Anda di halaman 1dari 2

USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


(OLEH: NURAIN ZULAIKHA BT SAPANDI, 3 ELIT)

Pada masa ini, ramai yang berpendapat bahawa semangat kejiranan dalam kalangan rakyat
di negara ini semakin longgar ataupun boleh dimaksudkan dengan tiada lagi sapaan antara jiran di
sekeliling. Hal ini diakibatkan oleh masyarakat zaman ini sentiasa sibuk dengan kerja. Seringkali
apabila ditanya kepada rakyat Malaysia, siapakah nama jiran kamu ataupun jiran kamu berbangsa
apa? Pasti tiada jawapan lain selain jawapan tidak tahu.

Apabila semangat kejiranan sudah semakin longgar, pelbagai usaha dapat memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya iaitu mengadakan aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan pada hari kelapangan. Dengan melakukan aktiviti sebegitu,
hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran tetangga. Di samping itu, dapat
memberikan kebersihan di kawasan persekitaran tempat tinggi.

Selain itu, perkara ini sering berlaku di kawasan perumahan iaitu mengadakan kenduri.
Contohnya, kenduri tahlil, kenduri kahwin dan sebagainya. Hal ini membolehkan jiran tetangga
memberikan sumbangan, membantu memasak dan lain-lain lagi. Dengan aktiviti sedemikian,
pastinya akan membuatkan jiran tetangga bertegur sapa antara satu sama lain.

Selain itu, menziarahi jiran tetangga juga dapat dikategorikan dalam usaha memupuk
semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana dengan menziarahi jiran tetangga, jiran yang lain dapat
mengetahui perkembangan jiran di sebelah rumahnya atau di rumah yang berdekatan dengan
rumahnya.

Di samping itu, pada hari raya, kebiasaannya jiran tetangga akan pulang ke rumah ibu bapa
mereka tetapi ada juga yang tidak dapat pulang atas sebab kerja. Selalunya, jika yang tidak pulang ke
rumah ibu bapa mereka, mereka akan duduk sahaja di rumah. Tidak pun terfikir untuk datang ke
rumah jirannya. Sekiranya berkunjung ke rumah jiran, hal ini membolehkan mereka bermaaf-maafan.

Konklusinya, pelbagai usaha dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan


masyarakat di Malaysia. Di samping itu, dapat menjadikan jiran tetangga hidup tanpa permusuhan .
tanpa jiran, siapalah yang akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan atau kecemasan. Jadi
bersama-samalah kita memupuk semangat kejiranan walau di mana jua kita berada.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA
PERSEKITARAN SEKOLAH SENTIASA BERSIH
(OLEH: MUHAMMAD FAIQ AIMAN BIN FAHRUZAIMAN, 5 ELIT)

Kebanyakan sekolah di Malaysia sering menghadapi masalah kebersihan. Hal ini mungkin
disebabkan kurangnya pendedahan dan kepentingan menjaga kebersihan terutamanya di kawasan
sekolah. Sekolah yang bersih melambangkan pentadbiran serta institusi sesebuah sekolah. Oleh hal
yang demikian, beberapa perkara perlu dilakukan seperti memberi penerangan akan keutamaan
menjaga kebersihan. Terdapat beberapa cara bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

Langkah yang pertama iaitu mengadakan pertandingan kelas terbersih. Dengan ini, para
pelajar akan berusaha untuk memastikan kelas mereka sentiasa bersih sementara dapat memupuk
semangat bekerjasama antara rakan. Hal ini juga dapat mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni
ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana kebersihan itu seprauh daripada iman.

Seterusnya mengadakan kempen dengan memberikan penerangan tentang kebaikan


menjaga kebersihan dan keburukannya. Memberikan penerangan pada setiap hari atau setiap
minggu juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar. Ibu bapa seharusnya mendidik anak-
anak mereka sejak kecil lagi supaya boleh dijadikan budaya di sekolah mahupun di tempat-tempat
awam. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa melentur buluh biar dari rebungnya.

Tong sampah merupakan salah satu faktor untuk menjaga kebersihan. Pihak sekolah
seharusnya menyediakan lebih banyak tong sampah di setiap kawasan seperti di kantin, di tepi
tandas dan pondok-pondok bacaan. Biasanya, apabila bertanyakan pelajar mengapa membuang
sampah di merata-rata mereka akan menjawab bahawa tong sampah tidak ada dan jauh dari tempat
mereka. Jadi, tong sampah merupakan komponen utama bagi menjamin kebersihan persekitaran
sekolah.

Selain itu, dengan mengadakan aktiviti bergotong-royong sebagai aktiviti bulanan. Hal ini
kerana para pelajar dapat menjaga kesihatan diri mereka dalam keadaan yang cergas. Aktiviti ini juga
boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan dan juga guru-guru selain dapat merehatkan
minda dan menenangkan jiwa. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.

Oleh yang demikian, tindakan disiplin merupakan langkah terakhir bagi memastikan
persekitaran sekolah sentiasa bersih. Tindakan ini juga akan menjadikan pelajar lebih berdisiplin dan
takut untuk melakukan kesalahan. Jika para pelajar dapat melaksanakan apa-apa yang diarahkan,
tentunya para pekerja pembersihan mudah melakukan kerja mereka. Tanggungjawab ini seharusnya
dipikul bersama bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Konklusinya, semua pihak harus bertanggungjawab menangani isu ini. Dengan ini, kebersihan
sekolah akan lebih terjamin dan dapat dijadikan budaya di sekolah mahupun dalam kehidupan
bermasyarakat. Kita seharusnya mengambil contoh negara Singapura yang amat menitikberatkan
kebersihan negara mereka. Hal ini septatunya dijadikan contoh kepada kita untuk menjaga
kebersihan.

Anda mungkin juga menyukai