Anda di halaman 1dari 11

SEMESTER PERTAMA 2020/2021 SESI A192

BPMS 3013 PENGURUSAN ZAKAT

KUMPULAN A

TUGASAN INDIVIDU 5

NAMA PENSYARAH: DR. RAZIAH BINTI MD. TAHIR

NAMA PELAJAR NOMBOR


MATRIK
WARDATUL RAIHAN BINTI MOHD 245458
RIZAL
(a) Pengenalan (5m)
Baru – baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah

mengarahkan sekali lagi perintah kawalan pergerakan. Hal ini menambah kerisauan masyarakat

terutamanya kepada mereka yang terjejas dari segi pendapatan. Masalah kewangan yang

membelenggu masyarakat disebabkan pandemic Covid 19 adalah satu cabaran bagi sesetengah

masyarakat. Bagi masyarakat yang mempunyai pelan perlindungan diri agak selamat kerana

mereka telah membuat langkah bijak. Namun, akibat keadaan ekonomi yang kurang

memberangsankan, sesetengah pencarum perlindungan takaful juga tidak terlepas dari

menghadapi cabaran sebegini walaupun telah membuat persediaan awal. Sesetengah pencarum

terpaksa berhenti dari mencarum atas desakan kewangan. Hal ini kerana, kehilangan punca

pendapatan boleh menyebabkan mereka terpaksa memikirkan keutamaan dari segi keperluan

yang paling utama berbanding keperluan lain. Namun, ada yang mengatakan kesan pandemic ini

juga telah berlaku peningkatan pencarum takaful disebabkan kerisauan yang timbul di kalangan

masyarakat terhadap penyakit Covid -19. Bahkan pelbagai syarikat takaful telah menawarkan

pulangan pampasan yang agak tinggi kepada pemegang polisi takaful yang menghidapi covid-19.
(b) Analisa 4 kesan Covid-19 terhadap pelaksanaan produk takaful yang ditawarkan (12m)

1) Peningkatan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan takaful .

Dewasa ini, kerisauan yang timbul dikalangan masyarakat dek kerana statistik kematian

yang semakin meningkat dan angka pesakit Covid-19 yang turut semakin meningkat tidak

mengira peringkat umur telah menyedarkan masyarakat tentang keperluan mempunyai pelan

perlindungan takaful. Tambahan pula, institusi kesihatan kerajaan kini telah menerima ramai

pesakit covid-19 yang tidak terkira dan tidak dapat dijangka angka kenaikannya setiap hari

menyebabkan keperluan institusi kesihatan swasta amat diperlukan bagi mengurangkan beban

institusi kesihatan kerajaan. Apabila menyebut tentang institusi swasta, pasti timbul di fikiran

kos rawatan yang dikenakannya pasti lebih mahal berbanding kerajaan, Namun, apabila berada

di situasi yang terdesak pasti kita tiada pilihan untuk mengorbankan wang ringgit, simpanan

demi kesihatan atau menyelamatkan nyawa diri serta orang tersayang. Maka pelan perlindungan

diri takaful amat diperlukan disaat getir sebegini. Kesannya pelaksanaan produk takaful yang

ditawarkan oleh ejen takaful diterima baik oleh masyarakat. Namun, masih ada di kalangan

masyarakat masih tidak mempunyai pelan perlindungan diri kerana kurangnya kesedaran dalam

menghadapi risiko akan datang. Oleh itu, ejen takaful perlu lebih kreatif dalam menyampaikan

maklumat berkenaan takaful dan semua pihak perlu berganding bahu menyebarkan kepentingan

takaful demi masa depan dan kebaikan bersama.


2) Pemegang polisi takaful yang terjejas dengan kesempitan hidup kesan daripada pandemik

covid-19, diberi kemudahan/kelonggaran untuk menangguh bayaran selama beberapa bulan

dengan syarat-syarat tertentu.

Program bantuan yang diwujudkan oleh sesetengah pengendali takaful telah memberikan

kemudahan kepada pemegang sijil yang terkesan dengan COVID-19 atau PKP dengan memohon

penangguhan bayaran sumbangan selama tiga (3) bulan. Dalam tempoh tersebut, sijil takaful

mereka masih berkuat kuasa. Sepanjang tempoh penangguhan ini, pihak pengendali takaful akan

terus menyediakan perlindungan insurans/takaful. Namun, program penangguhan

premium/sumbangan ini BUKAN secara automatik akan tetapi, pemegang polisi/sijil mesti

membuat permohonan terlebih dahulu kepada pengendali takaful bagi memastikan permohonan

nya diluluskan atau tidak. Kesannya pemegang sijil tidak perlu risau sekiranya tidak dapat

membayar caruman secara bulanan akibat kesempitan wang semasa tempoh PKP. Namun

mereka masih layak mendapat manfaat sijil polisinya.


3) Pelbagai manfaat dan pelan takaful yang menarik ditawarakan oleh pelbagai syarikat takaful

Tawaran pampasan yang tinggi bagi sesiapa yang menghidapi penyakit Covid-19 telah

menarik minat orang ramai mencarum sebagai peserta takaful. Antara syarikat pengendali takaful

yang menawarkan manfaat sebegini adalah syarikat prudential BSN, yang mereka telah

menawarkan pelan perlindungan khas Covid 19, iaitu bantuan wang tunai RM1,000 jika dirawat

di hospital & RM10,000 bayaran sekaligus manfaat kematian disebabkan COVID-19 sepanjang

tempoh perlindungan ini untuk pelanggan Prudential. Tujuannya adalah untuk memberikan

semangat yang positif buat pelanggannya dan mengelakkan kerisauan yang timbul di kalangan

pelanggannya sekiranya menghidapi penyakit Covid-19. Begitu juga dengan syarikat pengendali

takaful yang lain, ada yang menawarkna pelan perlindungan diri yang menarik dengan harga

premium yang murah untuk sepanjang tempoh pandemik sahaja tujuannya adalah untuk

mengurangkan beban pelanggannya.

4) Pendaftaran pelan takaful boleh dilaksanakn secara jarak jauh

Walaupun pelbagai cabaran dalam menyampaikan maklumat namun hakikatnya pelbagai

kemudahan yang boleh digunakan untuk meneruskan ejen takaful menjalankan kerja seperti

biasa. Pendaftaran jarak jauh secara maya telah diterima pakai sepanjang tempoh perintah

kawalan pergerakan bertujuan untuk memudahkan dan mengelakkan wabak covid – 19 merebak.

Tambahan pula, ejen dapat menerangkan dengan lebih jelas kepada pelanggan dengan

menggunakan platform webex, zoom dan sebagainya. Pada masa yang sama, ejen dan pelanggan

boleh sentiasa berhubung walaupun secara jarak jauh. Pendekatan sebegini membolehkan

sesiapa sahaja mendapatkan pelan perlindungan dengan mudah dan pantas serta tiada alasan lagi

untuk mendapatkan pelan takaful.


(c) Analisa 4 peranan ejen takaful (12m)

1. Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat bahawa takaful adalah satu keperluan bukan

kehendak

Ejen takaful berperanan sebagai wakil yang dilantik oleh syarikat takaful perlu

mempromosikan produk dan pelan perlindungan takaful kepada masyarakat. Kebiasaannya, ejen

takaful perlu pergi ke lapangan untuk memperkenalkan produk syarikat mereka. Namun

disebabkan kerajaan memerintahkan perintah kawalan pergerakan PKP, pihak ejen takaful perlu

terus mempromosikan dan mendedahkan kepentingan takaful kepada masyarakat dengan lebih

kreatif iaitu mengiklankannnya di media sosial seperti facebook, instagram , twitter dan

sebagainya. Mereka perlu memberikan penerangan berkenaan produk atau pelan yang berkaitan

dan bersesuaian dengan keadaan masyarakat sekarang. Ejen takaful bertanggungjawab

memberikan maklumat yang jelas berkenaan pelan, terma dan syarat, soal penama serta manfaat

yang akan diterima supaya tidak berlaku kecelaruan di kemudian hari serta tidak berlaku

sebarang masalah untuk mendapatkan manfaat takaful di kemudian hari.


2. Membantu masyarakat lebih bijak mengurus wang serta berdisiplin dalam pengurusan

kewangan.

Selain memberi kefahaman yang jelas tentang pelan perlindungan, ejen takaful

berperanan membantu peserta untuk lebih berdisiplin dalam pengurusan kewangan. Hal ini

kerana sekiranya pengurusan kewangan yang kurang baik, boleh menjejaskan pembayaran

premium setiap bulan dan sekiranya pencarum tidak membayar secara bulanan dengan baik

ia boleh menyebabkan pencarum terlepas untuk mendapat manfaat/pampasan. Selain itu,

ejen takaful perlu memberi kesedaran kepada peserta tentang sistem agihan pendapatan yang

baik agar peserta mementingkan pembayaran premium pelan perlindungan takaful terlebih

dahulu berbanding keperluan lain. Perkongsian langkah pengurusan yang baik di media

sosial secara berkala mampu membuka mata masyarakat akan kepentingan pengurusan

kewangan. Bahkan mampu mengelakkan masyarakat berhutang sekiranya berlaku

kesempitan wang. Oleh sebab itulah langkah awal perlu dilakukan supaya pekara – perkara

buruk dapat dielakkan di kemudian hari.


3. Menyebarkan kebenaran dan menepis kebatilan bahawa pentingnya produk islam

berbanding konvensional

Sebagai umat islam, kita perlulah berpegang dengan al-quran dan as-sunnah dalam setiap

perkara. Walaupun takaful bukan suatu sunnah rasulullah SAW. Namun di dalam hadisnya ada

menekankan dan menyokong akan perkara berkaitan keselamatan, perlindungan diri dan

sebagainya. Hakikatnya, takaful lebih lama diwujudkan berbanding dengan Insurans

Konvensional iaitu sejak zaman Rasullullah s.a.w lagi. Hikmah takaful adalah, umat Islam dapat

mengelakkan diri daripada unsur-unsur maisir (judi), gharar (ketidakpastian) dan riba yang

terdapat dalam insurans konvensional. Selain itu, ejen takaful perlu membezakan supaya takaful

dengan insuran konvensional dapat menegakkan keadilan sejagat serta dapat membantu

golongan yang kurang bernasib baik. Sememangnya kewujudan takaful adalah untuk menolong

dan meringankan beban pencarum (pembayar) tersebut berbanding insurans konvensional yang

mementing keuntungan mereka semat- mata. Ejen takaful mestilah mempunyai peranan tabligh

(menyampaikan) sebagai wakil takaful perlu menggunakan platform tersebut dengan

menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Inilah masanya mereka dapat membuktikan

kebaikan sistem kewangan Islam berteraskan alQuran dan sunah. Mereka juga bertanggungjawab

menyelamatkan masyarakat daripada perkara yang berunsurkan elemen gharar ketidaktentuan),

maisir (peijudian) dan riba. Dalam menyampaikan kebenaran, mereka perlu menggunakan

kaedah yang berhikmah.


4) Menggalakkan masayarakat saling bantu – membnatu dan mempraktikkan amalan sedekah.

Antara objektif takaful adalah mewujudkan tabungan kewangan secara bersama,

tujuannya adalah membantu golongan yang tidak bernasib baik pada bila – bila masa.

Sememangnya amalan tersebut selaras dengan kehendak islam dan seiring dengan objektif

takaful. Misalnya saling tolong – menolong, bertolak – ansur dan sebagainya .Sepertimana di

dalam sebuah hadis yang bermaksud “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang

boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia” (Riwayat

Ibnu Majah). Manakala, Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawa: "Dan hendaklah

kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong

di atas perkara dosa dan permusuhan". (Surah al-Maaidah, ayat 2). Ini menunjukkan ia adalah

galakan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia untuk saling tolong-menolong antara satu sama

lain. Seperti yang kita tahu, dana tabarru’ diaplikasikan dalam konsep takaful dimana sebahagian

daripada sumbangan peserta akan ditolak sebagai Tabarru` dan disatukan ke dalam Dana

Tabarru`, di mana ianya akan digunakan untuk memenuhi manfaat tuntutan para peserta, sejajar

dengan konsep saling tolong menolong sesame peserta.


(d) Kesimpulan (6m)

Secara kesimpulannya, Pasaran takaful di Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan stabil

dan dilihat mampu mengatasi insurans konvensional walaupun sektor kewangan dan insurans

global dijejaskan oleh penularan pandemik COVID-19 . Buktinya Semua syarikat takaful yang

bernaung di bawah Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menawarkan pelbagai bantuan kepada

pemegang polisi yang terkesan dengan COVID-19 di negara ini. Tujuannya keselamatan

pemegang polisi takaful akan lebih terjamin walaupaun dilanda Covid-19. Selain itu mereka

masih boleh meneruskan kehidupan walaupun berada dalam keadaan getir kerana adanya

tawaran program bantuan pengangguhan pembayaran oleh syarikat takaful khusunya bagi

pemegang polisi yang betul – betul terjejas. Walaupun begitu, kesan pandemic ini masyarakat

lebih cakna akan kesihatan diri dan risiko risiko yang berkaitan menyebabkan mereka sedar akan

kepentingan Takaful malah ejen takaful amat diterima baik oleh masyarakat pada masakini.

Maka ejen – ejen takaful amat berperanan dalam menyampaikan maklumat yang lebih jelas dan

memberi kefahamah yang jitu kepada pelanggan agara tidak berlaku masalah semasa tuntutan

manfaat. Akhir seklai, walaupun kesan pandemic ini hakikatnya kita lihat banyak pihak terjejas

dari pelbagai aspek maka perlulah masing – masing bijak dalam pengurusan kewangan dan

pandai mengutamakan keperluan yang lebih utama berbanding keperluan lain. Ejen takaful juga

perlu membuat pelbagai inisiatif agar maklumat berkaitan takaful sampai pada mereka yang

masih tidak mempunyai pelan perlindungan diri. Hal ini kerana , ia mampu membawa kepada

kesejahteraan masyarakat sekaligus pembnagunan ekonomi Negara.


(e) Rujukan (5m)

Khuzama Ab Rahaman (2016 ) Jabatan Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas Berhad :


https://www.takaful-ikhlas.com.my/media-centre/news-events/tugas-ejen-pastikan-peserta-dapat-
maklumat-tepat
Malaysian takaful Association (2020) Industri takaful tempatan kekal positif dengan
amalan norma baharu dalam menempuh pandemic
https://www.malaysiantakaful.com.my/sites/default/files/2020-
10/industri%20takaful%20tempatan%20kekal%20positif%20dengan%20amalan%20norma%20b
aharu%20dalam%20menempuh%20pandemik.pdf

Hafizah Zainal (2013) faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan masyarakat


terhadap takaful http://etd.uum.edu.my/5088/7/s811031_abstract.pdf

Takaful Malaysia (2020) Program Bantuan Takaful https://www.takaful-


malaysia.com.my/lang/bm/home/Documents/Program%20Bantuan%20COVID-19.pdf

Muamalat Malaysia (2020) Maklumat Umum Mengenai Moratorium Penangguhan


Pembayaran Bayaran Pembiayaan Bagi Pelanggan (Individu dan Perusahaan Kecil &
Sederhana - PKS) Yang Terjejas Akibat Pandemik Coronavirus 2019 (COVID-19)
https://www.muamalat.com.my/wpcontent/uploads/2020/03/FAQ_Moratorium_Penangguhan_B
ayaran_Pinjaman1.pdf

Anda mungkin juga menyukai