Anda di halaman 1dari 2

Faedah Amalan Gotong Royong dalam kalangan

Masyarakat
Gotong-royong adalah amalan saling menolong atau kerja bersama-sama tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama. Masyarakat Malaysia pada hari ini semakin
kurang mengamalkan gotong-royong kerana mereka lebih suka duduk di dalam
rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan
komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang
mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah
banyak membawa kebaikan kepada kita.

Mengeratkan perpaduan
Pertama sekali, amalan gotong royong dapat mengeratkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat
memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa
waswas dan curiga.

Mempermudah kerja seharian


Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah
kerja seharian. Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja
yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan
murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan Taman Bunga di kawasan
sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti pembersihan
Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Memperkukuh semangat kejiranan


Amalan gotong royong juga dapat memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran
tetangga yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat
dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri- kendara, musim perayaan
utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang
memerlukan kerjasama semua orang.

Mewujudkan pesekitaran yang bersih


Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang
bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan
yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni ‘Negara
Bersih, Rakyat Sihat’.

Penutup Karangan Amalan Gotong Royong


Secara kesimpulannya, aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan kebaikan
kepada penduduk setempat yang rata-rata terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan agama. Amalan ini akan membantu kita untuk hidup aman
makmur, saling menghormati dan bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai