Anda di halaman 1dari 5

Permohonan Agihan Zakat

Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul


Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan
seperti berikut :

1. LZS terima permohonan borang yang lengkap dari


pemohon.

2. Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar


had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem
Agihan Zakat

3. Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan

4. Pemohon diluluskan/ditolak

5. Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin

6. Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan


diberikan

Asas Pertimbangan Had Kifayah

Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had


Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi
Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi
pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan

 Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau


sementara.

 Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan


kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau
kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.

 Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja

 Pemohon menanggung anak yang ramai

 Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan


kos penjagaan anak-anak semasa bekerja

 Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti.


Kadar
Berikut adalah kadar had kifayah yang digunakan oleh LZS bagi
menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan
asnaf. Terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh
pegawai LZS.

Kadar Pengiraan Had Kifayah

Kadar Rumah Berbayar Kadar Rumah Percuma


Bil Kategori Keperluan Asas
(RM) (RM)

1 Ketua Keluarga Rumah 529.00 199.00

Makanan 138.00 138.00

Pakaian 38.00 38.00

Ibadah 53.00 53.00

Kesihatan & Penjagaan Diri 25.00 25.00

Pengangkutan 157.00 157.00

Jumlah RM940.00 RM610.00

Bil Kategori Keperluan Asas Kadar (RM)

2 Dewasa Bekerja (18 Tahun Ke Atas) Makanan 122.00

Pakaian 38.00

Ibadah 53.00

Kesihatan & Penjagaan Diri 25.00


Bil Kategori Keperluan Asas Kadar (RM)

Pengangkutan 157.00

Jumlah   RM395.00

       

3 Dewasa Tidak Bekerja(18 tahun keatas) Makanan 132.00

Pakaian 38.00

Kesihatan & Penjagaan Diri 25.00

Jumlah   RM195.00

     

4 Anak Belajar IPT Makanan 131.00

  Pakaian 38.00

  Pendidikan 376.00

  Kesihatan & Penjagaan Diri 25.00

Jumlah   RM570.00

     

5 Anak Bersekolah (Berumur 6-17 Tahun) Makanan 116.00

  Pakaian 38.00

  Pendidikan 81.00

  Kesihatan & Penjagaan Diri 25.00

Jumlah   RM260.00
Bil Kategori Keperluan Asas Kadar (RM)

     

6 Anak 5 Tahun Ke Bawah Makanan 54.00

  Pakaian 38.00

  Kesihatan & Penjagaan Diri 23.00

Jumlah   RM115.00

Tambahan (Jika ada)

1. Tanggungan anak cacat – 200.00


2. Tanggungan Pesakit Kronik – 200.00
3. Kos Penjagaan Anak – 250.00

Pengkelasan Fakir atau Miskin

Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada


mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah
keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung
kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Contoh :-
“Pak Ali dan isterinya tinggal dirumah yang disewa di kawasan
Ampang dan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dengan
pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak
Ali juga menanggung lima orang anak. 2 orang belajar di
sekolah menengah dan 2 orang lagi belum
bersekolah manakala seorang lagi anak perempuan Pak Ali
sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.”
Berikut adalah kedudukan had kifayah bagi keluarga tersebut:

Bil Kategori Kadar Had Kifayah Bilangan Orang Jumlah (RM)

1 Ketua Keluarga 940.00 1 940.00

2 Pasangan 195.00 1 195.00

3 Dewasa Tidak Bekerja ( 18 tahun ke atas) 195.00 1 195.00

4 Anak Berumur 6-17 Tahun 260.00 2 520.00

5 Anak Berumur 0-5 Tahun 115.00 2 230.00

  Tambahan      

  Tanggungan/Anak Cacat 200.00 Tiada Tiada

  Penjagaan Anak 250.00 Tiada Tiada

  Kos Perubatan Sakit Kronik 200.00 Tiada Tiada

Jumlah Had Kifayah Pendapatan Keluarga Jumlah Had Kifayah

-880.00
2080.00 1200.00
(Miskin)

Anda mungkin juga menyukai