Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN

 Gotong royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama -sama dan
bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar,
mudah, dan menjimatkan. Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh
elemen atau lapisan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat
 Adanya kesedaran setiap elemen atau lapisan masyarakat dalam menerapkan
perilaku gotong royong maka hubungan persaudaraan atau silaturrahim akan
semakin erat dan kuat. Selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada
tahun 1973 gotong royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai
sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.

MAKLUMAT
TARIKH : 20 JUNE 2021
HARI : AHAD
MASA : 10 PAGI – 12 tengah hari
TEMPAT : SURAU AL-IKHLAS BANDAR TASIK PUTERI 48020 SELANGOR

OBJEKTIF AKTIVITI KOMUNITI

 Memupuk semangat sukarela di kalangan para penduduk.


 Memberikan pendedahan kepada para penduduk tentang kepentingan menjaga
kebersihan surau dan mengimarahkan surau.
 Menarik minat para penduduk untuk lebih berminat mingikut program-program
yang akan dijalankan.

JUSTIFIKASI

 Hal ini adalah kerana kerja komuniti ini dapat menceriakan suasana surau dan
menarik minat orang ramai untuk solat berjemaah di suarau mahupun di masjid.
 Seterusnya dapat meningkatkan kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang
berbilang kaum.
 Saya memilih membersihkan surau kerana masyarakat atau para penduduk
dapat solat dengan khusuk, tenang dan selesa. Selain itu, dalam hadis ada mengatakan
tiga keutamaan orang yang membersihkan masjid atau surau adala
ealisasikan fungsi
surau
sebaga
i pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan
Allah s.w.t.
dan
mendidik
para mahasiswa
dalam membuat penambahbaikkan, pembaharuan serta
penyesuaian yang terbaik dalam sistem kehidupan sebagai seorang pelajar
dalam
membina modal
insan negara yang
cemerlang.
KOMUNITI

Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman


dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain.
Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan
belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah
yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan
kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran
akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.
Apakah kepentingan komuniti?
Dalam menuju era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu (k-
ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan.
Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan
maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi
maklumat, menyelesai masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan
pantas dari sebelumnya. Namun demikian, secara realitinya manusia berada
di merata tempat, bekerja di luar pejabat dan berhubungan melalui telefon
dan internet. Malah mereka yang di dalam sesebuah pejabat pun perlu
berjumpa antara satu sama lain.
Sesuatu kerja boleh dilakukan merentasi organisasi dan sempadan geografi.
Akan tetapi kadangkala terdapat beberapa halangan, misalnya aplikasi yang
kurang ramah-pengguna, peralatan untuk berhubung kurang berkesan,
infrastruktur yang tidak sempurna sehingga menjadikan pengguna kecewa.
Apakah jenis-jenis komuniti?
Terdapat berbagai jenis komuniti terbentuk dalam sesebuah organisasi:
Komuniti Sematlamat (Communities of purpose):
Sekumpulan orang dari berbagai disiplin dan merentasi organisasi bekerja
bersama-sama secara formal dalam suatu tempoh masa projek yang telah
ditetapkan. Komuniti Pengamal (Communities of practice): Profesional dari
disiplin yang sama datang bergabung untuk berkongsi belajar secara tidak
formal, menyelesai masalah secara ad hoc, rangkaian profesional dan saling
bantu membantu.
Komuniti Pelanggan (Customer communities):
Organisasi yang membentuk kumpulan pelanggan yang bertindak sebagai
suara kepada market. Ahli-ahli akan memberi maklumbalas, membantu
mengenalpasti masalah, dan mengemukakan pandangan- pandangan untuk
memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran.
Komuniti Rantai Penyumbang (Supply chain communities):
Organisasi yang menghubungkan penyumbang-penyumbang utama mereka
bagi mengurangkan kos operasi dan membentuk amalan pembelian yang lebih
berkesan.
Komuniti Pembelajaran (Learning communities):
Sekumpulan orang yang bersedia untuk berbahas, dan yang mengikuti secara
formal pengalaman pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam
komuniti pengamal.
Komuniti Bergabung (Communities of affiliation):
Sekumpulan orang yang berkongsi minat membentuk komuniti untuk
pembelajaran yang berterusan, berhubungan, berbincang tentang
perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan penyelesaian
masalah secara ad hoc.
Apakah faedah daripada komuniti?
Dengan membentuk komunikasi dan berkerjasama secara masa nyata dan
pada bila-bila masa melalui Internet, ianya telah mengurangkan kos
pergerakan secara dramatik. Hasil dari pengalaman bekerja lebih meningkat,
mendapat kepuasan daripada hubungan peribadi, membentuk kumpulan yang
lebih rapat dan membina identiti.
Apakah sumber bahan yang diperlukan untuk melaksanakan komuniti?
Bagi melancarkan sebuah komuniti, kita perlu bekerja dengan pelanggan
untuk menzahirkan matlamat dan objektif komuniti dan mengenalpasti
fasilitator. Samada pelanggan boleh menjadi fasilitator melalui latihan dan
tunjuk ajar atau kita yang menyediakan fasilitator. Pelanggan boleh memberi
nama-nama ahli dan maklumat perhubungan, katakunci awal/senarai carian,
dan lain-lain keperluan yang dikehendaki oleh komuniti.

PENDAHULUAN

objektif
 memupuk semangat sukarela di kalangan mahasiswa
 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan
menjaga kebersihan surau dan mengimarahkan surau
 Menarik minat mahasiswa untuk lebih berminat mengikuti
program-program yang akan dijalankan
 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan surau agar
lebih terjamin ceria dan menarik minat orang ramai untuk solat
berjemaah dan mengimarahkan surau.

.MISI:

Merealisasikan fungsi surau sebagai pelengkap pembelajaran memupuk Nurani menuju keredhaan
Allah s.w.t dan mendidik para mahasiswa dalam membuat penambahbaikkan, pembaharuan serta
penyesuaian yang terbaik dalam sistem kehidupan sebagai seorang pelajar dalam membina modal
insan negara yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai