Anda di halaman 1dari 14

PERANAN GURU

DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH


PENDIDIKAN GURU

Disediakan oleh:
Chew Min Shan

PENGENALAN
Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen
sosialisasi yang penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Namun begitu,tanpa guru, sesebuah sekolah itu tidak
dapat merealisasikan FPK tersebut.
Guru juga sebenarnya secara tidak langsung
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai
aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.

KONSEP MODAL INSAN


Modal membawa maksud untuk mendapat atau mencapai
sesuatu yang dihayati. Manakala, insan ialah manusia.
Modal insan bermaksud potensi, kemahiran atau tenaga
manusia yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat
pembangunan,kemajuan dan kemakmuran negara.
Menurut tafsiran Peter Husz (1998) pula mentafsirkan
modal insan merupakan rangkuman beberapa komponen,
antaranya masa, usia, kebijaksanaan, semangat dan
pengalaman yang dapat dimanfaatkan dalam proses
pengeluaran dan meningkatkan ekonomi sesebuah negara.

Pendidikan ialah penjana modal insan yang


utama dan hal tersebut terbukti apabila semua
negara di dunia memberi fokus terhadap sistem
pendidikan di negara masing-masing.
Guru telah memainkan peranan yang ppenting
untuk melahirlan modal insan dengan
merealisasikan FPK.

GURU BERTINDAK SEBAGAI ROLE


MODEL
Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki
akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang
tinggi. (Ragbir Kour (2007)
Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama,
terminal dan instrumental.
Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, profesional, sosial yang baik dan murni supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna.

Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah


secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa
pelajar.
Menurut guru yang beriltizam akan menjadi role model
kepada para pelajarnya. (Ee Ah Meng (2003)
Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat
memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui
amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

GURU SEBAGAI PEMBENTUK


AKHLAK
Tugas guru adalah mendidik murid menjadi insan yang
berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.
Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan
cabaran golongan pendidik telah dihadapi pelbagai
masalah yang perlu memberi perhatian.
Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti
ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama
dan sebagainya.

Peranan dan tanggungjawab semua guru mesti


menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang
murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu
pengetahuan sahaja.
Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan
adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan
akhlak murni.
Jadi, sebagai guru, penerapan nilai murni itu tidak
boleh diabaikan.
Ini yang dikatakan nilai merentas kurikulum

GURU BERPERANAN MENGGILAP


POTENSI MURID-MURID
Berdasarkan FPK , guru memainkan peranan yang
penting sebagai penggilap potensi anak muridnya.
Guru mesti mencari dan menggilap keistimewaan murid
dan bukan mencari kelemahan seseorang murid itu
sahaja agar menjadi manusia yang berguna.
Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat
serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan
begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.

GURU BERPERANAN
SEBAGAI PEMBIMBING
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid
secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi.
Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai
kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk
membimbing murid-murid dalam proses pembinaan
modal insan.
Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika
profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati
acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.

GURU BERPERANAN SUPAYA DAPAT


BERFIKIR SECARA KREATIF DAN INOVATIF
Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha.
Dengan itu, bagi memenuhi ciri pengusaha yang
dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa
berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif.
Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai
pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya.
Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran
kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat
memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya.

GURU BERPERANAN SEBAGAI


PENDIDIK KEMAHIRAN ASAS
Guru juga berperanan
kemahiran asas.

sebagai

seorang

pendidik

Pendidik kemahiran asas bermaksud guru menjadi


orang yang bertanggungjawab dalam mengajar
kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur.
Bertutur dapat membolehkannya menyampaikan ilmu
yang diperolehinya kepada orang lain.

GURU BERPERANAN SEBAGAI AGEN


SOSIALISASI
Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen
sosialisasi.
Agen sosialisasi bermaksud memberi peluang kepada
pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan
diri dan masyarakat.
Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk
memastikan perubahan dan perkembangan tingkah laku
murid adalah mengikut nilai, norma dan
kehendak masyarakat.

Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah


memupuk sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna selaras
dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika
keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan
tuntuana Falsafah Pendidikan Guru.

Anda mungkin juga menyukai