Anda di halaman 1dari 6

NAMA: NUR ZULAIKHA ILYANA BINTI MOHD ZAINAL

NO MATRIK: I17302491

KUIZ

1. Bincangkan definisi, gambaran dalam fikiran anda dan contoh politik yang
dikotori. (5 markah)

Politik yang suci sudah dikotori oleh tangan sebilangan politikus dengan elemen seperti
fitnah, penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sehingga rakyat berasa mual.

Sebagai contoh, Kalau memang politik mempunyai kedudukan sedemikian, apakah punca
sebenar politik itu dianggap ‘kotor’? Dalam hal ini saya berpandangan, politik dipandang
sebagai sesuatu yang ‘kotor’ kerana ia diuruskan oleh pihak-pihak yang tidak mempunyai
lima kriteria sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Jarir al-Tabari sebelum ini iaitu
faqih, ‘alim, basyir bi al-siyasah, basyir bi al-tadbir, dan qa’im bi syu’un al-ra‘iyyah bi ma
yuslihum fi dunyahum wa dinihim. Pihak-pihak yang tidak memenuhi lima kriteria ini
dikenali juga sebagai ahl al-mufsidin (orang-orang yang melakukan kerosakan).

Apabila urusan politik diuruskan oleh ahl al-mufsidin, maka mulalah berlaku ‘politik kotor’
seperti politik yang penuh dengan cacian, makian, saling jatuh menjatuhkan antara satu sama
lain, mendedahkan keaiban serta kelemahan orang dan sebagainya. Apabila hal ini terjadi,
usaha yang dapat membawa kebaikan dan perubahan kepada masyarakat kian terabai. Banyak
masa dalam aktiviti politik dihabiskan untuk hal-hal perebutan kuasa dan demi mencapai
kemahuan politik peribadi.

Misalnya, dalam kerancakan pemimpin parti-parti politik berkempen dan berceramah untuk
menarik lebih ramai penyokong, kadangkala dilihat cara mereka berkempen itu sudah
melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh Islam, seperti sering menggunakan pendekatan
mencaci dan mendedahkan keaiban orang lain.
Sudah menjadi tabiat sebahagian orang politik kini menggunakan pendekatan mencaci dan
mencela satu sama lain. Pada hakikatnya, setiap cacian dan celaan yang keluar dari mulut itu
mempunyai pengaruh dan implikasi yang besar terhadap orang lain. Ia pasti akan memberi
kesan mendalam di hati orang lain yang ditujukan dengan cacian dan celaan itu. Imam al-
Ghazali berkata, “Kata-kata yang masuk ke dalam hati menerusi telinga adalah ibarat
makanan yang masuk ke dalam perut menerusi mulut. Ada yang memberi manfaat dan ada
yang menjadi mudarat. Ada yang menjadi penawar dan ada yang menjadi racun.”

2. Menurut pendapat anda, adakah politik Islam boleh menyelesaikan isu covid-
19? Bagaimana caranya?

Ya. Dalam usaha yang dijalankan bagi memutuskan rantaian jangkitan, antara langkah yang
terpaksa diambil adalah dengan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Langkah ini diharapkan mampu “meratakan lekuk epidemiologi” bagi memberikan ruang
kepada sektor penjagaan kesihatan untuk mencapai kapasiti yang mencukupi bagi
menghadapi wabak ini.

Sesungguhnya respon kerajaan terhadap wabak Covid-19 sewajarnya dibuat dengan


meletakkan nilai kemanusiaan terlebih dahulu tanpa menjadikan pertimbangan ekonomi
semata-mata sehingga boleh menggugat keselamatan dan kesihatan rakyat. Namun, tidak
dinafikan bahawa faktor ekonomi juga perlu diberikan perhatian oleh negara.

1. Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Sepertimana kebanyakan negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, antara langkah
penyelesaian yang diambil adalah dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bagi
menghadapi kesan buruk Covid-19 kepada ekonomi negara.

Pada 27 Februari lalu, Perdana Menteri interim pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed
telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi (PRE) sebagai langkah untuk menghadapi
wabak Covid-19 serta menangani implikasinya terhadap rakyat di negara ini. Tiga strategi
utama yang dilaksanakan dalam PRE tersebut merupakan:
Strategi I: Menangani impak Covid-19;

Strategi II: Memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat; dan

Strategi III: Menggalakkan pelaburan berkualiti

Secara umumnya, strategi-strategi yang dirancang dalam PRE 2020 ini merangkumi dua
pendekatan utama iaitu melalui polisi kewangan dan polisi fiskal. Setelah berlakunya
peralihan tampuk pemerintahan yang menyaksikan kerajaan diterajui oleh Perikatan
Nasional, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya mengumumkan
empat langkah tambahan bagi memperkukuhkan PRE tersebut pada 16 Mac lalu. Namun,
secara keseluruhannya strategi yang menjadi asas kepada PRE tetap tidak berubah.

2. Polisi Kewangan (Monetary Policy)

Melalui polisi kewangan, fokus utama yang diberikan adalah untuk menggalakkan pinjaman
wang dibuat oleh industri dan orang ramai. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM
3.5 bilion sebagai dana pinjaman merujuk terutamanya kepada dana yang disediakan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pinjaman mudah. Di samping itu, beban kewangan
peminjam juga cuba diringankan melalui langkah penstrukturan dan penjadualan semula
pinjaman perniagaan.

Terdahulu, BNM telahpun mengumumkan penurunan Kadar Asas Semalaman (OPR)


sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus, kadar terendah dalam tempoh sepuluh tahun.
Langkah tersebut bertujuan untuk mengerakkan ekonomi yang sedang dilanda kelembapan,
dengan cara menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dengan cara berhutang. Kaedah ini
akan membolehkan duit dapat dicetak dan diputarkan dalam ekonomi agar ekonomi kembali
aktif.

Galakan berhutang yang disertakan riba ini merupakan antara pendorong yang menjana
industri perbankan yang menjadi tunjang dalam sistem ekonomi kapitalis. Namun langkah
tersebut boleh mendatangkan malapetaka kerana ia menghasilkan gelembung ekonomi yang
apabila sampai masanya, pasti akan meletup. Pada waktu itu, ia pasti akan mencetuskan krisis
ekonomi yang parah.

Pada skala yang lebih besar, badan kewangan dunia seperti IMF turut mengambil peluang
untuk mengetengahkan solusi pinjaman ribawi kepada negara-negara dunia dalam
menghadapi wabak Covid-19 serta implikasi buruk ekonomi akibat penularannya. Pinjaman
daripada luar pula menyebabkan negara terpaksa memperuntukkan sebahagian pendapatan
negara untuk membayar hutang pada masa akan datang, dan ini diburukkan lagi dengan
adanya riba.

Kesannya negara terpaksa mengambil langkah mengurangkan peruntukan kepada sektor-


sektor tertentu bagi membayar hutang tersebut. Langkah tersebut berpotensi menjejaskan
kualiti perkhidmatan dan juga kebolehcapaian rakyat kepadanya. Lebih membimbangkan
sekiranya sektor seperti kesihatan dan pendidikan turut terkesan dengan pengurangan
peruntukan ini. Meskipun buat masa ini, kerajaan belum lagi memutuskan untuk membuat
pinjaman luar, namun kemungkinannya tetap ada seandainya negara sudah kekurangan dana.

Langkah tersebut bukanlah suatu yang bersifat lestari, bahkan bakal membinasakan kerana ia
merupakan penyelesaian singkat bersifat ‘survival’ yang boleh memberikan kesan buruk di
kemudian hari.

3. Polisi Fiskal (Fiscal Policy)

Sementara itu, strategi-strategi yang terangkum di bawah polisi fiskal pula termasuklah
langkah-langkah pengecualian atau potongan cukai, dan perbelanjaan dalam pembangunan
infrastruktur.
Secara teorinya, pemberian insentif cukai (sama ada dalam bentuk potongan mahupun
pengecualian cukai-cukai tertentu) membolehkan pemain industri mempunyai lebihan dana
untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui perbelanjaan atau pelaburan, sekali gus
meningkatkan lagi permintaan dalam industri.

Bagi memenuhi permintaan yang meningkat ini, secara tidak langsung diharapkan supaya
peluang pekerjaan turut bertambah. Di samping itu, persaingan bagi mendapatkan tenaga
kerja turut berlaku dan kemudiannya mendorong kepada kenaikan kadar gaji pekerja. Namun,
realitinya tidak selalunya terjadi sedemikian rupa. Golongan pemodal tidak semestinya
cenderung untuk mengambil lebih banyak pekerja meskipun mempunyai lebihan dana,
terutamanya tatkala berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi.

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi peluang pekerjaan. Antaranya
termasuklah keserasian antara ‘bekalan’ (supply) di pihak universiti / institusi pengajian
dengan ‘permintaan’ (demand) di pihak industri dalam menentukan kebolehpasaran graduan.

Sementara itu, perbelanjaan kerajaan dalam projek-projek pembangunan infrastruktur


berskala kecil turut dirancang untuk dilaksanakan. Projek-projek berskala kecil yang
mencecah jumlah sebanyak RM2 bilion tersebut akan memberi fokus kepada pembangunan
infrastruktur luar bandar dan akan dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera kecil.

Sungguhpun demikian, kerajaan tidak pula meletakkan keutamaan dalam pembangunan


infrastuktur kesihatan yang sewajarnya perlu diberikan perhatian dalam menghadapi wabak
Covid-19 yang sedang melanda. Dalam inisiatif tambahan yang diumumkan oleh Muhyiddin
pada 23 Mac, peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta telah disediakan bagi mengambil
2,000 kakitangan baharu secara kontrak, manakala RM500 juga lagi untuk membeli peralatan
bantuan pernafasan (ventilator), peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) dan
keperluan makmal untuk saringan Covid-19.
4. Bantuan Langsung Kepada Rakyat

Dalam PRE yang diumumkan Mahathir, beberapa langkah telah diambil bagi menyalurkan
wang tunai dalam bentuk bantuan mahupun elaun kepada rakyat, pekerja sektor pelancongan,
dan penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam menangani Covid-19. Bantuan Sara
Hidup (BSH) telah diawalkan di samping tambahan bayaran tunai sebanyak RM100 secara
one-off. Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan pengurangan kadar caruman pekerja
KWSP bagi meningkatkan jumlah simpanan wang yang berada di tangan pencarum.

Beberapa hari setelah PKP dikuatkuasakan, Muhyiddin kemudiannya mengumumkan


inisiatif-inisiatif tambahan pada 23 Mac bagi meringankan beban rakyat dan membantu usaha
menangani wabak Covid-19. Inisiatif-inisiatif tersebut menerima kritikan daripada pihak-
pihak tertentu yang melihatnya sebagai tidak menyeluruh.

Terdapat pihak yang mempertikaikan sebarang pihak yang mempersoalkan langkah-langkah


yang diambil kerajaan, dan menyuruh rakyat supaya bersyukur dengan “pemberian” kerajaan
ini. Namun, mereka gagal memahami bahawa sememangnya sudah menjadi tanggungjawab
negara untuk memastikan kebajikan warganya terjamin. Bahkan sepatutnya rakyat berhak
untuk menerima lebih lagi bantuan dan santunan daripada negara. Malangnya, dalam sistem
ekonomi kapitalis, negara seakan-akan berkira dan ‘kedekut’ untuk melaksanakan
kewajipannya dalam mengurus rakyat dan memastikan hak-hak mereka tidak dinafikan.
Lebih menyedihkan lagi apabila negara seolah-olah ‘berniaga’ dengan rakyat pula.

Anda mungkin juga menyukai