Anda di halaman 1dari 3

Latihan 1

Maklumat di bawah menerangkan kelebihan amalan bergotong-royong yang diamalkan oleh


masyarakat Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan amalan bergotong-royong.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

KELEBIHAN AMALAN
BERGOTONG-ROYONG

Memupuk Melahirkan sikap


perpaduan prihatin dan
kalangan bertolak ansur

Kerja menjadi
lebih mudah dan
Kelebihan Amalan Bergotong-Royong

Sejak dahulu lagi, amalan bergotong-royong telah diamalkan dan menjadi sebahagian daripada
cara hidup atau adat resam masyarakat Melayu. Kini, amalan gotong-royong masih terus diamalkan
dalam kalangan masyarakat Malaysia dan menjadi agenda penting dalam usaha membentuk
masyarakat Malaysia yang bekerjasama. Namun, sejak belakangan ini, amalan bergotong-royong sudah
semakin kurang diamalkan oleh masyarakat kita. Masyarakat pada hari ini sibuk dengankerjaya masing-
masing sehingga tidak berkesempatan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di
kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memupuk semangat
amalan bergotong-royong ini agar amalan ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Persoalannya, apakah kelebihan amalan bergotong-royong?

Salah satu kelebihan amalan bergotong-royong ialah dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bergotong-royong mampu
membentuk masyarakat yang bersatu padu. Amalan positif ini perlu melibatkan semua anggota
masyarakat dalam satu kawasan kediaman tanpa mengira kaum atau usia. Semua penduduk melalui
semangat bekerjasama dan bantu membantu serta berganding bahu bagai aur dengan tebing
membersihkan taman permainan, longkang-longkang yang tersumbat, balai raya, rumah-rumah ibadat
dan aktiviti-aktiviti lain. Secara tidak langsung, masyarakat yang berbilang kaum ini akan bekerjasama
menjaga kawasan persekitaran dan memastikan keadaan sentiasa kondusif. Ahli masyarakat dapat
merapatkan persefahaman antara kaum dan menanamkan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka. Jelasnya,
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dapat dipupuk menerusi amalan
bergotong-royong.

Selain itu, kelebihan amalan bergotong-royong juga dapat menjadikan kerja yang dilaksanakan
lebih mudah dan cepat. Secara umumnya, sesuatu kerja yang berat, besar buatannya dan besar
perbelanjaannya akan menjadi mudah dan cepat jika dilakukan bersama-sama. Sebagai contoh, jika
sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana terdapat sampah sarap yang berlonggokan, sekiranya anggota
masyarakat bekerjasama membersihkan kawasan tersebut, sudah pasti kerja yang dilakukan menjadi
lebih mudah dan lebih ringan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Setiap
anggota masyarakat tidak perlu membazirkan masa dan wang untuk mengupah orang lain
membersihkan kawasan tersebut kerana kerja-kerja tersebut mudah dan cepat. Orang ramai lebih
memahami peranan dan tugas masing-masing menjadikan kerja yang dilakukan menjadi lebih cepat dan
mudah. Masyarakat bekerjasama untuk melaksanakan tugas agar matlamat mewujudkan alam sekitar
yang bersih dapat diwujudkan. Tegasnya, amalan bergotong royong dapat menyebabkan kerja yang
berat dan susah menjadi lebih mudah dan cepat kerana tidak membebankan dan pengguna tidak perlu
menunggu terlalu lama.

Akhir sekali, kelebihan amalan bergotong-royong ialah dapat melahirkan sikap prihatin dan
bertolak ansur dalam kalangan masyarakat. Masyarakat pada masa ini terlalu sibuk dengan kerjaya
sehingga tidak ada masa untuk mengenali jiran tetangga mereka. Terdapat juga jiran-jiran yangbersikap
individualistik dan materialistik kerana menganggap kehidupan di sekeliling mereka tidak penting.
Namun, sekiranya amalan bergotong-royong ini dapat dihidupkan semula, amalan tersebut dapat
mengurangkan sikap mementingkan diri sendiri kerana mereka pasti tidak mahu disisihkan dalam
kalangan masyarakat. Sekiranya, anggota masyarakat turut serta dalam aktiviti gotong-royong di
kawasan tempat tinggal mereka, mereka akan lebih bersikap prihatin dan bertolak ansur sesama jiran.
Hal ini kerana semasa melakukan aktiviti gotong-royong, setiap anggota masyarakat harus bertolak
ansur bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan baik danlancar.
Jelasnya, amalan bergotong-royong dapat melahirkan sikap prihatin dan bertolak ansur.
Kesimpulannya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang
mulia dan harus dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat. Semua pihak
perlulah bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong kerana amalan gotong-
royong dapat mengeratkan hubungan sesama insan.

Anda mungkin juga menyukai