Anda di halaman 1dari 2

TEMA HARI GURU 2015

"GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Definisi

GURU : Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada
pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas,
berkemahiran tinggi dalam bidangnya yang mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya
menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

MEMBINA ILMU : Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti
pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu
yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek (kognitif).

MENYEMPURNAKAN : Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan


untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

AKHLAK : Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap
modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Huraian

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat
membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan
kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi
murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu
bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan
penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul
di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2. Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik
darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge
development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan
keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta
penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke
arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-
2015, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam
aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke
arah merealisasikan hasrat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai