Anda di halaman 1dari 1

3.

0   IMPAK AKTIVITI YANG BERCORAK INTEGRASI KAUM YANG


DIJALANKAN DALAM MASYARAKAT

3.1 Bergotong-royong

             Aktiviti gotong-royong memberi impak yang positif dalam dimana ia memupuk nilai-
nilai murni seperti semangat kerjasama, bertolak ansur, saling bantu sama lain dan sebagainya.
Apabila aktiviti sebegini melibatkan rakyat yeng berbilang kaum, ia memberi peluang untuk
memahami antara satu sama lain dengan sebaik yang mungkin dan pada masa yang sama
membersihakan sesuatu kawasan atau mengindahkan persekitaran tersebut. Biasanya aktiviti
sebegini dilakukan di kawasan kediaman, sekolah, institusi pendidikan, pejabat dan sebagainya.
Sebenarnya, aktiviti bergotong-royong ini merupakan contoh yang paling mudah untuk
menggambarkan wujudnya kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sememangnya aktiviti
gotong-royong ini dapat meringankan beban dan memudahkan kerja yang sukar untuk dilakukan,
ibarat kata pepatah, “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. 

                       

3.2       Sambutan Perayaan dan Majlis Rumah Terbuka

   Majlis rumah terbuka adalah satu lagi contoh realiti kesepaduan sosial yang wujud di
kalangan rakyat Malaysia. Impak yang dapat dirasai melalui amalan kunjung-mengunjung ialah
dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara jiran serta rakan daripada pelbagai bangsa
dan kaum. Sesuai dengan diri mereka yang mesra semasa "rumah terbuka", rakyat Malaysia
menyambut baik pelancong di dalam rumah mereka. Mereka memberi mereka kesempatan untuk
menjadi sebahagian daripada perayaan. Dilihat sebagai amalan sempurna untuk memupuk
muhibbah dan memperbaharui hubungan sosial, yang turut menggalakkan kerajaan juga
mengikutinya. Semasa perayaan-perayaan utama, rumah kerajaan terbuka kepada orang ramai
untuk makanan dan minuman. Dalam majlis ini juga membolehkan bergaul dan berinteraksi
dengan penduduk setempat dan tetamu lain. Selain itu, dapat juga peluang untuk mencuba
makanan pelbagai kaum. Dengan ini, dapat memupuk kefahaman tentang budaya setiap kaum
dan menghormatinya. Ini juga akan meningkatkan interaksi sesama etnik.

Anda mungkin juga menyukai