Anda di halaman 1dari 11

WAKAF ZAMAN PEKEMBANGAN ISLAM

Wakaf merupakan filantrofi Islam (Islamic Philanthrophy) yang perlu diberdayakan


untuk kepentingan masyarakat. Dalam sejarah perkembangan Islam, wakaf berperanan penting
dalam mendirikan masjid, musallah, rumah anak yatim, hospital, klinik dan sebagainya.
Penubuhan dan pengurusan wakaf ini telah dilaksanakan pada zaman nabi dan para sahabat. Pada
zaman ini pengurusan wakaf masih lagi tidak meluas selari dengan pekembangan Islam yang
masih lagi baru. Selain itu

Setelah berkembangnya Islam, perkembangan pengurusan wakaf juga turut berlaku di


zaman umayyah dan abbasiyyah. Pada zaman itu, masyarakat berlumba-lumba dalam mewakafkan
harta mereka yang bukan sahaja untuk golongan fakir miskin, bahkan mereka juga mewakafkan
harta untuk pembangunan, institusi pendidikan, membina perpustakaan, membayar gaji pekerja,
biasiswa kepada mereka yang memerlukan dan sebagainya. Semangat masyarakat terhadap
pelaksanaan wakaf pada zaman tersebut menarik perhatian Negara untuk mengetengahkan lagi
pengurusan wakaf yang menjadi sebagai sektor utama dalam membangun ekonomi masyarakat.

Wakaf pada asalnya hanyalah keinginan seseorang yang ingin berbuat baik dengan
kekayaan mereka dan diuruskan secara individu tanpa peraturan yang pasti. Tetapi selepas
masyarakat Islam merasakan betapa bermanfaatnya institusi wakaf ini, maka keinginan timbul
untuk mengatur perwakilan dengan baik. Oleh itu, tubuhnya satu intitusi wakaf pada zaman itu
bagi mengurus harta wakaf dengan lebih baik tanpa sebarang kesalahan dalam membangunkan
harta wakaf.

Selain itu, semasa pemerintahan umayyah mesir, Tawbah bin Ghar Al-Haddramiy
merupakan qadhi (hakim) mesir semasa Khalifah Hisham bin Abd Malik. Beliau sangat berminat
dan prihatin dalam hal berkaitan dengan pengurusan harta wakaf supaya ditubuhkan dalam satu
institusi yang berasingan dengan institusi yang lain dan berada di bawah pengawasan hakim.
Pengurusan wakaf ini adalah yang pertama dilaksanakan dalam pemerintahan wakaf di mesir,
bahkan di seluruh Negara. Disamping itu, Hakim Tauhid menubuhkan pengurusan wakaf di
Basrah. Setelah itu, pengurusan wakaf di bahawa kementerian keadilan telah mengurus dengan
baik dan pembahagian harta wakaf diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Pada zaman abbasiyah pula, terdapat sebuah institusi wakaf ditubuhkan yang berfungsi
sebagai mengurus dan memilih kaki tangan lembaga wakaf. Hal ini demikian menyebabkan
pengurusan wakaf berkembang pesat dan menyebabkan harta wakaf dapat dibahagikan kepada
masyarakat dengan lebih baik serta sistem pengurusan wakaf menjadi lebih cepat sehinggakan
manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat. Selain itu juga, pengurusan wakaf juga dapat
dibangunkan mengikut wakaf khas seperti mana yang telah dimaklumkan oleh pewakaf kepada
pengurus wakaf.

Disamping itu, pada zaman Ayyubiyah di mesir, perkembangan pengurusan wakaf sangat
membanggakan dimana hampir semua tanah petanian menjadi harta wakaf dan semua diusahakan
oleh Negara dan menjadi milik Negara (baitulmal). Ketika pemerintahan solahuddin al-ayubi di
mesir, semua tanah wakaf milik Negara diserahkan kepada yayasan agama dan sosial. Raja
Nuruddin Asy-Syahid merupakan orang yang pertama mewakafkan tanah milik Negara (baitul
mal) kepada yayasan agama dan social dengan ketegasan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang
ulama bahawamewaafkan harta milik Negara hukumnya adalah dibolehkan. Solahuddin Al-
Ayyubi banyak mewakafkan harta milik Negara untuk kegiatan pendidikan seperti mewakafkan
harta untuk perkembangan madrasah mazhab syafi’iyah, malikiyah dan hanafiyah dengan dana
melalui mewakafkan kebun dan tanah pertanian.

Dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Solahuddin Al-Ayyubi, beliau telah
mengenakan cukai kepada orang kristien yang datang dari Iskandar bagi tujuan berdagang. Hasil
daripada cukai yang telah dikutip daripada pedagang diwakafkan kepada ahli fuqaha’ dan para
keturunannya. Hal ini wakaf telah menjadi kemudahan di zaman al-Ayyubiyah untuk kepentingan
politik dan mempertahankan kekuasaannya.

Selain itu, perkembangan wakaf pada zaman mamluk sangat pesat sehinggakan semua
harta yang ada manfaat diwakafkan. Akan tetapi, paling banyak harta yang diwakafkan pada
zaman mamluk adalah tanah pertanian dan pembangunan seperti pejabat, penginapan bagi mereka
yang memerlukan seperti gelandangan dan sekolah. Manfaat wakaf pada zaman mamluk
digunakan sepertimana yang telah ditetapkan, seperti keluarga untuk kepentingan keluarga, wakaf
umum untuk kepentingan umum seperti membantu fakir miskin dan wakaf khas untuk kepentingan
khas sepertimana yang telah ditetapkan pewakaf kepada pengurus wakaf, sekiranya pewakaf
mewakafkan harta untuk pembangunan sekolah maka pengurus wakaf akan melaksanankan
mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu pembangunan sekolah.

WAKAF PADA ZAMAN KINI

Pada zaman ini, di Malaysia pengurusan dan pentadbiran wakaf diletakkan di bawah Majlis
Agama Islam setiap negeri dan Majlis Agama Islam negeri merupakan pemegang tuggal kepada
semua harta wakaf di Malaysia. Perkara ini ditetapkan melalui perundangan bagi setipa negeri.
Setiap negeri mempunyai unit - unit yang khusus menguruskan harta wakaf, membangun,
menyelenggarakan serta melabur harta wakaf supaya berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh
semua umat Islam. Pihak Majlis Agama Islam Negeri - negeri akan merangka projek-projek
pembangunan harta wakaf untuk masyarakat dan dalam masa yang sama perlu memastikan
peraturan dan syarat – syarat pewakaf dipatuhi.

Oleh yang demikian, bagi membangunkan harta wakaf yang boleh mendatangkan
keuntungan kepada masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri akan mengambil kira pandangan dari
jawatankuasa pelaburan dan pembangunan serta Jawatankuasa Syariah. Dalam hal ini,
jawatankuasa pelaburan dan pembanguan berperanan membuat keputusan berkaitan dengan harta
wwakaf yang boleh mendatangkan kemajuan kan manfaat kepada masyarakat. Selain itu,
jawatankuasa syariah pula menentukan jenis –jenis sesuatu wakaf dan menentukan sama ada harta
wakaf tersebut boleh dibangunkan dan dimajukan atau tidak. Kedua jawatan ini memainkan
peranan penting dalam menentukan dan membanguan harta wakaf dengan lebih baik tanpa
barlakunya kesalahan dalam sisi Islam.

Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan senarai 2(1), telah memberikuasa


kepada kerajaan negeri kuasa mengurus hal ehwal agama Islam. Dengan kuasa yang diberikan itu
kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis dan Jabatan Agama Islam yang secara khusus
bertanggungjawab mengurus hal ehwal agama Islam baginegeri masing-masing serta telah pun
menggubal undang-undang yang bersangkutan dengan Islam untuk menguruskan pelbagaiaktiviti,
contohnya mengurus pungutan atau agihan zakat, nikah kahwin, menyelesaikan undang-undang
keluarga Islam, wakaf, khairat dan sebaginya.

HARTA WAKAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Di wilayah persekutuan, mengikut seksyen 61, telah menjelaskan bahawa Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) sebagai pemegang amanah tunggal harta-harta yang
bersangkutan dengan wakaf. Antara bidang tugas yang telah ditetapkan dalam Enakmen undang-
undang Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah- Wilayah persekutuan)
1993 [Akta 505]

“Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana
suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis
hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf
khas, semua nazr ‘am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa
amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang
Islam mengikut Hukum Syarak.”

Untuk membantu urusan pentadbiran dan pengurusan wakaf, kerajaan Malaysia telah
mengisytiharkan penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada 27 Mac 2004
bersamaan 6 Safar 1425H oleh YAB Dato’Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Manakala,
pelancaran rasmi JAWHAR pula telah disempurnakan pada 8 Oktober 2004 bersamaan 23
Syaaban 1425H oleh YB Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Penubuhan JAWHAR ini adalah bertujuan untuk memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat, mal
dan haji di seluruh negara lebih sistematik, tersusun dan berkesan. Antara jenis wakaf yang
diuruskan oleh MAIWP ialah Wakaf Khas dan Am.

Selain itu, sebagai pemegang amanah tunggal terdapat beberapa fungsi yang telah
ditetapkan seperti yang berikut :

I. Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.


II. Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
III. Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf
yang sebenar.
IV. Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan
syiar Islam terus unggul.
V. Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan kepentingan pembangunan
hartanah wakaf.

Bukan itu sahaja, Wilayah Persekutuan juga ada menerangkan cara- cara atau langkah-langkah
yang betul bagi seseorang yang ingin mewakafkan sesuatu harta. Mengikut prosedur yang telah
ditetapkan, terdapat 5 langkah yang harus dituruti iaitu :

I. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada


Baitulmal MAIWP serta melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan
pemilikan harta yang hendak diwakafkan.
II. Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki
membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas.
III. Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang
hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.
IV. Pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf yang disediakan oleh
Baitulmal MAIWP.
V. Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah
Persekutuan dan menyelesaikan urusan proses pewakafan.

HARTA WAKAF DI NEGERI JOHOR

Berkaitan dengan sejarah penubuhan bahagian wakaf di negeri johor ia telahditubuhkan


pada tahun 1313 Hijrah bersamaan dengan 1895 Masihi. Pada peringkat awal penubuhan sistem
wakaf ini di negeri johor, ia ditadbir oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Setelah
ditadbir oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor , diserakan pula kepada Setiausaha
Kerajaan Johor dalam hal – hal yang tertentu iaitu dalam urusan tadbir wakaf serta pemegang
amanah. Diserahkan pula kepada Jabatan Agama di bawah pengurusan yang Yang Di-Pertua
Jabatan Agama Islam johor serta ditemptakan dibawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
denan kuatkuasa Enakmen pentadbiran Agama Islam Johor pada 1978/2003.

Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan dalam penubuhan sistem wakaf.
Antaranya seperti yang berikut :

I. Menjelaskan kepentingan Wakaf dalam merealisasikan pembangunan sosio-ekonomi


ummah.
II. Memberi kesedaran kepada umat Islam bagi merebut peluang pembangunan untuk
memajukan ekonomi Islam.
III. Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang
sebenar.
IV. Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat tentang pembangunan hartanah
wakaf

Penubuhan system wakaf di Negeri Johor mempunyai fungsi utama yang tersendiri yang
telah diamalkan dan dilaksanakan iaitu yang pertama menurus, mentadbir dan menjaga Kumpulan
Wang Wakaf sebagai pemegang amanah wakaf. Hal ini bermaksud negeri johor berperanan
sebagai pemegang amanah Wakaf menurut seksyen 89 Enakmen Agama Islam Negeri Johor 2003,
Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menjadi pemegang amanah tunggal berkaitan dengan:

semua wakaf, sama ada wakaf am atau khas, semua nazr am, dan segala jenis amanah yang
mewujudkan apa-apa amanah khirat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi
faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak dan bagi semua apa-apa harta berkenaan
dengan wakaf, nazr am atau amanah di Negeri Johor.

Antara jenis harta wakaf di johor adalah wakaf daripada individu dan rizab
kerajaan/pertubuhan (Irshod) . selain itu juga, wakaf am dan wakaf khas merupakan jenis harta
wakaf yang ada di johoh dalam bentuk dan tujuan seperti tanah, bangunan dan kediaman serta
tapak masjid,surau, sekolah agama, kubur dan pertubuhan anak yatim. Disamping itu juga,
menubuhkan saham wakaf johor. Ia merupakan satu skim yag ditawarkan oleh Majlis Agama
Islam Negeri dengan nilai RM 10 seunit untuk dimiliki oleh umat Islam dan mewakafkan saham
tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada
umat Islam. Oleh yang demikian, Saham Wakaf Johor diwujudkan adalah bertujuan untuk
menggalakkan umat Islam di negeri ini khususnya untuk mengamalkan ibadah berwakaf.

HARTA WAKAF DI NEGERI SELANGOR

Pengurusan dan pelaksanaan harta wakaf di Selangor terletak di bawah pengurusan


Perbadanan Wakaf Selangir (PWS), Majlis Agama Islam Selangor. Dibawah seksyen 2(1)
Enakmen Wakaf (NegeriSelangor) 1999 (No.7 Tahun 1999) (EWS) memperuntukan tafsiran
wakaf sebagai :

“menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan
kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukumSyarak tetapi tidak
termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah AktaPemegang Amanah 1949
[Akta208]”.

Di negeri Selangor menguruskan harta wakaf yang berbentuk am dan khas, pengurusan
harta wakaf am dan khas adalah merupakan wakaf berbentuk Saham Wakaf Selangor(SWS).
Saham ini adalah salah satu cara berwakaf memalui wang tunai iaitu dengan cara membel unit-
unit saham yang telah ditawarkan oeh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang
amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangot dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-
lamanya kerana Allah SWT dengan tujuan kepentingan dan kebajikan umat Islam.

Selain itu, terdapat prosedur penyertaan yang telah ditetapkan iaitu pada awalnya
penyertaan hendaklah menggunaka boring yang disediakan iaitu (Borang B1). Penyertaan bermula
dengan nilai RM10 seunit dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Penyertaan melalui cek
hendaklah di atas nama ‘Perbadanan Wakaf Selangor’. Penyertaan ini terbuka kepada seluruh
masyarakat Islam dan syarikat korporat. Selain itu juga, sijil akan diberikan kepada pewakaf yang
menyertai (SWS) bernilai RM50 dan keatas sahaja. Setiap peserta tidak menerima sebarang bentuk
dividen atau keuntungan keran ianya bersifat wakaf dan penyertaan juga boleh bagi pihak wakil
atau man-mana individu yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup.
Disamping itu, berkaitan dengan wakaf khas, prosedur Kutipan Saham Wakaf Selangor
(Wakaf Khas) , pembukaan Akaun Wakaf Khas merupakan kaedah untuk mengutip dana wakaf
yang diberikan kebenaran dari pihak Perbadanan Wakaf Selanor bagi pembangunan dan
pembinaan masjid dan surau yany tidak termasuk di dalam Rancangan Malaysia (RMK). Ini
sepertimana yang telah diputuskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) bahawa
sebarang bentuk pembangunan asset kekal di negeri Selangor yang tidak termasuk di dalam
peruntukan RMK perlulah menggunakan prosedur kutipan wakaf khas. Prosedur ini juga boleh
digunakan bagi pembinaan surau, sekolah dan pembangunan sekolah-sekolah swasta. Pihak yang
telah diluluskan permohonannya untuk menggunakan prosedur wakaf khas ini akan dibekalkan
dengan buku resit untuk membuat kutipan Saham Wakaf bagi projek yang telah dinyatakan dan
yang telah diluluskan. Nilai bagi satu unit Saham Wakaf cuma RM 10 sahaja.
Keistimewaan penggunaan prosedur wakaf khas ini adalah pewakaf akan mendapat pengecualian
cukai sebanyak 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat.

Berkaitan dengan permohonan pula adalah seperti yang berikut:

I. Pihak yang membuat permohonan hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara yang


berkaitan dengan tapak dan tanah bagi pembangunan telah selesai;
II. Menyediakan surat permohonan menggunakan prosedur kutipan wakaf khas;
III. Menyediakan kertas kerja yang lengkap;
IV. Menyertakan di dalam kertas kerja tersebut surat kebenaran dari pihak JAIS, PBT dan surat
sokongan lain yang berkaitan; dan
V. Pihak yang membuat permohonan hendaklah menamakan 5 individu sebagai ejen kutipan
wakaf khas tersebut. Borang boleh didapati dalam laman sesawang rasmi PWS iaitu
www.wakafselangor.gov.my. Borang-borang yang terlibat adalah seperti berikut:-
a. Boring permohonan wakaf khas
b. Boring kuasa menyedia dan menandatangani resit (Borang G)
HARTA WAKAF DI NEGERI KELANTAN

Pengurusan harta wakaf ni Kelantan pula ditubuhkan dibawah Majlis Agama Islam Negeri
Kelantan (MAIK) melalui enakmen MAIK 1994 seksyen 61 menyatakan bahawa :

“Walau apapun peruntukan yang berlawanan dengan mana-mana surat cara atau perisytiharaan,
Majlis hendaklah menjadi pengawal tunggal kepada semua wakaf, sama ada wakaf am atau khas,
semua nazar am dan semua amanah khairat untuk kepentingan Agama Islam dan orang-orang
Islam, setakat mana harta itu terletak hak kepadanya atau yang terletak di dalam Negeri
Kelantan”.

Selain itu, di Kelantan terdapat tiga kategori wakaf yang telah ditubuhkan iaitu, wakaf am,
khas dan zurri. Wakaf am ini adalah wakaf yang manfaatnya bersifat umum yang boleh digunakan
sebarang kegiatan keislaman. Wakaf khas pula adalah wakaf yang manfaatnya bersifat khusus
kepada jihah atau pihak tertentu seperti madarasah, musalla, rumah anak yatim, perkuburan ,
rumah gelandangan, rumah murah bagi mereka yang tidak berkemampuan dan sebagainya.
Disamping itu juga, wakaf zurri bermaksud wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan wakif
iaitu kaum keluarga sehingga anak cucu turun temurun.

Seterusnya Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) telah membangunkan beberapa
premis wakaf bagi mempermudahkan urusan berkaitan dengan harta wakaf serta mempercepat dan
melicinkan pengurusan wakaf, antaranya :

1. Bangunan Perniagaan Jalan Dato Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Premis


perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Dato Lundang Kota Bharu adalah
premis wakaf yang diberi sewa, yang mana hasil daripada sewaan premis ini
disalurkan untuk kebajikan umat islam
2. Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu,
Kelantan. Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan
antara pembangunan bagi manafaat kebajikan yang telah dibina diatas tanah Wakaf
Sultan Mansor. Sistem pendidikan yang baik di sekolah ini, banyak melahirkan para
ilmuan dan pelajar yang berpendidikan tinggi.
3. Premis Kediaman Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Antara hartanah wakaf
dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah
kediaman wakaf yang terletak di Pintu Geng Kota Bharu. Kediaman wakaf ini
diberi sewa dengan kadar yang berpatutan dan hasilnya disalurkan kembali untuk
kebajikan umat Islam.
4. Bangunan Perniagaan Di Jalan Che Su, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan
perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Che Su Kota Bharu adalah
bangunan wakaf yang diberi sewa dan hasil sewaannya disalurkan kepada Tabung
Yayasan Pengajian Tinggi (TYPT) yang mana wang daripada tabung ini diagihkan
kepada pelajar yang menyambung pengajian ke luar Negara.

HARTA WAKAF DI NEGERI KEDAH

Sejarah pengurusan harta wakaf di negeri kedah pada asalnya telah wujud sebelum tanah
melayu merdeka dan pada masa itu negeri kedah telah berada di bawah pengaruh British. Tiada
undang-undang khusus mengenai wakaf diwujudkan. Pentadbiran Agama Islam dilaksanakan
melalui Majmag Masyaih Islam di amna Syheikul Islam dilantik oleh Sulta sebagai mengetuai
urusan pentadbiran Islam dan dilantik seorang Khadi Besar pegawai KHusus untuk mentadbir Hal
Ehwal Agama Islam. Tanah – tanah wakaf ditadbir urusan mengikut komuniti masyarakt setempat
di mana Imam atau penghulu masjid-masjid menguruskan harta wakaf masjid dan perkuburan
Islam. bagi tanah-tanah wakaf yang bukan untuk tujuan umum nazir khas telah dilantik oleh
pewakaf untuk mengurus harta wakaf mengikut tujuan dan kehendak pewakaf.

Setelah itu, undang- undang khusus wakaf di negeri kedah telah ditubuhkan pada 1962
serentak dengan penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai sebuah Badan Berkanun
Kerajaan Negeri. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri Kedah No.9 Tahun 1962. Di dalam enakmen tersebut telah memperuntukan bahawa harta-
harta wakaf terserah milik dan terletak hak kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai
pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Kedah.

Selain itu, negeri kedah menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah
melalui Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 Seksyen 52 :

“Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat
cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis
hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal : semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf
khas, semua nazr am dan segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khariat bagi
menyokong dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum
syarak.

Perletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis menurut seksyen 53 iaitu: semua
harta yang tertakluk kepada seksyen 52 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak, atau
pindah milik, dan dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang
bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazr am
atau amanah yang menyentuh harta itu.

Berdasarkan enakmen ini segala harta berbentuk tidak alih seperti tanah , rumah dan
sebagainya didaftarkan dibawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Majlis Agama Negeri Kedah
(MAIK) bertanggungjawab dalam melaksanakan serta mengurus harta wakaf tersebut mengikut
apa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh seseorang mewakafkan tanah untuk membangunkan
sekolah, maka pihak MAIK bertanggungjawab dalam hal ini.

Anda mungkin juga menyukai