Anda di halaman 1dari 48

PENGURUSAN KURIKULUM KPF6044

Disediakan untuk : Prof. Dr. Nagendralingan a/l Ratnavadivel

Disediakan oleh : ROKIAH BINTI ALI ~ M20102000714 KOGINDRAN A/L SOLUMUTHU ~ M20102000716 ZULKIFLI BIN ABU BAKAR ~ M20102000721 CHOO CHEE SENG ~ M20102000932 ROZLINDA BINTI RAMLAN ~ M20102000712

Bincangkan peranan Guru Besar atau Pengetua sebagai pemimpin instruksional dalam konteks pengurusan kurikulum di sekolah.

PENGENALAN
Salah satu core business sekolah ialah berkaitan dengan kurikulum. Pengetua ialah orang yang diberi tanggungjawab untuk memastikan kurikulum diurus dengan licin. Mengikut Seksyen 18 (1) Akta Pendidikan 1996, semua sekolah hendaklah menggunakan Kurikulum Kebangsaan

Definisi Kurikulum Kebangsaan Mengikut Akta Pendidikan 1996


suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

MAKSUD PEMIMPIN
Orang yang berupaya mempengaruhi atau mengajak ahli-ahli organisasi supaya bersetuju dengan rela hati melaksanakan kerja-kerja organisasi dengan cekap dan berkesan Proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi (Stodgill, 1958) Aktiviti mempengaruhi orang supaya mereka berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan (Terry, 1960)] .

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.

Individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.

MAKSUD PEMIMPIN INSTRUKSIONAL


Gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
(Blas, 1998)

Gelagat secara langsung atau tak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan pembelajaran murid serta peningkatan potensi murid.
(Gupton, 2003)

Usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P&P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussien, 1989)

KESIMPULAN
Seorang pemimpin instruksional mempunyai bidang tugas yang bersifat mikro yang menumpu kepada usaha-usaha mempertingkatkan kawalan dan pemahaman murid di dalam konteks bilik darjah Seorang pemimpin instruksional harus memiliki kemahiran bercorak hands-on yang cemerlang dalam mengendalikan bilik darjah yang dapat diteladani oleh guru- guru yang lain.

Peranan Pengetua / Guru Besar sebagai Pemimpin Instruksional dalam mengerakkan Visi & Misi Sekolah

Pastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru mencukupi dan kemaskini. Sediakan khidmat sokongan untuk membimbing guru / staf. Gunakan bakat yang ada pada guru/staf sepenuhnya untuk menjalankan tugas

Bina semangat kerja berpasukan. Sediakan peluang-peluang untuk guru / staf berkongsi kepakaran. Adakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalam suasana kondusif. Peka terhadap faktor-faktor yang boleh membantutkan semangat guru/staf. Contohnya bilik darjah tidak kondusif,kurang kebajikan dan tahap disiplin pelajar lemah.

Sebarkan maklumat kejayaan guru / staf kepada komuniti. Perbanyakkan surat penghargaan dan ucapan terima kasih. Berkomunikasi dengan cara terbaik,mesra dan saling menghormati. Beri penghargaan kepada guru / staf semasa mesyuarat atau majlis perhimpunan

Amalkan budaya kerja menimbulkan rasa bangga guru/staf terhadap sekolah, pentadbir, rakan sekerja dan murid. Adakan publisiti untuk semua program sekolah. Terangkan dengan jelas kepada guru/staf visi dan misi sekolah dan menjiwainya secara bersama.

Kenali setiap guru / staf secara tidak formal dan berkongsi pengalaman positif secara tidak langsung. Bersedia menerima teguran dan penilaian guru / staf walaupun pahit. Bekerja secara bersama untuk mencapai budaya cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang

Kesimpulan
Sebagai PENGHULU yang terlibat di dalam proses merancang dan membuat matlamat (visi & misi) sekolah, Pengetua / Guru Besar sebagai Pemimpin Instruktional perlu sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap kearah pencapaian matlamat tersebut. Komitmen ke arah untuk mencapai visi dan misi sekolah ini akan bertambah tinggi jika ada ganjaran dan pengiktirafan disediakan.

Peranan dan penghayatan FPK oleh Guru Besar/Pengetua Fokus perbincangan 1.Peranan guru besar di sekolah 2.Guru besar sebagai pemimpin instruktional (P & P) 3.Pengurusan kurikulum di sekolah berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (KPM 1996)

FALSAFAH UMUM BARAT Mazhab Idealisme Mazhab Realisme Mazhab Pragmatisme Mazhab Eksistensialisme

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Perkembangan Manusia Kognitif Progresivisme Afektif Esensialisme Psikomotor Rekonstruksionisme

FPK
Menyeluruh Bersepadu Seimbang Harmoni Intelek

Perenialisme

Rohani

Emosi Akal

AL QURAN & SUNNAH

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Jasmani Roh Jasad INSAN CEMERLANG

HURAIAN & PENGHAYATAN FPK


PROSES
1. Mendidik sbg satu usaha 2. Mendidik secara berterusan 3. Pengajaran ke arah mengembangkan potensi murid 4. Pengajaran berfokus individu 5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani, Emosi, Jasmani) 6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis 7. Berpaksi ketuhanan

MATLAMAT 1. Membentuk insan cemerlang: berilmu, mahir, berakhlak 2. Melahirkan warganegara gemilang: berbakti kpd keluarga, masyarakat & negara 3. Mengangkat martabat bangsa yang terbilang

Guru Besar sebagai pengamal ilmu


Sebagai pengamal ilmu, seseorang GB mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, GB perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu: (a)perancang, fasilitator dan pembelajaran; (b)penyampai ilmu pengetahuan; (c)pembentuk akhlak; (d)pembimbing; (e)contoh teladan atau model. pengurus

Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan: (a)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (b)berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (c)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (d)melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (e)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat; (f) menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.

Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.

Guru Besar/Pengetua adalah


1. Menguasai bidang akademik sepenuhnya 2. Berpandangan progresif dan saintifik 3. Memberi galakan, motivasi dan anugerah kepada guru-guru 4. Mempunyai sahsiah yang baik supaya menjadi contoh ikutan 5. Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang 6. Bersikap optimis dan komited dalam kerja

Penentuan Dasar Kurikulum Sekolah


Dasar kurikulum sekolah perlu selaras dengan dasar ditentukan oleh PPD, JPN, KPM dan Akta Pendidikan kebangsaan. Mempertimbangkan perkembangan jasmani, rohani,intelektual,emosi dan spiritual. Berideologi bahawa pengajaran kurikulum sebagai proses di mana terdapat interaksi antara guru dengan pelajar. Menjadi teladan kepada guru lain. lebih berimpak daripada menasihat berulangulang.

Rekod Persediaan Pengajaran


Berganding bahu dengan penolong-penolong kanan memeriksa rekod persediaan pelajaran guru. Kriteria yang penting dinilaikan -objektif pembelajaran & langkah-langkah penyampaian. Pihak atasan perlu membuat pemeriksaan yang lebih teliti agar guru membuat persediaan yang rapi sebelum masuk kelas. Berbincang dengan guru tentang rekod berkenaan jika ada pertanyaan. Tarikh penghantaran rekod ditetapkan & guru wajid menghantar pada masa yang tepat untuk memelihara disiplin guru.

Pemantauan P&P Guru


Memantau P&P guru agar guru lebih bersedia dalam P&P . Murid juga lebih berfokus. Guru juga boleh dijemput memantau P&P guru besar untuk meningkatkan P&P masing. Melalui proses saling memantau, pihak atasan dan guru boleh berinteraksi untuk meningkatkan mutu P&P.

Seliaan Panitia Subjek


Menyelia panitia subjek masing-masing. Bertindak sebagai penasihat dalam panitia subjek terlibat. Mereka perlu prihatin segala apa berlaku dalam kurikulum subjek terkini Berbincang dengan ketua panitia tentang perancangan panitia. Menghadiri mesyuarat panitia setiap kali. Perlu menggalakkan panitia mengadakan lebih aktiviti seperti minggu bahasa, kuiz, kempen

Setiap 3 bulan, guru besar perlu mengadakan mesyuarat dengan PK untuk membincangkan perjalanan panitia-panitia yang terkini, masalah yang dihadapi guru dan apa yang telah dibincangkan dalam mesyarat panitia. Jadi pihak pentadbiran sekolah lebih jelas keadaan bidang kurikulum yang sedang berlaku. Panitia perlu memeriksa alat bantu mengajar (ABM)setiap setengah bulan. Pembelian ABM perlu dikawal dan diselia dengan ketat.

Guru Kelas
Bermesyuarat dengan guru-guru kelas untuk mengetahui apa masalah berlaku dalam kelas. Kehadiran murid,pencapaian ujian,keadaan disiplin merupakan topik yang perlu diambil tahu agar prestasi murid dalam arah yang betul. Perlu berjumpa dengan murid yang bermasalah untuk menolong mereka menangani masalah yang dihadapi (jika perlu) Guru besar perlu mendapat peruntukan wang untuk keceriaan kelas agar memberikan alam mesra P & P

Pelantikan Guru Subjek


Memahami latar belakang guru, opsyen pengajaran guru dan pengalamannya. Guru yang betul pada subjek yang betul dan dalam kelas yang betul . Guru berpengalaman kelas peperiksaan (UPSR,PMR/SPM).

Latihan In-House
Menjemput pensyarah memberi ceramah untuk memperbaiki kelemahan, meningkatkan PnP dan menambahakan ilmu pengetahunan guru dan menaikkan motivasi guru. Menjemput guru cemerlang sekolah lain untuk memberi ceramah kepada murid tentang sesuatu subjek. Ini juga memberi pendedahan yang lebih kepada guru.

Pengaihan Kerja Bukan Mengajar (AJK H.E.M., AJK Ko-kurikulum)


diagihkan dengan saksama. Jika seseorang guru terlalu sibuk dengan kerja itu akan mengakibatkan dia kurang bersedia dalam P&P. Tidak wajar meminta guru membuat kerja kertas sampai sangat sempurna . Jadi guru besar perlu prihatin emosi, tingkah laku guru agar guru tidak hilang aspirasi dalam mengajar murid. Misi utama guru adalah P&P dalam kelas.

Pemantauan dan Penyeliaan Instruksional

Pengertian Konsep dan Definisi


Pemantauan Satu proses mendapatkan maklumat bagi memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Penyeliaan
(a) Glatthorn (1984) memberi pengertian penyeliaan pembelajaran sebagai: 'Satu proses yang direka bagi penambah baiki arahan dengan berbincang dengan guru mengenai perancangan pelajaran, memerhatikan pelajaran, menganalisis data pemerhatian, dan memberi maklum balas guru mengenai pemerhatian.

(b) Al Ramaiah (1992) Penyeliaan dalam konteks pendidikan adalah berkaitan dgn aktiviti-aktiviti p&p iaitu penyeliaan pengajaran.

(c) Eye, Netzer dan Kircy (1971):


Satu fasa dalam proses pentadbiran sekolah yg menekankan kpd pencapaian matlamat pengajaran. Dengan itu, penyeliaan pengajaran menjadi salah satu daripada tugas dan tanggungjawab pihak pentadbiran sekolah dan penyeliaan menjadi satu dimensi pentadbiran sekolah.

RUMUSAN
Penyeliaan adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang merangkumi aktiviti : memerhati, membimbing, menguji, menegur, membaiki, menilai, merunding aktiviti-aktiviti P&P.

Mengapa perlu Pemantauan/Penyeliaan?


Tujuan umum pemantauan dan penyeliaan kurikulum dilaksanakan ialah untuk memastikan segala objektif, matlamat dan dasar pendidikan negara dicapai dan kualiti sistem pendidikan negara ditingkatkan secara berterusan.

Proses Pemantauan Berkesan


Apa yang hendak dipantau?
Indikator / bukti pelaksanaan segala proses dan usaha bagi mencapai objektif, matlamat dan dasar pendidikan negara serta peningkatan berterusan kualiti sistem pendidikan negara. Ia dinyatakan sebagai Pernyataan Standard *(PS).

* PS ialah pernyataan yang memperjelaskan apa yang perlu berlaku dan dilakukan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi memastikan tercapainya kecemerlangan pendidikan.

Tujuan Khusus Penyeliaan


a) Membantu guru meningkatkan mutu pengajaran supaya pengajaran bertambah berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai; b) Mempastikan kurikulum rasmi dapat dilaksanakan di bilik darjah seperti yang dikehendaki; c) melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenarnya apa yang berlaku dalam bilik darjah agar kelemahankelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan; d) Memberi maklumbalas kepada guru tentang status quo pengajarannya; e) Menilai prestasi/kemahiran mengajar guru.

Ciri-ciri Penyeliaan Instruksional


Interaksi profesional di antara guru dengan pengurus sekolah iaitu dapat memberikan kepimpinan untuk perkembangan, kemajuan dan mengekalkan peluang-peluang pembelajaran yang efektif bagi murid-murid Guru tahu tentang cara mengajar atau secara keseluruhannya dapat memberikan situasi P&P yang efektif, dan pengurus sekolah tahu bukan sahaja untuk membuat kerja guru tetapi juga sedar mengapa sesuatu kaedah tertentu itu lebih efektif daripada yang lain.

Ciri-ciri Penyelia Berkesan


1.Boleh berkomunikasi dengan jelas.
2.Mempunyai kemahiran perhubungan interpersonal berkesan. 3.Melaksanakan pemerhatian P&P bilik darjah dengan sistematik. 4.Memiliki kemahiran tingkah laku instruksional seperti bagaimana mendapat data pemerhatian yang boleh dipercayai, menganalisis data secara berkesan, mewujudkan iklim yang kondusif untuk merancang bersama. 5.Kemahiran memerhati, mendiagnos, menetapkan dan berkonferensi.

PENUTUP
Sekiranya seseorang pentadbir atau pemimpin sekolah mampu memiliki aspek-aspek yang telah disebutkan di atas, beliau berkemungkinan besar akan muncul sebagai tokoh pendidik yang dapat berkongsi, memudahcara dan membimbing para pendidik lain dalam usaha mempertingkatkan pembelajaran murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai