Anda di halaman 1dari 19

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

TAJUK 10

PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan bahagian-bahagian asas dan fungsi-fungsi pelbagai jenis kamera video dan aksesorinya. Selanjutnya, topik ini akan menjelaskan amalan dan teknik penggambaran dan penerbitan video. Kaedah penghasilan papan cerita pengajaran juga akan dihuraikan. Kerja-kerja penyuntingan rakaman video dan penerbitan video akan juga dihuraikan.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. Menjelaskan bahagian asas serta fungsi kamera video analog dan digital, serta aksesori-aksesori asas; ii. Menjelaskan amalan dan teknik penggambaran dan penerbitan video; iii. iv. Menghasilkan papan cerita untuk tujuan pengajaran; Mengaplikasikan kemahiran teknikal dan asas penerbitan bideo dalam pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

10.1 10.2 10.3 10.4

Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Jenis-Jenis Kamera Video Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran Mengedit Video

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

FIKIRKAN

Sejauh manakah video penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?

10.1

Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik darjah.

Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan sebenar.

Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar.

Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.

Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran.

Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk menghasilkan sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.

10.2

Jenis-Jenis Kamera Video

Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera video digital.

10.2.1 Kamera video analog

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Gambar 1.1 : Kamera Video analog yang menggunakan kaset video VHS

FIKIRKAN

Bagaimanakah imej yang dirakam dengan menggunakan kamera video analog dipindahkan dalam bentuk digital?

10.2.2 Kamera video digital

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN P

FIKIR RKAN

gan rakan anda a tentan ng kelebiha an-kelebihan yang Bincangkan deng ada pada p kame era video an nalog dan kamera k vide eo digital.

an-bahagian n asas kam mera video 10.2.3 Bahagia

elum anda mengguna akan sebua ah kamera a video, an nda harusla ah dapat Sebe meng genali bah hagian-bah hagian asa as sebuah h kemera video. Sila S lihat gamb barajah di bawah dan d cuba kenal pas sti fungsi bahagian-b bahagian terse ebut.

Pemidang g Tilik

Pelekap ma ata

But tang Zoom Lensa a

Gela ang Fokus

But tang White balance b

Rajah 1.3 : Bahag gian kamer ra video

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Butang rakam

Rajah 1.4 : Gambar Bahagian Butang Rakaman

10.3 Jenis-jenis shot dan pergerakan kamera

Tonton beberapa rancangan televisyen. Semasa menonton, lihat pertukaranpertukaran imej dan pergerakan-pergerakan kamera. Semasa anda

menonton anda akan dapati ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan kamera.

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

10.3.1 Jenis-jenis shot

Rajah 1.5 menunjukkan shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.

Big Close-Up (B.C.U.)

Close-Up (C.U.)

Bust Shot (B.S.)

Waist Shot (W.S.)

Knee Shot (K.S.)

Full Length Shot (F.L.S.)

Long Shot (L.S.)

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Se eimbang

Kepa ala t t

Berat di B b h

Bera at ke k

R Rajah 1.5 : Jenis-jenis s shot

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN P

10.3.2 Jenis-jen nis pergerakan kamera a

unjukkan beberapa je enis-jenis pe ergerakan kamera. Pe erhatikan Rajah 1.6 menu pergerakan kem mera yang dinyatakan d .

P Panning
Pan n ke kanan Pan ke kiri

Ti ilting

Tilt Up

Tilt D Down

Doll ly In

Dolly y Out

Pe ergerakan Do olly

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Pergerakan Truck

Truck ke kanan

Truck ke kiri

Rajah 1.6 : Pergerakan Kamera

Latihan

Tonton beberapa rancangan televisyen seperti Berita, dokumentari, forum dan drama. Bandingkan gambar-gambar dalam rajah-rajah di atas dengan jenis-jenis shot dan pergerakan kamera yang terdapat dalam rancangan-rancangan yang anda tonton. Apakah kesan Panning, Tilting, Dolly dan Truck kepada image yang terbentuk?

10

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN P

10.3

Meranca ang Penerb bitan Baha an Video Untuk Pengajaran

Terdapat beberapa prose es yang pe erlu diikuti ketika mer rancang pe eberbitan o untuk pen ngajaran. Berikut B adalah urutan proses-pros p ses terbut: video
1. Tetapk kan Tujuan dan Objektif Pastika an anda tah hu matlama at rancangan anda menghasilkan bahan video. S Siapakan ku umpulan sasarannya dan bagaimana a bahan itu u akan digunakan dalam pengajaran. p Buat Penyelidikan P n dan Sedia akan Bahan

2.

Kumpu ulkan baha an-bahan yang dipe erlukan seperti makluma at, gambar r dan seb baginya anda fikirkan berguna yang untuk penggambaran.
3. Pilih Bahan-Baha B an yang Ses suai Bahan yang anda kumpul mun ngkin terlalu banyak k. Pilih baha an-bahan yan ng difikirkan benarbenar perlu. p

4.

Menulis Skrip Di sinilah anda me encurahkan idea i anda se ecara berurut tan dan bers struktur.

5.

Bersed dia Membua at Penggam mbaran Sediak kan jadual pe enggambara an. Sekirany ya anda bekerja a dalam pas sukan, tetapk kan tugas masingmasing g.

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

6.

Sediak kan Bahan-Bahan Graf fik Anda perlu men nyediakan bahan-baha an grafik sebelum penggam mbaran dimu ulakan. Kala au tidak ia akan mengganggu m u kelancaran n penggamba aran

7.

Sediak kan Bahan dan d Peralat tan Pastika an bahan dan peral latan berse edia dan berfung gsi.

8.

Mulak kan Penggambaran Anda mungkin m aka an membuat t penggambaran luar dan da alam. Fikirka an kemungkinan-kemung gkinan yang akan a berlaku u dan bersed dia dengann nya. Menyu unting Setela ah membuat rakaman, su untingan perlu dibuat.

9.

10 0.

Memb buat Rakaman Audio Langkah ini adalah h untuk mem masukkan na arasyen, Kesan n bunyi dan muzik m latar.

11.

Prebiu u Rancangan perlu dipratonton d o oleh satu kumpulan kecil da an kemudian n perbaiki ke esilapan sek kiranya ada.

12 2.

Gunak kan Dalam Pengajaran P Di sinil lah anda me enggunakan n program vi ideo yang telah dihasilkan.

13 3.

Penilaian Di sinilah anda per rlu menilai bahan video itu dari segi ke esesuaianny ya dalam pen ngajaran dan pembe elajaran.

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN P

Meny yediakan skrip s video o atau papa an cerita

Anda a telah pun melalui pengalaman m menghasilk kan skrip au udio. Seben narnya

kons sep penyed diaan skrip p audio da an video adalah sam ma. Hanya terdapat sedik kit perbeza aan dari se egi formatn nya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video o di bawah. . Bolehkan anda mem mbuat perbe ezaannya?

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Fikirkan Telitikan keperluan skrip video melalui contoh di atas. bolehkah anda menyediakan sebuah skrip? Cuba fikirkan suatu tajuk yang sesuai dalam mata pelajaran opsyen anda.

Hasilkan sebuah skrip video yang panjangnya diantara 5 hingga 10 minit. Tunjukkan hasil anda kepada pensyarah semasa sesi tutorial dan bincangkannya bersama-sama rakan sekuliah.

10.4

Mengedit Video

Fikirkan

Mengapa perlu mengedit video yang telah dirakam?

Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat dalam susunan yang sepatutnya. Kemungkinan juga terdapat imej-imej yang dirakam terlalu panjang, atau tidak berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu tidak berjalan dengan licin dan sempurna. Melalui proses mengedit, bahan-bahan rakaman boleh disusun semula bagi menghasilkan video yang lebih licin dan sempurna.

Mengedit video analog

Kerja mengedit video analog memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja-kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan menggunakan

kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

15

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN P

Apak kah perbeza aan di antara pemain dan d perakam m video? Pem main video da an perakam m video adala ah sama. Pe erbezaannya ialah perakam video boleh b merak kam video. Ini boleh dikenalpasti dengan d keha adiran butang Record ya ang biasanya a berwarna m merah.

Bu utang Rakam man (Record) R

But tang pegun (Pa ause/ Still)

Gambar 1.7 : Perak kam video

Cara a-Cara Mem mbuat Penyambunga an Kabel


Pemain Peraka am

A V in n o out

V in
out

in o out
TV

Kabel K AV

V in out

TV

Gambar 1.8 : Cara mem mbuat peny yambungan kabel

A men nandakan audio a V men nandakan video v

Gambar 1.9 : Kabel AV

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Proses mengedit sebuah rakaman dilakukan dengan cara memainkan sebuah rakaman video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang

Pause pada unit perakam dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada
unit pemain. Kemudian tekan semula Record pada unit perakam untuk meneruskan rakaman.

Mengedit video digital Terdapat beberapa proses dalam penyuntingan video digital seperti berikut: 1. CAPTURE Proses capture gambar/ video merupakan proses pemindahan gambar dari memori penyimpanan (MiniDV atau MicroSD) ke dalam hardisk komputer/ laptop. 2. EDITING DALAM SOURCE MONITOR Proses editing dilakukan untuk memotong beberapa klip video yang mungkin ingin hendak dibuang atau disimpan. Dalam proses ini, pemotongan dan penyambungan berlaku. a. Pemotongan Gambar Ada dua jenis pemotongan gambar dalam editing, iaitu cut dan transisi. Cut bererti perpindahan dari satu shot ke shot berikutnya secara langsung, tanpa ada transisi sama sekali. Jenis pemotongan cut terbahagi kepada dua cara: i. matched cut - kesinambungan antara shot satu dengan cut shot berikutnya ii. cut away - sebuah sambungan atau cut dipengaruhi oleh beberapa faktor.

b. Penyambungan Ketika shot disambungkan satu sama lain sehingga menjadi satu rangkaian, maka rangkaian shot tersebut haruslah dapat difahami. Suntingan yang dilakukan berdasarkan kepada prinsip penyambungan shot, yang terdiri daripada sequence shot, cutting

17

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

to continuity, classical cutting, thematic montage, dan abstract cutting.


i.

Sequence Shot jenis suntingan tanpa membuat pemotongan shot. Rakaman video telah dirancang mengikut babak yang berurutan secara teratur. Kaedah ini digunakan semasa kewujudan teknologi penyuntingan. Cutting to Continuity - merupakan sambungan atau cut digunakan untuk melanjutkan cerita, cutting to continue telling the story.

ii.

iii. Classical Cutting - sebuah pemotongan untuk memperjelas, sesuatu cerita (shot), cutting to clarify, dramatize or underline the previous shot. iv. Thematic Montage - sebuah suntingan untuk menyambung satu cerita dengan cerita lain, sebuah babak untuk menyambung babak lain; cutting to connect one story to another; cutting to argue one thesis to another.

3. EDITING DALAM TIMELINE Jika terdapat bahagian yang masih ingin dihilangkan, lakukan proses dengan menggunakan banyak alat untuk mengedit klip di dalam timeline seperti dibawah ini : i. ii. iii. Razor Tool : Memotong klip Move Tool : Memilih Klip Rate Stretch Tool : Mengatur kecepatan putar klip

4. PENAMBAHAN EFEK Klip-klip yang ada di dalam timeline dapat diberikan efek tambahan untuk menjadikannya lebih menarik.

5. PENAMBAHAN TRANSISI Proses penambahan transisi dilakukan agar terjadi perpindahan antar dua atau beberapa klip menjadi lebih halus. 6. RENDERING VIDEO Proses ini merupakan, langkah terakhir setelah semua pengubahsuaian telah dilakukan. Bahan yang disunting akan menjalani proses rendering dengan mebuat penetapan setting seperti jenis format video.

18

EDU3105

T10 - PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Latihan

Sunting sebuah rakaman dari mana-mana sumber seperti berita, dokumentari atau drama untuk satu tajuk pengajaran yang sesuai dengan mata pelajaran opsyen anda. Bincangkan pengalaman anda ketika membuat kerja-kerja suntingan dalam sesi tutorial dengan pensyarah dan rakan-rakan.

Rumusan

Penguasaan kemahiran teknik asas merakam movie menggunakan kamera video, sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman menggunakan aplikasi seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan Ulead VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang profesional.

19

Anda mungkin juga menyukai