Anda di halaman 1dari 5

CARTA ORGANISASI PEMAJUAN SEKOLAH

SJKC HAU LIM (JBC 5025)

PENASIHAT
Pn Phoon Kim Leng

PENGERUSI
En Teo Soon Meng

SETIAUSAHA
En Soh Ceng Wei

BENDAHARI
Pn Tey Ren Shin

PENYELARAS
Cik Ng Siok Hui

AJK
Pn Er Sze Wee Pn Tan Chui Ling
Pn Tay Su Chin Pn Nolita Binti Rabu @ Buang
VISI PENDIDIKAN NEGARA
Sekolah unggul penjana generasi terbilang

MISI PENDIDIKAN NEGARA


Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

WAWASAN PENDIDIKAN

1. SEKOLAH PENYAYANG
2. PERKHIDMATAN PENYAYANG
3. BUDAYA ILMU
4. BUDAYA CEMERLANG
5. TANPA KECACATAN
6. EMPOWERMENT
7. PERMUAFAKATAN
8. PERPADUAN
9. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
PIAGAM PELANGGAN

Kami guru-guru dan kakitangan SJKC Hau Lim, Muar dengan penuh tekad dan azam berikrar
dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usha kami untuk:-

1. Memastikan setiap pelajar diberi kemudahan bantuan belajar yang sewajarnya dengan baik
dan penuh dedikasi untuk menuju ke arah kecemerlangan akademik.
2. Memastikan pencerapan pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran dijalankan
dengan bersungguh-sungguh.
3. Memastikan semua murid dapat meningkatkan pencapaian kurikulum, kokurikulum dan
sahsiah.
4. Menentukan semua pelajar berdisiplin, bertanggungjawab serta menghormati ibu bapa, guru,
masyarakat dan negara.
5. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar, bersikap adil terhadap murid-murid tanpa
mengira faktor sosial, ekonomi dan keturunan.
6. Mewujudkan suasana sekolah yang sentiasa bersih, nyaman, indah, dan harmoni ke arah
pencapaian matlamat sekolah penyayang.
7. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, atau teguran yang membina
dari semua pihak kecemerlangan akademik para pelajar.
Visi Sekolah
Mendidik anak murid membesar dengan cemerlang melalui penggemblengan
tenaga yang berilmu, berketrampilan dengan menekankan budaya berfikir ke
arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Sekolah
Membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan melahirkan tenaga
pengajar dan anak-anak didik berilmu yang mengamalkan budaya berfikir
dalam mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan memenuhi
aspirasi negara.

Anda mungkin juga menyukai