Anda di halaman 1dari 12

Disampaikan Oleh: Pn.

Nor Shakiah Binti Hussain Penyelaras PPKI SK Rantau Panjang

Maksud Gangguan Seksual


Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikalyang tidak disenangi atau diterima seperti:Kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar, tulisan dan poster lucah. Mencabul kehormatan seperti meraba, memegang dan menggesel dengan sengaja. Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi. Mencadangkan atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks. Memalukan seseorang dari segi seksual. Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan. Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu

Jenis-jenis Gangguan Seksual Gangguan lisan


Teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik, membunyidan menyoal perkaraperkara yang tidak menyenangkan. Membuat panggilan telefon lucah. Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi. Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

Gangguan dari segi isyarat


Menjelir lidah, membuat bunyi yang tidak sesuai, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara proaktif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Gangguan Visual
Menunjukkan bahan-bahan pornografi. Melukis lakaran lucah. Menulis sesuatu berasaskan seksual. Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual. Menonton dan mendengar aksi seksual.

Gangguan psikologi
Undangan-undangan sosial yang tidak diingini. Kekerapan mengajak dan mengadakan temujanji. Intimasi fizikal mempamerkan aksi lucah. Memalukan seseorang dari segi seksual.

Gangguan fizikal
Sentuhan / Tepukan / Cubitan / Urutan. Geselan terhadap tubuh badan yang tidak sesuai. Pelukan / Ciuman / Meraba

Panduan pencegahan Peranan murid


Anda hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia. Elakan diri daripada terperangkap dalam masalah yangmenggalakkan berlakunya gangguan seksual. Jika anda mengalami gangguan seksual dalam apa-apabentuk sekalipun anda hendaklah berhubung dengan kaunselor sekolah. Aduan anda akan dirahsiakan. Kaunselor akan memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasinya. Jika masalah berkenaan tidak boleh diselesaikan anda boleh berjumpa dengan Pengetua / Guru Besar

Panduan menghindari diri daripada gangguan seksual


Mengenalpasti jenis-jenis sentuhan.
Mempunyai pegangan agama yang kuat. Mengamalkan nilai-nilai murni. Elakkan diri dari terperangkap dalam masalah yang menggalakkan berlakunya gangguan seksual. Elakkan berjalan sendirian di tempat yang sunyi gelap atau dikenalisebagai kawasan hitam. Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan kepada usaha untuk menarik perhatian orang ramai.

Bawa penyembur, payung atau kunci yang bahagian tajam menghala keluar untuk digunakan sebagai senjata mempertahankan diri. Sentiasa membawa telefon bimbit untuk meminta bantuan apabilaberlaku sebarang kecemasan Jangan sesekali menunjukkan sikap pasif kerana statistik seluruhdunia menunjukkan wanita yang demikian sering menjadi mangsa. Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri denganbercakap-cakap, berunding atau berlakon sambil mencari peluangmelepaskan diri. Tunjukkan perangai buruk dan menjijikkan seperti terkencing atautermuntah bagi menimbulkan rasa jijik penyerang

Panduan menghindari diri daripada gangguan seksual untuk murid sekolah rendah
Sekiranya anda mengalami situasi gangguan seksual, anda bolehmemilih salah satu daripada cara-cara di bawah: Menjerit sekuat hati.

Meraung.
Membawa wisel ke mana sahaja dan meniupnya sekira perlu.

Jalan secara berkumpulan.


Jangan melayani orang yang tidak dikenali

Sekiranya Mengalami Gangguan Seksual Di Sekolah


Kepada murid-murid lain (Bukan mangsa)
Sekiranya anda menerima atau mengetahui adanya kes-kes gangguan seksual, anda hendaklah melaporkan kepada pihak pentadbir atau kaunselor untuk diambil tindakan. Murid-murid yang mengalami gangguan seksual

Laporkan kepada unit Pembimbing Rakan Sebaya, guruguru,kaunselor, pentadbir atau sesiapa sahaja yang anda percayai untuk tindakan seterusnya. Sebarang aduan murid akan dirahsiakan

Jangan kita mengundang bencana!!!!

Anda mungkin juga menyukai