Anda di halaman 1dari 7

1 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011

:: anjuran::
Pusat Khidmat Masyarakat
Dun Tanjong Sepat

:: dengan kerjasama ::
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Karnival Sukan Rakyat

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat


2 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN RAKYAT


PERINGKAT DUN TG SEPAT 2011
“Sukan Menjana Kecemerlangan Jasmani dan Rohani”
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan sebagai acara tahunan bagi program Dun kepada penduduk
di sekitar Dun Tanjong Sepat. Karnival sukan ini dianjurkan oleh pihak Dun Tanjong Sepat dengan kerjasama
oleh Ketua-ketua Kampung Dun Tanjong Sepat ini. Karnival sukan ini dianjurkan bagi mencungkil bakat
terpendam dalam golongan warga tua, belia, remaja, dan kanak-kanak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat di kawasan Dun Tanjong Sepat di bawah satu acara
yang dianjurkan seperti ini.

LATAR BELAKANG
Aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa pelaksana dengan kerjasama Ahli jawatankuasa Pusat
Khidmat Masyarakat Dun Tanjong Sepat akan diputuskan dalam perjumpaan dengan Pegawai Penyelaras Dun
Tanjong Sepat Ir.Tuan Haji Mohd Haslin bin Haji Mohd Hassan di bantu oleh Pengurus Pusat Khidmat
Masyarakat Encik Zamri bin Surif.

OBJEKTIF

1. Merapatkan hubungan silaturrahim antara 12 kampung di Dun Tg Sepat


2. Mewujudkan suasana ceria di kawasan yang akan di langsungkan program carnival ini
3. Mendedahkan para penduduk dengan suasana sebenar sesuatu pertandingan sukan
4. Melatih kecergasan fizikal dan mental.

TEMA
 Tema bagi acara karnival sukan pada tahun 2011 ini ialah
 ”Sukan Menjana Kecemerlangan Jasmani dan Rohani”

PELAKSANAAN AKTIVITI
Bermula pada akhir bulan Mac 2011

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat


3 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011

Tarikh : April 2011


Masa : 2 Hari
Tempat : Padang Awam Kampung Kundang

PENYERTAAN
 Penyertaan terbuka dan suka rela kepada semua golongan dewasa, belia, remaja dan kanak-kanak

AKTIVITI YANG DIADAKAN


WANITA LELAKI KUMPULAN
 Rebut Kerusi  Lari Dalam Guni  Pass Belon Air
 Menganyam Ketupat  Tarik Tali  Terompah Gergasi
 Masuk benang dalam  Pancing Botol  Spiderman
jarum  Minum Susu  Jalan tempurung
 Pancing Botol  Kupas Kelapa  Tarik Upih Kelapa
 Minum Susu  Boling Padang  Mumia
 Boling Padang

Kanak-kanak Kanak-Kanak
7 – 12 Tahun 3 – 5 Tahun
 Tiup Belon  Rebut Jajan
 Isi Air Dalam Botol  Mewarna
 Tiup Tepung  Tiup Tepung
 Makan Buah Tergantung 

STRUKTUR ORGANISASI
Seperti Lampiran A

SUMBER KEWANGAN

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat


4 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011

Sumber kewangan di sediakan oleh pihak Dun Tanjong Sepat dari peruntukan yang telah di sediakan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Seperti Lampiran B

PENUTUP
Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih terlebih dahulu kami ucapkan atas kesudian pihak tuan
memberikan pertimbangan dan perhatian terhadap kertas kerja ini. Saya berharap semoga pihak tuan dapat
meluluskan kertas kerja ini supaya projek ini dapat dijalankan dengan jayanya bagi mencapai objektif
yangsewajarnya.

 Lampiran A
TUGAS-TUGAS JAWATAN KUASA KEJOHANAN

Setiausaha / Naib Setiausaha


 Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu
 Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau badan-badan tertentu

Bendahari
 Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.
 Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan

Jawatankuasa Urus setia


 Menguruskan semua maklumat yang perlu dihebah
 Menghebahkan keputusan-keputusan kejohanan
 Merekodkan keputusan
 Menyerah keputusan kejohanan kepada juruacara

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat


5 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011


Jawatankuasa Teknik
 Menyediakan senarai pegawai teknik yang bertugas
 Mengurus dan menyediakan trek dan kawasan acara padang
 Menyenaraikan dan melatih pembantu padang
 Menyediakan borang-borang teknikal
 Menyediakan semua alatan yang diperlukan

Jawatankuasa Statistik dan Rekod


 Merekod semua keputusan pertandingan
 Menganalisis kedudukan

Jawatankuasa Pembukaan / Penutupan


 Mengurus dan mengatur atur cara perasmian pembukaan dan penutupan kejohanan
 Menyelaras atur cara dengan Jawatan kuasa Pertandingan
 Mengurus latihan dan raptai upacara perasmian pembukaan dan penutup
 Mengatur pertunjukan selingan untuk waktu rehat kejohanan
 Menyediakan sistem perhubungan awam termasuk muzik dan lagu rasmi

Jawatankuasa Buku Program


 Menyediakan isi kandungan buku
 Membuat contoh buku
 Mendapatkan kata alu-aluan
 Menyemak dan menyiapkan buku cenderamata
 Menyerahkan buku cenderamata kepada Jawatankuasa Sambutan

Jawatankuasa Pengacara
 Membuat pengumuman acara, nama peserta, nombor, pasukan, lorong dan saringan.
 Menghebahkan keputusan acara

Jawatan Kuasa Makanan dan Minuman


 Menentukan jenis makanan dan minuman
 Menguruskan makanan dan minuman
 Menetapkan menu untuk jamuan makan

Jawatan Kuasa Hadiah dan Cenderamata


 Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan, menyelaras dengan Jawatankuasa Pertandingan
 Menyusun hadiah dan cenderamata

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat


6 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011
 Menyediakan senarai pemenang hadiah

Jawatankuasa Kecemasan
 Menyediakan alat kecemasan
 Menyediakan tempat rawatan

Jawatankuasa Persiapan dan Alatan


 Mendapatkan senarai alat yang diperlukan
 Menyediakan alat-alatan yang diperlukan
 Menghiaskan khemah dzif

Jawatankuasa Publisiti dan Siaraya


 Menyediakan kain rentang atau kertas maklumat dan memaparkan di tempat-tempat strategik

Jawatankuasa Keselamatan / Disiplin


 Mengawasi keselamatan dan disiplin peserta

 Lampiran B
Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI (RM) JUMLAH (RM) KESELURUHAN (RM)

1. MAKAN
 VIP RM 5 X 30 RM 150.00
 URUSETIA + AJK RM 10 X 30 RM 300.00
RM 450.00
2.
HADIAH
 CABUTAN BERTUAH
o HADIAH UTAMA (3) 200 + 100 + 50 RM 350.00
o HAMPER RM 20 X 30 RM 600.00
o HADIAH SELINGAN L/S RM 100.00

 HADIAH PERTANDINGAN
o JUARA (setiap pertandingan) RM 30 X 36 RM 1080.00
o N.JUARA (setiap pertndingan ) RM 20 X 36 RM 720.00
o KE-3 (setiap pertandingan) RM 15 X 36 RM 540.00
o KE-4 HINGGA KE-10 RM 8 X 36 RM 2016.00
RM 5,406.00

PROMOSI

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat


7 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TANJONG SEPAT 2011

 BANNER RM 100 X 4 RM 400.00


 BACKDROP RM 250 X 1 RM 250.00
 FLYERS L/S RM 300.00
RM 950.00

PERSIAPAN
 KHEMAH (4)
o PA SISTEM RM 150 X 1 RM 150.00
o VIP / DZIF KEHORMAT RM 180 X 1 RM 180.00
o PESERTA / TETAMU RM 150 X 1 RM 150.00
o HADIAH RM 150 X 1 RM 150.00

 PA SISTEM L/S RM 400.00


 RELA 2 HARI RM 400.00
 PERALATAN SUKAN L/S RM 1000.00
 T.SHIRT URUSETIA RM 10 X 100 RM 1000.00
 SAGUHATI URUSETIA RM 50 X 30 RM 1500.00
RM 4,930.00

SUMBANGAN WARGA INTAN BAGI SETIAP RM 50 X 60 RM 3000.00 RM 3,000.00


KAMPUNG (5 X 12 = 60orang)

KONTEGENTI
o PERBELANJAAN LUAR JANGKA L/S RM1000.00
RM 1,000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 15,736.00

Disediakan oleh : Nooridayu Nodin Dun Tanjong Sepat

Anda mungkin juga menyukai