Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PEMULIHAN KHAS NUR KASIH

KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘ TULISAN SAYA CANTIK’ 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA,


JALAN SETIAWANGSA 13,
TAMAN SETIAWANGSA,
54200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN “TULISAN SAYA CANTIK”

23 & 24 SEPTEMBER 2019

ANJURAN
PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN
SETIAWANGSA

Tarikh : 23 & 24 September 2019


Hari : Isnin & Selasa
Tempat : Kelas Nur Kasih
PROGRAM PEMULIHAN KHAS NUR KASIH
KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘ TULISAN SAYA CANTIK’ 2019

KERTAS KERJA PERTANDINGAN “TULISAN SAYA CANTIK”


PROGRAM PEMULIHAN SK SETIAWANGSA
TAHUN 2019

1.0 NAMA PROGRAM


Pertandingan “TULISAN SAYA CANTIK”.

2.0 ABSTRAK
Pertandingan tulisan cantik ini adalah salah satu program untuk murid-murid
pemulihan Tahun 1 dan 2. Program ini akan dijalankan mengikut sesi masing-
masing.Selain itu, program ini memberi peluang kepada murid-murid
pemulihan supaya menimba pengalaman dalam pertandingan atau aktiviti
yang dianjurkan. Pertandingan ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri
dan juga semangat bertanding secara sihat. Setiap pemenang akan
disediakan hadiah dan saguhati.

3.0 RASIONAL
Rasionalnya pertandingan tulisan cantik ini diadakan adalah merupakan
sebahagian daripada agenda program pemulihan khas pada tahun 2019.

4.0 OBJEKTIF
Program secara khusus untuk mencapai objektif berikut :
4.1 Meningkatkan kemahiran menulis dengan kemas dan cantik dalam
kalangan murid-murid pemulihan khas.
4.2 Membina tahap keyakinan dengan melibatkan diri dalam sesuatu
pertandingan atau aktiviti yang diadakan dalam sekolah atau luar
sekolah.
4.3 Memupuk minat murid dalam menulis huruf dan perkataan dengan
cantik dan kemas.
PROGRAM PEMULIHAN KHAS NUR KASIH
KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘ TULISAN SAYA CANTIK’ 2019

5.0 MATLAMAT

Sejajar dengan matlamat program pemulihan khas, program ini adalah salah
satu inisiatif bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas 3M.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pemulihan Khas Tahun 1 dan 2 akan terlibat dalam


pertandingan yang dirancang.

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 23 & 24 September 2019
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Di dalam kelas Pemulihan Khas ( Nur Kasih ).
Masa : Berdasarkan jadual kelas pemulihan

8.0 PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN


Murid akan diberi kertas bergaris tiga yang bertulis dan murid perlu tulis
semula dengan cantik dan kemas.

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Tujuan : Hadiah

Pemenang Hadiah
Tabung wang Buku Tulis Pensel Punca
Pertama 3 org x 1 = 3 3 org x 3 buah = 9 3 org x 4 batang = 12
Kedua 3 org x 1 = 3 3 org x 2 buah = 6 3 org x 3 batang = 9 Peruntukan
Ketiga 3 org x 1 = 3 3 org x 1 buah = 3 3 org x 2 batang = 6 Pemulihan
Saguhati 21 org x 1 buah = 21 21 org x 1 batang = 21
Jumlah 9 tabung wang 39 buah buku tulis 48 batang pensel

Bil Hadiah Anggaran Anggaran semua (RM) Jumlah keseluruhan


PROGRAM PEMULIHAN KHAS NUR KASIH
KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘ TULISAN SAYA CANTIK’ 2019

seunit (RM) (RM)


1 Tabung wang RM 5.00 RM 5.00 x 9 tabung RM 45.00
2 Buku tulis RM 1.00 RM 1.00 x 39 buah RM 39.00
3 Pensel RM 4.00 satu RM 4.00 x 5 kotak RM 20.00
kotak (12 btg)
JUMLAH RM 104.00

10.0 PENUTUP

Diharap dengan program yang dirancang ini akan berjaya mencapai objektif
yang ditetapkan. Semoga semua murid akan dapat meningkatkan keyakinan
diri dan kemahiran menulis dengan lebih cantik dan kemas.
Akhir sekali, semoga program ini akan berterusan pada masa akan datang
untuk meningkatkan kemahiran menulis dengan lebih baik dalam kalangan
murid-murid pemulihan khas.

Disediakan Oleh : Disemak oleh:

__________________________ ______________________
(EESWARI A/P GUNA SEKARAN) (PN HJH. JASNIZA BT MAT @ MOHAMED )
Guru Pemulihan Khas, GPK Kurikulum & Pentadbiran,
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh:

______________________
( PUAN NORHAYATI BINTI HARON)
Guru Besar,
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Tarikh :
PROGRAM PEMULIHAN KHAS NUR KASIH
KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘ TULISAN SAYA CANTIK’ 2019

LAMPIRAN 1
KertasTulisan Cantik Tahun 1

Anda mungkin juga menyukai