melalui video pada slide.

 Penerangan akitiviti keempat:


 Menunjukkan video kumpulan yang membuat gajet
(rak kasut).
 Penerangan mengenai gajet, bahan-bahan dan
kegunaan gajet.
 Tayangan video cara untuk membuat gajet rak kasut
replika.
 Penerangan Rubrik pemarkahan yang diambil semasa
pertandingan gajet dijalankan.

5.40 p.m – 6.30 p.m  Penutup

(Google Meet)  Sesi soal jawab


 Refleksi

6.30 p.m  Bersurai

5.0 JUMLAH PESERTA


122 Orang

3
6.0 LAMPIRAN

Rajah 1 menunjukkan ahli kumpulan 5 menyertai sukan bola jaring

Rajah 2 menunjukkan video cara mendirikan khemah menggunakan barang terpakai

4
Rajah 3 menunjukkan video ikatan simpul manuk

Rajah 4 menunjukkan video ikatan bunga geti

Rajah 5 menunjukkan video masakan rimba

5
Rajah 6 menunjukkan video membuat gajet rak kasut

6
7.0 REFLEKSI

7.1 KELEBIHAN

Antara kelebihan yang dapat dilihat dalam pembentangan kumpulan kami adalah,
kumpulan kami menggunakan ‘PowerPoint’ ketika membentang. Hal ini dapat
mengelakkan sebarang masalah teknikal semasa pembentangan dijalankan. Contohnya,
apabila menggunakan video untuk pembentangan, dikhuatiri pembentangan tidak dapat
berjalan dengan lancar apabila video yang ditayangkan tersekat-sekat. Oleh itu,
penggunaan ‘slide’ di ‘PowerPoint’ ini amat memudahkan urusan kami ketika
pembentangan sedang berjalan.
Menyentuh tentang ‘slide’ yang telah dibuat oleh setiap ahli kumpulan, dapat
dilihat kesemua ‘slide’ tersebut bertemakan pekhemahan sesuai dengan tajuk yang
kami bentangkan juga. Tulisan jelas, animasi menarik dan kandungan di dalam ‘slide’
juga bersesuaian dengan tajuk. Kumpulan kami memilih untuk menerangkan tentang
huraian secara langsung ketika kelas sedang berjalan. Jadi, hasilnya penerangan
tersebut sangatlah jelas dan dapat didengari tanpa ada gangguan bunyi. Kandungan di
dalam ‘slide’ juga mencakupi kesemua subtopik yang dibincangkan di dalam tajuk
kumpulan kami.
Kesemua ahli kumpulan kami telah diberikan tugas masing-masing dalam
membentangkan subtopik. Pembentangan oleh setiap ahli dapat dilihat berbeza-beza.
Jadi, wujud kepelbagaian disitu yang menunjukkan kesemua ahli mempunyai kreativiti
sendiri dalam menyampaikan pembentangan. Ada ahli yang menunjukkan video untuk
menjelaskan lagi sesuatu perkara, terdapat ahli yang membuat demonstrasi secara
langsung ketika kelas berjalan untuk menggiatkan lagi penglibatan rakan kelas yang
lain serta ada juga ahli yang membuat sendiri video tutorial untuk dimasukkan ke dalam
pembentangan.
Selain itu, kumpulan kami juga telah meminta rakan kelas yang lain untuk
membuat video tentang subtopik yang kami bentangkan seperti video tentang
memasang khemas, membuat ikatan, aktiviti memasak serta pembinaan gadjet
mengikut kreativiti masing-masing. Kesemua rakan kelas terlibat sama dalam
pembikinan video ini yang menunjukkan mereka turut bekerjasama untuk melibatkan
diri dalam pembentangan kami. Walaupun ketika ini sesi pembelajaran hanya
dilakukan secara atas talian, hal ini menunjukkan komunikasi antara kami semua tiada

7
penghalangnya. Aktiviti sebegini dapat membantu rakan kelas yang lain untuk lebih
memahami tentang pembentangan yang kami lakukan kerana mereka juga perlu
mencari serba sedikit maklumat untuk menghasilkan video tersebut.

7.2 KELEMAHAN

Setiap kekuatan dalam suatu tugasan semestinya ada kelemahan. Terdapat beberapa
kelemahan yang telah dikenalpasti sebelum, semasa dan selepas pembentangan yang
dilakukan. Kelemahan pertama, iaitu sebelum pembentangan ialah format tugasan telah
ditukar disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada saat
akhir. Oleh yang demikian, kumpulan kami terpaksa mengubah cara pembentangan,
iaitu aktiviti pertandingan mengikut kesesuaian dan keselesaan pensyarah dan pelajar
yang lain memandangkan pembentangan hanya dilakukan secara atas talian.

Seterusnya, kelemahan yang kedua, iaitu semasa pembentangan dilakukan ialah


masalah kelajuan internet yang sangat perlahan dalam kalangan ahli kumpulan
menyukarkan perjalanan semasa pembentangan. Pensyarah dan juga para pelajar yang
lain terpaksa menunggu sebentar untuk memulihkan keadaan. Perkara ini sekaligus
menyebabkan masa yang diberikan untuk membentang terlajak sedikit daripada yang
telah ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Selain itu, kelemahan yang ketiga, iaitu kelancaran semasa pembentangan yang
tidak berapa lancar memandangkan kelas yang dijalankan adalah secara atas talian dan
capaian internet bagi setiap pelajar adalah tidak sama. Perkara ini dilihat apabila video-
video yang dimainkan semasa pembentangan tersekat-sekat bergantung dengan capaian
internet masing-masing. Malah, kelancaran pembentangan yang tidak lancar juga
merangkumi penglibatan para pelajar yang lain, iaitu tidak dapat terlibat dengan kelas
atas talian pada jangka masa yang lama disebabkan masalah internet.

Oleh yang demikian, kumpulan kami akan membuat penambahbaikan pada


masa yang akan datang bagi mengatasi semua kelemahan yang telah dikenalpasti
sepanjang perlaksanaan tugasan yang telah dijalankan ini. Kami percaya dan yakin
bahawa berdasarkan kelemahan-kelemahan ini, kami dapat belajar untuk meningkatkan

8
kualiti dalam perlaksanaan tugasan pada masa akan datang serta menghasilkan kerja
yang lebih kreatif dan kritis.

7.3 PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti semasa melaksanakan


tugasan, terdapat pelbagai penambahbaikan yang telah kami cadangkan agar dapat
mengatasi masalah-masalah ini untuk tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Bagi
penambahbaikan untuk kelemahan yang pertama, iaitu pertukaran format tugasan pada
saat akhir menyukarkan tugasan untuk dilakukan, kumpulan kami mencadangakan
perkara ini di atasi dengan merancang perlaksanaan tugasan dengan lebih kreatif dan
kritis. Pertandingan boleh dianjurkan secara atas talian seperti pertandingan video
pendek, pertandingan kuiz atas talian melalui pelbagai medium seperti Kahoot dan
sebagainya.

Seterusnya, bagi penambahbaikan yang kedua pula, iaitu masalah kelajuan


internet para pembentang melambatkan proses pembentangan dapat diatasi dengan
menyediakan sebuah video pengajaran sebagai pengganti langkah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) disampaikan jika terdapat masalah internet. Perkara ini bukan
sahaja dapat melancarkan pembentangan malah teknik PdP juga dapat dirancang
dengan baik dan dapat mencapai objektik RPH dengan baik.

Di samping itu, penambahbaikan yang ketiga bagi kelemahan yang dinyatakan


ialah dengan mengadakan kelas pada masa-masa yang sesuai dengan kelajuan internet
seperti pada waktu pagi dan tengahari kerana pada masa-masa ini capaian internet agak
lancar. Malah, para pelajar yang lain juga boleh mencari alternatif lain dengan berusaha
untuk menetapkan tempat yang sesuai dan mempunyai capaian internet yang lancar
serta laju sebelum memulakan kelas.

Diharapkan dengan penambahbaikan yang telah dicadangkan ini, dapat


memberikan sedikit sebanyak gambaran jelas bagi membantu kumpulan kami untuk
terus memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri masing-masing untuk
menghasilkan hasil kerja yang berkualiti pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai