Anda di halaman 1dari 36

011224120743

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti
dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia yang kurang pendidikan dan tidak
berpendidikan akan dipandang rendah dan mundur. Oleh itu, pendidikan amatlah penting
kepada manusia. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakan ilmu sebagai cara
hidup akan lebih mudah menbuat satu keputusan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi
Ketiga, pendidikan bermaksud perihal atau proses mendidik.

Menurut ahli falsafah John Dewey menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu
proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur
ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya,
supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat.

Menurut John McDonald pula, terdapat perbezaan pendidikan antara masyarakat


primitif dengan masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif
ialah latihan voksional dan pembelajaran adat resam, kepercayan serta cara sembahyang
yang disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga
dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat
moden pula merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu
pengetahuan yang penting untuk kehidupan yang disampaikan melalui pengajaran secara
langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Manakala menurut Syed Muhammad Qutb menyatakan pendididkaan adalah proses


membentuk manusia secara menyuluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama
pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani
manusia ke tahap yang sempurna.

Menurut Anuar Ahmad, pendidikan asas merupakan satu konsep yang besar. Tanpa
mengira usia atau ruang, pendididkan asas boleh sahaja bermula dari peringkat sekolah
rendah, menengah, universiti mahupuan pada usia tua. Pendidkan asas yang dimaksudkan

1
011224120743

adalah satu kompenen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas – asas
kehidupan seseorang individu manusia atau sebagai ahli dalam sesebuah negara.
Seringkali pendidikan asas dikaitkan dengan akronim 3M ( membaca, menulis, dan
mengira ). Sebenarnya, pendidikan asas juga meliputi soal pendidikan kesihatan,
penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan interaksi serta berkaitan dengan pembangunan
moral dan agama.

Sekolah merupakan salah satu badan yang menjadi intitusi yang mendidik
masyarakat sama ada secara formal dan secara tidak formal. Menurut definisi Kamus
Dewan Edisi Keempat, sekolah merupakan tempat untuk berlajar dan mengajar,tempat
menerima dan memberi pelajaran.

Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Pelajar Edisi Kedua, sekolah rendah
merupakan sekolah untuk kanak – kanak daripada dearjah satu hingga enam. Dalam
kamus yang sama, sekolah menengah ditakrifkan sebagai sekolah yang di tengah –
tengah; tidak besar ( tinggi )dan tidak kecil ( rendah ); sedang: sekolah – sekolah yang
peringkatnya antara sekolah rendah dan sekolah tinggi.

Agama merupakan suatu kepercayaan yang dipegang yang menyembah satu kuasa
yang besar. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, agama ialah kepercayaan kepada tuhan
dan sifat – sifatnya serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.
Agama juga diertikan sebagai kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain – lain.

Sekolah Agama Negeri ( SAN ) merupakan sekolah agama yang dikelolah oleh
bahagian pendidikan JHEAINS yang mana dulu lebih dikenali sebagai Sekolah Agama
Islam ( SUI ). Sekolah ini ditubuhkan untuk mendididk masyarakat ilmu agama Islam
pada peringkat asas. SAN Lohan, Ranau ditubuhkan pada tahun 1969 oleh pihak
JHEAINS untuk memberi didikan agama kepada masyarakat setempat. Bangunan
sekolah ini pada mulanya merupakan bangunan kayu yang terdiri dari 3 blok. Kini,
bangunan SAN Lohan diubah kepada bangunan konkrit yang juga terdiri dari 3 blok.

2
011224120743

Rasional kajian dibuat kerana SAN Lohan, Ranau merupakan antaran sekolah
agama yang terdapat di daerah Ranau yang menjadi tempat penduduk mempelajari ilmu
agama dengan lebih berkesan berbanding pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam
yang diajar di sekolah – sekolah kebangsaan. Selain itu, sekolah ini juga akan menjadi
rujukan kepada penduduk akan perkara yang berkaitan pendidikan agama seperti haluan
seterusnya untuk meneruskan pengkajian dalam bidang agama Islam.

3
011224120743

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenal pasti usaha – usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan Ranau untuk
meningkatkan pencapaian dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau

II. Mengkaji cabaran – cabaran yang dihadapi oleh guru – guru untuk meningkatkan
pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan,
Ranau.

4
011224120743

3.0 LOKASI KAJIAN


3.1 Sejarah dan Latar Belakang Daerah Ranau

Peta 1: Peta Negeri Sabah


Sumber: www.percutianbajet.com

Ranau berasal dari perkataan “RANAHON” yang membawa maksud kawasan


SAWAH PADI. Biasanya masyarakat Kadazandusun di Daerah Ranau mengusahakan
tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-
bukau. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan
tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan “RANAHON”. Panggilan singkat bagi
“RANAHON” ialah RANAU. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat
pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan Daerah
RANAU.

5
011224120743

Peta 2 : Peta Daerah Ranau


Sumber : maps.google.com

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U
dan garisan bujur (Longitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah
lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Pitas, Kota Merudu dan Beluran.
Keluasan Daerah Ranau ialah 3,555.51 km persegi.

Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Di antara ciri-ciri utamanya
ialah banjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di
Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama
ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating
(mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun
dan bergunung – ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap
dan sejuk.

Jarak daerah ranau dari kota kinabalu adalah sejauh 122 km mengikut jalan raya.
Lokasi dapat dicapai dengan menaiki kenderaan darat seperti kereta, van, motosikal dan
lori dan kenderaan udara seperti helikopter. Jika pengkaji ingin menggunakan

6
011224120743

pengangkutan awam dari Kota Kinabalu ke Pekan Ranau, Inanam Bus Station Terminal
menyediakan perkhidmatan bas dengan bayaran tiket sebanyak RM 20.00 . Jika pengkaji
ingin menggunakan kenderaan persendirian ke daerah Ranau dari pusat bandar Kota
Kinabalu, pengkaji boleh menggunakan Jalan Sembilan Belas ke Jalan Tun Razak ke
Jalan Jesselton lorong satu ke Jalan Tun Fuad Stephen ke Jalan Pasir ke Jalan Tuaran ke
Jalan Tamparuli – Ranau ke Jalan Ranau – Sandakan ke Jalan Lintas atau Jalan Pekan.

7
011224120743

3.2 Latar Belakang SAN Lohan, Ranau.

SAN Lohan, Ranau

Peta 3 : Lokasi Sekolah Agama Negeri (SAN) Lohan, Ranau.


Sumber: Google Maps

Kajian ini bertempat di kawasan daerah Ranau yang mana tempat ini terletak di
kawasan pendalaman iaitu, dikawasan Kampung Lohan 1. SAN Lohan, Ranau terletak
lebih kurang 10.4 km dari Barat Laut Pekan Ranau, Sabah. Perjalanan untuk sampai ke
tempat kajian dari Pekan Ranau mengambil masa 15 minit jika tidak berlaku kesesakan
lalu lintas. SAN Lohan, Ranau ini terletak diantara Masjid Al Khauthar dengan Dewan
Kampung Lohan 1. Lokasi ini boleh dicapai dengan menaiki penggankutan darat seperti
van, kereta, lori, motosikal serta boleh dicapai dengan berjalan kaki.

Loaksi kajian ini terletak diantara Masjid Al Khauthar Kampung Lohan 1 dengan
Dewan Kampung Lohan 1. Masjid Al Khauthar yang terletak di bahagian barat daya
SAN Lohan Ranau merupakan masjid yang menjadi rumah ibadah masyarakat Muslim
Kampung Lohan 1 dan Kampung sekitarnya seperti Kampung Minihas dan Kampung
Kinasaraban Baru. Masjid ini membolehkan murid dan guru-guru menjalankan ibadah
solat dengan mudah.

8
011224120743

Manakala, Dewan Kampung Lohan 1 yang berada di bahagian timur laut SAN
Lohan Ranau merupakan tempat bagi pelbagai aktiviti atau program yang tertentu
diadakan sama ada oleh pihak Kampung Lohan 1, pihak kerajaan, pihak swasts mahupun
pihak SAN Lohan sendiri. Banguana ini telah dibuka sejak tahun 1981 dan masih teguh
hingga kini. Disekitar kawasan SAN Lohan juga terdapat gerai – gerai dan kedai runcit
yang diusahakan oleh penduduk tempatan Kampung Lohan 1. Gerai – gerai ini menjadi
tempat murid-murid membeli makan ringan dan juga peralatan yang diperlukan dalam
pembelajaran. Pusat Internet 1 Malaysia cawangan Kampung Lohan 1 yang berada
bersebelahan Dewan Kampung Lohan 1 menjadi pusat mengakses internet kepada
penduduk kampung sekitar yang ingin mendapatkan maklumat pembelajaran atau
berkomunikasi dengan rakan melalui media sosial. Kemudahan internet ini menjadi
tempat murid dan guru – guru mencari maklumat akan perkembangan semasa.

9
011224120743

4.1 METODOLOGI KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Kaedah yang digunakan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah
kualitatif dijalankan dengan membuat pemerhatian serta sesi temu bual bagi
mendapaitkan suasana yang sebenar berkenaan dengan kajian ini. Selain itu, menlalui
kaedah kuantitatif pula dijalankan dengan menyediakan boring soal selidik dapat
mengumpulkan data serta menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan mengunakan
kaedah gandaan dan peratusan bagi mengira bilangan responden yang di soal selidik.

4.2 Kedah Pemilihan Responden

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengkaji peningkatan pencapaian


peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau. Bagi
mendapatkan maklumat untuk menyiapkan kerja kursus, pengkaji telah memilih
sebanyak 30 orang responden untuk menjawab soal selidik yang disediakan oleh
pengkaji. Responden kajian ini dipilih secara rawak dalam kalangan guru – guru dan
murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau sahaja. Pemilihan responden dalam kalangan guru –
guru di SAN Lohan adalah kerana mereka lebih arif tentang sekolah tersebut. Pemilihan
responden dalam kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan pula kerana mereka merupakan
antara golongan yang terlibat dengan objektif kajian.

4.3 Kaedah Mendapatkan Maklumat

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk mendapatkan data bagi memenuhi
kehendak kerja kursus Pengajian Am. Antaranya ialah mendapatkan maklumat daripada
data primer dan data sekunder.

10
011224120743

4.3.1 Data Primer

Data primer adalah data yang diperoleh langsung dari sumber asli seperti dari
lapangan melalui kajian dan pemerhatian yang dilakukan untuk mendapatkan data primer
iaitu melalui kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

I. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan tinjauan pengkaji ke kawasan lapangan kajian untuk


mendapat gambaran awal tentang lokasi kajian. Kaedah pemerhatian di lakukan untuk
memperoleh maklumat yang tidak terdapat dalam temu bual dan soal selidik..
Pengkaji telah pergi ke lapangan kajian di Kampung Lohan iaitu di SAN Lohan
Ranau untuk mendapatkan gambaran tentang usaha pihak SAN Lohan Ranau untuk
meningkatkan pencapaian dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha
meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun 6 SAN Lohan
Ranau.

II. Soal Selidik

Borang soal selidik yang mengandungi soalan digunakan oleh pengkaji sebagai
panduan dan rujukan semasa kajian dijalankan. Soal selidik memandu pengkaji untuk
mengemukakan soalan-soalan yang sesuai bagi memperoleh maklumat-maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini.
Bahagian soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian
B dan bahagian C. Bahagian A ini merangkumi latar belakang responden yang terdiri
daripada lima soalan iaitu jantina, kategori umur, kaum, jawatan, dan tempat tinggal.
Manakala, bahagian B merupakan objektif pertama kajian yang berkaitan dengan usaha –
usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau, untuk meningkatkan pencapaian
peperiksaan SRU. Bahagian ini mengemukkakan sembilan soalan yang merangkumi
objektif pertama kerja kursus. Bahagian C pula merangkumi objektif kedua kajian ini
iaitu cabaran – cabaran yang dihadapi guru – guru untuk meningkatkan pencapaian

11
011224120743

peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam. Bahagian ini mengemukakan
sebanyak enam soalan sahaja. Seterusnya borang soal selidik ini telah diedarkan kepada
30 orang responden di SAN Lohan, Ranau secara rawak dalam kalangan guru – guru dan
murid tahun enam di SAN Lohan. Hasil kutipan daripada borang soal selidik tersebut,
semua borang dikembalikan dalam keadaan yang baik iaitu sebanyak 30 borang soal
selidik dikembalikan semula.

III. Temu Bual

Temu bual adalah pengkaji berinteraksi dengan informen demi membolehkan temu
bual ditadbir dengan mudah. Aktiviti temu bual dijalankan untuk menambahkan lagi
maklumat yang sedia ada mengenai sesuatu kajian. Informen yang ingin ditemu bual
adalah mereka yang terpilih dan mempunyai pengetahuan tentang kawasan yang ingin
dikaji. Temu bual selalunya dilakukan secara formal dan tidak formal.

Pengkaji telah berjumpa dengan tiga orang informan di SAN Lohan, Ranau.
informan yang dipilih oleh responden adalah dalam kalangan murid tahun enam dan guru
– guru SAN Lohan. Sebelum pengkaji berjumpa dengan informen, pengkaji terlebih
dahulu telah memberitahu kepada informan tentang pelaksanaan kerja kursus dan
menyediakan soalan – soalan temu bual untuk dijawab oleh informen. Pengkaji telah
melakukan sebanyak dua kali temu bual. Temu bual pertama yang dilaksanakan oleh
pengkaji ialah pengkaji mengajukan soalan kepada informen berkenaan latar belakang
SAN Lohan, Ranau dan keistemewaannya. Kali kedua pengkaji berjumpa dengan
informen iaitu ingin melengkapkan kerja kajian dengan membuat temu bual berkaitan
dengan usaha – usaha yang dijalankan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk
meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN
Lohan dan apakan cabaran – cabaran yang dihadapi oleh guru – guru untuk meningkatkan
pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau.

12
011224120743

4.3.2 Data Sekunder

Data sekunder adalah sumber data penelitian yang diperoleh melalui media
perantara atau secara tidak langsung yang berupa buku, catatan, bukti yang telah ada baik
yang telah diterbitkan mahupun yang tidak diterbitkan secara umum. Dengan kata lain,
peneliti memerlukan pengumpulan data dengan cara berkunjung ke perpustakaan, pusat
kajian dan pembacaan banyak buku yang berhubung kait dengan kajian yang ingin
dijalankan. Kelebihan dari data sekunder adalah waktu yang diperlukan untuk penelitian
untuk mengklasifikasikan permasalahan dan penilaian data, relative lebih baik dan lebih
banyak dibandingkan dengan pengumpulan data primer.

I. Kajian Perpustakaan

Penyelidikan di perpustakaan merupakan kaedah pengumpulan data sekunder yang


berkaitan dengan bidang kajian. Data-data sekunder yang diperoleh daripada buku,
majalah, jurnal, surat khabar, dan sebagainya membantu pengkaji memahami dan
mendekati bidang kajian.

II. Kajian Internet

Pencarian maklumat menggunakan kemudahan internet memudahkan pengkaji


mendapatkan maklumat untuk kerja kursus Pengajian Am 2020. Pengunaan internet
dalam mencari maklumat akan digunakan dalam pengisian huraian pada bahagian
bahagian tertentu. Pengertian, lokasi kajian, dan sumber rujukan merupakan bahan yang
digunakan dalam penyiapan kerja kursus Pengajian Am 2020.

13
011224120743

4.4 Cara Memproses Dan Mempersembah Data

Teknik memproses maklumat dibahagikan kepada dua iaitu teknik penghasilan data
secara kuantitatif dan teknik penghasilan secara kualitatif.

4.4.1 Data Penganalisan Kuantitatif

Data dianalisi menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan


kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi
dipastikan, disunting, dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah
dianalisis dipersembahkan dalam bentuka jadual, graf dan carta.

4.4.2 Data Penganalisan Kualitatif

Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan terperinci tentang situasi, peristiwa,


orang, interaksi dan perbuatan orang yang diperhatikan. Diantara kebaikan penggunakan
kaedah ini ialah ianya membenarkan pengkaji mengikut aturan penyelidikan mengikut
apa yang dikehendaki oleh pengkaji. Dalam kajian ini, analisis kualitatif adalah
berdasarkan data primer dan data sekunder yang diperoleh.

14
011224120743

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Latar Belakang Responden

5.1.1 Jantina Responden

Jadual 1 : Jantina Responden

Bil. Jantina Jumlah Peratus (%)


1. Lelaki 12 40
2. Perempuan 18 60
Jumlah 30 100
Sumber : Kajian Lapangan 2020

Jantina Responden

40% Lelaki
Perempuan

60%

Rajah 1 : Jantina Responden


Sumber : Lapangan Kajian 2020

Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih secara


rawak, seramai 12 orang bersamaan 40% merupakan lelaki dan 18 orang bersamaan 60%
merupakan perempuan. Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukan maklumat yang lebih jelas

15
011224120743

bahawa terdapat perbezaan jurang dalam pemilihan jantina sebanyak 10 % dalam


kalangan responden yang dipilih secara rawak.

5.1.2 Kategori Umur

Jadual 2 : Kategori Umur

Bil. Kategori Umur Jumlah Peratus (%)


1. 12 tahun 20 66.67
2. 20 tahun – 30 tahun 4 13.33
3. 31 tahun – 40 tahun 3 10
4. 40 tahun – 50 tahun 2 6.67
5. 51 tahun – 60 tahun 1 3.33
Jumlah 30 100
Sumber : Lapangan Kajian 2020

Kategori Umur
3%
7%

10% 12 Tahun
20 - 30 Tahun
31 - 40 Tahun
41 - 50 Tahun
13% 51 - 61 Tahun

67%

Rajah 2 : Kategori Umur

Sumber : Lapangan Kajian 2020

Daripada 30 orang responden, sebanyak 20 orang yang berumur 12 tahun iaitu


terdiri daripada murid tahun enam SAN Lohan. Manakala, sebahagian responden lain
masing – masing terdiri daripada lingkungan umur 20 – 30 tahun seramai 4 orang, 3
orang dalam lingkungan umur 31 – 40 tahun, 2 orang dalam lingkungan umur 41 – 50

16
011224120743

tahun dan seorang dalam lingkungan umur 51 – 61 tahun yang merupakan guru-guru
SAN Lohan.

5.1.3 Kaum Responden

Jadual 3 : Kaum Responden

Bil. Kaum Jumlah Peratus (%)


1. Melayu 4 13.33
2. India 0 0
3. Cina 0 0
4. Bumiputera Sabah 26 86.67
5. Bumiputera Sarawak 0 0
6. Lain-Lain Kaum 0 0
Jumlah 30 100
Sumber : Lapangan Kajian 2020

Kaum Responden

13%

Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Lain - Lain Kaum

87%

Rajah 3 :Kaum Responden

Sumber : Lapangan Kajian 2020

Daripada responden sebanyak 30 orang, seramai 26 orang responden bersamaan


86.67 % merupakan Bumiputera Sabah. Hanya seramai 4 orang bersamaan 13.33 %
sahaja terdiri daripada kaum Melayu. Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3, Kaum India,

17
011224120743

Kaum Cina, Bumiputera Sarawak dan Lain – Lain Kaum tidak dapat dikesan kerana soal
selidik terhad kepada 30 orang responden sahaja.

5.1.4 Status Responden

Jadual 4 : Status responden

Bil. Status Jumlah Peratus (%)


1. Guru Besar 1 3.33
2. Ustaz / Ustazah 9 30
3. Murid 20 66.67
Jumlah 30 100
Sumber : Lapangan Kajian 2020

Status Responden
3%

30% Guru Besar


Ustaz / Ustazah
Murid

67%

Rajah 4 : Status Responden

Sumber : Lapangan Kajian 2020

Daripada 30 orang responden, sebanyak 20 orang bersamaan 66.67% terdiri


daripada murid tahun enam SAN Lohan, Ranau. Selebihnya, seramai sembilan orang
responden bersamaan 30 % merupakan ustaz dan ustazah iaitu guru – guru SAN Lohan
serta seorang responden bersamaan 3 % merupakan guru besar SAN Lohan, Ranau.

18
011224120743

5.1.5 Tempat Tinggal Responden

Jadual 5 : Tempat Tinggal Responden

Bil Tempat Tinggal Jumlah Peratus


.
1. Rumah Guru 3 10
2. Kampung Lohan 1 9 30
3. Kampung Silad 6 20
4. Kampung Minihas 6 20
5. Kampung Randogung Baru 4 13.33
6. Kampung Kinasaaraban Baru 2 6.67
Jumlah 30 100
Sumber : Lapangan Kajian 2020

Tempat Tinggal
7% 10%

13% Rumah Guru


Kampung Lohan 1
Kampung Silad
Kampung Minihas
30% Kampung Randogung Baru
Kampung Kinasaraban Baru
20%

20%

Rajah 5 : Tempat Tinggal Responden

Sumber : Lapangan Kajian 2020

Daripada 30 orang responden yang dipilih secara rawak, seramai 9 orang


responden bersamaan 30 % tinggal di Kampung Lohan 1. Selebihnya, 6 orang responden
bersamaan 20 % tinggal di Kampung Silad dan Kanpung Minihas. Seramai 4 orang
responden bersamaan 13 % tinggal di Kampung Randogung Baru. Terdapat juga 2 orang
responden bersamaan 7 % tinggal di Kampung Kinasaraban Baru dan 3 orang responden
bersamaan 10 % pula tinggal di Rumah Guru.

19
011224120743

5.2 USAHA – USAHA YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK SAN LOHAN,


RANAU UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN SRU DALAM KALANGAN
MURID TAHUN ENAM DI SAN LOHAN, RANAU.

Jadual 6 : Usaha – Usaha yang Dilakukan oleh Pihak SAN Lohan, Ranau untuk
Meningkatkan Pencapaian SRU dalam Kalangan Murid Tahun Enam di
SAN Lohan, Ranau.

Bil Usaha - usaha pihak SAN Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
Lohan, Ranau.
Bil. % Bil. % Bil. %
1. Guru menggunakan kaedah 28 93.33 0 0 2 6.67
belajar sambil bermain seperti
teka teki.
2. Guru memberikan latihan tropikal 5 16.67 15 50 10 33.33
secara berperingkat.
3. Guru mengajar subjek dengan 23 76.66 2 6.67 5 16.67
teknik bercerita.
4. Guru mengajar dengan teknik 20 66.67 5 16.67 5 16.66
komunikasi yang jelas dan mudah
difahami.

5. Pihak SAN Lohan mengadakan 30 100 0 0 0 0


kem motivasi untuk tahun enam.
6. Pihak SAN Lohan mengadakan 30 100 0 0 0 0
kelas tambahan kepada murid
tahun enam.

7. Guru menyuruh murid membuat 2 6.67 18 60 10 33.33


nota.
8. Pihak SAN Lohan memberikan 30 100 0 0 0 0
ganjaran kepada murid yang
mendapat keputusan cemerlang.
9. Guru akan mendenda murid yang 10 33.33 0 0 20 66.67
tidak menyiapkan kerja rumah.
Sumber : Lapangan Kajian 2020

20
011224120743

Usaha - Usaha yang Dilakukan oleh Pihak SAN Lohan, Ranau.


100%
90%
80%
70%
60%
50%
40% Tidak Pasti
30% Tidak Setuju
20% Setuju
10%
0%
l a si a n n
ain pika erit esa
n
tiva han n ot
jara daa
m to c rk a at n n
er be
r o b
Ga De
ilb han ik i be m
m
tam bu
b ti n s Ke s em
sam La Tek n ika K ela M
ar u
r laj Kom
Be

Rajah 1 : Usaha – Usaha yang Dilakukan oleh Pihak SAN Lohan, Ranau untuk
Meningkatkan Pencapaian SRU dalam Kalangan Murid Tahun Enam di SAN
Lohan, Ranau.

Sumber : Lapangan Kajian 2020

5.2.1 Guru Menggunakan Kaedah Belajar Sambil Bermain seperti Teka – Teki.

Berdasarkan data yang diperoleh dalam Rajah 6, 28 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 93.33 peratus setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru menggunakan kaedah
belajar sambil bermain teka teki. Manakala, hanya dua orang responden bersamaan
dengan 6.67 peratus yang tidak pasti dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan hampir semua responden setuju bahawa salah satu
usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian
SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru menggunakan

21
011224120743

kaedah belajar sambil bermain seperti teka teki. Hal ini kerana kaedah belajar sambil
bermain mampu merangsang otak untuk berfikir dengan lebih cepat dan mampu melatih
otak untuk mengingati pembelajaran yang disampaikan. Kaedah ini juga mampu
meningkatkan minat murid terhadap subjek tersebut yang boleh membawa kepada
pencapaian gred yang tinng dalam subjek tersebut. Perkara ini juga disokong oleh
Informen 1 yang mengatakan bahawa kaedah belajar sambil bermain ini mampu
meningkatkan semangat murid murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Pelaksanaa
kaedah belajar sambil bermain ini biasanya dilakukan semasa sebelum masa rehat dan
sebelum masa pulang.

5.2.2 Guru Memberikan Latihan Tropikal Secara Berperingkat

Berdasarkan data yang diperoleh dalam rajah 6, 15 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 50 peratus tidak setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru memberikan latihan
tropikal secara berperingkat. Manakala, hanya 5 orang responden bersamaan dengan
16.67 peratus yang setuju dan 10 orang responden bersamaan dengan 33.33 peratus tidak
pasti dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak setuju bahawa salah satu
usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian
SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru memberikan
latihan tropikal secara berperingkat. Hal ini kerana kaedah memberi latihan tropikal ini
memberi tekanan sedikit sebanyak kepada murid untuk mengatur masa mengulangkaji
subjek lain sama ada di sekolah agama mahupun di sekolah rendah. Mengikut
pengalaman pengkaji ssendiri, latihan yang diberikan adalah seratus peratus berdasarkan
buku teks dan latihan yang diberikan adalah kurang. Melalui pemerhatian pengkaji,
pemberian latihan biasanya akan disiapkan di dalam kelas dan di hantar semasa sesi
persekolaha. Latiha tersebut dijawab dengan baik berdasarkan kenyataan dalam buku
teks. Perkara ini juga disokong oleh Informen 1 yang mengatakan bahawa kaedah

22
011224120743

pemberian latihan tropikal seperti tidak pernah dilaksanakan atau mereka sendiri tidak
sedar akan pemberia latihan tropikal.

5.2.3 Guru Mengajar Subjek dengan Teknik Bercerita

Berdasarkan data yang diperolehi dalam rajah 6, 23 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 76.66 peratus setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru mengajar subjek dengan
teknik bercerita. Manakala, hanya dua orang responden bersamaan dengan 6.67 peratus
yang tidak setuju dan lima orang responden bersamaan dengan 16.67 peratus tidak pasti
dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan ramai responden setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru mengajar sebjek dengan
teknik bercerita. Hal ini kerana mengajar dengan kaedah bercerita sudah sinonim dengan
kaedah pengajaran yang bermula sejak kecil lagi. Pemberian cerita akan hal yang
berkaitan membolehkan seseorang mengingat dengan lebih mudah. Menurut Informen 2
yang mengatakan bahawa kaedah pengajaran dengan teknik bercerita digunakan untuk
meningkatkan fokus murid dalam penbelajaran. Subjek sirah atau lebih sejarah
merupakan antara subjek yang sangat mengalakkan penceritaan dalam pengajaran kerana
ianya merupakan subjek yang memerlukan seratus peratau fakta dalam menjawab soalan
pepriksaan SRU.

5.2.4 Guru Mengajar Dengan Teknik Komunikasi yang Jelas dan Mudah Difahami.

Berdasarkan data yang diperolehi dalam rajah 6, 20 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 66.67 peratus setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru mengajar dengan teknik

23
011224120743

komunikasa yang jelas dan mudah difahami.. Manakala, lima orang responden bersamaan
dengan 16.67 peratus yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan beberapa responden setuju bahawa salah satu usaha
yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU
dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru mengajar dengan
teknik komunikasi yang jelas dan mudah difahami. Mengajar dengan kaedah komunikasi
yang jelas dan berkesan kebiasaannya mengunakan bahasa yang biasa digunakaan oleh
masyarakat. Ini memudahkan penyampaian maklumat diterima oleh masyarakat tanpa
keraguan berbanding dengan bahasa formal yang mempunyai unsur tersirat yang tidak
difahami masyarakat. Perkara ini juga disokong oleh Informen 1 yang mengatakan
bahawa kaedah komunikasi yang jelas ini memudahkan murid untuk memahami apa yang
hendak disampaikan oleh guru subjek. Penggunaan bahasa yang mudah difahami
membolehkan proses ulang kaji murid lebih mudah.

5.2.5 Pihak SAN Lohan Mengadakan Kem Motivasi untuk Tahun Enam.

Berdasarkan data yang diperolehi dalam rajah 6, kesemua 30 orang responden


bersamaan dengan 100 peratus setuju bahawa salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak
SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam kalangan murid tahun
enam di SAN Lohan, Ranau ialah pihak SAN Lohan mengadakan kem motivasi untuk
murid tahun enam. Tiada respondenn yang membantah akan kaedah ini digunakan dalam
usaha untuk meningkatkan pencapaian SRU murid tahun enam SAN Lohan.

Dapatan kajian menunjukkan semua responden setuju bahawa salah satu usaha
yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU
dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah pihak SAN Lohan
mengadakan kem motivasi untuk murid tahun enam. Kem motivasi ini berupaya untuk
meningkatkan dan membentuk semula motivasi murid sebelum peperiksaan SRU
berlangsung. Perkara ini juga disokong oleh semua Informen yang mengatakan bahawa
pengadaan kem motivasi mampu meningkatkan motivasi murid untuk belajar semula.
Aktiviti – aktiviti yang dilaksanakan seperti kerja berkumpulan, sesi munasabah diri dan

24
011224120743

sesi ceramah menjadi titik pembentukan semula motivasi dan semangat murid untuk
berlajar semula. Dalam masa yang sama, murid dapat merancang masa depan selepas
menjalani peperiksaan SRU.

5.2.6 Pihak SAN Lohan Mengadakan Kelas Tambahan kepada Murid Tahun Enam.

Berdasarkan data yang diperolehi dalam rajah 6, kesemua 30 orang responden


bersamaan dengan 100 peratus setuju bahawa salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak
SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam kalangan murid tahun
enam di SAN Lohan, Ranau ialah pihak SAN Lohan mengadakan kelas tambahan kepada
murid tahun enam. Tiada respondenn yang membantah akan kaedah ini digunakan dalam
usaha meningkatkan pencapaian SRU murid tahun enam SAN Lohan.

Berdasarkan data yang diperolehi, semua responden bersetuju dengan pernyataan


bahawa pihak SAN Lohan mengadakan kelas tambahan kepada murid tahun enam.
Pemberiaan kelas tambahan mampu memberikan masa tambahan kepada murid untuk
belajar bersama dengan guru. Pemberian kelas tambahan ini juga boleh mengisi masa
lapang murid yang selalu luangkan dengan aktiviti tertentu dapat di isi dengan baik.
Pernyataan ini juga disokong oleh Informan 1 dan Informan 2 akan pemberian kelas
tambahan mampu meningkatkan prestasi murid tahun enam SAN Lohan. Kelas tambahan
dijalankan pada waktu malam dan pada hujung minggu. Pengguunaan masa ini
memberikan murid kesempatan untuk megajukan soalan kepada guru tentang tajuk yang
tidak difahami. Masa ini juga menjadi titik kepada perkembangan kaedah pembelajaran
murid.

25
011224120743

5.2.7 Guru Menyuruh Pelajar Untuk Membuat Nota

Berdasarkan data yang diperolehi dalam rajah 6, 18 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 60 peratus tidak setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru menyuruh murid membuat
nota. Manakala, hanya dua orang responden bersamaan dengan 6.67 peratus yang setuju
dan sepuluh orang responden bersamaan dengan 33.33 peratus tidak pasti dengan
pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan ramai responden setuju bahawa salah satu usaha yang
dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam
kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru menyuruh murid membuat
nota. Arahan membuat nota oleh guru kepada murid bukannya suatu usaha, namun
meruapakan suatu bebanan. Penbuatan nota dalam kalangan murid tidak sebegitu
diperlukan kerana ianyan hanya sebagai rujukan yang digunaan oleh murid sekolah
rendah. Menurut Informen 1, nota yang dibuat adalah berdasarkan nota yang hanya
ditulis di papan putih oleh guru. Namun, hanya subjek sirah yang memerlukan pembuatan
nota yang banyak kerana sirah lebih kepada menceritakan sejarah dan peristiwa –
peristiwa penting dalam agama Islam terutamanya sejarah Nabi Muhammad SAW.
Manakala, menurut Informan 2, nota yang dibuat oleh murid tetap diperiksa bagi
membiasakan murid menghantar kerja – kerja yang diberikan guru.

5.2.8 Pihak SAN Lohan Memberikan Ganjaran Kepada Murid Yang Mendapat
Keputusan Cemerlang.

Berdasarkan data yang diperolehi dalam rajah 6, kesemua 30 orang responden


bersamaan dengan 100 peratus setuju bahawa salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak
SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam kalangan murid tahun
enam di SAN Lohan, Ranau ialah pihak SAN Lohan memberikan ganjaran kepada murid
tahun enam yang cemerlang. Tiada responden yang membantah akan kaedah ini
digunakan dalam usaha meningkatkan pencapaian SRU murid tahun enam SAN Lohan.

26
011224120743

Dapatan kajian menunjukkan semua responden setuju bahawa salah satu usaha
yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU
dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah pihak SAN Lohan
memberikan ganjaran kepada murid yang cemerlang. Inesiatif pemberian ganjaran
kepada murid yang cemerlang akan meningkatkan semangat murid untuk meningkatkan
usaha untuk mencapai kecemerlangan. Pemberian ganjaran atau imbuhan ini juag
merupakan sesuatu yang sangat disukai oleh mesyarakat terutamanya dalam kalangan
kanak – kanak. Perkara ini juga disokong oleh Informen 1 yang mengatakan pemberian
ganjaran ini mampu meningkatkan semangat murid murid untuk mencapai
kecemerlangan. Pemberian ganjaran yang menarik hati murid akan memberiakan haluan
untuk berusaha bagi mengejar ganjaran tersebut.

5.2.9 Guru Akan Mendenda Murid Yang Tidak Menyiapkan Kerja Rumah

Berdasarka data yang diperolehi dalam rajah 6, seramai 20 orang responden


bersamaan 66.67 peratus daripada 30 orang responden tidak pasti akan salah satu usaha
yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan dalam meningkatkanpencapaian SRU dalam
kalangan urid tanun enam ialah guru mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja
rumah. Manakala hanya 10 orang responden bersamaan 33.33 peratus bersetuju dengan
dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak pasti bahawa salah satu
usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan pencapaian
SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah guru mendenda
murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Latihan yang diberikan akan
disiapkan di dalam kelas. Perkara ini juga disokong oleh Informen 3 yang mengatakan
bahawa kerja yang diberikan disiapkan semasa sesi persekaolahan berlangsung.

27
011224120743

5.3 CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU –GURU UNTUK


MENINGKATKAN PENCAPAIANN DALAM KALANGAN MURID TAHUN
ENAM DI SAN LOHAN, RANAU.

Jadual 7 : Cabaran – Cabaran yang Dihadapi oleh Guru – Guru untuk


Meningkatkan Pencapaian dalam Kalangan Murid Tahun 6 di SAN
Lohan, Ranau.

Bil Cabaran – cabaran yang Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti


. dihadapi oleh guru – guru.
Bil % Bil % Bil %

1. Jumlah murid yang ramai 5 16.67 10 33.33 15 50


menyukarkan guru untuk
mengawal murid
2. Tingkah laku disiplin murid 2 6.67 12 40 16 53.33
yang tidak terkawal.
3. Sikap murid yang malas dan 5 16.67 8 26.66 17 56.67
tidak memberi kerja sama
ketika pembelajaran.
4. Teknik atau kaedah guru 10 33.33 10 33.33 10 33.33
mengajar kurang menarik dan
tidak berkesan.
5. Tingkat pendidikan guru yang 0 0 10 33.33 20 66.67
masih rendah.

Sumber : Lapangan Kajian 2020

28
011224120743

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Untuk Meningkatkan


Pencapaian SRU
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20% Tidak Pasti
Tidak Setuju
10%
Setuju
0%
ai al a
rik ah
.
am
kaw sam a nd
R r rja en Re
ng Te ke M h
Ya ak e r
an
g
as
i
ur
id
gTid akB ur g M
K
M
Ya
n Tid aja
r
Ya
n
lah id a n g r u
Ju
m ur as
D en Gu
M al M n
lin ru ika
isip ngM Gu did
D Ya ah n
r id aed t Pe
u K a
M u gk
ap A ta Tin
Sik ik
kn
Te

Rajah 2 : Cabaran – Cabaran Yang Dihadapi oleh Guru – Guru Untuk


Meningkatkan Pencapaian Peperiksan SRU dalam Kalangan Murid Tahun Enam
di SAN Lohan, Ranau.

Sumber : Lapangan Kajian 2020

5.3.1 Jumlah Murid yang Ramai Menyukarkan Guru Untuk Mengawal Murid

Berdasarkan data yang diperoleh dalam Rajah 7, seramai 15 orang responden


daripada 30 orang responden bersamaan dengan 50 peratus tidak pasti bahawa salah satu
cabaran yang dihadapi guru guru untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU
dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah jumlah murid yang ramai

29
011224120743

menyukarkan guru untuk mengawal murid. Manakala, hanya lima orang responden
bersamaan dengan 16.67 peratus yang setuju dan seramai 10 tidak setuju dengan
pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan kebannyakan responden tidak pasti bahawa salah satu
cabaran yang dihadapi oleh guru – guru dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan
SRU adalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah jumlah murid yang
ramai menyukarkan guru untuk mengawal murid. Hal ini kerana berdasarkan pemerhatian
yang dijalankan, bilangan murid tahun enam di SAN Lohan hanya terdiri daripada 32
orang sahaja. Bilangaan murid ini masih boleh dikawal dengan baik oleh pihak SAN
Lohan. Menurut informan 2 dan informan 3, jumlah murid ini dibahagikan kepada dua
kelas secara sama rata. Pembahagian kelas ini bertujuan ini bertujuan untuk memudahkan
sesi pengajar dapat dilaksanaka dengan mudah dan lancar. Walhal menurut informan 1,
bilangan murid ini menyukarkan guru untuk mengawal pergerakan murid di dalam kelas.
Informan 1 juga mengatakan bahawa guru juga terganggu dengan bilangan murid tahun
lima dan tahun empat yang turut menlaksanakan sesi persekolahan petang.

5.3.2 Tingkah Laku Disiplin Murid yang Tidak Terkawal

Berdasarkan data yang diperoleh dalam Rajah 7, 16 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 53.33 peratus tidak pasti dengan pernyataan bahawa
salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru guru untuk meningkatkan pencapaian
peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah tingkah
laku disiplin murid yang tidak terkawal. Manakala, sebanyak dua orang responden
bersamaan dengan 6.67 peratus yang setuju dan 12 oorang responden tidak setuju dengan
pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan respondentidak pasti bahawa salah satu


cabaran yang dihadapi oleh guru – guru umtuk meningkatkan pencapaian peperiksaan
SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah tingkah laku disiplin
murid yang tidak terkawal. Hal ini kerana kerana disiplin murid dapat dikawal dan mudah
dikendalikan. Jika murid berani untuk ponteng kelas atau ponteng sekolah, maka tidakan

30
011224120743

tegas dapat diambil dengan memdenda murid tersebut dengan merotan atau
melaksanakan kerja amal. Memugut sampah di kawasan sekitar SAN Lohan, mencuci
tandas pelajar dan tandas masjid, serta membersihkan kawasan dewan terbuka SAN
Lohan merupakan antara dendaan ataupun kerja amal yang dikenakan keatas murid yang
bermasalah. Jika dendaan tidak dapat dilaksanakan kerana murid tidak ke sekolah, maka
pihak SAN Lohan akan melaporkannya kepada ibu bapa murid untuk tindakan yang
selanjutnya. Walau bagaimanapun, pernyataan ini di bantah oleh informan 2 kerana
murid SAN Lohan mempunyai tingkah laku yang baik kerana pembelajaran di SAN
Lohan lebih terbuka berbanding pembelajaran di sekolah rendah. Ini membolehkan murid
bergerak yang lebih mudah. Ini memberikan murid ruang yang agak selesa untuk belajar.

5.3.3 Sikap Murid yang Malas dan Tidak Memberi Kerjasama Ketika
Pembelajaran

Berdasarkan data yang diperoleh dalam Rajah 7, 17 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 56.67 peratus tidak pasti dengan pernyataan bahawa
salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru – guru untuk meningkatkan pencapaian
peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah sikap
murid yang malas dan tidak memberi kerjasama ketika pembelajaran. Manakala,
sebanyak lima orang responden bersamaan dengan 16.67 peratus yang setuju dan lapan
orang responden bersamaan dengan 26.66 peratus tidak setuju dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak pasti bahawa salah satu
cabaran yang dihadapi oleh guru – guru umtuk meningkatkan pencapaian peperiksaan
SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah sikap murid yang
malas dan tidak memberi kerjasama ketika pembelajaran. Hal ini kerana murid tahun
enam di SAN Lohan jarang melawan kata – kata guru. Pernyataan ini disokong oleh
informan 2 dan informan 3 yang mengatakan bahawa komitmen yang diberikan oleh
murid adalah baik. Semua kerja yang diberikan kepada murid disiapkan dengan segera.
Ini menunjukkan kerjasma dan kerajinan murid adalah tinggi. Tiada murid yang berani
untuk melawan arahan guru selagi mereka mampu melakukannya.

31
011224120743

5.3.4 Teknik atau Kaedah Guru Mengajar Kurang Menarik dan Tidak Berkesan

Berdasarkan data yang diperoleh dalam Rajah 7, masing – masing 10 orang


responden daripada 30 orang responden bersamaan dengan 33.33 peratus setuju, tidak
setuju dan tidak pasti dengan pernyataan bahawa salah satu cabaran yang dihadapi oleh
guru – guru untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid
tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah teknik atau kaedah guru mengajar kurang
menarik dan tidak berkesan.

Dapatan kajian menunjukkan masing – masing responden mengatakan setuju, tidak


setuju dan tidak pasti bahawa salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru – guru umtuk
meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN
Lohan, Ranau ialah teknik atau kaedah guru mengajar kurang menarik dan tidak
berkesan. Hal ini kerana kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru mengunakan
kaedah yang lama dan bukan berdasarkan kaedah pembelajaran masa kini. Ini
menyebabkan pelajar bergantung sepenuhnya kepada teknik pengajaran guru yang tidak
memberi ruang kepada pelajar untuk mencari maklumat sendiri. Pembelajaran tanpa
mengunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menyebabakan murid kurang
mendapat pencerahan dengan kaedah yang lebih menarik. Menurut informan 1, kaedah
pengajaran yang di gunakan adalah kaedah dimana guru memgajar sepenuhnya dengan
Mengunaka buku teks dan papan tulis. Penerangan yang diberikan oleh guru kadang kala
membuat pelajar bosan dan berkemunkinan tertidur di dalam kelas. Menurut informan 2
dan informan 3 pula, pengunaan TMK dalam pengajaran adalah kurang kerana
kemudahan untuk pengunaa TMK adalah kurang.

5.3.5 Tingkat Pendidikan Guru yang Masih Rendah.

Berdasarkan data yang diperoleh dalam Rajah 7, 20 orang responden daripada 30


orang responden bersamaan dengan 66.67 peratus tidak pasti dengan pernyataan bahawa
salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru – guru untuk meningkatkan pencapaian
peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah tingkat

32
011224120743

pendidikan guru yang masih rendah. Manakala, sebanyak 10 orang responden bersamaan
dengan 33.33 peratus tidak setuju dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak pasti bahawa salah satu
cabaran yang dihadapi oleh guru – guru umtuk meningkatkan pencapaian peperiksaan
SRU dalam kalangan murid tahun enam di SAN Lohan, Ranau ialah tingkat pendidikan
guru yang masih rendah. Hal ini kerana seramai 20 orang responden yang merupakan
murid tahun enam tidak tahu taraf pendidikan guru yang mengajar mereka. Taraf
pendidikan guru merupakan hal yang tidak sebegitu mengendahkan oleh murid kerana
mereka tidak ingin tahu apa yang boleh diperolehi jika taraf pendidikan seseorang adalah
tinggi. Menurut informan 1, guru yang mengajar pasti mempunyai taraf pendidikan yang
tinggi. Walau bagaimanapun, murid masih tidak pasti taraf pendidikan yang dimiliki oleh
seorang guru yang mengajar mereka. Hal ini sedemikian kerana murid tidak mempunyai
ruang atau lupa untuk bertanya akan tingkat pendidikan guru mereka.

33
011224120743

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhanya, peningkatan pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan


murid tahun enam oleh SAN Lohan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji
peningkatan pencapaian peperiksaan SRU. Objektif kajian yang telah ditetapkan oleh
pengkaji ialah mengenal pasti usaha usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau
untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun 6 di SAN
Lohan, Ranau dan cabaran – cabaran yang dihadapi oleh guru – guru dalam
meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU di SAN Lohan. Objektif kajian ini dicapai
melalui pemerhatian dan temubual yang dijalankan oleh pengkaji sendiri.

Pengkaji telah memilih lokasi kajian di Kampung Lohan 1, Ranau kerana SAN
Lohan terletak di kampung tersebut. Pengkaji memilih tempat tersebut kerana lokasi
tersebut merupakan salah satu sekolah agama yang menjadi titik permulaan pembelajaran
asas agama Islam. Warga SAN Lohan yang sangat peramah dan memberi kerjasama
dalam memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengkaji memudahkan proses
pengumpulan maklumat kerja kursus dijalankan.

Bagi mencapai objektif yang dikaji oleh pengkaji, pengkaji telah menggunakan
kaedah soal selidik, kaedah temubual, dan kaedah pemerhatian. Bagi kaedah soal selidik,
pengkaji telah memilih 30 orang responden secara rawak yang merupakan guru – guru
dan murid tahun enam SAN Lohan, Ranau bagi menjawab borang soal selidik yang telah
dibuat oleh pengkaji yang mengandungi 2 objektif daripada kajian. Seterusnya, pengkaji
menggunakan kaedah temu bual bersama – sama dengan guru yang mengajar dan pelajar
untuk menjawab soalan yang telah disediakan oleh pengkaji. Di samping itu, pengkaji
juga menggunakan kaedah pemerhatian iaitu kaedah yang dijalankan secara langsung.
Kaedah ini dijalankan pada waktu petang setelah pengkaji menemu bual informen.
Kaedah-kaedah ini telah dipilih oleh pengkaji agar dapat membantu pengkaji untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menjawab objektif kajian.

Setelah seluruh maklumat – maklumat yang diperlukan diperoleh dengan


menggunakan ketiga – tiga kaedah tersebut, hasil maklumat tersebut dianalisis dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai. Hasil kajian mendapati bahawa,

34
011224120743

kebanyakan responden mempunyai pelbagai pendapat dalam menjawab borang soal


selidik yang telah diedarkan kepada guru – guru dan murid SAN Lohan secara rawak.
Bagi menjawab kesemua objektif kajian, pengkaji telah mengadakan temubual untuk
menjawab kedua – dua objektif iaitu usaha usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan
ranau dalam meningkkatkan pencapaian SRU dan cabaran cabaran yang dihadapi oleh
guru – guru dalam meningkatkan pencapaian SRU dalam kalangan murid tahun 6 SAN
Lohan.

35
011224120743

7.0 Rujukan

Aziz Jaafar ( 2006 ), DIFINISI PENDIDIKAN – PENGANTAR PENDIDIKAN, dicapai


pada 28 Febuari 2020, dari http://tapjip.blogspot.com/2009/07/definisi-pendidikan.html .

John Dewey, 1916. Democracy and Education: An Introduction to the Philosophy of

Education. New York: Macmillan.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga 1998, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

atEhmIes ( 2011 ), Maksud pendidikan oleh beberapa org sarjana islam dan barat, dicapai
pada 28 Febuari 2020 dari http://atehmies.blogspot.com/2011/01/maksud-pendidikan-
oleh-beberapa-org.html .

Wawancara secara bebas antara penulis dengan Ahmad Zamid bin Azmir selaku murid
tahun enam SAN Lohan, Ranau, pada jam 3.25 petang 2 Mac 2020.

36

Anda mungkin juga menyukai