Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM:

MASTER OF EDUCATION

SUBJECT :
MOED7023 PHILOSOPHY OF EDUCATION

ASSIGNMENT 1:

Judge Rousseau’s Views On Education And The Critiques About Emile Written By Him

NAME : SYAKIRIN BIN SAULANI

STUDENT ID
: 202005050021

LECTURER’S NAME
: PROF. DR. SUBADRAH MADHAWA NAIR

DATE OF SUBMISSION : JUNE 2020


JADUAL KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 1

Pemikiran Utama Rousseau Terhadap Pendidikan 3

Kritikan Ke Atas Karya Emile 6

Penutup 10

Rujukan 12

ii
Pandangan Jean-Jacques Rousseau Terhadap Pendidikan Dan Kritikan Ke Atas Beliau

Melalui Karya Emily

Pengenalan

Sejarah perkembangan pendidikan dunia bermula pada abad ke-2 lagi. Jean-Jacques

Rousseau (1712-1778) adalah antara tokoh awal yang muncul dalam pendidikan dunia. Beliau

dilahirkan pada 28 Jun 1712 di Republik Geneva, Geneva. Jean-Jacques Rousseau merupakan

seorang ahli falsafah pada zaman pencerahan (renaissance) iaitu pada abad ke-18 dengan

membawa pemikiran pada aliran kontrak sosial dan romantisisme. Antara idea penting yang

dibawa oleh Rousseau adalah berkenaan keazaman, amour de soi, amour-propre, agama sivil,

pendidikan bertumpukan anak, kedaulatan rakyat, kebebasan positif dan pendapat awam.

Rousseau juga telah menghasilkan banyak karya daripada pelbagai bidang. Salah satu daripada

karyanya yang terkenal adalah Emile yang dihasilkan pada tahun 1762.

Buku Emile telah memberikan impak yang besar kepada dunia. Hal ini kerana Emile telah

menolak jauh konsep agama pada zamannya, menyebabkan beliau ditolak dan dikecam oleh

pihak gereja dan pemerintah. Emile dibahagikan kepada lima (5) bahagian, dengan setiap

bahagiannya dinamakan sebagai Buku 1 hinggalah ke Buku 5. Buku 1 bercerita tentang bayi

pada peringkat umur 0-2 tahun dengan menekankan kepada penjagaan badan dan juga latihan.

Buku 2 pula menceritakan tentang zaman kanak-kanak pada umur 2-12 tahun dengan tumpuan

diberikan kepada pendidikan deria kanak-kanak menerusi pengkayaan pengalaman manakala

Buku 3 adalah untuk peringkat umur akal iaitu pada umur 12-15 tahun; yang menyentuh tentang

pendidikan berkenaan akal. Buku 4 adalah untuk peringkat umur remaja pada 15-20 tahun yang

menjelaskan bagaimana mendidik perasaan-perasaan dan akhir sekali adalah Buku 5 yang

1
bercerita tentang permulaan kedewasaan iaitu pada peringkat umur 20 tahun ke atas. Buku akhir

ini membantu untuk mengembalikan kanak-kanak dengan masyarakat, mencari pasangan hidup

dan sebagainya.

2
Pemikiran Utama Rousseau Terhadap Pendidikan

Setiap peringkat dalam Emile menjelaskan bagaimana kebolehan manusia sebenarnya

telah diatur dan kemampuan-kemampuan yang harus dikuasai terlebih dahulu sebelum

kemampuan yang lain dapat dikembangkan dan dibangunkan. Hal ini menunjukkan bahawa

Rousseau menekankan kaedah pendidikan adalah mengikut perkembangan peringkat umur

supaya anak-anak dapat membesar dalam keadaan di mana sifat tabiinya dapat dipelihara,

dibangunkan dan seterusnya diaktualkan. Melalui Emile, Rousseau menegaskan bahawa kanak-

kanak mestilah melalui zaman kanak-kanaknya sebelum menjadi dewasa dan ketertiban ini tidak

boleh dilangkau sama sekali.

Rousseau dalam pandangannya menyatakan bahawa pendidikan bertujuan untuk

membebaskan kanak-kanak daripada pengaruh budaya serta untuk memberi peluang kepada

mereka untuk mencari nilai murni secara semulajadi (Hadiwijono, 2002). Menurutnya lagi,

kanak-kanak seharusnya diajar dengan berpandukan minat mereka dan bukan melalui disiplin

dan pembelajaran serta hukuman yang tegas. Namun Rousseau turut mengingatkan agar tingkah

laku dan pemikiran kanak-kanak itu masih perlu dikawal oleh orang dewasa agar mereka dapat

menentukan perkara yang baik dan buruk semasa proses pembelajaran mereka.

Menurut Rousseau, pendidikan berasal dari tiga sumber iaitu pertama adalah pendidikan

yang bersumberkan alam, kedua adalah pendidikan yang berasal dari manusia, dan yang ketiga

adalah pendidikan yang berasal dari perkara-perkara yang sangat disukai (Gianoutsos, 2006).

Justeru, pembelajaran secara semulajadi adalah pandangan utama pendidikan menurut Rousseau.

Carolyn Bjartveit & Euthalia Lisa Panayotidis (2014) menyatakan bahawa Rousseau sentiasa

3
menegaskan agar memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk belajar secara semulajadi

mengikut perkembangan umur dan tahap pemikiran mereka.

Pendidikan awal kanak-kanak yang dijelaskan oleh Rousseau menyatakan kanak-kanak

perlu belajar melalui fikiran yang matang, penyiasatan dan tinjauan secara semulajadi. Kanak-

kanak perlu merasa sebelum belajar. “I felt before I thought” iaitu “Saya mengalami sebelum

saya berfikir”. Apabila pembelajaran kanak-kanak itu digantikan dengan menggunakan buku

semata-mata, kanak-kanak hanya akan mempelajari pengalaman orang lain berbanding

mempunyai pengalaman mereka sendiri. Kanak-kanak tidak dapat berfikir dengan bebas kerana

pemikiran dan fahaman mereka telah dicorakkan terlebih dahulu melalui pembelajaran yang

telah disediakan beberapa tahun dahulu. Pendidikan pada peringkat umur kanak-kanak

seharusnya menggembirakan dan menyeronokkan mereka. Biarpun hanya sedikit perkara yang

diketahui, akan tetapi kanak-kanak itu telah mempunyai pengalaman yang berharga untuk diri

mereka.

Selain itu, Rousseau melihat kurikulum sebagai satu kepentingan yang diwujudkan dalam

proses perkembangan kanak-kanak untuk menjadi dewasa tetapi kurikulum itu haruslah berlaku

secara semulajadi juga yakni mengikut tahap perkembangan yang sesuai dengan umur kanak-

kanak pada ketika itu. San Mateo dan Tangco (1997) menjelaskan padangan Rousseau tentang

kurikulum seperti berikut: “The curriculum consisted of activities and interests manifested by the

child in the process of growing up. Education was to be natural unfolding of the child’s potential

to meet his natural needs.” Pandangan ini memberi pengertian bahawa “Kurikulum

mengandungi aktiviti dan minat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam proses tumbesaran

mereka. Pendidikan seharusnya akan memperlihatkan potensi kanak-kanak dalam memenuhi

keperluan semula jadi mereka.” Seiring dengan teori naturalism yang dibawa oleh Rousseau, apa

4
juga kurikulum dalam pendidikan mestilah berkonsepkan „back to nature‟ iaitu „kembali kepada

alam‟ yakni mestilah sesuai dengan tahap umur kanak-kanak pada ketika itu.

5
Kritikan Ke Atas Karya Emile

Namun demikian, terdapat banyak kritikan ke atas pandangan Rousseau dalam karya

Emile. Salah satu daripadanya adalah tentang penilaian keseluruhan tentang buku Emile itu

sendiri. Melalui teori naturalism yang ditekankan oleh Rousseau dalam buku ini, beliau

senantiasa menegaskan bahawa seseorang kanak-kanak itu tidak boleh melangkau perkembangan

usianya. Rousseau telah mewujudkan watak Emile, seorang budak lelaki yang menjadi watak

utama dalam Buku 1 hingga 3. Dalam tiga buku awal ini, Rousseau bercerita tentang

perkembangan pendidikan bagi kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Namun dalam Buku 4,

Rousseau lebih banyak bercerita tentang perbezaan seksual manakala dalam Buku 5 beliau lebih

mengemukakan pandangan tentang wanita dan pendidikan mereka dengan penambahan watak

Sophie sebagai bakal isteri Emile. Ketidaksinambungan antara setiap buku dalam Emile

menyebabkan kritikan diberikan kepada penulisan Rousseau.

Kritikan lain yang dilakukan ke atas karya Emile adalah tentang pendapat Rousseau yang

menyatakan bahawa kanak-kanak tidak perlu diajar tentang agama sebelum mencapai peringkat

umur 15 tahun. Hal ini kerana Rousseau menegaskan bahawa kanak-kanak pada peringkat umur

2 hingga 12 tahun perlu belajar secara semulajadi. Sepanjang peringkat umur ini, kanak-kanak

sepatutnya belajar tentang agama dan nilai murni hanya melalui pemerhatian mereka terhadap

keadaan sekeliling terutama melalui pemerhatian terhadap tindakan ibu bapa dan ahli keluarga

yang lain. Rousseau turut menjelaskan bahawa kanak-kanak peringkat umur ini tidak dapat

memahami pemikiran orang dewasa. Justeru, adalah penting agar orang di sekeliling dapat

menunjukkan contoh tingkah laku yang baik kepada mereka bagi membentuk karakter kanak-

kanak itu sejak kecil lagi.

6
Mary Go Setiawani (2000) turut menuliskan satu pandangan Rousseau bahawa sifat dan

karakter kanak-kanak itu sudah mula terbentuk pada usia 6 tahun lagi iaitu sebelum mereka

memasuki alam persekolahan. Pada peringkat ini, pendidikan yang diberikan dapat membantu

memperbaiki dan meningkatkan lagi tahap pemikiran kanak-kanak itu. Dalam Emile, Rousseau

menyatakan bahawa semua anak pada dasarnya adalah baik kerana berasal daripada Tuhan yang

mencipta. Namun, kerosakan moral mula berlaku dalam diri kanak-kanak apabila dijaga dan

dibentuk oleh manusia (Gianoutsos, 2006).

“Semua perkara adalah baik kerana tercipta daripada tangan Tuhan, Tuhan telah menjadikan

semuanya dengan baik, sehinggalah manusia campur tangan dan menjadikannya jahat. Manusia

itu mencipta satu tanah untuk menyuburkan hasil dari yang lain, satu pokok untuk menghasilkan

buah yang lain. Dia juga mencampur dan mengelirukan iklim, unsur-unsur dan musim. Dia

mencacatkan anjingnya, kudanya serta hambanya. Dia membalikkan dan mencacatkan

semuanya; dia sukakan kecacatan dan kehancuran. Dia menolak segala kejadian alam termasuk

fitrah kejadian manusia; kerana baginya manusia mesti dilatih kuda sekolah dan bergaya sesuai

dengan kemewahan seperti pokok di kebunnya.” (1979, p. 37).

Pandangan inilah yang ditegaskan oleh Rousseau bahawa setiap manusia perlu menjalani

kehidupan back to nature lantaran menurutnya, manusia menjadi rosak kerana dipengaruhi oleh

budaya dan model-model kehidupan yang buruk. Oleh sebab itulah Rousseau menolak bahawa

kanak-kanak perlu diajar dengan agama sedari kecil sedangkan menurutnya, kanak-kanak itu

perlu belajar secara semulajadi melalui contoh-contoh yang dipaparkan di sekelilingnya.

Seterusnya, beberapa penulisan Rousseau tentang wanita dalam Emile turut menjadi

kritikan utama. Antara pendapat Rousseau adalah wanita tidak layak untuk mendapat hak yang

7
sama seperti lelaki. Rousseau mengganggap bahawa seorang lelaki itu adalah baik tetapi

dirosakkan oleh ruang sosial yang dihadapinya. Dalam pandangannya juga, wanita perlu

bergantung sepenuhnya kepada lelaki untuk kesejahteraan kehidupan mereka lantaran wanita

dianggap tidak mampu untuk berfikiran secara rasional sepertimana lelaki. Beliau turut

menambah bahawa lelaki sememangnya memerlukan wanita tetapi bukanlah untuk kelangsungan

hidup sementara wanita memerlukan lelaki sebagai kebergantungan dalam hidup mereka.

Tidak hanya itu, Rousseau turut menyatakan pandangannya bahawa pendidikan adalah

perlu untuk lelaki dan wanita tetapi pendidikan yang tinggi tidak akan memberi makna kepada

wanita. Hal ini kerana fitrah kehidupan wanita yang sebenar adalah menjadi isteri dan ibu

semata-mata. Oleh itu, wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi seperti lelaki tetapi

perlu belajar untuk menguruskan kehidupan sebagai isteri dan ibu. Wanita meiliki

tanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik dan membentuk anak-anak. Pandangan Rousseau

terhadap wanita ini jelas menunjukkan bahawa beliau memandang rendah kepada kredibiliti

wanita untuk menjadi sehebat lelaki.

“Keseluruhan pendidikan untuk wanita mestilah dirancang agar mempunyai perkara yang

berkaitan dengan lelaki. Iaitu untuk menggembirakan lelaki, untuk menjadi berguna kepada

lelaki, untuk memenangi rasa cinta dan hormat kepada lelaki, untuk membesarkan lelaki seperti

seorang kanak-kanak, untuk menjaga lelaki seperti seorang dewasa. Inilah tugas perempuan

yang perlu diajarkan sejak mereka kecil lagi. ”

Jean Jauges Rousseau

Lantaran itu, Mary Wollstonecraft muncul dengan buku A Vindication Of The Rights

untuk membidas segala pandangan Rousseau terhadap wanita yang dirasakan adalah tidak

8
sepatutnya. Dalam bukunya, Mary mempersoalkan apakah wanita itu dicipta untuk kesenangan

lelaki semata-mata? Mary turut membidas pandangan-pandangan Rousseau yang dilihat

mempergunakan wanita sebagai hamba kepada lelaki. Dalam satu hal yang lain, Rousseau turut

mengakui bahawa andai diberikan peluang, wanita sebenarnya dapat menyaingi kehebatan

seorang lelaki. Hal ini dibuktikan apabila Rousseau telah mengenali banyak wanita hebat

sebelum “Emile” seperti Cornelia, Arria, Artemisia, Fulvia, Elisabeth, dan Countess of Thokoly.

9
Penutup

Emile adalah sebuah penulisan Rousseau yang bercerita tentang pendapatnya tentang

pendidikan secara menyeluruh. 5 buku dalam Emile menjelaskan pendapat Rousseau tentang

pendidikan mengikut tahap perkembangan umur dari kanak-kanak hingga dewasa.

Pada umur 0-14 tahun, pendidikan sewajarnya bersifat semulajadi. Hal ini dijelaskan oleh

beliau dalam Buku 1 hingga 3. Teori naturalism yang ditekankan oleh Rousseau terhadap

pendidikan awal kanak-kanak ini menyebabkan beliau ditolak oleh pembesar dan pemerintah

pada ketika itu. Selepas umur 15 tahun iaitu dalam Buku 3, kanak-kanak telah mencapai

kematangan akal untuk mula berfikir tentang perkara yang baik dan buruk yang berlaku dalam

dirinya. Menurut Rousseau, pada peringkat ini, setiap tindakan adalah diperngaruhi oleh akal dan

emosi. Buku 5 pula menjelaskan pandangan Rousseau terhadap perbezaan antara lelaki dan

wanita. Buku akhir ini juga menyebabkan Rousseau menerima kritikan daripada Mary

Wollstonecraft yang menukilkan pandangan balasnya dalam buku A Vindication Of The Rights

setelah melihat pandangan Rousseau yang merendahkan martabat wanita.

Walaupun Rousseau menyatakan karya ini sebagai sebuah karangan pendidikan, tetapi

sebenarnya beliau lebih melihatnya sebagai buku yang membicarakan tentang moral dan tabii

manusia itu sendiri. Secara peribadi, Emile sebenarnya adalah sebuah buku tentang reformasi

pendidikan yang harus dilaksanakan oleh pemerintah pada zamannya. Hal ini kerana ibu bapa

tidak boleh membuat perubahan besar ke atas moral anak-anak mereka sekiranya tidak

dilaksanakan oleh pemerintah yang bertanggung jawab. Pandangan Rousseau ini selaras dengan

pendapat Hobbes iaitu sifat manusia sebagai makhluk yang agresif sebenarnya bukan berasal

daripada diri manusia itu, tetapi diperoleh daripada masyarakat atau sekelilingnya.

10
Secara keseluruhannya, karya Emile mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang

tersendiri. Emile boleh dijadikan sebagai rujukan bagi menilai tahap perkembangan pendidikan

awal kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh Rousseau. Emile dapat dijadikan panduan bukan

hanya kepada guru, malah ibu bapa serta masyarakat seluruhnya. Biarpun pandangannya

terhadap agama dan wanita menjadi kritikan lantas ditolak secara terus pada zamannya, namun

masih ada pendapatnya yang boleh dibahaskan semula, sesuai dengan kehendak zaman moden

pada hari ini.

11
RUJUKAN

Bahan Buku

Boehlke, Robert R. (2005). Sejarah Perkembangan Pikiran Dan Praktek Pendidikan Agama
Kristen Dari Yohanes Amos Comenius Sampai Perkembangan PAK Di Indonesia.
Jakarta: BPK Gunung Mulia.

Boyd, W. (1956). Émile for Today. The Émile of Jean Jaques Rousseau selected. London:
Heinemann.

Encyclopedia International, Vol 15. USA: Lexicon Publications, (1979).

Pannabecker, John R. (1995). “Rousseau in the Heritage of Technology Education”, Journal of


Technology Education, Vol. 6 No. 2, (Spring).

Smith, Samuel. (1986). Gagasan-Gagasan Tokoh-Tokoh Dalam Bidang Pendidikan. Jakarta:


Bumi Aksara.

Bahan Bukan Buku

Dipetik pada Jun12,2020 daripada https://www.greelane.com/id/sastra/sejarah--budaya/rousseau-


on-women-and-education-3528799/

Dipetik pada Jun 12,2020 daripada https://www.goodreads.com/quotes/6720621-the-women-s-


entire-education-should-be-planned-in-relation-to

12

Anda mungkin juga menyukai