Anda di halaman 1dari 9

MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGAANU, TERENGGANU.

PENGENALAN
Tiga tradisi asas Pengakap : Isyarat Pengakap

Hormat Pengakap
Berjabat Tangan Pengakap

ISYARAT PENGAKAP
Cara Melakukannya :
Bengkokkan ibu jari dan jari kelingking tangan kanan; Hujung ibu jari menyentuh kuku jari kelingking; Tiga jari yang lain ditegakkan atau diluruskan rapat-rapat antara satu sama lain; Tangan diangkat dalam keadaan seperti membaca ikrar.

HORMAT PENGAKAP
Dilakukan apabila anggota pengakap bertemu sesama anggota pengakap yang lain; Apabila anggota pengakap bertemu dengan para pegawai pengakap yang lain; Apabila anggota pengakap menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, sultan-sultan, raja-raja dan pembesarpembesar negara dan negeri; Semasa berlangsungnya istiadat-istiadat dalam pengakap.

HORMAT PENGAKAP

Cara Melakukannya :
Bengkokkan ibu jari dan jari kelingking tangan kanan; Hujung ibu jari menyentuh kuku jari kelingking; Tiga jari yang lain ditegakkan atau diluruskan rapat-rapat antara satu sama lain; Tangan diangkat menyentuh sebelah kanan bulu kening anggota selama beberapa saat dengan telapak tangan menghadap ke hadapan.

HORMAT PENGAKAP

Contoh Hormat Pengakap

HORMAT PENGAKAP

Jika kawad bertongkat : Sekiranya dalam kedudukan SEDIA : Tongkat dipegang dengan tangan kanan dan dirapatkan ke sisi badan dalam keadaan tongkat menyentuh tanah. Tangan kiri dalam keadaan hormat pengakap, diangkat dengan membengkokkan siku ke kanan dan dirapatkan ke dada dan tongkat yang dipegang. Hujung jari hendaklah menyentuh tongkat tersebut dalam keadaan telapak tangan menghadap ke tanah.

HORMAT PENGAKAP
Sekiranya dalam keadaan berkawad kaki bertongkat :

Hanya tongkat diangkat sedikit setinggi enam sentimeter agar tidak bergeseran dengan tanah.

HORMAT PENGAKAP

Contoh Hormat Pengakap Dalam Kedudukan Kawad Bertongkat

Anda mungkin juga menyukai