Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, definisi semangat menurut kamus dewan edisi keempat adalah
kemahuan untuk melakukan sesuatu .Menurut kamus pelajar pula, semangat bermaksud
perkara yang berkaitan dengan perasaan hati dan jiwa .Manakala maksud kejiranan
menurut kamus dewan edisi keempat pula ialah orang yang tinggal berdekatan dengan

Kawasan perumahan kita . Menurut keratan akhbar Berita Harian pula, Semangat
kejiranan merujuk kepada aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran. Sebagai
anggota masayarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama, banyak
perbezaan dari segi kefahaman dan budaya. Semangat kejiranan merupakan unsur penting
dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk,
semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata
pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini,
hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing”

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Hal ini perlu
diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam
menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan
kerana ia dapat mengukuhkan hubungan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada
semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi
dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran
Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam
masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Sementara itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat
itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan
boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat
dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program
tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam
mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan
mendirikan khema untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan
mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan
bersama-sama.

Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat.


Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah
masyarakat terjamin. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku
dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan
persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu,
keselamatan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak
bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik
dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat
sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

Justeru,pengetahuan mengenai maksud semangat kejiranan amat penting agar masyarakat


dapat mendalami dan mengaplikasinya dalam kehidupan.Tambahan pula, banyak kepentingan
yang diperoleh daripada semangat kejiranan.Dalam kajian ini,peranan media sosial untuk
meningkatkan semangat kejiranan di Kampung Padang Luas,Jerteh,Besut,Terengganu telah
dikaji , dikenalpasti dan dikaji oleh pengkaji.

Sementara itu,masyarakat juga menjadikan media sosial sebagai medium untuk


mengeratkan hubungan sesama sendiri dengan orang terdekat seperti ahli keluarga,rakan
sekolah dan jiran tetangga dengan cara kekal berhubung melalui media sosial dan saling
berkongsi cerita dengan selesa walaupun sibuk dengan kerja harian masing masing.Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak bergaul dengan orang di
sekelilingnya kerana sibuk dengan jadual harian masing masing terutamanya kepada orang
yang sudah berkerja dan berkeluarga kerana sibuk menjaga anak mereka.Sudah terang lagi
bersuluh media sosial juga mempunyai peranan yang penting untuk mengekalkan hubungan
persaudaraan dan meningkatkan semangat kejiranan kerana masyarakat tetap boleh
berhubung dimana jua mereka berada.
Menurut kamus dewan pelajar edisi keempat ,media bermaksud alat atau perantara
komunikasi seperti radio,televisyen dan akhbar. Manakala sosial pula membawa maksud
segala perkara yang melibatkan masyarakat seperti aktiviti – aktiviti yang melibatkan
pergaulan,persahabatan dan perjumpaan keramaian .Pada era globalisasi ini, media sosial
merupakan antara medium komunikasi paling hangat sehingga penggunaannya sudah
menjadi kebiasaan ,keutamaan hidup dan menjadi trend kehidupan .Hal ini demikian
kerana,media sosial dapat mempercepatkan proses penyampaian maklumat kepada semua
orang termasuk orang yang jauh mahupun orang yang berada di luar negara sekaligus
memudahkan urusan kehidupan masyarakat.Selain itu,media sosial mempunyai sifat yang
lebih interaktif berbanding bentuk media tradisional seperti radio dan televisyen.Sebagai
contoh,penggunaan media sosial seperti blog,Facebook,Youtube dan Twitter tidak sekadar
menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang.Ia kini menjadi
rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan
remaja,dewasa mahu pun orang tua.Saluran komunikasi dalam talian ini membolehkan
pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas,berkongsi dan membincangkan maklumat
dengan menggunakan pelbagai jenis multimedia yang terdiri daripada teks , gambar,video
dan audio.Malahan,media sosial ini juga boleh dijadikan sebagai medium untuk mencari
rakan lama yang terpisah dan kembali berhubung semula dengan mereka serta mengikat
ukhuwah sesama insan.

Rasional kajian ini dilakukan kerana pengkaji ingin melihat sejauhmana peranan
media sosial untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam penduduk komuniti di Kampung
Padanag Luas,Jerteh,Besut,Terengganu.Selain itu,pengkaji ingin mengetahu sejauhmana
keberkesanan media sosial untuk meningkatkan semangat kejiranan di Kampung
ini.Seterusnya,pengkaji juga ingin mengetahui tentang penggunaan media sosial sebagai
medium untuk berkomunikasi dalam kalangan komuniti dikampung ini. Hal ini demikian
kerana media sosial menjadi trend dan digunakan oleh semua golongan dalam komuniti
Kampung Padang Luas.Oleh yang demikian,pengkaji lebih mudah untuk melakukan kajian
dan mereka tidak seperti “katak di bawah tempurung” kerana mereka sudah biasa dengan
penggunaan media sosial.Dengan itu,kajian ini lebih senang untuk dikendalikan dan
dijalanakan.
Akhir sekali,pengkaji dapat menambah ilmu pengetahuan tentang peranan media
sosial untuk meningkatkan semangat kejirana.Secara tidak langsung,kajian ini dapat
meluaskan pandangan pengkaji terhadap kebaikan penggunaan media sosial .

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian yang dijalankan perlu berfokus supaya mencapai sesuatu dapatan yang mampu
menghuraikan persoalan atau isu – isu yang dibangkitkan. Sehubungan dengan itu, dalam
kajian ini akan menjalankan kajian berdasarkan 2 objektif sebagaimana berikut:

1. Mengenal pasti faktor penggunaan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi
dalam kalangan komuniti
2. Mengkaji peranan media sosial untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
komuniti

3.0 LOKASI KAJIAN


Peta 1 : Peta Negeri Terengganu

https://www.malaxi.com/terengganu/terengganu_map.html

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Terengganu juga merupakan negeri yang kaya dengan keindahan
alam yang amat menarik. Oleh kerana demikian, Terengganu menjadi antara negeri tumpuan
pelancong. Selain itu, negeri ini juga terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50
dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadanan
dengan Kelanta manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadanan dengan
Pahang. Keluasan Negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar atau
1.295,512.1 hektar. Jumlah penduduk di Negeri Terengganu pada tahun 2020 ialah seramai
1.26 juta penduduk di negeri ini.Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 Kilometer dari utara
(Besut) ke selatan (kemaman). Di Negeri Terengganu terdapat Sembilan daerah iaitu Kuala
Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.
https://maps.app.goo.gl/N7TPjB2bUhYynJFs9?g_st=ic

Daerah Besut ialah sebuah daerah di Utara Terengganu, Malaysia. la bersempadan


dengan negeri Kelantan di Utara, daerah Hulu Terengganu di Selatan, daerah Setiu
dan Laut China Seatan di Timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat
pentadbbiran ialah di Kampung Raja. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8
hektar dan penduduk seramai 118,058 penduduk di daerah ini pada tahun 1991.
Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit
Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah,
Pasir Akar, Tembila,Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak. Di
Kawasan daerah besut juga terdapat tempat perkelahan yang menarik seperti Lata
Tembakah, Lata Kolam,Lata Belantan, La Hot Spring, Gunung Tebu, Bukit Keluang,
Pantai BentingLintang,Pantai Dendong dan terdapat beberapa lokasi lain yang
sedang di majukan
Kampung Padang Luas merupakan sebuah kampung yang terletak
di Jerteh, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di
timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di
utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di
bahagian timur.
4.0 Metadologi Kajian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metadologi membawa maksud


system yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam
sesuatu kegiatan atau disiplin.Maksud lain metologi ialah
kaedah,jalan,teknik,gaya,ragam,rentak,corak dan system.Metadologi juga
bermkasud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.Antara perkara
penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendaptkan
responden,cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik
memproses dan mempersembahkan data.

4.1 2

Anda mungkin juga menyukai