Anda di halaman 1dari 6

JURNAL 1 : TAKAFUL SEMULA DALAM INDUSTRI INSURANS: TINJAUAN

KHUSUS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG (2018)

Rumusan yang boleh dikemukakan dalam jurnal ini adalah berkaitan dengan takaful
semula atau lebih dikenali dengan retakaful dalam industri insurans menurut perspektif Islam.
Retakaful boleh ditafsirkan sebagai satu kontrak yang berdasarkan kepada suatu balasan,
seseorang itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan kepada pihak
ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah dilindungi di bawah kontrak yang berasingan
dan berlainan sebagai pengendali pihak ketiga”. Maka, kontrak takaful semula adalah satu kaedah
yang mana pengendali mendapatkan pihak ketiga untuk melindunginya daripada kerugian atau
liabiliti berdasarkan risiko sebenar perlindungan takaful asal.

Berdasarkan padangan syariah terhadap takaful semula adalah harus kerana telah
mematuhi keperluan syariah sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan takaful ebagai satu
sistem insurans Islam. Oleh yang demikian, atas dasar darurah dan maslahah, majoriti ulama dan
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mengharuskan takaful semula dilakukan dalam
industri insurans. Walau bagaimanapun ia mestilah mematuhi beberapa syarat yang telah
digariskan oleh badan yang berautoriti tersebut. Justeru itu, memandangkan syarikat takaful
semula sangat penting dalam industri takaful di Malaysia, maka beberapa langkah yang proaktif
wajar dilakukan demi untuk menjaga kemaslahatan dan kelangsungan produk-produk Islam
sekaligus menolak secara total produk-produk yang terlibat dengan elemen yang dilarang oleh
Islam iaitu riba, gharar dan maysir.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk penambahbaikan industri takaful adalah
dengan peranan pihak kerajaan memberikan sokongan dari aspek kewangan sebagai inisiatif untuk
menyuntik dana dan modal dalam industri takaful. Dengan cara ini juga, konsep mudharabah boleh
diaplikasikan dengan pihak kerajaan sebagai pemberi modal dan syarikat takaful semula sebagai
pengurus dan pengusaha yang mana dengan cara ini mampu untuk memberikan kelebihan kepada
kedua-dua pihak. Akhirnya, sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan demi untuk
memastikan industri takaful yang berteraskan produk Islam ini terus maju dan berkembang di
negara ini secara keseluruhannya.

1
JURNAL 2 : PENGUNDERAITAN DALAM PRODUK TAKAFUL KELUARGA DARI
PERSPEKTIF SYARIAH (2015)

Rumusan yang boleh dijelaskan dalam jurnal ini adalah berkaitan dengan pengunderaitan
dalam produk takaful keluarga berdasarkan perspektif syariah. Pengunderaitan merupakan proses
pemilihan dan pengelasan risiko yang dilakukan oleh syarikat insurans ke atas pemohonan
insurans oleh individu untuk melindungi harta dan liabiliti. Ia juga merupakan salah satu proses
bagi menentukan kadar sumbangan yang bakal dikenakan kepada individu.

Proses ini melibatkan penaksiran dan pemeriksaan terhadap individu bagi menetapkan
kadar dan kelas risiko. Secara ringkasnya, ia adalah satu proses pemilihan risiko yang mana ia
akan menentukan sama ada sesuatu risiko itu akan diterima atau ditolak oleh syarikat.
Pengunderaitan juga merupakan proses yang amat penting dalam syarikat untuk mengelak
daripada berlakunya anti-pemilihan (adverse selection) iaitu individu yang berisiko tinggi lebih
cenderung untuk membeli insurans daripada individu yang berisiko rendah.

Masalah anti-pemilihan ini timbul apabila individu yang berisiko tinggi berjaya mendapat
perlindungan dengan membayar kadar sumbangan yang rendah atau pada kadar biasa. Oleh itu,
syarikat perlu mengelak daripada berlakunya anti-pemilihan ini kerana ia akan melibatkan
bilangan tuntutan yang tinggi dan menyebabkan kedudukan kewangan syarikat akan terjejas.
Dalam proses pengunderaitan ini terdapat banyak syarat atau langkah yang perlu diambil bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antaranya umur , memilih yang kurang berisiko, fizikal
individu, pekerjaan dan sebagainya.

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa proses pengunderaitan yang diamalkan


dalam takaful tidaklah bercanggah dengan prinsip Syariah. Hal Ini kerana, terdapat risiko yang
perlu ditanggung oleh syarikat untuk memastikan agar dana syarikat dan dana tabarru‘ sentiasa
berada dalam keadaan yang baik. Risiko perniagaan ini pula dapat diminimumkan sekiranya
langkah strategik diambil. Antara langkah strategik yang boleh diambil untuk mengurangkan
risiko kekurangan dana syarikat adalah dengan membuat penilaian ke atas setiap permohonan
melalui proses pengunderaitan dengan mengambil kira setiap faktor-faktor pengunderaitan yang
telah ditetapkan.

2
Bagi peserta yang berisiko tinggi, alternatif perlu dicari untuk membolehkan mereka turut
serta menyertai takaful. Penyertaan tersebut memerlukan penyertaan masyarakat secara
menyeluruh dengan cara mewujudkan hubungan di antara syarikat takaful dan baitulmal. Satu
perkara yang dilihat diluar dari kerangka perniagaan takaful yang diamalkan sekarang namun
boleh dilaksankan jika semangat dan konsep takaful cuba diterapkan secara menyeluruh.

JURNAL 3: CABARAN DAN PELUANG RETAKAFUL DI MALAYSIA (2016)

Dalam jurnal ini menjelaskan terdapat cabaran dan peluang yang dihadapi oleh retakaful
di Malaysia. Bukan itu sahaja , ia juga menjelaskan berkaitan dengan tujuan retakaful tersebut iaitu
bersetuju untuk menanggung rugi syarikat takaful terhadap kesemua atau sebahagian daripada
kerugian yang kedua mengekalkan di bawah kontrak takaful yang telah dikeluarkan. Selain itu,
tujuan retakaful juga adalah serupa dengan reinsurans iaitu untuk menyebarkan risiko dan
menambah kapasiti supaya risiko yang lebih atau besar boleh diambil. Penyebaran risiko yang
dilakukan oleh retakaful dikalangan industri takaful, membolehkan industri takaful untuk
berfungsi dengan lebih cekap.

Disamping itu, tedapat banyak cabaran yang dihadapi oleh retakaful dalam mencapai
kemajuan . antaranya Kekurangan syarikat retakaful di Malaysia. Cabaran ini bukan cabaran yang
utama oleh retakaful tetapi kekangan kapasiti syarikat retakaful merupakan cabaran yang utama
yang perlu dihadapi oleh industri retakaful. Selain itu ketidakcukupan dana. Kebanyakkan
perniagaan syarikat takaful masih lagi menyerah atau menggunakan perkhidmatan syarikat
reinsurans berbanding syarikat retakaful. Ketidakcukupan dana syarikat retakaful untuk
menanggung risiko syarikat takaful merupakan salah satu faktor penyebab syarikat takaful
mendapatkan perkhidmatan syarikat reinsurans. Bukan itu sahaja, kebocoran pasaran, peluang
industri retakaful, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, kekurangan penyeragaman dan
piawaian sistem retakaful dan sebagainya. Semua ini adalah antara cabaran yang dihadapi
menyebabkan retakaful susah untuk dimajukan.

Kerjasama pihak yang berwajib haruslah dipertingkatkan bagi memajukan lagi retakaful di
Malaysia. Hal ini kerana kebanyakkan masyarakat umum mahupun daripada golongan pendidik

3
dan pelajar masih lagi tidak mengetahui mengenai retakaful. Hanya kebanyakkan mereka
mengetahui mengenai takaful kerana industri takaful yang sudah bertapak lama di Malaysia sejak
tahun 80 an dan banyak pendedahan mengenai takaful di Malaysia. Selain itu, permintaan takaful
daripada masyarakat umum adalah tinggi kerana takaful mengikut prinsip-prinsip syariah Islam.
Hal ini sepatutnya usaha pihak yang berwajib haruslah lebih giat seperti mendedahkan maklumat
tentang retakaful, menerangkan kelebihan yang peserta dapat, membezakan retakaful dengan
insurans yang lain dan sebagainya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan pengetahuan
masyarakat berkaitan dengan retakaful dan secaratidak langsung mendorong mereka untuk
menyertai retakaful serta mendorong retakaful maju di persada antarabangsa.

JURNAL 4 : TAHAP KESEDARAN PENJAWAT AWAM ISLAM TERHADAP


KEPENTINGAN TAKAFUL HAYAT (2016)

Rumusan terhadap jurnal ini adalah menyentuh kesedaran terhadap takaful di kalangan
penjawat awam ini, mereka boleh dibahagikan kepada dua jenis kelompok. Kelompok pertama
adalah mereka yang telah memahami dengan jelas perihal takaful. Mereka mengetahui
kepentingan takaful dan mengakui takaful adalah satu perkara yang terbaik dan wajar dimiliki oleh
setiap individu.

Golongan pertama ini agak ramai dari kalangan penjawat awam ini. Namun demikian,
walaupun sedar akan kepentingan takaful, mereka ini pula boleh dibahagikan kepada dua jenis
kategori iaitu yang telah mengambil takaful dan tidak ataupun belum mengambil takaful.
Kelompok yang sudah mempunyai takaful dianggap sebagai kelompok yang telah mempunyai
kesedaran kepentingan takaful. Namun, golongan yang memahami takaful tetapi tidak mempunyai
polisi juga harus di ambil kira. Penemuan yang dijalankan menunjukkan punca utama mengapa
golongan ini masih lagi belum mengambil pelan takaful untuk dirinya sendiri ialah disebabkan
kekangan kewangan.

Manakala, tahap kesedaran di kalangan pekerja swasta terhadap kepentingan takaful adalah
pada tahap yang sederhana. Kesedaran mereka lebih terarah kepada perlunya diri mereka
dilindungi. Tidak kira sama ada skim perlindungan itu takaful ataupun insuran konvensional, ianya

4
bukanlah satu perkara yang memerlukan penilaian yang tinggi. Ini kerana mereka merupakan
diantara kelompok masyarakat yang terdedah dengan risiko yang agak tinggi berbanding dengan
penjawat awam.

Hal ini demikian, kekurangan kesedaran terhadap pentingnya takaful adalah bermula
daripada ilmu mereka, atau maklumat penting yang tidak sampai kepada mereka berkaitan dengan
pentingnya takaful terhadap setiap individu. Hal ini demikian juga, sikap mereka sendiri yang
mana tidak ambil peduli tentang sesuatu perkara. Oleh itu, pihak yang berwajib haruslah
memainkan peranan yang penting terhadap kesedaran masyarakat dengan mengambil langkah
yang wajar dan tepat agar objektif yang hendak dicapai dapat tercapai dengan baik.

JURNAL 5 : PRINSIP GENERAL TAKAFUL SYSTEM DALAM AKAD ASURANSI


SYARIAH DEMI MENCAPAI KEMASLAHATAN (2015)

Rumusan berkaitan dengan jurnal ini adalah Prinsip-prinsip umum dalam praktik asuransi
syariah adalah prinsip tauhid, prinsip tolong-menolong, prinsip kerja sama, prinsip meringankan
beban seseorang, prinsip menghindari gharar, masyir, riba, prinsip risywah, prinsip keadilan,
prinsip amanah, dan saling redha. Secara harfiah prinsip general takaful system adalah prinsip
umum jamin-menjamin dimana di dalamnya ada unsur tolong-menolong, kerjasama dan tentu saja
bertujuan meringankan penderitaan atau beban antar sesama anggota asuransi syariah tersebut.
Prinsip general takaful system adalah prinsip utama dalam praktik perasuransian syariah. Terdapat
3 prinsip asuransi yang merupakan prinsip general takaful system yaitu prinsip bertanggungjawab,
prinsip bekerja sama dan prinsip meringankan beban seseorang. Prinsip ini yang harus
diaplikasikan tidak hanya oleh perusahaan asuransi tetapi juga oleh para nasabah atau anggota
peserta asuransi syariah.

Jika membahas karakteristik asuransi syariah dibandingkan dengan asuransi konvensional,


maka perbezaan yang ada adalah adanya DPS yang bertugas mengawasi produk yang dipasarkan
dan produk yang ada dalam pengelolaan investasi dana dalam asuransi syariah. Selanjutnya, akad
yang dilaksanakan pada asuransi syariah berdasarkan prinsip tolong-menolong atau takaful, dasar
perhitungan investasinya berdasar prinsip bagi hasil atau mudharabah. Karakteristik selanjutnya

5
adalah kepemilikan dana, pada asuransi syariah dana investasi yang terkumpul dari peserta
(premis) merupakan milik peserta, pada asuransi syariah pembayaran dana kebajikan seluruh
peserta, keuntungan yang diperoleh dari investasi dana peserta akan dibagi antara perusahaan
dengan peserta sesuai dengan prinsip bagi hasil, dengan proporsi yang telah disepakati bersama di
awal. Pada asuransi syariah tidak mengenal adanya dana yang hangus meskipun peserta asuransi
menyatakan akan mengundurkan diri karena sesuatu dan lain hal. Dana yang telah disetorkan tetap
dapat diambil kecuali dana yang sejak awal telah diikhlaskan masuk ke dalam rekening tabarru’
atau dana kebajikan.

Anda mungkin juga menyukai