Anda di halaman 1dari 3

Definisi Teknologi Dan Maksud Sains

Definisi Sains dan Teknologi


Adakah kita benar-benar memanfaatkannya?
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Dunia hari ini mampu berkembang pesat kerana penghargaan manusia terhadap
kepentingan sains dan teknologi. Manusia kini sudah boleh bergerak pantas dari
satu tempat ke satu tempat yang lain, mendapatkan sesuatu hasil dengan lebih
berkesan daripada tanaman dan ternakan, mengubati penyakit kritikal,
menghantar maklumat dan menerokai angkasa lepas. Namun, kita dapati, tidak
semua teknologi ciptaan manusia itu benar-benar membawa kebaikan. Di
manakah silapnya teknologi manusia sehingga mendatangkan kesan buruk ke
atas alam sekitar?

Maksud Teknologi dan Penjelasan Berkaitan Dengannya.


Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan
sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.

Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu
dianggap lebih baik berbanding yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro
Pentium 4 dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan
sebelumnya.

Maksud Sains dan Huraiannya


"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan
penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang
bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan
maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya
mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Pada dasarnya, semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita.
Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian,
Mencari Keseragaman, dan Pembentukan Teori dan Hukum.

Teknologi: Mencipta Masalah Lain Untuk Menyelesaikan Satu Masalah Khusus?


Kita dapati dunia hari ini diancam dengan berbagai-bagai isu alam sekitar seperti
pemanasan global, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pencemaran laut,
kesan sisa radioaktif dan sebagainya.

Teknologi enjin kenderaan berasaskan minyak petrol didapati mampu


menyelesaikan masalah pengangkutan yang lambat tetapi pada masa yang sama
memberi kesan kepada alam sekitar. Karbon monoksida yang dihasilkan oleh
kenderaan-kenderaan berenjin petrol dan diesel ini turut memberi kesan buruk
kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan kegunaan manusia berasaskan plastik
pula didapati sukar untuk dilupuskan secara semulajadi dan meningkatkan lagi
pencemaran alam sekitar. Adakah harga sesuatu kemudahan yang dicipta
berasaskan teknologi itu menuntut pengorbanan unsur semula jadi sebagai
bayarannya?

Manusia terus berusaha mencipta peralatan dan kemudahan berasaskan


teknologi terbaru sejak beribu-ribu tahun lampau. Sepanjang tempoh itu, kita
dapati kerosakan dan pencemaran menjadi pengiring bagi hampir semua ciptaan
manusia. Teknologi hidroelektrik yang menggunakan empangan telah
memusnahkan hutan-hutan tadahan air di serata dunia, teknologi nuklear pula
meninggalkan sisa-sisa radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan bumi.
Dilaporkan juga terdapat beratus-ratus bendasing yang persekitaran orbit bumi,
hasil tinggalan stesen-stesen angkasa yang berada di angkasa lepas.

Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan


harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan
secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi
ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu mengubah kehidupan manusia.
Pelbagai jenis penyakit dapat dirawat, pelbagai urusan dapat diselesaikan
dengan lebih cepat dan berkesan, tetapi manusia tetap manusia.

Masakan kita dapat mengatasi kehebatan-Nya?

Rujukan:
Laman web: Wikipedia.com
Buku: Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik - Abu Hassan bin Kassim (UTM
Skudai)

Anda mungkin juga menyukai