Anda di halaman 1dari 7

Wakaf di dalam Islam

WAKAF DI DALAM ISLAM

Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana tradisi tersebut dipegang kuat oleh sahabat- sahabat dan para pengikutnya. Sistem wakaf telah memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada golongan yang tidak bernasib baik dan melahirkan ramai para pemikir terulung dan berbagai institusi di dalam peradaban Islam.

Wakaf adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf selama harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan. Contoh amalan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah apabila Sayidina Umar mewakafkan sebuah ladang yang dihadiahkan kepadanya supaya hasil tanaman dari ladang tersebut dapat dimilikki oleh masyarakat setempat ketika itu.

Di satu ketika yang lain pula, Sayidina Uthman b. Affan telah membeli sebuah telaga yang dikenali sebagai telaga Roman yang kemudiannya dijadikan sumber air oleh orang ramai pada ketika itu.

Sejak itu, amalan wakaf terus berkembang, apabila umat Islam mula mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan masjid. Oleh kerana masjid adalah sumber ilmu, maka wakaf dikembangkan pula ke pembinaan pusat pengajian, kediaman, kesihatan dan berbagai infrastruktur lain sehinggalah pada hari ini.

Di antara pusat pengajian Islam terulung hasil dari amalan wakaf termasuk Universiti AlAzhar di Mesir, Al-Qarawiyyin dan Zaitouna. Dari segi pentadbiran kerajaan pula, satu contoh perlaksanaan Wakaf Tunai bagi membantu kesejahteraan rakyatnya adalah pada zaman Empayar Uthmaniyah di Turki. Empayar Uthmaniyah mencapai kegemilangan dengan bantuan amalan wakaf tunai yang meluas ketika itu sehingga berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahankemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan seumpamanya kepada masyarakat Turki.

Di dalam sector perubatan, salah satu hospital yang dibina hasil dari amalan wakaf ialah Hospital Al Noorie di Damascus yang dibina pada tahun 1145AD. Ianya adalah hospital pertama yang meggunakan sistem rekod perubatan yang kemudiannya menjadi pusat pengajian perubatan. Ramai

ahli perubatan terkenal menamatkan pengajian mereka di pusat perubatan ini termasuk Ibn Nafis, ahli perubatan terulung yang menemui teori system pernafasan di dalam paru-paru manusia.

Hospital ini beroperasi sehingga 7 abad dan sebahagian daripada hospital ini masih beroperasi sehingga ke hari ini. 2 Amalan Wakaf merangkumi segala aspek kehidupan termasuk pembinaan jalan dan jambatan, menyediakan sumber bekalan air bagi penduduk setempat, pemberian wang tunai bagi kerja-kerja penyelenggaraan harta wakaf, alat bertani, buku-buku, ilmu dan sebagainya yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Pengertian Wakaf
Wakaf adalah salah satu konsep pemberian harta yang terdapat di dalam Islam. Konsep ini juga adalah berlandaskan konsep sedekah.

Kita boleh merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar; iaitu apabila Umar Ibn al-Khattab mahu mensedekahkan sebidang tanahnya, Rasulullah s.a.w telah bersabda Kalau engkau setuju, tahanlah harta berkenaan dan sedekahkan manfaat (hasil) kepada tujuan-tujuan kebajikan. Umar kemudiannya mensedekahkan hasil tanah tersebut kepada fakir miskin, sanak saudaranya, pembebasan hamba dan tujuan ke jalan Allah dengan syarat harta tersebut tidak boleh dijual, diwarisi dan diberikan kepada orang lain.

Apabila seseorang telah mewakafkan hartanya maka dia tidak mempunyai apa-apa hak atau hubungan ke atas harta tersebut. Sebagai contoh jika harta yang diwakafkan adalah sebidang tanah maka tuanpunya tanah tidak boleh menjual, mencagar atau memindah milik tanah tersebut.

Harta tersebut dianggap sebagai hak Allah. Penerima wakaf tersebut adalah perlu memanfaatkan harta tersebut menurut syarat-syarat wakaf.

Terdapat dua kategori wakaf, iaitu wakaf am dan wakaf khas. - Wakaf am adalah wakaf yang dilakukan untuk tujuan kebajikan tanpa menentukan mana-mana penerima dengan cara khusus. Sebagai contohnya, seseorang itu mewakafkan tanahnya di atas tujuan kebajikan dan tidak menentukan kepada siapa hasil tanah itu patut diberi. Maka terpulang kepada penerima wakaf untuk menentukan siapa dan bagaimana kegunaan/hasil tanah tersebut diberi, di atas tujuan kebajikan.

- Wakaf khas adalah di mana terdapat tujuan khusus dan penerima-penerima yang tertentu bagi hasil wakaf tersebut. Pemberi wakaf akan menetapkan siapa penerima wakaf dan bagaimana kegunaan wakaf tersebut perlu diagihkan. Wakaf khas termasuklah wakaf yang boleh diberikan kepada keluarga. Biasanya bagi wakaf keluarga, pemberi wakaf akan mensyaratkan peratusan tertentu bagi ahli keluarga yang tertentu.

Pemberi wakaf juga boleh membahagikan harta secara kombinasi iaitu wakaf am dan wakaf khas. Sebagai contoh pemberi wakaf boleh memberi peratusan yang tetap dari hasil tanah kepada ahli keluarganya (wakaf khas) dan selebihnya di beri kepada kebajikan.

Majlis Agama Islam adalah badan yang bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengurusan harta wakaf. Ini adalah di atas rujukan terhadap Seksyen 61 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993. Oleh itu pemberi wakaf haruslah membuat permohonan ke Majlis Agama Islam. Permohonan tersebut haruslah menjelaskan tujuan, takat pemberian dan penerima wakaf (sekiranya khusus). Dokumen hakmilik harta juga harus disertakan.

Pihak Majlis akan menjalankan siasatan dan memastikan bahwa harta tersebut adalah bersih dari apa-apa tuntutan. Setelah pasti bahawa tiada apa-apa halangan ke atas wakaf tersebut maka barulah permohonan tersebut diluluskan. Pemberi wakaf akan menyempurnakan suratcara (dokumen) bagi penyempurnaan wakaf. Beliau juga harus membawa dua orang saksi.

Suratcara ini akan disediakan oleh pihak Majlis. Suratcara ini akan menyatakan butir-butir pemberi wakaf, saksi-saksi, jenis harta yang mahu diwakafkan, peratusan pembahagian dan tujuan wakaf tersebut. Ini adalah bagi memastikan tiada kesangsian terhadap bagaimana wakaf tersebut akan diuruskan.

Pemberi wakaf juga harus menyediakan surat akuan sumpah bagi menyatakan dan membuktikan bahawa wakaf tersebut dilakukan dengan kehendaknya sendiri dan tiada unsur paksaan. Ini adalah bagi mengelakkan timbulnya tuntutan dari pihak pewaris.

Semasa proses memberi wakaf ini, pemberi wakaf akan melafazkan ijab (penawaran) dan pihak

Majlis akan menyatakan qabul (penerimaan) atau kesediaannya menjalankan wakaf tersebut. Pemberi wakaf sekiranya harta yang diwakafkan adalah tanah maka perlu kemudiannya menyempurnakan proses pindahmilik harta. Majlis akan menjadi pemegang amanah tunggal hartanah tersebut dan bertanggung jawab untuk melaksanakan hasrat pemberi wakaf.

Jenis Wakaf
JENIS WAKAF

Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu :

Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Wakaf Muqayyad (KHAS) amalan mewakafkan harta dimana pewakaf menyatakan tujuan wakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.

Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya.

Hikmah Wakaf
HIKMAH WAKAF

1. Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

2. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumbalumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.

3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.

4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.

5. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

HIKMAH WAKAF

Details
Hits: 149

Himah Wakaf , baik bagi wakif (orang yang berwakaf) maupun bagi masyarakat secara luas. Berikut ini poin-poin hikmah wakaf yang bisa dijelaskan dengan pendalaman dari berbagai sisi dengan berbagai fakta penguatnya. 1. Wakaf menanamkan sifat zuhud dan sifat tolong menolong dalam amal kebaikan dan kemaslahatan sesama umat islam. 2. Menanamkan kesadaran bahwa didalam setiap harta benda, mesti telah menjadi milik pribadi yang sah, tetap harus memiliki fungsi sosial. 3. Meningkatkan banyaknya aset-aset yang digunakan untuk kepentingan umum yang sesuai dengan ajaran Islam. 4. Wakaf adalah sumberdaya potensial bagi kepentingan peningkatan kualitas umat,seperti pendidikan, kesehatan, kesejahtraan, ekonomi, dakwah dan lain sebagainya. 5. Wakaf merupakan peluang amal saleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. 6. Wakaf diharapkan mampu memandirikan ummat Islam dalam berbagai persoaalan sosial ekonomi dan melepaskan diri dari ketergantungan dengan berbagai pihak yang tidak sejalan dan setujuaan dengan ummat Islam, 7. Wakaf sekaligus menjaddi instrumen penting dalam mewujudkan sistem ekonomi syari'ah.
HIKMAH DAN KEUTAMAAN WAKAF Dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu, Sesungguhnya Nabi Shallallaahu Alaihi Wasallam telah bersabda,

Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah (wakaf)[4], ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang mendoakan ibu bapaknya.[5]
Dari hadits tersebut jelaslah bahwa wakaf bukan hanya seperti sedekah biasa, tetapi lebih besar ganjaran dan manfaatnya terhadap diri yang berwakaf. Karena ganjaran wakaf itu terus menerus mengalir selama barang wakaf itu masih berguna. Wakaf bagi masyarakat, dapat menjadi washilah (jalan) untuk kemajuan

ummat yang seluas-luasnya. Bahkan, ummat Islam terdahulu dapat berkembang dan maju dikarenakan dari hasil wakaf sebagian kaum muslimin. Berkembangnya agama Islam seperti yang kita lihat sekarang ini diantaranya adalah karena hasil wakaf dari kaum muslimin. Bangunan-bangunan masjid, mushalla (surau), madrasah, pondok pesantren, panti asuhan dan sebagainya hampir semuanya berdiri diatas tanah wakaf. Bahkan banyak pula lembaga-lembaga pendidikan Islam, majelis taklim, madrasah, dan pondok-pondok pesantren yang kegiatan operasionalnya dibiayai dari hasil tanah wakaf. Karena itulah, maka Islam sangat menganjurkan bagi orang-orang yang kaya agar mau mewariskan sebagian harta atau tanahnya guna kepentingan Islam. Hal ini dilakukan atas persetujuan bersama serta atas pertimbangan kemaslahatan ummat dan dana yang lebih bermanfaat bagi perkembangan ummat. Dengan demikian, manfaat wakaf tidak hanya dapat dirasakan oleh ummat Islam saat ini, akan tetapi dapat juga dirasakan manfaatnya bagi generasi ummat Islam pada masa-masa yang akan datang. Adapun hikmah wakaf adalah sebagai berikut: Melaksanakan perintah Allah Azza Wa Jalla untuk selalu berbuat baik. Firman Allah Azza Wa Jalla: Hai

orang-orang yang beriman, rukulah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (QS Al Hajj : 77)
Memanfaatkan harta atau barang tempo yang tidak terbatas. Kepentingan diri sendiri sebagai pahala sedekah jariah dan untuk kepentingan masyarakat Islam sebagai upaya dan tanggung jawab kaum muslimin atas kaum muslimin lainnya. Mengenai hal ini, Rasulallah Shallallaahu Alaihi Wasallam bersabda dalam salah satu haditsnya: Barangsiapa yang peduli terhadap kebutuhan saudaranya, maka Allah selalu peduli terhadap

kebutuhannya.. [6]
Mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan pribadi. Wakaf (biasanya dapat) diberikan kepada badan hukum yang bergerak dalam bidang sosial kemasyarakatan. Hal ini sesuai dengan kaidah usul fiqih yaitu; Kemaslahatan umum harus didahulukan

daripada kemaslahatan yang khusus.


Tujuan wakaf dapat tercapai dengan baik, apabila faktor-faktor pendukungnya ada dan berjalan. Misalnya nadir atau pemelihara barang wakaf. Wakaf yang diserahkan kepada badan hukum biasanya tidak mengalami kesulitan. Karena mekanisme kerja, susunan personalia, dan program kerja telah disiapkan secara matang oleh yayasan penanggung jawabnya.[7] Adapun manfaat wakaf bagi orang yang menerima atau masyarakat adalah: 1. 2. 3. Mampu menghilangkan kebodohan dan mencerdaskan ummat. Mampu menghilangkan atau mengurangi tingkat kemiskinan. Mampu menghilangkan atau mengurangi kesenjangan sosial sehingga laju ekonomi tidak terpusat pada kelompok masyarakat ekonomi kelas atas saja.

4.

Mampu menstimulus kemajuan serta meningkatkan kesejahteraan ummat.

Anda mungkin juga menyukai