Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


KM 10 JALAN PADANG TENGKU,
27200 KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS KERJA

MENUBUHKAN KELAS PEMULIHAN DI


SJKT KUALA LIPIS

24 JANUARI 2017

ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
&
JABATAN ILMU PENDIDIKAN

1.0 TAJUK
Projek Menubuhkan kelas pemulihan bagi murid pemulihan SJKT Kuala Lipis

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH


Guru pelatih Unit Pemulihan Sem 8/2017 IPGKTAA

3.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelas Pemulihan di SJKT Kuala Lipis adalah satu cadangan yang baik
untuk membantu murid yang lemah di kawasan tersebut. Pewujudan kelas pemulihan
ini bukan sahaja bagi murid pemulihan tetapi untuk guru-guru yang bakal menjadi
guru pemulihan bagi mengetahui serba sedikit tentang kelas pemulihan dan murid
pemulihan. Program Pemulihan merupakan salah satu program yang dilaksanakan di
sekolah untuk membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaaan kemahiran 3
M (membaca, menulis dan mengira). Program Pemulihan ini juga merupakan program
yang bekerjasama dengan Program LINUS (Literasi & Numerasi) untuk membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid-murid untuk belajar. Selain daripada
program yang sedia ada, guru-guru juga digalakkan untuk merancang satu aktiviti
yang boleh meningkatkan tahap penguasaan murid lemah dalam sesuatu ilmu
pengetahuan serta aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran murid dalam pelbagai
aspek seperti kemahiran berfikir, komunikasi dan sebagainya.

4.0 MATLAMAT

Pewujudan kelas pemulihan ini membantu murid pemulihan bagi mewujudkan kelas
pemulihan yang kondusif mengikut panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penubuhan kelas pemulihan juga membantu guru pelatih yang beropsyen pemulihan
sem 8 bagi menyediakan diri mereka mendapatkan pengalaman dalam bidang
pemulihan ini juga selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengaplikasikan dan meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mewujudkan kelas pemulihan yang kondusif dan selesa.
5.2 Meningkatkan keyakinan diri dan persekitaran yang selamat dalam kalangan
murid pemulihan.
5.3 Meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid pemulihan.
5.4 Memberikan keseronokan kepada murid untuk belajar selaras dengan konsep
bermain sambil belajar.
5.5 Memberikan peluang kepada murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah.
5.6 Meningkatkan kemahiran pengelolaan dan pengurusan aktiviti dalam kalangan
guru pelatih.
5.7 Membentuk kerjasama dan hubungan sosial yang positif di antara guru pelatih
dan warga sekolah.

6.0 PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh : 24 Januari 2017


Masa : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat: SJKT Kuala Lipis,Pahang

BIL AKTIVITI MASA CATATAN


1 Sesi suai kenal & Taklimat 9.00 pagi En. Nagarajan
pihak sekolah 10.00 pagi
2 Kudapan 10.00 pagi Cik.Mohana Sakti
-10.30 pagi Cik.Bavani
3 Aktiviti Pembersihan & 10.30 pagi En. Sivaraj & Guru
Penubuhan Kelas Pemulihan 1.00 tengahari Pelatih IPGKTAA
4 Makanan tengah hari 1.00 tengahari Pn. Paramesswari
2.00 petang Pn.Kalaiarasi
5 Aktiviti perhiasan kelas 2.00 petang Pn.Shareetha
pemulihan 4.00 petang Pn.Panimalar
6 Penutup 4.00 petang Cik.Moganavalli
5.00 petang Pn.Eeswari
7.0 KUMPULAN SASARAN
Guru Pelatih IPGKTAA, Kuala Lipis, Pahang

8.0 AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
EN.SIVARAJ A/L SEKAR
NAIB PENGERUSI
EN.NAGARAJ A/L SUBRAMANIAM
SETIAUSAHA
CIK.MOGANAVALLI A/P NARAYANAN
AJK PELAKSANA
PN.EESWARI A/P GUNASEKARAN

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Bahan kuantiti x kos Jumlah (RM)


1 Beg plastik RM 2 x 1 RM 2
2 Mineral water RM 1 x 22 RM 22
3 Makanan sarapan Rm 2 x 22 RM 44
4 Makanan tengahari Rm 5 x 22 RM 110
5 Sijil Rm 1 x 22 RM 22
Jumlah RM 200.00
*ditanggung oleh Guru Pelatih*

1. Pengangkutan Bas (IPGKTAA,Kuala Lipis, Pahang)


*Dengan kebenaran IPGKTAA*

10.0 PENUTUP
Diharapkan matlamat dan objektif bagi menubuhkan kelas pemulihan
di SJKT Kuala LIPIS ini dapat dicapai agar murid pemulihan dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memenuhi
kriteria bagi Kelas Pemulihan. Sila lihat lampiran senarai nama guru
pelatih.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

_________________________________ ___________________________
(MOGANAVALLI A/P NARAYANAN) (EN.AB KARIM BIN ABDULLAH)
Setiausaha Projek Mentor/Pembimbing

Disahkan Oleh : Diluluskan Oleh :

_________________________________ ___________________________
Ketua Unit Pengarah IPGKTAA, Kuala Lipis.
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAA, Kuala Lipis, Pahang

Anda mungkin juga menyukai