Anda di halaman 1dari 20

KOMUNIKASI

DAN PENYIARAN
DALAM ISLAM
2.2.2 MEDIA CETAK
ENTER
NAMA

NO.MATRIK

MOHAMMAD AKMA BIN SHAROM

02DEE14F1104

MUHAMAD FIRDAUS BIN SYAHRIALDI

02DEE14F1080

CHE MOHD SAFWAN NAJMI BIN CHE MANAN

02DEE14F1153

NASIRUDDIN

02DEE14F1048

AZIZUL HAKIMI BIN ZULKAFLEE

02DEE14F1056

MEDIA CETAK

Mengikut Kamus Dewan (2005), media cetak ialah alat atau saluran
komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal
seperti akhbar, buku, risalah, komik, majalah dan lain-lain. Media cetak
juga merupakan media yang menyampaikan pesan-pesan dengan
menggunakan kertas atau kain. Unsur-unsur utama media cetak ialah
tulisan (teks), gambar visual atau kedua-duanya. Menurut Dennis
McQuil (1987), media cetak ialah media yang mengandungi maklumatmaklumat yang berkait rapat dengan kepentingan masyarakat
seluruhnya dan tidak terbatas pada kelompok tertentu sahaja. Hal ini
kerana, media cetak digunakan untuk mengembangkan budaya,
seni,simbol,norma-norma dan gaya hidup.

Sejarah media cetak


Pada awalnya, media cetak adalah dalam bentuk novel dan
buku-buku fiksyen dengan harga yang mahal yang hanya boleh
dimiliki oleh orang yang berpendidikan sahaja. Mereka terdiri
daripada bangsa Mandarin, Mesir, Cina, Islam dan Roma.
Kemudiannya, pedagang Arab membawa teknologi ini ke Barat. Di
Eropah, media cetak dikembangkan melalui literatur-literatur yang
menggunakan bahasa setempat masyarakat masing-masing.
Kemudian, Eropah mula mencetak kitab agama dan lembaga
pendidikan semakin banyak mempromosikan penulis dan mencetak
beberapa buku penting. Kitab agama pada tahun 1455 membawa
perubahan dalam teknologi mesin cetak ini, bentuk baharu yang
memungkinkan percetakan dilakukan dalam jumlah yang besar. Di
Amerika, media cetak pertama bermula dengan percetakan banyak
kitab agaa pada tahun 1640. Benjamin Franklin merupakan salah
seorang pakar yang menemukan inovasi media cetak tersebut.
Kegiatan perpustakaan pertama bermula pada tahun 1731
sehinggalah warga Amerika telah menyambut konsep perpustakaan
dengan baik. Kewujudan perpustakaan memberi kesempataan
kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membaca dan
meminjam buku-buku, surat khabar dan majalah.

Pada sekitar tahun 1800, masyarakat pembaca Amerika


mulai terbentuk seiring dengan keadaan sosial, pendidikan,
ekonomi dan perkembangan masyarakat urban menengah.
Kemudiannya majalah muncul pada tahun 1700, dengan tema
fiksyen dan bukan fiksyen. Pada tahun 1741, Philadelphia
menjadi pusat majalah yang pertama. Para penerbit cuba
memperkenalkan majalah jangka pendek untuk revolusi
Amerika. Selama revolusi sekitar tahun 1775-1789, kebanyakan
buku dan majalah yang berkaitan dengan politik dan pada tahun
1790-an, isu yang berkaitan dengan ekinomi mula ditulis. Pada
tahun 1920, penerbitan majalah mula bersaing dengan radio dan
filem. Setelah dasar pengiklanan diperkenalkan dan wujudnya
audiens yang lebih spesifik, maka penerbitan majalah
berkembang sesuai dengan peredaran masa. Oleh sebab itu,
muncul pelbagai majalah baharu dengan pebagai-bagai metode
dan dilengkapi pembayangan gambar / foto yang menarik.

Menurut sejarah, media cetak di Jerman bermula dengan


penemuan mesin cetak metal atau dikenali sebagai hand-press oleh
Guttenberg (Johann Gensffleisch) pada tahun 1456. pada awal
penemuan, mesin cetak metal hanya digunakan untuk membuat
kitab Injil, Mazarin Bible. Sebelum penemuaan mesin cetak tersebut,
Guttenberg menulis kitab Bible secara manual. Kemudiannya pada
tahun 1833, Bunyamin Day telah memperluas penggunaan mesin
cetak ini untuk membuat surat khabar New York Sun dan
kemudiannya telah melancarkan surat khabar tersebut secara besarbesaran (Nor Daniah,2014). Bermula daripada penyebaran surat
khabar New York Sun, masyarakat dunia mengenali media cetak dan
mula mendapat maklumat melalui media cetak. Bermula dari situ
jiga, media cetak semakin berkembang supaya selari dengan
perkembangan teknologi komunikasi dan semakin lama semakin
mudah untu diakses.

Jenis media cetak

BUKU

RISALAH (FLYERS)

MAJALAH

SURAT KHABAR

buku
Sejarah awal buku bermula apabila terhasilnya buku kuno
ekoran daripada masyarakat pada zaman tersebut sudah tidak
mampu untuk menghafal segala cerita, nyanyian, doa-doa ataupun
syair yang sebelumnya disampaikan kepada masyarakat secara lisan
dari mulut ke mulut. Pada ketika itu, kuno tersebut ditulis dengan
menggunakan kepingan batu atau ditulis di atas kertas yang
diperbuat daripada daun papyrus.
Mesir merupakan bangsa pertama yang mengenal tulisan yang
diebut hierogrif (bentuk huruf berupa gambar-gambar ) yang ditulis
diatas kepingan batu-batu atau keratas papyrus pada sekitaar tahun
2400S.M. Selain Mesir, bangsa Romawi juga antara bangsa yang
menggunakan papyrus untuk menulis. Kertas papyrus bertulisan
dan berbentuk gulungan papyrus ini disebut sebagai bentuk awal
buku atau buku kuno. Panjang gulungan papyrus ini kadang-kadang
mencapai puluhan meter. Strukturnya yang panjang menimbulkan
masalah bagi orang yang menulis mahupun orang yang
membacanya. Oleh sebab itu, ada juga gulungan papyrus yang
dipotong-potong. Papyrus terpanjang terdapat di Muzium British di
London yang mencapai 450 meter.

Selain Mesir dan Romawi, buku di tamadun lain adalah dalam


bentuk yang lain, cotohnya di Kemboja. Sami Buddha di negara itu
membaca buku yang diperbuat daripada daun dan amalan ini
masih dikekalkan sehingga hari ini. Perkara ini pernah dilaporkan
oleh Nasional Geografi. D negara China, sebelum terciptanya
kertas, para cendiakawan di situ menulis di atas lidi buluh dan
mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah
mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang cina
mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal zaman moden.
Buku memasuki satu era yang baharu apabila industri kertas
menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negara Cina seawal
tahun 200 S.M. Selepas itu, teknologi ini dibawa oleh pedagang
Muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas,
penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mudah disimpan dan
juga bertahan lama.

Penemuan mesin cetak pertama merupakan tahap


perkembangan yang penting dalam dunia pembukaan. Mesin cetak
ini telah dijumpai oleh Johanes Gutenberg telah berjaya mengatasi
kesusahan dalam pembuatan buku dengan menggunakan tulisan
tangan. Gutenberg menemukan cara-cara percetakan buku dengan
huruf-huruf logam yang terpisah. Huruf-huruf tersebut boleh
dibentuk menjadi kata atau kalimat. Selain itu, Gutenberg juga
melengkapi ciptaannya dengan mesin cetak. Walau bagaimanpun,
untuk menghasilkan satu-satu buku, masa yang lama diambil
kerana mesinnya kecil dan jumlah huruf yang digunakan adalah
terbatas. Namun dengan terciptanya mesin ini, cetakan dengan
cepat dan jumlah yang banyak dapat dibuat
Gutenberg memulakan penggunaan mesin cetak pada abad ke15. Mesin cetak digunakan oleh Gutenberg bertahan sihingga abad
ke-20 sehingglah teknik mencetak yang lebih sempurana di jumpai
pada pertengahan abad ke-20 yang dipanggil sebagai percetakan
offset.

Pada zaman moden kini, perkembangan teknologi semakin


canggih. Mesin-mesin offset raksasa yang mampu mencetak ratusan
ribu buku dalam waktu singkat telah dibuat. Kemudian, diikuti pula
dengan penemuan komputer sehingga memudahkan penyusunan
huruf dan membuat halaman bercetak. Selepas itu, diikuti pula
dengan penemuan mesin penjilidan, mesin pemotong kertas, alat
pengimbas (seperti mengimbas gambar,ilustrasi atau teks yang boleh
diimbas melalui komputer) dan juga mesin pencetak.
Semua penemuan yang menakjubkan telah menjadikan bukubuku sekarang ini udah dicetak dalam masa yang singkat, dijilid
dengan kemas dan tersusun malah menghasilkan suatu cetakan dan
reka bentuk yang sangat berkualiti. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah apabila berbagai-bagai jenis buku yang diterbitkan bersilih
ganti dengan reka bentuk yang semakin menarik. Di negara kita juga,
terdapat banyak penerbit buku yang muncul seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Setiap penerbit buku yang berlumba-lumba
untuk menghasilkan cetakan, reka bentuk dan kualiti yang terbaik
untuk masyarakat. Penerimaan masyarakat terhadap buku juga
H
mengalami peningkatan.

majalah

Majalah adalah kumpulan berita, artikel, cerita,iklan dan


sebagainya yang dicetak dalam bentuk lembaran kertas berukuran
kuarto atau folio. Majalah dijilid seperti bentuk buku serta
diterbitkan secara berkala seperti seminggu sekali, dua minggu sekali
atau seblan sekali. Pendapat lain pula mengatakan majalah ialah
media cetak yang diterbitkan secara berkal bukan diterbitkan setiap
hari, mesti bersampul atau setidak-tidaknya mempunyai kulit dan
dirancang secara khusus.
Jelaslah majalah berbeza daripada akhbar kerana majalah
mempunyai cara yang tersendiri dalam menyampaikan maklumat
kepada pembaca yang lebih memberi tumpuan secara spesifik
terhadap suatu maklumat. Isu-isu yang diketengahkan ialah isu
semasa tetapi tidak begitu penting untuk disampaikan kepada
pembaca.

Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh


dikategorikan kepada dua jenis, iaitu Unit Pengkhususan(Unit
Specialisation) dan Pengkhususan Dalaman(Internal
Specialisation).

Unit Pengkhususan
Majalah yang sasaran pembaca mempunyai minat tertentu
Pengkhususan Dalaman
Majalah yang berkaitan dengan isu-isu umum yang
mempunyai pembaca yang ramai serta menyediakan
artikel dari pelbgai isu

Majalah pertama yang diterbitkan adalah pada awal abad ke-18 di


England yang dinamakan sebagai Review yang merupakan gabungan
antara majalah dengan akhbar. Kemudian dengan majalah Tatler,
kedua-dua majalah ini mengandungi artikel yang berkaitan dengan
sastera dan satira. Di Amerika Syarikat pula, majalah pertama yang
diterbitkan ialahAmerican Magazine yang diterbitkan oleh Andrew
Bradford dan Benjamin Franklin yang diberi nama General Magazine
dan Hisrorial Chronicle pada tahun 1741. Majalah-majalah di
Amerika Syarikat hanya disasarkan kepada golongan tertentu seperti
golongan elit dan juga segelintir masyarakat yang mempunyai tahap
celik huruf yang tinggi.
Majalah telah mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi
sebuah industri yang besarpada abad ke-19. hal ini disebabkan oleh
peningkatan teknologi dalam percetakan, bertambah kadar celik huruf
akibat posisi pendidikan wajib di sekolah dan juga pembaharuan sosial
yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Majalah-majalah yang
diterbitkan pada ketika itu kebanyakannya berkaitan dengan soal-soal
kesusteraan, politik, agama dan juga sosial.

Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama


diterbitkan pada abad ke-20, iaitu Khizanah al-Ulum dan
diikuti oleh al-Imam dua tahun selepasnya. Pada tahun
1990-an, dunia permajalahan Melayu semakin aktif kerana
mendapat rangsangan dalam meningkatkan prestasi
penerbitan yang lebih banyak berbanding dengan sebelum
ini. Menurut Dr. Hamedi, kecanggihan teknologi penerbitan
merupakn faktor yang membuka laluan kepada semua
individu yang beminat untuk memulakan perniagaan
penerbitan.

risalah

Menurut Kamus Dewan (2005), risalah bermaksud karangan


(rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara. Risalah juga merujuk
kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Tujuan risalah adalah untuk
memuatkan maklumat dan memberi penerangan tentang sesuatu
perkara seperti produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan
umum dan juga kemudahan pengiklanan yang lazimnya digunakan
oleh para peniaga untuk mempromosikan barangan mereka.
Pereka akan menghasilkan risalah dalam bentuk dan gaya
mengikut kehendak pelanggan. Kebiasaannya risalah akan dihasilkan
dengan menggunakan tiga kombinasi, iaitu tipografi, ilustrasi dan
juga reka letak. Ketiga-tiga kombinasi ini akan menghasilkan risalah
yang menarik perhatian masyarakat. Lazimnya risalah dibuat dalam
sehelai kertas yang dilipat dua, tiga atau beberapa kali lipatan dan
ditulis pada kedua-dua sisi. Maklumat dalam risalah mestilah ditulis
secara ringkas, tepat dan maksud yang hendak disampaikan mudah
difahami.

Surat khabar
Menurut Kamus Dewan (2005), surat khabar ialah kertas
bercetak yang menyiarkan berita dan lain-lain. Surat khabar juga
merupakan penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau
bulanan yang memuatkan berita semasa. Akhbar biasanya dicetak
pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar dan berisi
berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk
daripada hal-hal am seperti politik, jenayah, sukan, rencana atau
cuaca. Akhbar juga turut mengandungi kartu, teka-teki dan hiburan
lain. Secara umumnya, akhbar memperoleh pendapatan daripada
pengiklanan dan langganan pembaca. Namun kini, terdapat akhbar
percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata
daripada pengiklanan dan diedarkan secara percuma kepada
pembaca.

Akhbar pertama ialah Public Occurrence yang diterbitkan di


Boston New Letter pada tahun 1960. Penerbian akhbar ini tidak
mendapat kebenaran daripada pihak pemerintah, malah mendapat
pelbagai tohmahan dan tindasan daripada masyarakat. Penerbit
akhbar ini telah ditangkap serta setiap salinan akhbar tersebut juga
dimusnahkan. Namun demikinan, pada tahun 1783, akhbar telah
memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal negara (John
Vivian, 2008). Akhbar berfungsi sebagai salah satu cara untuk
untuk menyebarkan manifesto propaganda kepada masyarakat.
Akhbar pada ketika itu masih dikawal oleh pihak pemerintah dan
setiap isi kandungan akhbar hanya menyebarkan perkara-perkara
yang baik sahaja berkenaan kerajaan. Pada tahun 1971, kebebasan
akhbar tidak lagi disekat dan akhbar Amerika telah mula ambil
peranan sebagai media utama dalam hal ehwal negara dan
menyebarkan maklumat kepada masyarakat tanpa sekatan
daripada kerajaan.

Di Malaysia, dunia akhbar bermula pada abad ke-19. Pada


ketika itu, akhbar merupakan salah satu media yang menyalurkan
kesedaran kebangsaan kepada masyarakat serta menyeru orang
Melayu supaya bersatu padu. Selain itu, terdapat juga akhbar
untuk Kaum Muda seperti al-Iman, Neracha dan Pengasuh,
manakala akhbar untuk Kaum Tua seperti akhbar Suara Benar
yang bertujuan menyalurkan ideologi-ideologi mereka.
Akhbar telah berkembang sejak sekian lama sebagai medium
untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Akhbar
memainkan peranan yang penting terhadap masyarakat dalam
menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan politik, ekonomi,
gaya hidup dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat sebanyak 153
buah akhbar dan majalah telah diterbitkan sepanjang tempoh 1896
hingga 1940. Sebanyak 147 buah akhbar berbahasa Melayu.

Akhbar mempunyai dua jenis, iaitu tabloid dan broadsheet.


Kini, kebanyakan akhbar telah beralih kepada jenis tabloid seperti
yang dilakukan oleh New Straits Times (NST) dan Berita Harian
kerana lebih mudah dibaca dan lebih dinamik. Akhbar juga boleh
dikaegorikan kepada beberapa kategori seperti akhbar harian,
akhbar mingguan (Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Kosmo
Ahad, Metro Ahad, The Sunday Star dan The Sunday Sun), akhbar
siasah (Harakah, Suara Keadilan, Buletin Rakyat, Era Baru, Watan
dan I Luv Islam), akhbar perniagaan dan ekonomi (Mingguan
Editor) serta akhbar kewangan dan pelaburan (The Edge).

Anda mungkin juga menyukai