Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN BAHASA MELAYU PT3

GOTONG-ROYONG

Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja
bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab
mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau
bermain permainan komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang
mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa
kebaikan kepada kita.

Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan


masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar
belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum
lain tanpa menimbulkan rasa waswas dan curiga.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah kerja
seharian. Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan
menjadi senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk
membersihkan Taman Bunga di kawasan sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas,
aktiviti pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan


masyarakat berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang
kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis
kenduri-kendara, musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau
aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih
dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak
kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni ‘Negara Bersih, Rakyat Sihat’.

Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada


penduduk setempat yang rata-rata terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama
untuk hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Hasil tulisan:

Tan Qian Rou, Tingkatan 3 Meekness, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai