Anda di halaman 1dari 14

2.

1 PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sepulot merupakan sebuah sekolah pedalaman di Sabah.


Sekolah ini terletak 60 km dari pekan Nabawan dan 112 km dari bandar Keningau.
Sekolah ini mula dibuka pada tahun 2000. Pada peringkat awal, sekolah ini menumpang
di Sekolah Kebangsaan Lotong Sepulot selama 4 tahun. Pembinaan bangunan sendiri
dimulakan pada tahun 2003 di Pekan Sepulot dan siap pada tahun 2005. Pentadbiran dan
persekolahan di bangunan baru bermula pada bulan mei 2005 hingga sekarang.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Osman Aganduk (2000-2003). Pada tahun
2003, En. Umar Muaamat dilantik sebagai pengetua kedua sehingga akhir tahun 2005.
Pada 24 Jan 2006, En. Ahmud Hj. Saribin menjadi pengetua yang ketiga dan berakhir
pada bulan Mei 2012. Pada bulan Julai 2012, sekali lagi En. Osman Aganduk dilantik
menjadi pengetua yang ke empat sehinggalah sekarang.

Bilangan guru pada awal pembukaannya iaitu pada tahun 2000 hanyalah 3 orang
sahaja dengan jumlah pelajar seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Jumlah
guru dan pelajar kemudian bertambah dari tahun ke tahun terutamanya apabila berpindah
ke bangunan sendiri. Pada tahun 2006 jumlah pelajar telah meningkat menjadi 405 orang
dengan 16 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan. Pada tahun 2007, berlaku
pertambahan pelajar tingkatan satu secara mendadak iaitu melebihi 160 orang. Jumlah
pelajar telah mencapai 500 orang dengan guru 25 orang dan 3 kakitangan sokongan.

Pada tahun 2010, Jumlah pelajar meningkat kepada 684 orang dengan jumlah
guru terlatih seramai 34 orang, 4 orang GSTT dan 11 orang kakitangan sokongan.
Sekolah ini juga menempatkan SK. Sepulot yang menumpang sehingga bangunan sendiri
didirikan bagi menggantikan bangunan lama yang runtuh. Kemudahan elektrik diperolehi
dari jana kuasa sekolah sendiri. Manakala bekalan air diperolehi dari air graviti yang
tidak dirawat malah sukar untuk diperolehi.
LOGO, MISI, VISI DAN PIAGAM SEKOLAH

LOGO

GEAR OBOR

Kesatuan dan Melambangkan

kemantapan warga semangat warga

sekolah menuju SMKSEP yang

kearah sebuah sentiasa berkobar-

sekolah yang berdaya kobar untuk

saing dan sentiasa berusaha

bergerak kehadapan mencapai

seiring dengan kejayaan yang

perkembangan sains cemerlang dalam

dan teknologi semua aspek

BUKU
Melambangkan budaya ilmu yang menjadi tunggak kerja
SMKSEP
MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi


Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MOTTO

Berusaha Berjaya

PIAGAM SEKOLAH

Bahawa kami warga SMKSEP untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan kami seperti berikut :

 Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.


 Memberi peluang kepada semua pelajar untuk meningkat potensi diri dalam semua
aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
 Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak
lewat dari satu hari dari tarikh surat itu diterima.
 Urusan pendaftaran dan pertukaran murid dipastikan selesai pada hari yang sama.
 Setiap staf baru akan dipastikan mendapat gaji tiga bulan selepas mendaftar diri.
 Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas tidak lewat dari 3 hari dari tarikh
aduan diterima.
 Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / PPG / JPN / KPM mendapat
tindakan dalam tempoh 3 hari.
TAKWIM SEKOLAH

BULAN TARIKH PERKARA


Januari 1.1.2016 Cuti Tahun Baru
29.1.2016 Cuti Peristiwa (1)
Februari 8 - 9.2.2016 Cuti Tahun Baharu Cina
Mac 3 - 10 .3.2016 Ujian Setara 1
12 - 20 .3.2016 Cuti Pertengahan Penggal 1
25.3.2016 Cuti Good Friday
April 13 - 14.4.2016 Sarana Ibu Bapa

Mei 1.5.2016 Cuti Hari Pekerja


2.5.2016 Cuti Ganti (1)
21.5.2016 Cuti Hari Wesak
17 - 26.5.2016 Peperiksaan Pertengahan Tahun
28.5 - 12.6.2016 Cuti Penggal 1
30.5.2016 Cuti Pesta Kaamatan
31.5.2016 Cuti Pesta Kaamatan
4.6.2016 Cuti Keputeraan YDPT Agung
Jun
30.6.2016 Hari Anugerah Pelajar Cemerlang
Julai 2 - 10.7.2016 Cuti Hari Raya Aidilfitri
Ogos 31.8.2016 Cuti Hari Kemerdekaan

September 1 - 9.9.2016 Ujian Setara 2


10 - 18.9.2016 Cuti Pertengan Penggal 2
12.9.2016 Cuti Hari Raya Qurban
16.9 2016 Cuti Hari Malaysia
Oktober 1.10.2016 Hari Jadi TYT Sabah
2.10.2016 Awal Muharram
3.10.2016 Hari Kelepasan Am
7 - 21.10.2016 Peperiksaan Akhir Tahun
27.10.2016 Majlis Doa Restu SPM
29.10.2016 Cuti Deepavali

November 3.11.2016 Peperiksaan SPM


17.11.2016 Pendaftaran Tingkatan 1
26.11.2016 Cuti Akhir Tahun
ARAHAN AM
 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami
dan mematuhi Perintah Am tersebut
 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata – mata.
 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip –
prinsip Perkhidmatan Cemerlang
 Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- TEAM
(Together Everyone Achieve More)

KEDATANGAN

 Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu


persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik
sekolah.
 Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit
sebelum waktu persekolahan bermula.
 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga mestilah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti
dapat disediakan.
 Waktu persekolahan

Hari Masa
Isnin 7.20 pagi - 1.50 petang
Selasa 7.20 pagi - 1.50 petang
Rabu 7.20 pagi - 1.50 petang
Khamis 7.20 pagi - 1.10 petang
Jumaat 7.10 pagi - 11.45 tgh
 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan

KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

 Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari
Pengetua/Penolong Kanan
 Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di pejabat
sekolah dan dapatkan tandatangan Pengetua/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila
isikan waktu balik dari urusan selepas balik.
 Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum
meninggalkan sekolah
 Pengetua tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku
terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai
yang diberi kuasa.

PAKAIAN

 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan


 Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja
 Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat.
 Berpakaian Kemas diluar waktu persekolahan
 Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan.
 Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti
seumpamanya.
 Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan
sokongan yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.
BILIK GURU/BENGKEL

 Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab


semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru/ bengkel.
 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
 Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bengkel semasa tidak mengajar di
kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya
‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/
bengkel untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Guru yang terakhir keluar dari bilik guru/ bengkel perlulah memastikan lampu, kipas
dan alat penghawa dingin dimatikan.
 Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
ketenteraman mana-mana pihak.

TUGAS

 Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan


tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan
bertanggungjawab.
 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri
mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan
sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran
pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama,
maka ia mesti sampai kepengetahuan Pengetua.

BUKU REKOD MENGAJAR


 Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod mengajar kerana ianya
merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling
 Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.
 Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir
minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh pengetua/penolong
kanan.
 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan / Guru Kanan.
 Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun
persekolahan.
 Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar.

PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN

 Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah.


 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari
Isnin pada jam 7.20 pagi
 Guru yang bertugas mingguan dan warden asrama yang bertugas diwajibkan
berada di perhimpunan harian jam 7.10 pagi setiap hari pada waktu persekolahan.
 Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan.
 Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru
bertugas mingguan dan perhimpunan.
 Pakaian guru semasa perhimpunan :
a. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
b. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai
selipar / sandal.

ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH


 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah
 Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan
hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pengetua.

MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN

 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua/Penolong


Kanan/Guru Kanan/ Ketua Panitia tertentu pada bila – bila masa.
 Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan
hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru
Kanan/Ketua Panitia.
 Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh
Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan tertentu pada bila – bila masa.
 Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat
dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Penolong
Kanan/Guru Kanan

CUTI SAKIT

 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam
setahun.
 Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh
menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan
kerajaan.
 Guru/Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Pengetua sekiranya
mendapat cuti sakit.

PERHUBUNGAN SESAMA GURU


 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga
diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.
 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
wujud di sekolah ini.

JADUAL WAKTU

 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk


dipamerkan dalam kelas sendiri.
 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Pengetua.
 Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh S/U Guru Ganti dan ditandatangani
oleh Pengetua/Penolong Kanan.

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan
tidak hadir, Penyelaras Guru Tingkatan bertanggungjawab menandanya.
 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid.
 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu
bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru
penyelaras tingkatan.
 Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar dari pejabat
HEM tanpa kebenaran Pengetua.
 Guru atau penyelaras tingkatan sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam
jadual kedatangan pelajar.

KUNCI

 Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah.


 Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat
kebenaran bertulis dari Pengetua.
 Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat
pentadbiran sekolah.

TELEFON

 Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah
direkodkan.

ARAHAN DAN PEKELILING

 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di
dalam fail khas.
 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan
diambil.

TANDA NAMA
 Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan dan majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.

BUKU STOK / INVENTORI

Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.

MEMBELI BARANG

 Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon


kebenaran pengetua dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta
dengan sebut harga asal daripada pembekal.
 Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat
sokongan daripada Penolong Kanan/ Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima
dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
 Pengetua tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.

KEGIATAN KOKURIKULUM

 Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah


menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
 Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan
 Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi.

PELAWAT
 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan.

KEBERSIHAN

 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan


dan pelajar.
 Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat yang
selamat.
 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk
menjaga bilik tersebut.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga


keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak
sekolah.
 Guru Kanan / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan.
Mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan
lain-lain
 Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan
masa cuti hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan direkodkan.
 Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung
minggu atau waktu cuti hendaklah bersama guru.
LAGU SEKOLAH

Gagah berdiri jauh di pedalaman


Menyahut seruan memartabat bangsa
SMK Sepulut tabah dan berwawasan
Bersatu menjana kecemerlangan

Guru mendidik penuh berwawasan


Belajar hormat sentiasa bersopan
SMK Sepulut pasti berjaya
Generasi maju bangasa berjaya

Aku berjanji sesungguhnya


Menimba ilmu penuh didada
Kokurikulum dan akademik
Bernilai murni dan dinamik
Bernilai murni dan dinamik...

Anda mungkin juga menyukai