Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

yg berusaha

Serta hadirin & hadirat sekalian terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk
bersama kami dalam prog wacana hari ini.

Terima kasih cik moderator atas soalan yg diberikan, Hadirin hadirat sekalian,
saya percaya rata rata yang ada disini ada yang sudah maklum, salah satu amanat yngg
dibawakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr mazlee Malik adalah
mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, soalan moderator sebentar tadi
izinkan saya mendefinisikan maksud Wibawa. Apa itu wibawa? Menurut kamus
dewan, maksud wibawa adalah mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu
pengetahuan. Serta berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah.

Dalam konteks pendidikan tinggi, amanat tersebut membawa fokus utama iaitu
wibawa. Dr Maszlee mengupas panjang lebar perkara ini dengan saranan hala tuju
bagaimana kewibawaan universiti boleh diperkasa. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah menggariskan empat hala tuju khusus untuk Universiti Awam dan
Pengajian Tinggi iaitu kualiti, autonomi, kolaborasi dan pengantarabangsaan bagi
mengembalikan wibawa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Salah satu hala tuju yang dibawakan adalah

1) Hala tuju ketinggian kualiti di mana ia dilaksanakan menerusi tiga


aspek iaitu kecemerlangan, relevan dan keberkesanan, dan untuk
mencapai tahap ketinggian kualiti yang memuaskan, beberapa perkara
perlu dijalankan..

Para akademik perlu visible dengan penghasilan karya-karya yang


memanfaatkan utk masyarakat. Selari dengan konsep yg dibawakan dlm yg ditekankan
Dr Mazlee dlm amanatnya ‘ sekolah untuk komuniti, university untuk Masyarakat .

Di peringkat university , penganjuran program untuk menyuburkan budaya


dialog, forum, debat, wacana dan program-program lain yang bersifat intelektual dan
ke arah memberikan penyelesaian kepada masalah masyarakat dan membangunkan
Negara adalah sangat digalakkan.
Empat komponen dalam membentuk suasana dan kondisi yang saya percaya
mampu mengangkat wibawa sebuah universiti sebagaimana yang dihasratkan
oleh YBM adalah:

1. Suasana kampus yang menegakkan nilai-nilai yang mengangkat martabat


institusi pengajian tinggi

2. Suasana di mana mahasiswa memimpin, mentadbir urus hal ehwal mahasiswa,


dan terlibat secara langsung dalam penggubalan polisi di Universiti.

3. Suasana di mana institusi pengajian tinggi dihormati oleh masyarakat dan pihak
autoriti.

4. Suasana di mana Universiti menjadi pusat pengembangan budaya dan


peradaban.

Idea utk penambahbaikan university masih lagi terbuka untuk terus diwacanakan dan
dibincangkan di pelbagai peringkat dan pemegang taruh kampus. Semangat
penambahbaikan perlu diarusperdanakan melalui galakkan berpartisipasi oleh para
mahasiswa secara keseluruhan tanpa melihat kempen ini sebagai usaha yang ekslusif,
sebaliknya usaha yang inklusif. Kita sedar bahawa kerja membina wibawa sebuah
universiti ini tidak mampu dilaksanakan secara bersendirian. Muafakat dan jalinan
perhubungan secara strategik perlu terus diusahakan dan diraikan.
Berkenaan PEMANSUHAN AUKU, REVIFIKASI STUDENT UNION DAN
MASYARAKAT

Saya juga menyambut baik janji dan komitmen YBM terhadap usaha pemansuhan
AUKU dan revifikasi atau menghidupkan semula Student Union kepada mahasiswa
yang berulang kali ditekankan YBM dalam ucapannya. Bersama ruang ini adalah nilai
kebertanggungjawaban.

Ada tiga relung yang disebut oleh YBM yang mesti mahasiswa rebut ruangnya bagi
mengisi dan membentuknya mengikut acuan yang meraikan semua pemegang taruh;
acuan yang memberi impak dan kesan yang baik kepada masyarakat secara
keseluruhan iaitu (1) pemansuhan AUKU menjelang 2020, (2) pembentukan Student
Union dan (3) menjadi mahasiswa yang berfungsi kepada masyarakat.
Perjuangan melawan AUKU sudah berlaku semenjak ia mula diwujudkan
pada tahun 1970. Berganti generasi demi generasi mahasiswa sehingga kini masih
terus diperjuangkan. Kesan akta AUKU telah membentuk lambakan mahasiswa yang
’captive mind’, ’pandirisme’, lesu terhadap aktivisme dan partisipasi secara efektif.

Ya, AUKU tanpa sedar telah memandulkan keupayaan mahasiswa dalam membentuk
nuansa masyarakat dan ini sungguh merugikan kepada pembinaan modal insan,
masyarakat dan negara. Munurut Meredith L. Weiss, ‘Culture of Fear’ dan ’Culture of
Silence’ telah sebati dalam diri mahasiswa untuk vokal, bersorak, berdiri teguh atas
kepercayaan mereka.

Meskipun begitu, saya juga berpandangan, meskipun jika suatu hari nanti kerajaan
telah memansuhkan AUKU sepenuhnya, tetap akan wujud juga satu kelompongan
yang besar jika mulai dari hari ini lambakan mahasiswa ini tidak diurus, tidak
diberdayakan dan tidak diberi kefahaman berkaitan peranan, tugas hakiki dan
tanggungjawab seorang mahasiswa.

Apalah guna AUKU ini jika dimansuhkan, tetapi mahasiswa masih lagi bermentaliti
takuk lama, diperdagangkan merit bagi setiap penyertaan program, wacana kritikal
bersifat elitis, mahasiswa pengecut dan tiada semangat bertanya soalan apatah lagi
untuk kemukakan pandangan atau solusi, sikap 3K (kafe, kuliah dan katil) masih lagi
jadi tabiat amalan mahasiswa dan lain-lain acara yang mengisolasikan mahasiswa
daripada berani beridealisme, berintelektualisme dan beraktivisme mengikut acuan
kepercayaan dan kesedaran mereka.

Soal Student Union juga perlu terus diwacanakan dan dibahaskan. Saya percaya
konteks zaman ini sudah berbeza dengan awal penubuhan Student Union era 60-an.
Maka, meniru bulat-bulat model dahulu untuk dilaksanakan pada waktu ini bukan satu
tindakan yang bijak.

Jika kita telusuri sejarah era-60 an, bagaimana Student Union berjaya memberi impak
kepada masyarakat bukanlah datang semata dengan kewujudan kesatuan berkenaan
semata-mata. Tetapi terhasil daripada kerja akar umbi membentuk kesedaran dan
pencerahan kepada mahasiswa yang memakan masa kurang lebih 10 tahun sebelum
mahasiswa benar-benar mencapai zaman keemasan .
Cuma, satu perkara yang saya fikir penting dalam semangat Student Union ini
adalah meletakkan mahasiswa sebagai satu kumpulan pemegang taruh penting dalam
pemutus keputusan. Mahasiswa perlu diberi kepercayaan untuk memimpin mengikut
acuan dan kepercayaan mereka. Mahasiswa perlu diberi autonomi dan ruang kebebasan
mencorakkan kampus. Maka usaha awal memberi ruang kepada mahasiswa untuk
menjalankan Pilihanraya Kampus adalah satu usaha yang wajar diraikan dan
mahasiswa perlu menyambut baik melalui penyertaan secara langsung gerak kerja
Pilihanraya Kampus ini.

Penglibatan mahasiswa di tengah-tengah masyarakat atau komuniti perlu terus


dibudayakan dan diperkasakan. Mahasiswa perlu merasakan bahawa masyarakat ini
memerlukan mereka. Hiduplah bersama masyarakat. Memahami denyut nadi dan nafas
kerja mereka. Menyelami segala permasalahan dan keperluan mereka. Dan
perjuangkan apa yang mahasiswa fikirkan perlu. Angkatlah solusi untuk membantu
masyarakat yang memerlukan.

Bagi memastikan keberkesanan dan impak kepada masyarakat, sebaiknya


pergerakan perlu bersifat lokaliti dan kemampuan capaian mahasiswa sendiri. Budaya
‘touch and go’ harus ditukar dan digantikan dengan ‘touch and grow’. Barulah proses
pembangunan sebuah masyarakat itu berlaku dengan baik dan tidak hanya suam-suam
kuku usahanya.

Anda mungkin juga menyukai