Anda di halaman 1dari 21

1

PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
2 ASPEK-ASPEK KEPENTINGAN PENDIDIKAN

• Sistem Pendidikan negara telah diatur dengan terperinci agar berkeupayaan menjadi
pembentuk kepada pembangunan manusia.
• Aset yang paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri.
• Kualiti dimiliki itulah disifatkan sebagai modal insan yang perlu ditagih untuk
memajukan kegemilangan.
• Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besarnya dalam kalangan
pendidik iaitu guru.
3 PERANAN PENDIDIK DALAM PEMBENTUKAN
MODAL INSAN
• Perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran serta latihan untuk mengembangkan
potensi, bakat dan kualiti seseorang murid.
• Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyediakan sumber manusia untuk
pembangunan negara
• Pembentukan modal insan berkualiti memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta
mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan
menuju sebuah negara yang maju dalam 2025.
4 PERANAN PENDIDIK DALAM PEMBENTUKAN
MODAL INSAN
• Negara kita perlukan Pendidikan yang sepadu, holistik dan menyeluruh. Penjanaan pembangunan
modal insan yang seimbang dan menyeluruh ini merangkumi pembangunan ‘kebendaan’ dan
pembangunan ‘kemanusiaan’
• Pembinaan modal insan mengikut acuan kita sendiri.
• Pembangunan insan yang seimbang bukan sekadar modal insan yang berupaya memenuhi
kehendak tempatan dan antarabangsa tetapi juga berupaya mengekalkan identity bangsa
Malaysia yang bukan sahaja maju tamaddunnya tetapi masih mengekalkan adat dan
budaya ketimurannya
5

• Usaha sistem Pendidikan negara ke arah ini telah bermula dari:

• Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


bermula dari 2006 dan seterusnya bersambung dengan
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025
6 TUGAS PENTING WARGA PENDIDIK (GURU) DALAM
MEMBANGUN MODAL INSAN YANG SEIMBANG
• Membentuk personaliti unggul dalam membina kepemimpinan yang kental.
• Personaliti unggul diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan
kepeminpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan.
• Dengan personaliti yang unggul, guru dapat menjadi ‘suri teladan’ yang baik kepada
murid-muridnya.
• Guru sendiri juga harus menghayati Falsafah Pendidikan Guru, Kod Etika Perguruan
Malaysia yang menjadi tunjang dan panduan kepada kemenjadian seorang guru yang
unggul.
7 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
8 HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU
9 KOD ETIKA KEGURUAN
10 GURU SEBAGAI MODAL INSAN

• Menjalankan peranan menyampaikan ilmu, mendidik dan mengasuhkan anak-anak didik


supaya menjadi ceria, cerdas dan sihat.
• Peranan guru :
- Latih kemahiran murid (hard and soft skills)
- Pupuk nilai murni, budi Bahasa dan adab murid.
- Cara berkomunikasi dan menghormati orang lain.
- Penampilan diri murid secara positif
- Dilatih menjadi peminpin dan berani mengeluarkan pendapat.
11 GURU SEBAGAI MODAL INSAN

Perlu berusaha untuk melakukan sinergi usaha transformasi


Perlu Melangkah ke hadapan (PPPM 2013-2025)
Mengimplementasikan Penilaian Pelajar Secara Holistik dengan :
• Menyepadukan pengukuran nilai dan etika
• Mencorakkan semula pembelajaran supaya lebih menyeronokkan dan murid
gembira
• Guru diupayakan untuk melaksanakan standard pembelajaran Abad ke 21.
12 INTEGRASI NASIONAL

• INTEGRASI adalah asas yang mengukuhkan bangsa Malaysia.


• Menurut Myron Weiner, integrasi adalah proses penyatuan pelbagai kelompok budaya
dan sosial ke dalam satu kesatuan wilayah, ke arah pembentukan suatu identiti nasional.
Integrasi biasanya mengandaikan adanya satu masyarakat majmuk pelbagai etnik dan
setiap kelompok masyarakat memiliki bahasa dan kebudayaan yang berbeza.
• Nasional membawa maksud bangsa sendiri, kebangsaan dan identiti.
13

• Kepentingan integrasi nasional di Malaysia untuk mewujudkan kesefahaman sesama


kaum dengan memahami adat dan budaya harus dipandang serius.
• Pendidikan adalah komponen perpaduan yang mampu ‘mengikat’ rakyat untuk
bekerjasama, bersatu padu dan berganding bahu ke arah negara makmur dan maju. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menzahirkan transformasi
pendidikan secara mapan. Hal ini direncanakan melalui lima aspirasi sistem PPPM,
dengan salah satunya perpaduan.
14 PROGRAM RIMUP

• Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan atau RIMUP, yang terkandung dalam sistem
pendidikan negara adalah satu program yang memberi peluang kepada murid pelbagai kaum
daripada berlainan jenis atau aliran sekolah berinteraksi melalui aktiviti integrasi atau perpaduan.
• Program perpaduan seperti ini boleh diteruskan ke peringkat pengajian tinggi dengan merentasi
universiti awam dan swasta bagi melahirkan graduan yang mampu berfikir dan menjadi duta
perpaduan.
15 KOLABORASI MAJILIS PROFESOR NEGARA
DAN JPNIN
• Usaha murni integrasi nasional diteruskan dengan melibatkan pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan bekerjasama menganjurkan program-program untuk mendidik masyarakat pentingnya
integrasi nasional.
• Kolaborasi Majlis Profesor Negara dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) antaranya ke sekolah-sekolah dan universiti boleh mewujudkan perkongsian maklumat dan
membina kepakaran sebagai model hubungan etnik universiti-universiti seluruh negara.
• JPNIN mampu menjadi jambatan perpaduan dalam pendidikan dengan memperkasa hubungan etnik
dan silang budaya. Nilai-nilai komuniti perlu diterapkan sepanjang masa kerana selepas universiti,
masih perlu program-program perpaduan di alam pekerjaan.
16 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

• Kepentingan bahasa Melayu dalam setiap program harus diutamakan kerana masyarakat
berbilang kaum di Malaysia dapat disatukan dengan satu bahasa perhubungan. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk merapatkan hubungan kaum dan mewujudkan
identiti bangsa Malaysia harus diangkat martabatnya.
• Kita harus ingat bahawa keharmonian dan persefahaman dengan jiwa suci ikhlas memahami
kepentingan integrasi nasional cukup penting umpama pembuluh darah di jantung kita.
17 IMPLIKASI KEPADA PERANAN GURU SEBAGAI
PEMBINA NEGARA BANGSA
Lahirnya warganegara yang bertanggungjawab:

• Mempunyai sahsiah yang terpuji, menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan


berprinsip dan pematuhan kepada konsep Rukunegara.
• Berintegriti – ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantauan
terhadap adab dan akhlak terpuji.
18 IMPLIKASI KEPADA PERANAN GURU SEBAGAI
PEMBINA NEGARA BANGSA
Ketaatan kepada Tuhan

• Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukunegara


19 IMPLIKASI KEPADA PERANAN GURU SEBAGAI
PEMBINA NEGARA BANGSA
Masyarakat yang berakhlak
• Mengamalkan budi Bahasa dan pekerti mulia (keutuhan budaya dan moral)
• Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrase
kaum
• Melengkapkan diri dengan kualiti kepeminpinan, jati diri dan daya tahan
• Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri
• Mencungkil bakat dan potensi diri
20 IMPLIKASI KEPADA PERANAN GURU SEBAGAI
PEMBINA NEGARA BANGSA
Berpengetahuan dan berkemahiran
• Belajar, bekerja dan berkomunikasi secara berkesan.
• Mengaplikasi dan mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran
• Mengakses, mengaplikasi dan menggunakan teknologi dan sistm maklumat.
• Berfikir secara kritikal dan bertindak secara rasional
21 IMPLIKASI KEPADA PERANAN GURU SEBAGAI
PEMBINA NEGARA BANGSA
Memupuk perpaduan
• Mengenal dan menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu.
• Mampu menjalin hubungan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta (pihak sekolah,
guru dan murid)

Anda mungkin juga menyukai