Anda di halaman 1dari 6

SMK TAN SRI ABDUL KADIR

JALAN ILMU, FELDA TENGGAROH 5


86810 MERSING, JOHOR.

KERTAS KERJA
HARI SUKAN NEGARA
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat
Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan
Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah
mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting
Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang
selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah
untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan
Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di
seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta
dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai
program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

2.0 PROGRAM
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

3.0 RASIONAL
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
pelajar menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan
peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada
kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.
Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama
dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Program ini dilihat mampu membantu perkembangan pelajar dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara disamping
menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan di kalangan murid. Ia juga bagi
meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup sihat dan inovatif. Justeru itu, Unit Ko-Kurikulum SMK Tan
Sri Abdul Kadir akan melaksanakan Program Hari Sukan Negara pada 10 Oktober
2015.
4.0 MATLAMAT
Memastikan penyertaan dikalangan semua murid di dalam aktiviti, riadah dan sukan
yang akan dijalankan pada hari tersebut.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan pelajar.
5.2 Memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar dalam sukan.
5.3 Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
5.4 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan pelajar.
5.5 Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan
sukan di peringkat akar umbi.

6.0 MAKLUMAT PROGRAM


6.1 Tarikh : 10 Oktober 2015 ( Sabtu )
6.2 Masa : 7.30 pg – 10.00 pg
6.3 Tempat : SMK Tan Sri Abdul Kadir
6.4 Sasaran : Semua warga sekolah

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Tindakan/ Lokasi


Semua Peserta berkumpul
7.30 pagi Dataran Pak Malau
untuk sesi taklimat.
Taklimat / Ucapan
1. SU Sukan / Pen SU Sukan
7.40 pagi Dataran Pak Malau
2. GPK Kokurikulum
3. Pengetua

AKTIVITI 1 SENAMROBIK
* Memanaskan badan Cik Salmah & Team Pelajar
8.20 pagi
* Senamrobik Dataran Pak Malau
* Menyejukkan badan
9.00 pagi Minum pagi Kantin
AKTIVITI 2 SUKAN
* Futsal (6 sepasukan) Padang Sekolah
9.30 pagi
* Bola Tampar Gelanggang Bola Tampar
( Liga )
Majlis Penutup
1.00 ptg – 1.40ptg Balai Pak Malau
Bersurai
8.0 JAWATAN KUASA

Pengerusi : En. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof


Tim. Pengerusi: En. Mohd Fauzi bin Hamzah
N.Pengerusi 1: En.Muhamad Kahiri b. Talib
N.Pengerusi 2: Hj. Omar b. Abdullah
Penyelaras : Pn. Noraihan binti Ismail
Setiausaha : En. Ku Mahmad Sahrul Anuar Bin Ku Hashim
P. Setiausaha : En. Wan Mahadi b. Wan Mohamad

TARIKH : 10 OKTOBER 2015 (SABTU)

BIL SENARAI AJK. TUGASAN

1. PENDAFTARAN PASUKAN  Memastikan pasukan yang menyertai


menghantar borang penyertaan yang lengkap.
(FUTSAL)  Menyerahkan kepada pengelola
1. En. Mohd Zul bin Mohd Zakariya pertandingan.
2. En. Mohd Ramzi bin Mohamad

(BOLA TAMPAR)
1. Pn. Noorzaliana binti Tongal
2. Pn. Siti Farah Wahida binti Yusuff

2. INSTRUCTOR SENAMROBIK  Sebagai penunjuk cara langkah-langkah


1. Cik Salmah binti Ali pergerakan acara senamrobik
2. Bantuan Pelajar  Memberi sedikit ilmu pergerakan asas
sebelum memulakan acara.
 Menyediakan muzik latar yang bersesuaian
untuk acara tersebut.

3. KEPENGADILAN  Menguruskan perjalanan pertandingan dari


aspek peraturan dan pengadilan.
(FUTSAL)  Boleh melantik dan melatih mana-mana
1. En. Ahmad bin Che Su pelajar asas tentang peraturan dan pengadilan
2. En. Mohamad Hazim bin Suratman sukan futsal.
3. Bantuan Pelajar Ting.3/5  Memutuskan pemenang bagi setiap
perlawanan.
(BOLA TAMPAR)
1. Pn. Rozliana binti Rameli
2. Pn. Siti Aishah binti Ab Halim
3. Bantuan Pelajar / Ting.3/5

4. PA SISTEM  Memastikan sistem bunyi dalam keadaan


1. En. Mohd Syazwan bin Alluwi terbaik di Dataran Pak Malau dan vanue
2. En. Mohd Shansudin bin Berahim pertandingan.
5.
HADIAH  Menyediakan hadiah dan sijil bagi
1. Pn. Siti Esah Noraini binti Ab Kadir pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam
2. Pn. Naziema binti Omar bentuk hamper atau apa-apa yang difikirkan
sesuai.
 1-3 untuk Futsal dan 1-3 Bola Tampar
(6 hamper / set hadiah)

6. KESELAMATAN  Memastikan pelajar lelaki dan perempuan


1. En. Syafiq bin Khairuddin berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan
2. Pn Rozlina binti Basok
3. Bantuan Pengawas

7. KECAMASAN  Menyediakan peralatan pertolongan cemas


1. Pn. Nuruladiah binti Baharuddin yang lengkap.
2. Pn. Norfhaziah binti Amer  Merawat pelajaq yang cedera
3. Bantuan Pelajar PBSM/ Ting 3/5

8. PENGELOLA
1. Pn. Suzieliana binti Sumadi  Memastikan perjalanan pertandingan
2. Pn. Aqilah binti Osmadi berjalan dengan baik mengikut borang
3. Pn. Norfadilah binti Said pendaftaran yang telah dikumpulkan.
 Memanggil pasukan yang bertanding
Dengan bantuan mengikut ketetapan yang telah dijadualkan.
En. Ku Mahmad Sahrul Anuar, En. Wan
Mahadi dan Pegawai Kepengadilan

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil. Sumber Pendapatan Perbelanjaan Nilai


1. Peruntukan KPM – RM 200.00 Hamper Pertandingan RM 200.00
Bahagian Sukan 1. Futsal 1-3
BSS 2. Bola Tampar 1-3
Jumlah RM 200.00 Jumlah RM 200.00

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan melalui sambutan Hari Sukan Negara ini kesedaran untuk
mengamalkan cara hidup yang sihat dapat direaisasikan oleh semua warga SMK Tan
Sri Abdul Kadir. Seain iti, dengan adanya sambutan begini pihak sekolah dapat
mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan yang boleh diketengahkan untuk
mewakili sekolah ke peringkat daerah untuk tahun-tahun mendatang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

____________________________ ________________________ ________________________________


( KU MAHMAD SAHRUL ANUAR ) ( FAUZI BIN HAMZAH ) ( MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF)
Setiausaha Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum, Pengetua,
SMK Tan Sri abdul Kadir, SMK Tan Sri abdul Kadir, SMK Tan Sri abdul Kadir,
Felda Tenggaroh 5, Felda Tenggaroh 5, Felda Tenggaroh 5,
Mersing, Johor. Mersing, Johor. Mersing, Johor.
10 OKTOBER 2015
SABTU
SMK TAN SRI ABDUL KADIR

Anda mungkin juga menyukai