Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

SJK(T) Gunung Rapat dibina pada tahun 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah Gunung
Rapat. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah tamil di kawasan Gunung Rapat / Simpang Pulai /
Ampang dan Bandar Botani. Dengan kemudahan asas yang minima, sekolah ini berkembangtahun demi
tahun dan sekolah ini dilengkapi dengan 6 bilik darjah, sebuah pusat sumber dan sebuah bilik guru.
Pertambahan murid agak ketara kebelakangan ini dan setakat 2013, terdapat 137 murid dengan 16
guru.
Visi & Misi Sekolah

VISI SEKOLAH
Melonjakkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan imej perkhidmatan.

MISI SEKOLAH
Kami warga SJK (Tamil) Gunung Rapat akan memastikan misi berikut dilaksanakan:
Memperkasa kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
Membangun dan meningkatkan kualiti warga pendidikan.
Membudayakan headcount di sekolah.
Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu di semua peringkat.
Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan projek khas.

SLOGAN
SJK (TAMIL) GUNUNG RAPAT SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN


Carta organisasi










Hal Ehwal Murid

Visi Pengurusan Hal Ehwal Murid

"adalah bagi melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Misi Pengurusan Hal Ehwal Murid

"adalah menumpukan segala usaha dan tenaga bagi membina murid yang sentiasa mendukung cita-cita
perpaduan bangsa, demokratik, adil, liberal dan progresif berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara
melalui penghayatan penguasaan bahasa yang mentap serta penerasan tradisi keilmuan yang tinggi
khususnya penguasaan bidang sains dan teknologi." Matlamat Pengurusan Hal Ehwal Murid
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang
seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk
potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

Objektif Pengurusan Hal Ehwal Murid
Murid dapat mengamalkan cara hidup yang beradab di sekolah dan di luar sekolah.
Murid dapat mengelakkan diri dari perbuatan salah laku (pelanggaran disiplin)
Murid dapat mengamalkan cara hidup bertoleransi sesama kaum atau antara kaum.
Murid dapat menghayati semangat patriotisme dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Murid dapat menghayati semangat jati diri yang kuku
Kokurikulum

Visi Kokurikulum

Menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Mewujudkan respon dan perhubungan yang baik antara guru-guru pembimbing dan murid-murid dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum.
Agar murid-murid boleh menggunakan apa yang dipelajari dalam aktiviti kokurikulum untuk
mempertingkatkan diri mereka di masa depan.

Misi Kokurikulum

Melahirkan generasi muda yang berbakat dan berpotensi dalam sesuatu bidang kokurikulum.
Mempertingkatkan kemahiran murid-murid dalam menguasai sesuatu bidang kokurikulum .
Melengkapkan murid-murid menghadapi masa depan dengan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti
kokurikulum.

Objektif Kokurikulum

Mengukuhkan sikap positif guru-guru dan murid-murid dalam menjalankan aktiviti kokurikulum.
Menerapkan nila-nilai murni semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid dalam bidang kokurikulum.





Piagam pelangan

Kami dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Memberi peluang dan layanan yang adil kepada setiap murid tanpa mengira agama, keturunan, dan
latar belakang untuk mendapat pendidikan yang sempurna;

Mewujudkan iklim sekolah selamat dari segi fizikal, sosial dan budaya agar suasana sekolah sentiasa
kondusif selaras dengan perkhidmatan yang penyayang;

Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum, fizikal, keceriaan
dan pentadbiran;

Memastikan disiplin murid sentiasa berada pada tahap yang terpuji dengan menanam dan
menyuburkan penghayatan nila-nilai murni untuk membangunkan insan yang sempurna;

Memastikan semua kakitangan sekolah sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, terlatih,
berinovasi dan produktif bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan;

Usaha yang berterusan dalam meningkatkan tahap profesionalisme yang terancang;

Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai