Anda di halaman 1dari 2

APAKAH ITU MEDIA?

Media merupakan salah satu komponen dalam teknologi pengajaran dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan alat atau bahan untuk menyampaikan maklumat, pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar (Yusup, 1998).

Selain itu, media juga didefinasikan sebagai Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima (contoh: Video, multimedia, gambar foto) (Heinich et al, 1981)

Menurut Jamaludin Badusah, Muhammad Husin dan Abdul Rashid Jo har (2000), media adalah suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satu sama lain seperti menggunakan akhbar, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumat dan pandangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan perantaraan yang menghubungkan maklumat dan tujuan pengajaran guru dengan penerima iaitu pelajar yang akan memproses perantaraan itu, dan jika sesuai dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan.

Secara keseluruhannya, media merujuk kepada apa juga yang membawa maklumat di antara penyampai kepada penerima. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran dengan jelas dan bermakna

Media boleh diklasifikasikan kepada beberapa je nis iaitu media cetek dan media bukan cetek.Antara contoh media cetak yang biasa digunakan ialah buku, majalah dan gambar manakala media bukan cetak adalah seperti bahan video, bahan audio dan bahan tayangan.

Halangan Penggunaan Media dalam penga jaran

1) Bunyi bising menganggu keberkesanan penggunaan media.Contohnya, bunyi di persekitaran seperti bunyi kenderaan, murid murid membuat bising dan sebagainya. 2) Murid-murid tidak berminat dan tidak member sepenuh perhatian semasa p&p dijalankan. 3) Murid gagal mengikut peraturan dan arahan yang telah diberikan guru. 4) Bahan media yang dibekalkan kepada pihak sekolah adalah tidak mencukupi 5) Kerosakan bahan media memerlukan kos yang tinggi seterusnya membantutkan penggunaan media di sekolah 6) Kekurangan pengetah uan dan kemahiran dari aspek teknikal terhadap peralatan media mewujudkan perasaan fobia dikalangan guru. 7)

Anda mungkin juga menyukai