Anda di halaman 1dari 38

BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI

SEREMBAN

PERATURAN
SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN ST PAUL


JALAN SUNGAI UJONG,
70200 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

MOTO

‘Virtvte Et Labore’
Bermaksud keteguhan & keimanan

Lencana Sk St Paul Institution direka oleh Rev.Bro.Joseph McNally pada tahun 1956.

 Bintang
Merupakan lambang kepercayaan di antara semua pelajar supaya mereka sanggup
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan.

 Pedang
Merupakan kegigihan & keteguhan hati.Pedang yang dipegang menunjukkan disiplin & tenaga
yang menjadi dasar pemikiran.

 Buku
Menunjukkan ilmu yang diberikan oleh sekolah untuk menolong mencapai kecemerlangan.

 9 Tangkai Padi
Memperingatkan sejarah SK St Paul & kehormatan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

VIS
I
2
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara.

PIAGAM PELANGGAN

 Memastikan pencapaian Kurikulum sentiasa cemerlang.


 Memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti Kokurikulum & mencapai tahap
kecemerlangan.
 Memupuk sahsiah & nilai murni di jiwa seluruh murid.
 Melaksanakan sistem pengurusan & pentadbiran yang telus & tulus.

BUDAYA KERJA SEKOLAH

 Mewujud persekitaran pembelajaran yang kondusif.


 Memahami dan menghayati :
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
- Falsafah, matlamat dan objektif sekolah
 Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan
Kementerian Pelajaran setiap masa
 Sentiasa mementingkan mutu dan hasil pendidikan dan sentiasa berusaha
mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
 Menentukan objektif setiap tugasan yang dijalankan
 Mengamalkan kerja berpasukan
 Mengamalkan perkhidmatan mesra dan penyayang
 Kepimpinan melalui teladan (memimpin dan menilai diri sendiri)

3
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

LAGU SEKOLAH
(SCHOOL RALLY)

All through our college a voice is resounding,

Promptly respond to your duty sweet call,

Hearken you all for the trumpet is sounding,

Your mater's proclaiming her watchwords to all,

Forword her children dear, Ever with heart sincere,

Render with joy to your mater her due,

All that is vile reject, Heaven will e'er protect,

Sons of St.Paul's valiant and the true.

(VICTORY MARCH)

Cheer,Cheer for old St.Pauls,

Wake up the echoes cheering her name,

Send a volley of cheers on high,

Shake down the thunder from the sky,

What do the odds be great or small,

Old St.Paul's will win overall,

While her loyal sons are marching,

Onwards to victory St.Pauls.

4
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan untuk


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan Negara.

Pembinaan dan pembentukan disiplin adalah satu proses yang berterusan. Peraturan
Sekolah Kebangsaan St Paul, Seremban telah digubah khas bagi memastikan matlamat
ini tercapai. Ia sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
yang merupakan tatacara bagi menentukan supaya peraturan dan undang-undang
dipatuhi. Dengan adanya peraturan ini, diharapkan sekolah dapat melahirkan murid-
murid yang berfikiran dan bersikap positif, bersemangat, aktif dan bertenaga, pro-aktif
serta mempunyai iltizam yang tinggi dan mampu bersaing dalam era globalisasi yang
kian mencabar.

EN. SANTHANASAMY A/L AMALADAS


GURU BESAR
SK ST PAUL
SEREMBAN.

5
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

 MENGHORMATI IBUBAPA, GURU-GURU DAN PEMIMPIN


MASYARAKAT

 MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN USAHA DALAM


MENCAPAI

 KECEMERLANGAN DIRI, AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

 MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH DAN UNDANG-UNDANG NEGARA

 MENJAGA KESELAMATAN DIRI, AGAMA, BANGSA DAN


NEGARA

 MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK KELUARGA, GURU DAN SEKOLAH

 MENJAGA IMEJ DAN MENGANGKAT MARTABAT BANGSA


DAN NEGARA DI MATA DUNIA

6
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PRINSIP RUKUNEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik.
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan
saksama.
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

1. Kepercayaan kepada Tuhan.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

3. Keluhuran Perlembagaan.

4. Kedaulatan Undang-undang.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

7
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERATURAN SEKOLAH
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 LOCENG WAKTU MULA PERSEKOLAHAN
Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat- lewatnya 7.30 pagi.
Perhimpunan pagi bermula tepat pada jam
7.15 pagi setiap hari. Murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing di tapak
perhimpunan. Setiap pagi murid-murid akan membaca buku cerita/fiksyen,
*(menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri dan Lagu Sekolah) diikuti
pengumuman aktiviti sekolah yang berkaitan dengan Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum.
*semasa perhimpunan rasmi

1.2 TAHAP SATU (TAHUN 1-3)


Isnin hingga Rabu 7.30 pg hingga 1.00 ptg
Khamis 7.30 pagi hingga 1.30 ptg
Jumaat 7.30 pg hingga 12.00 tgh

1.3 TAHAP DUA (Tahun 4, 5 dan 6)


Isnin hingga Khamis 7.30 pg hingga 2.00 ptg
Jumaat 7.30 pg hingga 12.00tgh

WAKTU KOKURIKULUM (Tahun 4 – 6)


Selasa 7.40 pagi – 8.40 pagi
Rabu 1.00ptg hingga 2.00 ptg

KELAS AGAMA PETANG (TAHUN 1 – 5)


Isnin, Selasa, Khamis 2.30 ptg – 5.30ptg

Kelas Tambahan Tahun 6


Selasa dan Khamis 2.15 ptg – 4.15ptg

Kelas Tasmik ( murid beragama Islam )*tertakluk kepada perubahan semasa


Bil Tahun Hari Masa
1 TAHUN 1 Isnin 1.00ptg – 2.00ptg
2 TAHUN 2 Selasa 1.00ptg – 2.00ptg
3 TAHUN 3 Isnin 1.00ptg – 2.00ptg
4 TAHUN 4 Isnin 2.00ptg – 3.00ptg
5 TAHUN 5 Khamis 2.00ptg – 3.00ptg
6 TAHUN 6 Rabu 2.00ptg – 300ptg
8
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

LOCENG WAKTU MULA PERSEKOLAHAN


Loceng Pertama 7.30 pagi
Loceng Kedua 7.40 pagi

1.4 MASA REHAT


Tahap 1: 9.40 pg – 10.00 pg
Tahap 2: 10.10pg -10.30pg

1.5 KELUAR MASUK KELAS


Semua murid yang keluar masuk kelas semasa waktu pembelajaran sedang berjalan
mestilah mendapat kebenaran guru dan mesti memakai pas keluar.

1.6 PERGERAKAN MURID


Semua murid mestilah berbaris dan beredar dengan senyap dan pantas mengikut
arahan guru semasa pergerakan ke bilik-bilik lain.

1.7 KELUAR SEKOLAH


Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa persekolahan
kecuali bersama ibu bapa/ penjaga/ waris murid/ guru dengan menulis butir-butir
tertentu di buku rekod yang dikhaskan setelah dibenarkan oleh Guru Besar /
Guru Penolong Kanan.

PERKARA 2: PERHIMPUNAN KHAS / HARIAN


2.1 Semua murid diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi (Hari Isnin) dan
perhimpunan harian (hari Selasa - Jumaat)
2.2 Semua murid mesti berpakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan
berlencana semasa perhimpunan rasmi. Pakaian sukan adalah tidak dibenarkan
2.3 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing

2.4 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas

PERKARA 3: KEDATANGAN
3.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya:
3.1.1 Pada semua hari persekolahan
3.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan serta aktiviti kokurikulum
3.1.3 Sebarang acara rasmi sekolah
9
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

3.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau keterangan
daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.
3.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan
diminta memberi penjelasan. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima
keterangan bertulis, tindakan-tindakan berikut akan diambil.

3.3.1 Tidak hadir tiga hari pertama, surat amaran pertama


dihantar.
3.3.2 Tidak hadir tujuh hari seterusnya tanpa sebab, surat
amaran kedua dihantar.

3.3.3 Tidak hadir tujuh hari seterusnya, surat tindakan memotong nama murid
berkenaan dihantar kepada ibu bapa rasmi penjaga. Salinannya dihantar
kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan dan Ketua Pegawai
Pejabat Pendidikan Seremban.
3.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Guru-guru Penolong Kanan/Guru Bertugas.
3.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa
diwajibkan mengisi borang kebenaran keluar sekolah yang terdapat di pejabat
dan perlu diserahkan kepada pengawal keselamatan.

PERKARA 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai setiap hari
persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah ke
sekolah sehingga balik ke rumah.

4.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki

4.1.1 Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang biru tua (navy blue). Seluar
pendek yang sama warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh
ibu bapa atau penjaga mereka.
4.1.2 Tali Pinggang
Sekiranya bertali pinggang adalah jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.
Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75cm. Warna tali
pinggang sama ada hitam atau biru tua.

10
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

4.1.3 Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek

4.14 Tali Leher


Murid hanya dibenarkan memakai tali leher sekolah yang telah ditetapkan.

4.1.5 Kasut dan Stokin


Kasut bagi murid-murid sekolah adalah kasut “canvas” berwarna putih/hitam dan
stokin hendaklah berwarna putih/hitam.

4.1.6 Rambut dan kuku


Murid-murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.
Rambut tidak boleh diwarnakan dengan sebarang warna. Kuku mestilah
dipotong pendek dan tidak boleh dicat atau diinai.

Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:


i. Di belakang: Rambut jatuh melepasi garisan di bawah dua
telinga
ii. Di depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi
iii. Di sisi : Rambut menutupi sebahagian kedua-dua
telinganya dan jambang ‘sideburn’ melepasi
garisan tengah hidung
4.1.7 Pelajar lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika memakai
serban.Tetapi yang tidak berserban, peraturannya adalah seperti yang
dikuatkuasakan.

4.2 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani / Aktiviti Kokurikulum


4.2.1 Semua murid mesti memakai Baju T (T-Shirt) sekolahataubaju T rumah
sukan mengikut rumah masing- masing.

4.2.2 Kasut dan stokin – kasut getah atau kanvas berwarna putih dan stokin
berwarna putih.

4.2.3 Semua murid mesti memakai seluar panjang (track bottom) berwarna biru
tua/gelap dan tidak bercorak.

4.3 Tanda Nama dan Lencana Sekolah


Semua murid dikehendaki memakai tanda nama dan lencana sekolah yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah

11
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

Ref: K.P (BS) 8543 / Vol. ii (58)

12
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

13
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 5: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH


5.1 BILIK DARJAH / KELAS
5.1.1 Tanggungjawab semua murid.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas
dan murid mesti mematuhinya.

5.1.3 Setiap kelas mempunyai sudut pembelajaran dan menghias


kelas dengan bahan-bahan akademik.

5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti disusun


dengan teratur. Lampu dan kipas mesti ditutup suisnya. Pintu dan
tingkap ditutup.

5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi /meja


/ perabot antara kelas.

5.1.6 Komputer / LCD dan suis utamanya ditutup.

5.2 KAWASAN SEKOLAH

5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

5.2.2 Sampah yang ditemui hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong
sampah.

5.2.3 Dilarang meludah merata-rata.


5.2.4 Dilarang menconteng dinding dan seumpamanya dengan sebarang
bahan.

5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.

14
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

5.3 TANDAS SEKOLAH

5.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul, menjaga


kebersihan serta dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas.

5.3.2 Semua murid dilarang menconteng dinding tandas.

5.3.3 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip


setelah digunakan.

5.3.4 Murid-murid hendaklah melaporkan segera sebarang kebocoran


atau kerosakan tandas kepada guru.

5.4 PAPAN KENYATAAN

5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat


kebenaran guru.
5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja yang ditampal.
5.4.3 Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti ditanggal.
5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan
tidak memindah kenyataan yang ada di papan kenyataan.

5.5 HARTA BENDA SEKOLAH

5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda


sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal komputer, makmal sains, bilik
kemahiran hidup, bilik seni, bilik-bilik akses kendiri, pusat sumber, surau,
stor kantin, dewan, padang, bilik persalinan, tandas dan di mana-mana
sahaja dalam kawasan sekolah.
5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid
sendiri.

5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan
ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

15
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 6: KAWASAN LARANGAN


6.1 Kawasan larangan merupakan kawasan yang pelajar tidak
dibenarkan masuk tanpa urusan / tanpa kebenaran guru.

6.1.1 Pejabat, bilik guru, semua bilik khas seperti makmal sains, makmal
komputer, pusat sumber, bilik BOSS, bilik server, bengkel, tandas guru
dan bilik-bilik lain.

6.1.2 Bangunan sekolah menengah dan kawasan persekitarannya seperti


kawasan letak kereta.

6.1.3 Stor / bilik-bilik rehat pekerja.


6.1.4 Dewan serbaguna dan padang.
6.1.5 Koridor sebelah belakang bangunan.
6.1.6 Kawasan belakang bangunan.

PERKARA 7: KANTIN
7.1 Semua murid mesti makan di kantin sekolah.

7.2 Murid-murid mesti berbaris ketika membeli makanan dan minuman.

7.3 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke
dalam bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.

7.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau tempat


penyediaan makanan.

7.5 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah

7.6 Semua murid hendaklah mengamalkan adab sopan semasa


makan dan minum.

7.7 Kertas, plastik makanan / minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tong


sampah.

7.8 Semua murid tidak dibenarkan makan di bilik makan guru.

16
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 8: TATATERTIB DAN KESOPANAN


8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan
sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru-guru / kakitangan sekolah
/ pelawat dan sesama pelajar.

8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama Islam dan ucapan
selamat sejahtera bagi bukan Islam.

8.4 Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sepanjang
persekolahan dan menjaga nama baik sekolah.

8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan
sesiapa sahaja.

PERKARA 9. LEMBAGA PENGAWAS

9.1 Pemilihan Pengawas Biasa


Pemilihan Pengawas Sekolah melalui beberapa peringkat iaitu:

9.1.1 Borang Permohonan akan dibuka pada bulan September bagi menampung
penyusutan bilangan Pengawas akibat daripada pertukaran pengawas tahun 6 ke
sekolah menengah

9.1.2 Guru Kelas juga akan mencalonkan nama-nama yang sesuai di dalam kelas
seliaannya melalui borang yang disediakan dan penama-penama dalam borang
tersebut juga perlu mengambil Borang Permohonan Pengawas Sekolah untuk
digunakan ketika sesi temu duga.

9.1.3 Seterusnya calon-calon ini akan ditemu duga oleh Panel Penemu duga yang terdiri
daripada guru-guru disiplin sekolah. Pemarkahan akan berdasarkan beberapa kriteria
khas yang telah ditetapkan.

9.1.4 Murid yang melepasi proses temuduga itu akan disenarai pendek dan dibentangkan
dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah sebagai tapisan terakhir.

9.1.5 Murid yang berjaya akan diberi peluang/tugas yang bertindak sebagai “Pengawas
Percubaan” selama 1 bulan.

9.1.6 Pengawas Percubaan akan dibimbing dan dipantau oleh Pengawas Senior dalam
bidang tugas yang telah ditetapkan. Perjumpaan dan nasihat akan dilakukan oleh
17
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

Guru Penasihat Badan Pengawas dari semasa ke semasa.

9.1.7 Selepas itu, pengawas percubaan yang telah lulus ujian tersebut akan dilantik secara
rasmi dalam Majlis Anugerah Watikah Pelantikan pada bulan Januari setiap tahun.

9.2 Pemilihan Ketua Murid / Penolong Ketua Murid

9.2.1 Calon Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid akan dicalonkan oleh guru penasihat,
dan guru-guru disiplin dengan persetujuan pihak pentadbir.

9.2.2 Pencalonan akan dijalankan dalam kalangan guru-guru melalui kertas pencalonan
yang disediakan.

9.2.3 Seterusnya, calon ini akan menghadiri sesi temuduga yang diketuai oleh Guru Besar
sekolah, dan disertai oleh Kaunselor dan Guru-guru Kanan Pentadbiran.

9.3.4 Calon yang lulus dalam sesi temuduga ini akan diumumkan secara rasmi pada bulan
November setiap tahun di hadapan khalayak umum iaitu murid , guru dan penjaga d
dalam satu majlis khas.

9.3.5 Mereka akan mengambil alih tugas murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.

9.3.6 Akhirnya, Jawatankuasa Induk yang baru pula akan terbentuk untuk memimpin
organisasi sehingga ke pertengahan tahun berikutnya.

PERKARA 10A: MAKMAL KOMPUTER / MAKMAL SAINS / PUSAT SUMBER DAN


BENGKEL /BILIK CHROME
10.1 Penggunaan makmal komputer, makmal sains, bengkel dan Pusat Sumber
mestilah bersama-sama guru atau Penyelaras IT. Murid- murid dilarang masuk
tanpa guru.

10.2 Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, disket atau CD. Murid-murid
dilarang menggunakan komputer untuk tujuan bermain “game” mengubahsuai
perisian yang sedia ada atau memasukkan arahan-arahan dengan sesuka hati.

10.3 Murid-murid dilarang membuat bising, makan minum, bergurau- senda atau
berkejar-kejaran di dalam makmal atau Pusat Sumber.

18
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 10B: PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI BILIK DARJAH DAN DI


MAKMAL KOMPUTER / BILIK CHROME
1. Pastikan komputer (Monitor, CPU, Keyboard dan Mouse) bersih dan tiada habuk
di atasnya.
2. Jangan bersihkan komputer dengan kain basah atau bahan
minyak.
3. Dilarang meletakkan sebarang alat yang berat di atas komputer.

4. Dilarang meletakkan makanan dan minuman berhampiran


dengan komputer.

5. Dilarang menconteng di atas komputer.

6. Gunakan username dan password yang ditetapkan / dibenarkan sahaja.

7. Membuka dan menutup komputer dengan prosedur yang betul.

8. Tidak dibenarkan mengubah konfigurasi dan setting program komputer.

9. Dilarang memasukkan screen saver, gambar dan perisian luar atau download
dari internet ke dalam komputer.
10. Semua fail hendaklah disimpan dalam folder Server yang
ditetapkan sahaja.
11. Dilarang menggunakan disket (cakera liut) yang digunakan di rumah melainkan
dengan kebenaran guru.
12. Kerapkan Scan virus supaya komputer tidak “hang” selalu.

13. Scandisk komputer sekiranya perisian lambat “lounge”.

14. Tutupkan semua switch komputer dan soket elektrik setelah digunakan.

15. Sekiranya menggunakan peralatan sokongan seperti Manual IT, Mic, Headphone
dan sebagainya hendaklah dipulangkan selepas digunakan di tempat asalnya.

16. Murid-murid perlu ikut arahan guru sebelum memasuki atau mencuba perisian
baru.
17. Sekiranya ada kerosakan pada alat komputer hendaklah
memberitahu kepada guru dengan segera.
18. Kehilangan peralatan komputer adalah tanggungjawab kelas masing-masing.
19
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 10C : PERATURAN DI MAKMAL SAINS


PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR

1. Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk
tanpa kebenaran guru.

2. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar
tanpa kebenaran guru.

3. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan
panduan guru.

4. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya.
5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

6. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

7. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera
kepada guru atau pun kakitangan makmal.

8. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa
kebenaran guru.

10. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah
bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

11. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

12. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.

13. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh
dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.

14. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

15. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

16. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.


20
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

17. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

18. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

1. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia
yang akan digunakan itu betul.

2. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan
kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi
untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.

3. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.

4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil
bahannya.

5. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang
bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

PERKARA 10D : PERATURAN DI BENGKEL RBT

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang
tidak diingini. Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan
mencukupi.

6.Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

21
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya
dimasukkan ke dalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan
guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di
bengkel.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk
menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan
elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat
serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.

22
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 10E : PERATURAN DI BILIK SENI

1. Murid tidak dibenarkan masuk atau tinggal di dalam Bilik Seni Visual tanpa kebenaran
guru.
2. Murid hendaklah beratur dengan sempurna di luar Bilik Seni Visual dan tunggu
sehingga guru datang
3. Beg tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali peralatan lukisan.
4. Jika berlaku kecederaan sila laporkan kepada guru dengan segera.
5. Murid hendaklah masuk ke Bilik Seni Visual dengan senyap dan teratur. Jangan
berebut-rebut untuk mendapatkan tempat duduk.
6. Dilarang bermain atau bergurau dengan peralatan tajam.
7. Bilik Seni Visual mestilah sentiasa bersih dan kemas
8. Murid diberikan masa 10 minit untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum
meninggalkan Bilik Seni Visual
9. Segala sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah
10. Benda-benda pepejal jangan dibuang ke dalam sinki, ditakuti tersumbat
11. Perkakas di dalam Bilik Seni Visual mestilah sentiasa berada di tempat yang
ditentukan. Setelah digunakan hendaklah disimpan di tempatnya.
12. Meja dan kerusi mestilah dibersihkan setelah sesuatu aktiviti
13. Murid dilarang memegang atau menyentuh hasil-hasil lukisan yang dipamerkan
14. Sebelum meninggalkan Bilik Seni Visual pastikan lampu dan kipas telah ditutup.
15. Peringatan: Jika terdapat kerosakan atau kemalangan di Bilik Seni Visual kerana
kesalahan murid itu sendiri atau lain-lain kerana melanggar peraturan di atas, guru
ataupun pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab.
16. Ahli-ahli persatuan yang ingin menggunakan Bilik Seni Visual mestilah mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual.

PERKARA 10F : PERATURAN DI PEJABAT

1. Murid tidak dibenarkan masukl tanpa kebenaran kecuali ada urusan yang diluluskan
oleh Pengetua.
2. Ketuk pintu sebelum ke pejabat – masuk hanya setelah diberi kebenaran berbuat
demikian.
3. Murid dilarang mengambil buku kedatangan murid dan kapur.
4. Murid dilarang menggunakan laluan depan pejabat atau berada di kawasan pejabat
tanpa urusan.

PERKARA 10G : PERATURAN DI BILIK GURU

1. Murid dilarang masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.


2. Ketuk pintu untuk mendapat kebenaran masuk.
3. Hanya murid yang ada urusan dengan guru sahaja dibenarkan masuk.

23
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 10H : PERATURAN DI BILIK DARJAH

1. Semua murid bertanggungjawab terhadap bilik darjahnya,harta sekolah dan


kebersihan.
2. Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah.
3. Mestilah berjimat menggunakan tenaga elektrik dan kemudahan lain.
4. Tutup kipas dan lampu sebelum meninggalkan bilik darjah.
5. Hendaklah duduk di tempat yang ditetapkan dan bertanggungjawab terhadap kerusi
dan mejanya. Tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan kerusi atau meja.
6. Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.
7. Harta benda di dalam bilik darjah dilarang dibawa keluar tanpa kebenaran.
8. Buka pintu dan tingkap semasa murid berada di dalam.
9. Semasa ketiadaan guru,bilik darjah adalah di bawah kawalan Ketua Kelas.
10. Tidak dibenarkan keluar bilik darjah pada bila-bila masa tanpa kebenaran guru.
11. Murid yang diberi kebenaran keluar bilik darjah di luar waktu rehat mesti memegang
PAS KELUAR /MASUK KELAS.

PERKARA 10(I) : PERATURAN DI TANDAS

1. Gunakan dengan penuh tanggungjawab.


2. Pastikan pili air ditutup selepas digunakan.
3. Murid dilarang menggunakan tandas guru.
4. Murid lelaki dilarang menggunakan tandas perempuan dan sebaliknya.
5. Dilarang menulis/menconteng/melukis di dinding tandas dengan apa jenis alat tulis.
6. Bahan pepejal hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan tidak dibuang dalam
lubang tandas.
7. Penggunaan tandas hanya dengan kebenaran guru melainkan waktu rehat dan di luar
waktu persekolahan
8. Jaga kebersihan tandas.

PERKARA 10 J : PERATURAN DI KANTIN

1. Dilarang membuang sampah merata – rata di kawasan kantin


2. Bungkusan makanan dan minuman yang digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah .
3. Beratur semasa membeli makanan dan minuman .
4. Dilarang meludah merata-rata.
5. Dilarang berada di kawasan kantin semasa perhimpunan dan semasa pelajaran
berjalan kecuali mendapat kebenaran guru.
6. Sepanjang bulan puasa , murid islam dilarang makan dan minum di kantin.
7. Dilarang mengalih kerusi dan meja kecuali mendapat kebenaran guru.
24
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

8. Selepas,makan pinggan,mangkuk dan sudu hendaklah dimasukan ke dalam besen


yang disediakan.
9. Semasa makan,elakkan daripada menyepahkan makanan di atas meja.
10. Makan secara sopan ,tidak gelojoh.
11. Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat.
12. Tidak dibenarkan makan di luar kawasan kantin.
13. Murid yang membawa makanan dari rumah tidak dibenarkan menggunakan peralatan
kantin.
14. Murid tidak dibenarkan membawa makanan yang dibeli di luar sekolah.

PERKARA 10K : PERATURAN DI SURAU

1. Hanya murid islam sahaja dibenarkan masuk ke dalam surau.


2. Jaga kebersihan surau.
3. Kasut hendaklah ditinggalkan di luar surau.
4. Segala peralatan sembahyang hendaklah disusun setelah digunakan.
5. Semasa pelajaran berjalan , pengunaan surau untuk tujuan sembahyang mestilah
mendapat kebenaran guru.
6. Surau digunakan untuk tujuan sembahyang dan perjumpaan yang berkaitan dengan
hal-hal agama.
7. Dilarang tidur dan membuat bising di dalam surau.
8. Sebelum meninggalkan surau,pastikan semua suis lampu,kipas dan pintu ditutup.

PERKARA 10L : PERATURAN BILIK PERALATAN SUKAN

1. Dilarang berada di dalam bilik berkenaan tanpa kebenaran guru.


2. Segala peralatan sukan yang digunakan mestilah mendapat kebenaran guru.
3. Apabila memulangkan peralatan sukan , hendaklah diletakkan di tempat asal dengan
teratur dan kemas.
4. Cara menggunakan peralatan sukan hendaklah mengikut arahan atau tunjuk ajar guru.
5. Semua pengambilan alat sukan hendaklah direkodkan.

PERKARA 10M : PERATURAN DI PADANG

1. Penggunaan padang mestilah mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Sukan.


2. Pelajar hanya dibenarkan berada di padang di bawah pengawasan guru.
3. Semasa menggunakan padang mestilah berpakaian sukan.
4. Dilarang menggunakan padang semasa hujan.
5. Dilarang memanjat atau bergayut di mana–mana sahaja kecuali diarahkan.
6. Alat-alat sukan dilarang ditinggalkan di kawasan sekolah selepas digunakan.
7. Makanan dan minuman dilarang dibawa ke padang atau ke tepi padang.
8. Jaga kebersihan padang.
25
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

9. Semasa berada di padang, pelajar hendakalah sentiasa mematuhi arahan guru


PERKARA 10N : PERATURAN DI BILIK BIMBINGAN

1. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran Guru Bimbingan.


2. Sila susun semula bahan bacaan selepas dibaca.
3. Dilarang mengotorkan Bilik Kaunseling.
4. Dilarang membuat bising semasa berada di Bilik Bimbingan.
5. Tidak boleh makan dan minum di Bilik Bimbingan.
6. Dilarang menconteng, mengoyak atau menanggalkan apa-apa yang terdapat di Papan
Kenyataan Bimbingan & Kaunseling.

PERKARA 10(O) :PERATURAN BILIK DOKTOR MUDA (RAWATAN)

1. Rawatan hanya untuk sakit ringan ( pening, demam, luka berdarah atau terseliuh, sakit
perut, gigitan serangga).
2. Kecederaan serius, pengsan dan keracunan mesti dirujuk kepada pejabat Guru
Penolong Kanan ( Hal Ehwal Murid) dengan bantuan guru bertugas untuk
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
3. Murid perlu mendapat kebenaran guru untuk berehat di Bilik Rawatan.
4. Setiap ahli mesti memastikan kebersihan, kekemasan dan keindahan Bilik Rawatan.

10P : PERATURAN DI PERPUSTAKAAN , BILIK TAYANG & PUSAT SUMBER

1. Perpustakaan boleh digunakan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam jadual
waktu pagi dan waktu rehat.
2. Setiap guru diwajibkan bersama-sama murid setiap kali masuk ke perpustakaan dan
bertanggungjawab mengawal disiplin murid.
3. Kelas-kelas yang tidak diringi guru, tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan.
4. Guru yang membawa murid-murid masuk ke dalam perpustakaan mestilah membuat
catatan di dalam Buku Rekod Penggunaan Perpustakaan yang telah disediakan.
5. Murid hendaklah berpakaian sekolah dan tanda nama ketika masuk ke perpustakaan.
6. Beg atau fail hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan
dibawa masuk ke perpustakaan melainkan nota-nota yang diperlukan.
7. Buku-buku, majalah dan surat khabar yang dipamerkan di atas rak hanya boleh dibaca
di dalam perpustakaan sahaja.
8. Buku-buku, majalah dan suratkhabar yang telah dibaca hendaklah diletakkan semula di
tempat asalnya.
9. Buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan hendaklah dijaga dengan cermat dan
dipulangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
10. Tempoh pinjaman sebuah buku adalah 7 hari sahaja.
11. Kehilangan buku-buku perpustakaan yang dipinjam mestilah digantikan semula sama
ada dalam bentuk buku atau membayar kos/ harga buku tersebut.
12. Para murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam perpustakaan.
26
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

13. Murid dilarang menulis atau mengoyak buku-buku, majalah atau surat khabar
perpustakaan. Jika terkoyak, murid tersebut dikehendaki menggantikan barang
tersebut.
14. Semua pengguna perpustakaan dimestikan mematuhi peraturan dan garis panduan
yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga disiplin diri sewaktu berada di dalam
perpustakaan.

PERKARA 10Q : PERATURAN MEMINJAM BUKU SPBT

1. Murid-murid yang layak menerima bantuan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
adalah mereka yang merupakan warganegara Malaysia
2. Murid-murid yang mendapat pinjaman buku teks mestilah mematuhi peraturan-
peraturan di bawah:
3. Murid-murid mestilah menjaga keselamatan fizikal buku SPBT yang dipinjam dan
menyampulkannya dengan plastik.
4. Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah digantikan dengan buku yang serupa
jenisnya atau dengan wang yang sama harga dengan buku tersebut secepat mungkin
kepada guru SPBT sebelum tarikh pemulangan buku teks.
5. Semua buku teks mestilah dipulangkan kepada guru SPBT pada tarikh pemulangan
buku yang ditetapkan.
6. Buku-buku SPBT tidak boleh dijualbeli atau ditukar milik.
7. Penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran adalah wajib.
8. Pihak sekolah boleh mengambil tindakan disiplin jika peraturan-peraturan di atas tidak
dipenuhi.
9. Murid-murid yang gagal memulangkan buku teks SPBT dan berhenti khasnya murid
Tahun 6, menyebabkan keputusan peperiksaan, mereka ditangguhkan atau tidak diberi
Sijil Berhenti Sekolah sehingga buku tersebut dipulangkan atau digantikan dengan
wang yang cukup dengan jumlah harganya.

PERKARA 10R :PERATURAN PERABOT DALAM KELAS

1. Setiap Guru Kelas menerima dan mengenalpastikan kelas masing-masing dibekalkan


dengan:
2. Kerusi dan meja (mengikut bilangan murid) yang bernombor (termasuk kerusi meja
guru, sudut bacaan dan sebagainya)
3. Papan kenyataan (depan dan belakang kelas)
4. Papan hitam/papan putih
5. Kaca tingkap yang sempurna
a. 1 batang penyapu
b. 1 buah bakul sampah
c. 1 buah penyodok sampah
6. Setiap kelas bertanggungjawab menjaga dan memelihara perabot dalam kelas masing-
27
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

masing
7. Kerusi dan meja
8. Setiap murid bertanggungjawab terhadap kerusi meja yang diberi.
9. Denda akan dikenakan kepada murid yang mengotorkan atau merosakkan kerusi
mejanya.
10. Sebanyak RM30.00 bagi sebuah kerusi dan RM 80.00 bagi sebuah meja akan dibiayai
oleh murid yang merosakkanya.
11. Papan Kenyataan dan Papan tulis
12. Gunakan papan kenyataan dan papan hitam dengan manfaat dan cara yang betul.
13. Jika didapati tercemar dengan tulisan, lukisan, kesan tapak kaki atau kasut dan
sebagainya, tindakan akan diambil
14. Segala kerosakan (pecah dan berlubang), murid kelas berkenaan akan membiayai kos
kerja membaikpulih.
15. Tingkap
a. Sebanyak RM 5.00 bagi sekeping kaca tingkap akan dibiayai oleh murid yang
memecahkannya.
b. Penyapu, Bakul sampah dan penyodok sampah
16. Kelas masing-masing bertanggungjawab terhadap kerosakan dan kehilangan alat
perabot tersebut.

PERKARA 11: KOKURIKULUM


11.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum
berikut:

* Tahun 3 digalakkan untuk penyertaan Kelab da Persatuan (Tujuan Pertandingan).


 Kelab dan Persatuan
 Pasukan Beruniform / Pakaian Seragam
 Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir dan menyertai
kegiatan yang diambil. Kedatangan akan direkodkan.
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu Unit
Beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa Guru Penasihat.
11.5 Aktiviti kokurikulum sekolah bagi Sukan / Permainan ditetapkan pada hari Selasa
7.40 pagi – 8.40pagi manakala Kelab dan Persatuan / Badan Beruniform
ditetapkan pada hari Rabu mulai jam 1.00 petang hingga 2.00 petang.
11.6 Semasa aktiviti kokurikulum sedang dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan
keluar dari kawasan sekolah.

28
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

11.7 Setiap hari Rabu di sebelah pagi, semua murid Tahap 2 diwajibkan memakai
baju Unit Beruniform yang mereka sertai.
11.8 Sekiranya ada aktiviti melibatkan jurulatih khas, tempat dan masa akan berubah,
ibu bapa dan murid akan sentiasa diberitahu.

PERKARA 12: SENARAI SALAH LAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH

12.1 TINGKAH LAKU JENAYAH

12.1.1 Berjudi
12.1.2 Mencuri
12.1.3 Melawan guru
12.1.4 Melawan pengawas
12.1.5 Mengancam guru
12.1.6 Mengancam pengawas
12.1.7 Mengancam murid
12.1.8 Memukul guru
12.1.9 Memukul pengawas
12.1.10 Memukul murid
12.1.11 Mencederakan guru
12.1.12 Memeras ugut
12.1.13 Membuli
12.1.14 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
12.1.15 Mencederakan murid
12.1.16 Menyalahguna dadah
12.1.17 Membawa senjata berbahaya
12.1.18 Mencabul kehormatan
12.1.19 Menceroboh bilik khas
12.1.20 Menceroboh kedai PIBG, Pejabat sekolah
12.1.21 Menceroboh bilik guru
12.1.22 Mengedar dadah
12.1.23 Menunjukkan perasaan/berpiket
12.1.24 Mengganggu ketenteraman sekolah
12.1.25 Menaruh secara besar-besaran

12.2 TINGKAH LAKU LUCAH

12.2.1 Bercumbu-cumbuan
29
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

12.2.2 Berdua-dua tanpa tujuan (khalwat)


12.2.3 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
12.2.4 Mengintai murid-murid perempuan
12.2.5 Menggunakan perkataan lucah
12.2.6 Melakukan perkataan lucah
12.2.7 Menulis perkataan lucah
12.2.8 Melukis gambar-gambar lucah

12.3 TINGKAH KURANG SOPAN DAN BIADAP

12.3.1 Berkelakuan kasar terhadap guru


12.3.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
12.3.3 Berkelakuan kasar terhadap murid
12.3.4 Berbahasa kesat
12.3.5 Menyimpan rokok
12.3.6 Menghisap rokok
12.3.7 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
12.3.8 Tidak menghormati guru
12.3.9 Tidak menghormati pengawas
12.4 TINGKAH LAKU MUSNAH

12.4.1 Merosakkan harta benda sekolah


12.4.2 Merosakkan harta benda Guru Besar dan guru-guru
12.4.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah
12.4.4 Merosakkan harta benda murid

12.5 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU

12.5.1 Menipu yang melibatkan wang


12.5.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan

12.6 PONTENG

12.6.1 Ponteng kelas


12.6.2 Ponteng sekolah
12.6.3 Ponteng perhimpunan
12.6.4 Ponteng kegiatan luar bilik darjah
12.6.5 Ponteng kegiatan kokurikulum
12.6.6 Ponteng ujian
30
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

12.6.7 Ponteng peperiksaan

12.7 TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA

12.7.1 Berkeliaran di kawasan sekolah


12.7.2 Datang lewat ke sekolah
12.7.3 Lewat ke perhimpunan
12.7.4 Makan di kantin pada waktu pembelajaran

12.8 KEKEMASAN DIRI

12.8.1 Rambut panjang


12.8.2 Fesyen rambut keterlaluan
12.8.3 Berkuku panjang
12.8.4 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
12.8.5 Memakai barang-barang kemas

12.9 LAIN-LAIN KESALAHAN

12.9.1 Tidak menyiapkan kerja sekolah


12.9.2 Membuang sampah merata-rata

*Sebarang masalah salahlaku dan disiplin, kesalahan murid akan direkodkan melalui sistem
ssdm online oleh guru sekolah atau nama lengkapnya ‘Sistem Sahsiah Diri Murid’. Ini adalah
versi pertama yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

12.10 Amalan Baik

Setiap murid bukan sahaja yang melakukan kesalahan sahaja akan direkodkan ke dalam
sistem ssdm online guru tetapi yang melakukan rekod baik turut dimasukkan dalam sistem
juga. Ini bagi membolehkan dapat memberikan galakan untuk kalangan murid terus membuat
bakti dan kebaikan sepanjang bergelar murid sekolah semoga jadi ikutan kepada murid lain.
Justeru, setiap murid yang berbuat baik di sekolah akan dapat markah yang akan direkodkan
dalam sistem.

31
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

PERKARA 13 : PEPERIKSAAN

13.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah

13.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu


peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat arahan
daripada Guru Besar
13.3 Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak
dikecualikan daripada mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang
sekolah

PERKARA 14: KESELAMATAN MURID-MURID

14.1 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri

14.2 Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti
persatuan / kelab / sukan / permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah / bengkel

14.3 Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab sekolah

14.4 Sebarang gangguan dari pihak luar hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah

PERKARA 15: PERTUKARAN SEKOLAH

15.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendakan ibu bapa atau penjaga
15.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR) ibu bapa penjaga hendaklah
memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat

PERKARA 16: KEDAI BUKU

16.1 Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku / koperasi sekolah mestilah
pada waktu yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru

PERKARA 17: BAYARAN (SUMBANGAN PIBG)

17.1 Bayaran (sumbanganPIBG) mestilah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan

PERKARA 18: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

32
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

18.1 Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik

18.2 Tulis nama, kelas dan tahun di ruangan yang disediakan

18.3 Semua buku pinjaman mestilah dipulangkan dalam keadaan baik apabila
18.3.1Pada akhir tahun
18.3.2Diberhentikan sekolah
18.3.3Diarah oleh pihak sekolah

PERKARA 19: SURAT PEKELILING GURU BESAR

19.1 Semua surat pekeliling yang dihantar kepada ibu bapa melalui anak-anak
hendaklah disampaikan dengan penuh amanah

19.2 Serahkan borang-borang jawapan daripada ibu bapa (jika ada) dengan penuh
amanah kepada guru kelas / Guru Besar
PERKARA 20: HAL-HAL LAIN

20.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan

20.2 Semua murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Penggunaan telefon
di pejabat hanya dibenarkan untuk panggilan kecemasan sahaja.

20.3 Dilarang sama sekali membawa benda-benda tajam ke sekolah

20.4 Dilarang membawa komik atau benda-benda yang tidak berkaitan dengan
pelajaran termasuk pita video atau disket

20.5 Murid-murid dilarang berniaga dalam sekolah

20.6 Murid-murid tidak digalakkan membawa lebih dari RM10.00 ke sekolah kecuali
dengan tujuan-tujuan yang tertentu, misalnya untuk membeli buku

20.7 Murid-murid yang balik awal dari masa persekolahan, ibu bapa adalah
bertanggungjawab untuk mengisi boring di Pejabat Sekolah di pejabat sekolah
dan menyerahkannya kepada Pengawal Keselamatan.
20.8 Ibu bapa yang ingin berurusan dengan anak / guru / kakitangan sekolah ini
mestilah mengisi borang kasar yang disediakan

20.9 Ibu bapa tidak dibenarkan berada bersama murid di dalam kelas atau di kawasan
sekolah walaupun anak dalam kelas tahun satu. Proses menemankan anak,
33
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

cuma dibenarkan pada hari pertama persekolahan sahaja (murid tahun 1).

RUJUKAN

ORDINAN PELAJARAN 1957


Peraturan-Peraturan pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
BUKU-BUKU PANDUAN
 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah,
Percetakan Adabi, 1981.
 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin
Murid-murid Sekolah, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan dan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk
Guru Besar dan Guru, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
 Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Panduan
Bagi Mengatasi masalah Ponteng Sekolah, Percetakan Watan Sdn Bhd, 1994.

SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS


A. TINDAKAN JENAYAH DAN TINGKAHLAKU SOSIAL
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1982. Permainan „Pin-table‟, Video Game,
Game Watch, 01.10.1982.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1991. Pelaporan Kejadian Tidak Diingini.

B. PERATURAN/ TINDAKAN DISIPLIN


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968. Pembuangan Murid-Murid Daripada
Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang, 10.09.1968.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968. Tatatertib di Sekolah-Sekolah
18.09.68.
 Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968 dan 8/1968. Tambahan Kepada Surat
pekeliling „Profesional‟ Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan
12.10.1968).
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972. Peraturan-Peraturan (Tatatertib
Sekolah) Pelajaran 1959, 04.02.1972.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1975. Disiplin di Sekolah: Peraturan-
Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid, 04.11.1975.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/1976. Mengharamkan Semua Jenis
Permainan Judi di Sekolah-Sekolah, 09.10.1976.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1983. Mengenakan Hukuman Biasa
Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan-Perbuatan Salahlaku Yang
Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran, 07.11.1983.
34
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/ 1988. Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah,


01.03.1988.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1991. Tatakelakuan Pelajar Ketika di Masjid,
05.02.1991.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1992. Pengharaman Pensil Berbentuk Alat
Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah, 27.07.1992.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1996. Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan
Hukuman Di Sekolah, 03.09.1996.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2003. Kuasa Guru Merotan Murid,
29.10.2003.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009. Penguatkuasaan Larangan Membawa
dan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah, 25.05.2009.

C. RAMBUT DAN PAKAIAN


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1976. Potongan Rambut Murid- Murid,
07.01.1976.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1983. Pakaian seragam Murid-Murid
Sekolah, 09.03.1983.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1985. Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah
(Pindaan), 12.11.1985.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1992. Pemakaian Tudung/ Mini Telekung
bagi Pelajar-Pelajar Perempuan, 14.02.1992.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1993. Pakaian Seragam Sekolah,
03.06.1993.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1996. Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan
Dan Kerapian Berpakaian, 24.06.1996.

D. BERKENAAN DENGAN TEMBAKAU


 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6A/1975. Disiplin – Murid-Murid Menghisap
Rokok, 0509.1975.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1975. Salah Guna Dadah – Garis Panduan
Untuk Guru dan Guru Besar, 19.08.1975.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1979. Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan
Risiko Penyalahgunaan Dadah yang Memerlukan Pertolongan, 26.03.1979.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1997. Hukuman Ke Atas Murid
Menghisap Rokok, 22.05.1997.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1997. Sekolah Sebagai Kawasan
Larangan Merokok.

E. UMUM
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1977. Pengelolaan Walkhaton di
Sekolah-Sekolah, 27.09.1977.
35
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

 Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1977. Menganjur dan Menjual Loteri di


Sekolah, 03.10.1977.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1978. Acara Suaikenal Di Sekolah- Sekolah,
02.05.1978.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1983. Larangan Permainan Bahan- Bahan
Letupan, 23.04.1983.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1983. Garis Panduan Mengenai Pungutan
Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah, 14.06.1984.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984. Tambahan Kepada Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 4/1984 – Perhimpunan Sekolah, 10.09.1984.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1998. Program Skim Lencana Anti Dadah
Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD), 03.02.1988.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1988. Penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun
(Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis B) dan Keracunan Makanan. 10.03.1998.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1988. Penyertaan Pelajar Dalam
Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk
Sukan, 10.03.1988.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12/1989. Garis Panduan Dari Segi Pencegahan
Kebakaran Bagi Bangunan dan Asrama, 09.12.1989.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994, Menanam Semangat Patriotisme Di
Kalangan Pelajar dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah, 12.09.1994.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1995. Keselamatan Diri Pelajar Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan
Sukan Di Dalam dan Di Luar Sekolah, 06.04.1995.

36
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

SURAT AKU JANJI MURID

NAMA MURID : _____________________________________________________


TAHUN : _____________________________________________________

Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan
mematuhi segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya
melanggar mana-manaperaturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima
sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang saya telah
lakukan. Persetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan
atau paksaan mana-mana pihak.

Tandatangan pelajar..................................................... Tarikh :

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA / WARIS

Saya______________________________________________________________________
Ibubapa/ penjaga/ waris kepada:
___________________________________________________________________________
mengakui telah membaca buku peraturan ini dan bersetuju menasihati anak-anak jagaan saya
supaya mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini. Saya
memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan
kes disiplin yang melibatkan anak saya.

Tandatangan : ...................................................................

Nama : ..............................................................................

No K/P : .............................................................................

Tarikh : ..............................................................................

37
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SPI
SEREMBAN

38

Anda mungkin juga menyukai