Anda di halaman 1dari 16

TAJUK KAJIAN

SEJARAH SEKOLAH SMK SUNGAI TAPANG

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenali dan memahami sejarahperkembangan sekolah.Mengenali nama dan lambangsekolah.Memupuk rasa bangga dan cintaterhadap sekolah.Mengamalkan nilai murni yangdiwarisi bersama dalam wargasekolah.Menguasai kemahiran mencari,mengumpul, merekod danmenganalisa maklumat tentangsekolah.

Kaedah Kajian
Guru menerangkan kaedah yang akan digunakansemasa mencari dan mengumpul maklumat seperti: 1. Temubual 2. Analisis dokumen 3. Pemerhatian Contoh temuramah : Menemuramah orang sumber. Contoh analisis dokumen : Memilih maklumat, dokumen yang berkaitanseperti fail kurikulum dankokurikulum dan menjadi sekolah. Contoh pemerhatian : Membuat pemerhatian kemudahaninsfrastruktur seperti asrama, pusat sumberdan pusat komputer.

KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7

PERKARA TAJUK KAJIAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN

MUKA SURAT

HASIL KAJIAN
SEJARAH SEKOLAH
Nama Sekolah Tarikh Dirasmikan Luas Kawasan Alamat No. Telefon & Faks SMK Sungai Tapang 5 Januari 1981 15.05 Ekar KM 13, Jalan Penrissen, 93250 Kuching Tel: 082-612851, Faks: 082-612844 Tarikh Pindah Ke Tapak Baru 2 Januari 1982

SMK Sungai Tapang telah melalui rentetan sejarah yang agak panjang, dan menyaksikan perubahan demi perbuhan seiring dengan perkembangan pendidikan sezaman. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1981 sebagai sekolah campuran Gred C, dengan 3 buah kelas peralihan dan 119 orang murid. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Daniel Law. Beliau dibantu oleh dua orang guru dan seorang kerani. Buat permulaannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Bantuan Sam Hap Hin yang terletak di Bt 7, Jalan Penrissen, Kuching sebelum berpindah ke KM 13, Jalan Penrissen, Kuching pada 2 Januari 1982. Bilangan kelas telah bertambah menjadi 19 dan jumlah murid meningkat kepada 643 orang. Bilangan guru pula seramai 29 orang. Pada tahun 1986, sekolah ini dinaik taraf menjadi sekolah gred A. Dengan itu, jentera pentadbiran sekolah telah dimantapkan lagi dengan barisan pentadbir yang terdiri daripada Pengetua A 11, 3 orang Penolong Kanan dan Penyelia Petang A 19. Semakin ramai guru siswazah turut menjadi tenaga penajar sekolah ini. Selaras dengan perkembangan tersebut, dua blok bilik kelas bertingkat tiga telah siap dibina pada tahun 1989, untuk menampung keperluan murid yang terus bertambah. Kini, sekolah ini jauh berkembang. Bilangan guru adalah seramai 115 orang dan jumlah murid mencecah angka 1982 orang. Tradisi dan budaya sekolah yang bermula dengan pengenalan cogan kata, bendera dan lencana sekolah pada tahun 1982 telah diperkaya dengan penetapan visi dan misi sekolah pada tahun 2003. Dalam kesungguhan mengejar kecemerlangan secara seimbang dan harmonis, sekolah ini telah mengupayakan semua kakitangan dan menggerakkan PIBG untuk bergerak secara sinergi untuk membina budaya kerja cemerlang dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Sebagai sekolah yang berlatarbelakangkan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai budaya, sekolah ini menghadapi cabaran yang hebat untuk menterjemahkan agenda pendidikan negara kepada kemenjadian murid yang cemerlang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Malahan, perpustakaan sekolah yang telah musnah dijilat api pada 17 Jun 2005 merupakan dugaan yang amat mencabar. Namun, dengan adanya semangat juang yang kental, ikatan semangat berpasukan yang kuat, dan usaha gigih yang tidak mengenal kecewa dan putus asa, SMK Sungai Tapang berjaya menampilkan kecemerlangan dalam bidang pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum, serta pembinaan sahsiah. Daripada sebuah sekolah yang mempunyai imej yang agak negatif dari segi disiplin murid suatu masa dahulu, sekolah ini telah berjaya membuat lompatan saujana, iaitu menjadi pilihan dan rebutan murid dari sekolah lain, terutamanya bagai kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. SMK Sungai Tapang akan terus menjadi obor pengetahuan dan kebijaksanaan serta sumber inspirasi kepada murid dan masyarakat. Seperti sungai yang terus mengalir dengan tenang dalam suasana penuh keceriaan dan pokok tapang yang teguh berdiri meski dipukul ribut dan hujan, SMK Sungai Tapang bakal menjadi sekolah cemerlang yang menjulang aspirasi pendidikan negara

9 pelajar catat prestasi cemerlang SPM

12/03/2010
KUCHING 11 Mac Sembilan pelajar negeri ini mencapai keputusan berprestasi cemerlang tertinggi dengan mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang keputusannya diumumkan hari ini. Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang memberitahu, daripada jumlah itu, dua pelajar memperoleh 12 A+, dua lagi mendapat 11 A+, tiga pelajar (10 A+) manakala dua pelajar (9 A+). Menurutnya, pelajar yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran ialah Christine Wong Siaw Wei dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua dengan 12 A+; Chiew Ai Hui (SMK Chung Hua) 12 A+; Roland Teo Yii Lin (SMK St. Joseph) 11 A+ serta Voon Fui Kiun (SMK Sungai Tapang) 11 A+.

VISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TAPANG INSTITUSI BERKUALITI MAPAN.

MISI

Memantapkan profesionalisme warga sekolah bersama-sama ibu bapa untuk melonjakkan pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum serta meningkatkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan melalui pengurusan personal dan kewangan yang cekap.

Objektif

Meningkatkan prestasi dan kualiti akademik murid secara menyeluruh. Menerapkan kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat ke dalam jiwa murid. Meningkatkan penguasaan murid dalam semua mata pelajaran terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melahirkan murid yang berdisiplin, berilmu pengetahuan, proaktif dan mempunyai daya pemikiran kelas pertama selaras dengan kehendak PIPP yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melahiran modal insan yang berketrampilan dan boleh menghadapi cabaran alaf baru.

Strategi

Meneruskan program-program yang telah dijalankan seperti: o Program PKSM o Program Nilam o Program kelas bimbingan o Program pemantauan proses P & P o Program perkembangan profesion keguruan o Program penggunaan ICT dalam P&P o Program Kaunselin Program Literasi Komputer. Program Hari Permuafakatan Ibu bapa dan guru. Program-program Pemulihan / Pusat Rawatan Bahasa. Program-program lain mengikut keperluan semasa. Program penetapan Indikator Indek Pencapaian(KPI) guru.

Nama Penuh : BEKON JENET Gred : DG52 Jawatan : PPPS - PENGETUA KANAN Tarikh Penempatan Pertama : 16 OGOS 1984 Tarikh Penempatan Sekarang : 29 MEI 2003 Latihan Ikhtisas : DIPLOMA PENDIDIKAN Kelulusan : B.A (ENGLISH), M Sc (HRD) Mata Pelajaran & Kelas Diajar : MUET L6 SCIENCE 2

WARGA STAF SOKONGAN

Barisan Pertama (Dari Kiri): En.Ng Ban Fook, En. Marni Bin Gugu, En. Hamdan bin Bujang (Penolong kanan Tingkatan 6), En. Thung Shin Chuan (Penolong Kanan 1), En.Bekon Janet (Pengetua), Pn. Lee Hui Fen (Penolong Kanan Hem), En. Abdul Mulok (PKKK), En. Ting Due Kok (Penyelia Petang), En. Rantau ak Guntor Barisan Kedua (Dari Kiri): En. Mohd. Kamarulizwan, En. Shasruddin bin Chek, En. Ayubudiman bin Tahir, Pn. Huryah binti Aini, Cik Lay May Na, Pn. Susan ak. Pasin, En Sam Ahok, Pn. Nadhzua binti Ahmad Zainudin, En. Mahiden bin Sanni, Pn. Trasan@Doren binti Piee, En. Yee Fook Ling, Pn. Chong Rea Ngo, Cik.Earnestina Rapunzel ak. Asong, Pn. Hasmawati binti Yahya

LOGO SEKOLAH

Logo sekolah direka oleh seorang pelajar Tingkatan 1A, Chai Kueh Hua. Setiap warna dan simbol mempunyai maksud tertentu: The school colour, symbolizes the vitality of the growth of our students in their intellectual and physical development, and the unwavering awareness and preparedness of the school to help every students attain this end.

GREEN

YELLOW Represents the transfer and perpetuation of knowledge,

wisdom and ethics from the teachers to the students. The symbol of perseverance, denotes the earnestness and readiness of our students to always try their utmost best in BROWN the pursuit and attainment of excellence in all their present and future undertakings.

The name of the school is derived from the names of the nearby Tapang River anf the Tapang Tree, a common, but the most famous tree in the vicinity. Like the perpetual flow of waters of the Tapang River which, renews life in its basin, the school symbolizes education (during and beyond the schooling years) as a continual, unending process, and the source of enlightment and self-actualization. The majestic immensity and the beauty of the Tapang Tree with its upright towering trunk exploding into cascades of luxuriant foliage, and its multi utilitarian uses signify the school's role in providing all-round education to enable every student to become good, responsible, disciplined, loyal, productive and proactive citizens serving and contributing to the community, country and nation in their respective stations in life.

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) TAHUN 2011/12

PENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Alfred Yap Chin Loi Yang Berhormat Datuk Yong Khoon Seng

Yang Berhormat En. Tan Joo Phoi Yang Berbahagia En Lo Khere Chiang Penghulu En. Ng Siew Thian En. Bekon Jenet En. Bong Kuet Fong (PBS) En. Thung Shin Chuan En. Jee Jin Lung Pn Liu Yu Choo En. Tsan Khoon Hong Pn. Ang Guek Eng En. Wilson Kayan En. Polycarp ak Karong En. Ting Due Kok Pn. Nuyah Pn. Lee Hui Fen Pn. Chai Ah Au Pn. Kety ak James Jumin En. Justin ak Ranger En. Mitaha Cik Sim Ngo Huang En. Chai Shoon Thong

PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA KEHORMAT PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI KEHORMAT PENOLONG BENDAHARI

AJK KECIL

JURUAUDIT

LAGU SEKOLAH

Sembilan Belas Lapan Satu Terukirnya Nama Mu Tersergam Indah Permai S M K Sungai Tapang.

Sembilan Belas Lapan Satu Terukirnya Nama Mu Tersergam Indah Permai S M K Sungai Tapang. Kami Putera-Puteri Di Sekolah Ini Berjanji Berusaha Mengharumkan Nama Walaupun Kami Berbilang Bangsa Tetap Bersatu Hati Semangat Perpaduan. Lahirnya Lencana Terciptalah Kata Berdisiplin Dan Bertanggungjawab Menjadi Pegangan.

COGAN KATA SEKOLAH


BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB

Cogan Kata ini dicadangkan oleh Encik Tan Yew Kiap, Ketua Jabatan Sains pada tahun 1982. Penyemaian dan amalan kedua-dua nilai ini amat penting bagi membentuk dan menyediakan pelajar untuk menjadi anggota masyarakat yang taat setia, berguna dan dapat memenuhi aspirasi yang termaktub dalam piagam dan wawasan sekolah.

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami murid-murid SMK SUNGAI TAPANG berikrar dan berjanji akan menunaikan kewajipan kami terhadap sekolah dan masyarakat berdasarkan prinsipprinsip berikut:
o o o o

Memuliakan Tuhan pada setiap masa; Bersedia berbakti kepada sekolah dan negara; Menghormati guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan; Sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan-peraturan sekolah serta perlembangan negara; Berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik dan kokurikulum serta Sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab

KOKURIKULUM

(UNIT BERUNIFORM)
Terdapat 13 buah Persatuan Unit Beruniform seperti berikut:
o o o o o o o o o o o o o

Kadet Polis Pandu Puteri Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) PKBM Kadet Remaja Sekolah Kadet Bomba Pengakap Puteri Islam St. John Ambulan Tarian Singa Paluan Kompang Taekwando Wushu

(KELAB & PERSATUAN)


Terdapat 31 buah Kelab dan Persatuan berbentuk:

Akademik o Pendidikan Seni o Sains o Matematik o BM dan Sastera o Bahasa Inggeris o Bahasa Cina o Geografi o Sejarah dan Kenegaraan o Pendidikan Moral o Biologi o Fizik o Kelab Penyelidikan Tingkatan 6 Perkhidmatan o Koperasi/ Pengguna o Buku Teks o ICT o Pencegahan Jenayah o LEO o Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 o Majalah Sekolah o Buletin Tapang o Rakan Pembaca/ NILAM

o o o

Pusat Sumber/ Perpustakaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)/ SLAD Rukun Negara

Hobi dan Agama o Fotografi o Seni Budaya o ISCF o Katolik o Buddha o Pen. Alam Sekitar (PALS)/ Pelancongan & Rekreasi o Per. Agama Islam

(SUKAN & PERMAINAN)


Terdapat 14 buah kelab berbentuk permainan seperti berikut:
o o o o o o o o o o o o o o

Badminton Bola Jaring Bola Keranjang Hoki Olahraga Ping Pong Ragbi Sepak Takraw Wushu Yoga Permainan Dalam Bola Sepak/ Futsal Tenis Bola Tampar

RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya berbangga kerana bersekolah di Sekolah Menengah Kebansaan Taman Ria Jaya kerana: Mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Peranan guru sangat penting bagi memastikankejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru dan orang lain yang sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah, ini dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dankecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua, wargasekolah sepatutnya merasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin

Anda mungkin juga menyukai