Anda di halaman 1dari 2

14

MTE3143 MATEMATIK APLIKASI


2.0

RUMUSAN
Perkataan Matematik berasal daripada perkataan Yunani iaitu mathema yang

bermaksud menimba atau mempelajari. Matematik merupakan salah satu subjek teras
sama ada di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah. Matematik merupakan
antara mata pelajaran yang sukar dikuasai dan tidak diminati oleh kebanyakan murid.
Hal ini kerana matematik sering dikaitkan dengan nombor dan pengiraan semata-mata.
Namun tanpa kita sedari, unsur matematik sebenarnya berada di sekeliling kita dan
berkai rapat dengan kehidupan seharian kita.
Antara unsur matematik yang dapat dilihat sehari-hari adalah penggunaan
simbol dan istilah matematik. Kedua-dua ini telah dicipta bagi menjadikan operasi
matematik lebih ringkas, cepat dan tepat. Matematik juga mempunyai bahasa yang
dihubungkan melalui simbol-simbolnya yang tersendiri. Misalnya, penggunaan simbol
RM bagi menunjukkan penggunaan wang dalam urusan jual beli. Simbol ini
kemudiannya digabungkan dengan operasi matematik yang dimudahkan dengan
bahasa matematik. Sebagai contoh, tiga belas ringgit Malaysia tambah tujuh ringgit
Malaysia sama dengan dua puluh ringgit Malaysia dipermudahkan dengan gabungan
simbol dan bahasa operasi matematik menjadikannya sebagai RM13 + RM7 = RM20.
Tidak hanya itu, Matematik turut terlibat dalam kehebatan seni bina bangunan
yang terdapat di sekeliling kita. Kemajuan dunia global hari ini telah menghasilkan
banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang memerlukan Kalkulus untuk
membinanya. Kalkulus merupakan antara bidang Matematik yang terbesar. Kalkulus
berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud batu kecil yang digunakan untuk
menghitung. Rumus-rumus dalam Kalkulus digunakan dalam setiap pembinaan yang
terdapat di seluruh dunia. Rumus ini digunakan bagi memastikan ukuran yang tepat
diperoleh sebelum membina sesebuah bangunan. Pengukuran yang tepat amatlah
penting bagi memastikan kestabilan dan menjamin tahap kukuh bangunan yang dibina.

15

MTE3143 MATEMATIK APLIKASI


Di samping itu, Matematik juga telah diterapkan dalam diri manusia sejak kecil
lagi. Hal ini berlaku apabila manusia mula berfikir untuk menyelesaikan masalahnya.
Model Polya yang dipelopori oleh Polya (1957) merupakan model penyelesaian
masalah yang digunakan oleh setiap manusia. Bagi menyelesaikan masalah, model ini
menyatakan bahawa terdapat empat langkah penyelesaian masalah yang bermula
dengan memahami masalah yang dihadapi dengan baik. Seterusnya, manusia perlu
merancang

strategi

bagi

menyelesaikan

masalah

yang

dihadapi

sebelum

melaksanakannya mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Akhir sekali, manusia


perlu menyemak semula penyelesaiannya sama ada ianya telah dilaksanakan dengan
baik ataupun tidak. Keempat-empat langkah ini telah kita aplikasikan tanpa kita sedari
yang sememangnya amat berkait rapat dalam kehidupan kita.
Sebagai kesimpulan, Matematik berperanan penting dan amat berkait rapat
dalam kehidupan manusia. Ilmu Matematik mengelilingi manusia walau di mana jua.
Masyarakat dunia seharusnya menguasai ilmu yang luas ini sepertimana kata pepatah,
Sesiapa yang dapat menguasai Matematik dan bahasa, maka ia dapat menguasai
dunia. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa betapa pentingnya pemahaman dan
penguasaan ilmu Matematik kepada masyarakat sejagat.

Anda mungkin juga menyukai