Anda di halaman 1dari 3

020605-01-2003

1.0 Pengenalan

Pada masa kini penggunaan kereta berkembang pesat kerana mendapat


perhatian daripada golongan pekerja. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap jenama
kereta dalam golongan pekerja di Taman Saga,Kulai,JohorMenurut Persatuan
Automotif Malaysia(Malaysian Automotive Association),sebanyak 525,434
kenderaan baharu didaftarkan di Malaysia pada tahun 2020 iaitu berkurang
sebanyak 74,853 unit kenderaan berbanding dengan tahun sebelumnya yang
disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat(2010),kesetiaan


didefinisikan sebagai perihal setia,keteguhan hati(dalam hal
perkahwinan,persahabatan dan lain-lain).Manakala,pelanggan didefinisikan
sebagai orang(syarikat)yang membayar kepada seseorang seperti
peguam(pembina)untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi
pihaknya.Seterusnya,jenama didefinisikan sebagai jenis barang yang memakai
nama khas yang dikeluarkan oleh
pengeluar(pembuat,pengilang)tertentu.Manakala, kereta didefinisikan sebagai
kenderaan yang mamakai roda(ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin).

Menurut Kolter(2009),definisi jenema adalah pemberian


nama,istilah,tanda,simbol,reka bentuk atau kombinasi dari semuanya yang dibuat
dengan tujuan untuk mengenal pasti barang atau perkhidmatan atau kumpulan
penjual dan untuk membezakan dari barang atau perkhidmatan yang
bersaing.Selain itu,menurut Landa(2006),definisi jenama bukan hanya jenama
atau nama dagang produk,perkhidmatan atau syarikat.Tetapi semua yang
berkaitan degan perkara yang menampakkan mata jenama;mulai dari nama
dagang,logo,ciri visual,gambar,kredibiliti,watak,kesan,persepsi dan andaian yang
ada di fikiran pengguna syarikat.
020605-01-2003

Menurut kajian Mohd Azizul Ladin(2013),pengangkutan menyumbang


kepentingan kepada ekonomi dan sosial yang besar dalam megekalkan standard
kualiti hidup(Gärling&Schuitema 2007).Malangnya,pengangkutan juga
merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara dan menghasilkan
permintaan yang besar ke atas sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui
seperti petrol.

Menurut kajian Na’asah Nasrudin1,Katiman Rostam2,Rosniza Aznie Che


Rose2(2014) pembinaan jalan raya telah meningkat dengan ketara sejak beberapa
tahun kebelakangan dan ini dapat dikatkan dengan peningkatan pemilikan
kereta.Ini menunjukkan bilangan kenderaan di atas jalan raya telah
bertambah,terutamanya di bandar raya sepertu Shah Alam.Di bandar raya
ini,setiap ahli keluarga secara purata memiliki dua buah kereta,dan purata
bilangan isi rumah yang menpunyai lesen memandu adalah tiga orang dalam
sebuah keluarga.

Menurut kajian Haryati Shafii & Sharifah Meryam Shareh Musa(2011),isu


keselesaan di jalan raya dan masalah kesesakan lalu lintas di yang disebabkan
pertambahan kenderaan secara pesat di kawasan bandar merupakan isu global dan
keadaan ini telah menyebabkan berlakunya ganggauan dan kesan terhadap
persekitaran dan psikologi penduduk.Kebanyakan bandar besar di
dunia,umpamanya di Asia Tenggara mengalami masalah yang sama.Bandar raya
Bangkok di Thailand,Jakarta di Indonesia,Manika di Filipina dan Kuala Lumpur di
Malaysoa merupakan sebahagian daripada bandar raya yang mengalami masalah
kesesakan lalu lintas yang serius dan tidak pernah selesai.Walaupn
demikian,penduduk seolah-olah terpaksa menghadapi situasi yang merumitkan dan
mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari bagi menerukan kehidupannya.

Rasional kajian ini dijalankan adalah mengenal pasti jenama kereta yang
menjadi pilihan pekerja di Taman Saga,Kulai,Johor.Hal ini kerana pemilihan
kereta terhadap golongan pekerja adalah berbeza pada zaman ini.Selain itu,kajian
ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kesetiaan pelanggan terhadap jenama kereta dalam kalangan pekerja di Taman
Saga,Kulai,Johor.
020605-01-2003

Kesimpulannya,kajian ini dijalankan dengan penuh keprihatinan terhadap


pemilikan jenama kereta di Taman Saga,Kulai,Johor.Informan dapat memberi
pendapat yang rasional dan maklumat yang diterima oleh pengkaji amat
memberangsangkan.Borang soal selidik dibuat bagi memudahkan pengkaji
mengetahui tentang jenama kereta yang menjadi pilihan pekerja dan faktor-faktor
yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap jenama kereta dalam kalagan
pekerja bagi menyiapkan proses kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai