Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan


bermasyarakat.Hubungan erat antara jiran dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang
berkualiti.Jiran didefinisikan sebagai orang yang tinggal  berhampiran dengan rumah
kita.Semangat ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya. Ia
perlu diterapkan dalam diri dan masyarakat.Kini,semangat kejiranan menjadi semakin
luntur adalah akibat pelbagai faktor yang diabaikan oleh masyarakat
sekarang.Semangat masyarakat sangat penting kerana dapat meningkatkan hubungan
antaa jiran-jiran.Semangat kejiranan membantu dlam membina hubungan yang lebih
erat antara jiran-jiran dan membantu masyarakat dalam berinteraksi secara positif dan
saling membantu.Pada masa yang sama,semangat kejiranan juga dapat memupuk
perpaduan antara setiap ahli masyarakat di sesebuah negara terutamanya di negara
seperti Malaysia yang mempunyai rakyat yang mempunyai berbilang kaum,agama
dan bangsa.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat,perkataan “jiran” didefinisikan sebagai


orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga. Perkataan
“kejiranan” pula didefinsikan sebagai berhubungan jiran atau hidup sebagai
jiran.Menurut Kamus Dewan edisi keempat perkataan “sosial” bermaksud segala yan
berkaitan dengan masyarakat perihal masyarakat.Perkataan “budaya” membawa
makna rakyat cerita,adat,pakaian,tingkah laku yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat
atau bangsa.”teknologi” bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains utuk tujuan praktis dalam industri,pertanian,perubatan,perniagaan
dan lain-lain.”teknologi”juga bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu
masalah teknikal.Menurut Kmaus Dewan edisi Keempat,Perkataan “luntur”
membawa maksud hilang atau berkurang dan turun atau menjadi rendah.

Contoh buku yang boleh dijadikan sebagai sorotan kajian ialah buku yang
bertajuk Kejiranan dan Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Bandar yang ditulis oleh
Haryati Shafii.Buku ini di terbitkan oleh Penerbit UTHM pada tahun 2012.Buku ini
berjaya membongkar faktor-faktor kelangsungan hubungan kejiranan dalam kalangan
penduduk bandar, juga berjaya meneliti faktor-faktor yang menghalang hubungan
kejiranan berlangsung dengan baik dalam kalangan penduduk. Pentingnya hubungan
kejiranan ini dilihat berdasarkan jenis dan reka bentuk rumah sebagai menilai
perancangan yang telah dijalankan oleh pihak perancang supaya penambahbaikan
dapat dilakukan di masa-masa akan datang. Kepentingan faktor yang menghalang
hubungan kejiranan diselidiki supaya ianya dapat disuburkan kembali. Hakikatnya
hubungan kejiranan dapat menyumbang ke arah peningkatkan kualiti hidup yang baik
di bandar.Selain itu, buku yang bertajuk Aura Kejiranan juga dapat dijadikan sorotan
kajian.Buku ini ditulis oleh Mohammad Kayum b A. Badaruddin.Buku ini diterbitkan
oleh Casamas Resources Sdn Bhd pada tahun 2010.Buku ini bercerita tentang Sesuai
dengan perintah Tuhan dan Rasulnya agar kita menjaga nama baik serta hubungan
dengan jiran agar perjalanan hidup kita lebih selamat dan tenang. Buku ini memberi
banyak panduan dan tip untuk memelihara hubungan dengan jiran. Kesan kejiranan
yang baik terhadap emosi kita dan bagaimana menguruskan kehidupan yang bahagia
melalui hubungan yang baik dengan jiran. Sangat sesuai dijadikan hadiah buat jiran
dan cenderamata buat orang lain yang kita ziarah.

Selain itu,e-majalah yang bertajuk Konsep Kejiranan yang ditulis oleh


Mohammad Hazim Fahmi Bin Marlis,Muhammad Faris Bin Zamri dan Adam Afean
Bin Abd Nasir juga merupakan suatu sorotan kajian. Majalah ini diterbitkan oleh
Politeknik Port Dickson pada tahun 2021.Majalah ini berkaian tentang jiran
membawa erti orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah
kita.Semangat kejiranan amat penting di dalam kehidupan masyarakat.Ternyata
semangat yang kian pupus ini amat penting untuk masyarakat kita terus mengamalkan
kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedar
tentang kepentingan semangat kejiranan ini.Berita yang bertajuk Kukuhkan muafakat
melalui semangat kejiranan - PM yang dilaporkan oleh Astro Awani pada 22 Januari
2016.Rakyat Malaysia disarankan agar menguatkan azam 2016 dengan mengukuhkan
lagi perpaduan mengukuhkan muafakat melalui semangat kejiranan.Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah mengusahakan kempen-kempen
penyatuan nasional berasaskan gagasan 1Malaysia.Pada zaman dahulu di kawasan
luar bandar, semangat kejiranan sangatlah tinggi.Sekiranya ada berita baik maka
riuhlah di kampung, kalau ada kenduri satu kampung juga akan bergotong-royong,
memasak, melakukan persiapan, mengemas dan sebagainya.
Rasional kajian ini adalah perkembangan teknologi hari ini menyebabkan
semangat kejiranan semakin longgar di Taman Pulai Jaya,Kulai,Johor kerana lebih
mengejar kesenangan hidup.Sebab-sebab perlu mengaji tajuk ini adalah untuk
mengenal pasti sebab-sebab semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
penduduk di Taman Pulai Jaya,Kulai,Johor dan mengenal pasti usaha-usaha untuk
meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Taman Pulai
Jaya,Kulai,Johor.Hal ini penting kerana hanya mengenal pasti sebab-sebab yang
menyebahkan semangat kejiranan semakin luntur baru dapat menyelesaikan masalah
ini dengan baik.Di samping itu,pengkaji mengharapkan melalui kajian ini dapat
menyelesaikan masalah semangat kejiranan semakin longgar dalam kalangan
penduduk dengan cara yang sesuai dan berguna.Pengkaji juga berharap bahawa
melalui kajian ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk supaya
mementingkan masalah ini dan menjalankan usaha-usaha untuk menangani masalah
semangat kejiranan semakin luntur ini.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

2.1 Mengenal pasti sebab-sebab semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
penduduk di Taman Pulai Jaya,Kulai,Johor.

2.2 Mengenal pasti usaha-usaha untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam


kalangan penduduk di Taman Pulai Jaya,Kulai,Johor.

Anda mungkin juga menyukai