Anda di halaman 1dari 4

SMK Sungai Maong, Jalan Pisang Barat, 93150 Kuching, Sarawak.

Profil Sekolah

Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Piagam Pelanggan Sekolah

Meningkatkan prestasi dan potensi murid dalam akademik & kokurikulum

Membina serta mempraktik nilai-nilai agama dan moral dalam kalangan


warga sekolah

Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan


ceria sepanjang masa

Memartabatkan profesionalisme guru supaya sentiasa disanjung dan dijulang


tinggi

Meningkatkan kemahiran diri serta sikap berdikari supaya berdaya saing dan
berupaya memanfaatkan ruang dan peluang yang ada

Menjalinkan hubungan muhibah warga sekolah dengan penduduk setempat


serta organisasi kerajaan dan bukan kerajaan

Sejarah Asal Usul Sekolah

Asal usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong, Kuching


ialah dari sebatang sungai yang bernama Sungai Maong. Sekolah ini mula
beroperasi pada Januari 1983. Pada masa itu, sekolah ini Cuma menumpang di
kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan Combined, Jalan Nanas Barat Kuching.
Pada mulanya, SMK Sungai Maong hanya mempunyai 4 buah bilik kelas
dengan jumlah 183 orang pelajar, 7 orang guru dan seorang pembantu makmal.
Pengetua pertama SMK Sg Maong ialah Encik Wong Tau Siang.
Pelajar-pelajar yang belajar di SMK Sungai Maong kebanyakkannya
berasal dari kawasan sekitar Kampung Kudei, Kampung Sungai Maong, Jalan
Kulas, Kampung Semerah Padi pada awal penubuhannya. Setelah 7 tahun
menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Combined, akhirnya SMK Sungai
Maong berpindah ke bangunan baharu di Jalan Pisang Barat, Kuching pada
Disember 1990.
SMK Sungai Maong memulakan kelas tingkatan 3 pada tahun 1985. Kelas
tingkatan 5 aliran sastera dimulakan pada tahun 1993 manakala tingkatan 5
aliran sains dimulakan pada tahun 1998.

Pengetua-pengetua SMK Sungai Maong, Kuching

1) Encik Wong Tau Siang ( 1983 1985 )


2) Dr Shahri Abdul Rahman ( 1985 )
3) Encik Muhi Haji Umi ( Pemangku ) ( 1985 )
4) Encik Che Mat Bin Mohamad ( 1986 1987 )
5) Tuan Haji Rani Ojek ( 1987 1991 )
6) Encik Christopher Tan ( 1991 1995 )
7) Puan Eunice Chew ( 1995 Mac 2005 )
8) Encik Thung Shin Chuan ( Pemangku ) ( Mac 1996 Julai 1995 )
9) Puan Helen Tan Piak Hua ( Julai 2005 Jan 2011 )

10) Puan Lucy Anak Kelon ( Pemangku ) ( Februari 2011 April 2011 )
11) Tuan Haji Mohamed Pauzan Bin Nuruddin ( Mei 2011 Februari 2014 )
12) Puan Lucy Anak Kelon ( Pemangku ) ( Februari 2014 Mac 2014 )
13) Puan Setia Binti Ken ( Mac 2014 )

Logo Sekolah

Lambang-lambang yang terdapat pada logo sekolah serta maknanya:


a) Obor Masa depan yang cerah
b) Kunci/pensel/buku Kepentingan ilmu pengetahuan sebagai kunci kepada
Kejayaan
c) Warna kuning Keharmonian
d) Warna Merah Keberanian dan ketegasan
e) Warna Hitam Keaslian serta warna bagi suku kaum di negeri Sarawak

Gambar-gambar kawasan sekolah

Anda mungkin juga menyukai