Anda di halaman 1dari 8

 

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana


tunjangutama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana
melalui keberkesanan sistempendidikan.
2.Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada
usahamembina generasi modal insan bertaraf dunia.Malah, aspek
melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda terasdalam
RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
3.Hal itumenunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan
barisan pelapiskepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana
pembangunan negara ke arahpencapaian Wawasan 2020.
4.Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen sosialisasi
yangpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Namun begitu,tanpa guru, sesebuah sekolah itu tidak dapt
merealisasikan FPK tersebut.
5.Guru jugasebenarnya secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.
6.Sehubungan dengan itu, insan yang bergelar guru adalah
melengkapi segala-galanya baik sebagai pendidik, pengasuh,
pembimbing, penasihat, pencetus idea danfikiran, penderma wang
ringgit serta penyumbang tenaga dan masa.
7. Guru jugamerupakan ibu bapa kepada murid di sekolah, pemimpin
dan penggerak kelompok komuniti setempat, agama, bangsa dan
negara.
8.Guru ibarat sepohon kelapa yang tinggi menjulang dengan
buah yang penuh di tandan, berguna dari pucuk hinggan
ke pangkal”
9.Di dalam agama islam turut mengangkat darjat guru pada
kedudukan yangtinggi dan istimewa selepas ibu dan bapa malah
mengajar penganutnya supayamemuliakan guru sebagaimana dalam
hadis Rasulullah yang bermaksud:
( Tinta seorang ilmuwan (yang menjadi guru) adalah lebih
berharga berbanding darah para syuhada‟)
10.Selanjutnya Imam Al-Ghazali menukilkan dari perkataan ulama
yangmenyatakan:
“Pendidik merupakan pelita segala zaman, orang yang hidup
semasa dengannya akan memperoleh pancaran cahaya
keilmiahannya.
11.Andai kata duniatidak ada pendidik, nescaya manusia
bertingkah laku seumpama haiwan, disebabkanadanya ilmu,
maka ianya berupaya menghindari manusia dari sifat
kehaiwanan kepada sifat insaniah dan ilahiah”.
 
Guru Bertindak sebagai Role Model

1.Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu


benda.
2.MenurutRagbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid
untuk memiliki akhlak yangmulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang
tinggi.
3. Nilai-nilai yang perlu diterapkanialah moral, agama, terminal dan
instrumental.
4.Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapatmenjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
5.Sebagai ibu bapa keduakepada murid-murid, segala nilai dan
tingkah laku guru menjadi contoh teladankepada para pelajar.
6.Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secaratidak
langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.
7.Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role
model kepada para pelajarnya.
8.Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk
beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam
bilik darjah.
 
Guru Sebagai Pembentuk Akhlak

1.Tugas hakiki guru adalah mendidik murid menjadi insan yang


berguna kepadaibu bapa, masyarakat dan negara.
2.Guru pada masa lampau dalam suasanapembelajaran yang serba
kekurangan dan tidak kondusif masih berupaya
memikultangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan
mendidik sehinggamelahirkan generasi masa kini yang cemerlang,
hatta pemimpin dan penerajupemerintahan negara.
3.Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini
untuk tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
tanggungjawab malahan tidak lagi sering memberi alasan apabila
diarahkan bertugas ke kawasan terpencil danpedalaman.
4.Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran
golongan Pendidik  pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ 
dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian
wajar.
5.Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplinseperti ponteng
sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap
guru,perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang,
memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah
dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaandadah.
6. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana
jikadibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam
kalangan anak mudakita.
7.Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti
menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan
setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir pernahmengatakan:
 
„Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu
pengetahuankepada murid, tetapi bertanggungjawab juga
kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang
dipegang dan budaya yang diterima olehnya.‟ 
 
 (Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat
Kebangsaan di Ipoh pada16 Mei 2000 ).

Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi


tanggungjawabteras seseorang guru itu membentuk jati diri dan
akhlak anak muridnya dengankeluhuran budi pekerti yang tinggi dan
mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya,teras utama dalam aspek
pendidikan adalah untuk membimbing dan memberipendidikan akhlak
murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar olehseseorang
guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang
dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.

Guru Berperanan Menggilap Potensi Murid-Murid

FPK antara lain menyatakan,


“Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha
berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.”
 Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan yang penting
sebagaipenggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi
kelebihan dan keistimewaanmasing-masing, tetapi tetap jua
mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru,bukan
kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang
dicari dandigilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja
untuk diri sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara. Oleh itu,
seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-
muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yangmereka
peroleh.
Guru Berperanan Sebagai Pembimbing
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara
seimbang darisegi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal
persekolahan, murid tidak fahamapa yang perlu dipelajari oleh mereka
dan mereka hanya akan tahu setelah merekadiajar, selepas itu
mereka akan belajar apa yang telah diajarkan kepada mereka.
Gurusebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam
bimbingan dankaunseling untuk membimbing murid-murid dalam
proses pembinaan modal insan.Guru juga adalah pekerja yang
mematuhi segala etika profesion ke arah membimbinganak muridnya
menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.

Guru Berperanan Supaya Dapat Berfikir Secara Kreatif dan


Inovatif 

Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu


untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai
kemahiran dansentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif.
Oleh itu, peranan guruseterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran
kritis dan kritis anak muridnya.Apabila seorang guru itu sendiri
mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat
memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya
dapatmenjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat
melahirkan murid yangkompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya
kreatif serta berkebolehan.

Guru Berperanan Sebagai Pendidik Kemahiran Asas


Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik
kemahiran asas.Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru
menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran
asas yang utama iaitu kemahiranbertutur. Ini kerana keupayaan
bertutur merupakan salah satu keutamaaankepentingan bagi
seseorang manusia memandangkan kebolehannya
bertuturmembolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya
kepada orang lain.
 
Guru Berperanan Sebagai Agen Sosialisasi

Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen


sosialisasi disini bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk
menguasai pelbagai ilmupengetahuan dan kemahiran yang difikirkan
sesuai untuk perkembangan diri danmasyarakat. Peranan sebagai
agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan
danperkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma
dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar
penyampai ilmu, malah memupuk sikap,nilai dan sahsiah yang
sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan
tuntutanmasyarakat.Disini saya sediakan ringkasan berkaitan peranan
guru dalam melaksanakan hasratFalsafah Pendidikan
Kebangsaan:Guru hendaklah melengkapkan diri dengan
pengetahuan am dan pengetahuandalam mata pelajaran, khasnya
mata pelajaran KBSR, serta pengetahuanikhtisas
keguruanMengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras
dengan hasrat FalsafahPendidikan Guru, khasnya mengembangkan
individu dan memelihara suatumasyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.Meyemai dan memupuk amalan
nilai-nilai murni dan etika keguruan kepadadiri dan pelajar selaras
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

 
 
Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru
yangsentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi
tuntutankeperluan pendidikan dan masa depan.Menggunakan ilmu
dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan
merangsangperkembangan pelajarBerdasarkan peranan guru yang
telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalammerealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Fasafah
PendidikanKebangsaan juga secara tidak langsung telah memberi
satu garis panduan kepada parapendidik dalam menjalankan
tugasnya untuk melahirkan anak didik yang berdayasaing, berilmu,
berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran
yangmendatang.

 
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai
kepada bangsa,masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul
tanggungjawab serta peranan yangsangat penting dalam
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, wargaguru
wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing
untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi
memenuhi tuntutanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
menjadi tunjang kepada sistempendidikan di negara kita selama ini.
Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.’
 Menurut
 Dr „Aidh Abdullah Al 
-Qarni
,
“ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas
mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi
manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha kuat
menghantarkan mereka pada ketinggian
darjat orang yang berilmu.” Al Imam Al Ghazali
pula ada mengatakan:
“Guru perlu
menanamkan niat mereka mengajar demi menyelamatkan
anak muridnya daripada
kesengsaraan di akhirat kelak.”
Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti sedarakan peranan
mereka dan harapan negara dalam membina generasi insan
yangberwibawa,
 berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah ‘towering
personality.’
Ingatlah pendidik akan pesanan yang pernah diluahkan oleh
 Beecher 
,

kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang
yang jatuh ke atasnya akan memberikesan kepadanya.

 

Anda mungkin juga menyukai