Anda di halaman 1dari 24

KAEDAH PENYELIDIKAN (FPI 6013)

KERTAS CADANGAN: KESAN AMALAN PEMAKANAN SUNNAH


TERHADAP AKHLAK PELAJAR USAS
KUMPULAN: 2

NAMA PENSYARAH:
DR. SITI NUR IZYANDIYANA BINTI AB HADI

NAMA AHLI KUMPULAN:


NUR ZULAIKHA ILYANA BINTI MOHD ZAINAL (I17302491)
NURLAILY BINTI MOHD KAMIL (I16201496)
BALQIS BINTI AHMAD KAMIL (I18102970)
AIN INSYIRAH BINTI NAZIR (I17302517)
NURUL HUSNA BINTI EDRUSSALAM (I18102709)
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tajuk

Galakan dalam
Kesan
Islam (kebaikan)

Dalil
Ayat di atas bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!
Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah
Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadanya.
(Surah al-Baqarah : 172)
1. 2 PENYATAAN MASALAH

Masyarakat

•Faktor tidak amal


Pelajar
•Kesan
1.3 PERSOALAN KAJIAN
• Apakah amalan pemakanan sunnah dalam
1 kalangan pelajar USAS?

• Apakah tahap akhlak pelajar USAS?


2

• 3.Apakah kesan pemakanan sunnah


3 terhadap akhlak pelajar USAS?
1. Mengenalpasti amalan

1.4 OBJEKTIF
pemakanan sunnah dalam
kalangan pelajar USAS.

KAJIAN
2. Mengenalpasti tahap akhlak
pelajar USAS.

3. Mengenalpasti kesan
pemakanan sunnah terhadap
akhlak pelajarUSAS.
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Memberi kesedaran.

Lebih ramai amalkan makanan sunnah.

Mengekalkan amalan sunnah.


Akhlak

Kaedah
USAS
Kuantitatif

1.6 SKOP
KAJIAN
Akhlak :
Makanan sunnah :
- Perkataan akhlak berasal daripada
- Makanan yang baik dan halal yang
bahasa Arab yang diambil daripada
diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
perkataan ‘khuluq’ yang bermaksud
seperti kurma, kismis, Habbatus Sauda,
perangai atau tingkah laku, tabiat,
madu, buah Tin dan sebagainya
kepercayaan pegangan atau agama

1. 7 Definisi Istilah

Pemakanan :
Makanan :
- Proses menerima dan menggunakan
- Menurut Kamus Dewan, makanan
bahan makanan yang diperlukan oleh
dapat didefinisikan sebagai apa sahaja
makhluk untuk mengawal fungsi dan
yang boleh dimakan (Kamus
pertumbuhannya atau memperbaharui
Dewan:2002)
komponennya
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 SOROTAN KAJIAN LITERATUR
2.1.1 Amalan pemakanan sunnah dalam kalangan pelajar USAS.

• Menurut Abu Zaid (1997) ada mengatakan terdapat juga dalam al-Quran memperincikan secara
khusus tentang keistimewaan sesetengah jenis makanan. Antara makanan yang telah dianjurkan
dalam al-Quran termasuklah susu, kurma, anggur, madu, jagung, bijirin dan buah zaitun yang
mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kitaran hidup manusia.

2.1.2 Tahap akhlak pelajar USAS

• Menurut Zulkiple & Nur Salimah (2006) ada mengatakan cara pemakanan individu juga memberi
impak besar kepada pembentukan akhlak diri dan spiritual seseorang. Jika baik makanannya, maka
baiklah akhlaknya, begitulah sebaliknya. Allah mewajibkan hambanya mencari sesuatu yang halal
untuk kegunaan dalam kehidupan seharian mereka. Sebagaimana kita sedia maklum, makanan
halal itu merupakan cahaya penerang bagi hati.
2.1.3 Pengaruh pemakanan sunnah terhadap akhlak pelajar USAS
• Kajian Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali (2011) mendapati terdapat hubungan di antara
kecemerlangan pelajar dengan kualiti makanan, amalan pengambilan pemakanan sunnah serta
jadual pemakanan yang konsisten. Pengabaian pelajar terhadap pemakanan sunnah
disebabkan aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang padat memberi kesan buruk kepada
kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.

• Makanan yang halal lagi baik serta amalan pemakanan yang seimbang dan sihat boleh
mententeramkan fikiran. Ini kerana, emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil
kepada yang tidak stabil disebabkan kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana
kehilangan sesuatu. Ada individu yang mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka
makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika.
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.O PENGENALAN

Dalam menghasilkan kajian ini penyelidik telah


menggunakan beberapa kaedah untuk
menyiapkan penyelidikan ini. Antara kaedah yang
digunakan oleh penyelidik adalah melalui reka
bentuk dan merancang penyelidikan mengikut
persoalan dan objektif kajian yang dijalankan.
3.1 Reka Bentuk Kajian

Bentuk penyelidikan yang dimaksudkan adalah kajian lapangan. Berdasarkan


kepada bentuk persoalan penyelidikan, penyelidik memfokuskan kaedah dan
teknik penyelidikan kepada pendekatan kuantitatif. Penyelidikan ini
menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada bidang
penyelidikan kuantitatif. Penyelidik menetapkan pemilihan ini berasaskan
kepada topik dan persoalan penyelidikan yang lebih kepada memerlukan
kepada bentuk pendekatan kuantitatif.
3.2 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dilakukan terhadap pelajar di Universiti


Sultan Azlan Shah (USAS). USAS merupakan satu-
satunya universiti di pekan Kuala Kangsar malahan target
responden penyelidik juga adalah daripada kalangan
pelajar universiti.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Sampel sasaran penyelidikan ini adalah merupakan pelajar
sepenuh masa di USAS. Seperti dinyatakan dalam tempat
kajian, terdapat dua fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam
dan Fakulti Teknologi Maklumat. Anggaran jumlah pelajar
yang terdapat pada kedua-dua fakulti tersebut ialah seramai
7000 pelajar. Responden dipilih secara rawak
memandangkan populasi yang agak besar. Persampelan
menggunakan borang soal selidik .
3.4 Instrumen Kajian
Jenis instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini
adalah borang soal selidik. Penyelidik memilih cara ini kerana
responden tidak akan berasa takut atau serba salah untuk
memberikan jawapan kerana nama responden tidak perlu
dikemukakan dan jawapan mereka dirahsiakan. Di samping itu,
soal selidik memberikan kebebasan kepada responden untuk
memberi respon dan menjimatkan masa selain tidak
mengganggu responden dalam tugas harian mereka.
Bahagian A : Demografi

• Maklumat am seperti umur, jantina, fakulti dan

semester semasa merupakan item yang akan ditanyakan

dalam bahagian ini. Bahagian ini bertujuan untuk

memudahkan pengelasan dan mengenalpasti subjek

semasa penganalisa dijalankan.


Bahagian B :
Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan yang
berkaitan dengan objektif kajian di dalam bab satu. Dalam Bahagian
ini, terdapat dua jenis soalan berkisarkan tentang amalan
pemakanan Sunnah dalam kalangan pelajar dan kesan akhlak
yang ditunjukkan oleh pelajar. Dalam set-set soal selidik ini, skala
Likert digunakan untuk mengukur darjah persetujuan dan
pandangan responden terhadap sesuatu kenyataan. Tanggapan
responden dalam bahagian ini diukur dengan menggunakan skala
Likert yang terdiri daripada empat peringkat seperti dinyatakan.
1- Sangat Tidak Setuju (STS)
2- Tidak Setuju (TS)
3- Setuju (S)
4- Sangat Setuju (SS)
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
Metode soalan kaji selidik digunakan untuk mengetahui
tahap kefahaman pelajar itu sendiri tentang amalan
Untuk mencapai objektif tersebut, Sunnah dan yang mereka fahami sendiri dalam
kehidupan seharian mereka. Melalui metode ini,
penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidik juga dapat mengetahui definisi akhlak yang
kajian lapangan (borang soal selidik). bagaimana pelajar faham dan amalan berakhlak yang
mereka lakukan melalui soalan-soalan kaji selidik
Data yang terkumpul melalui metodologi tersebut. Melalui kaedah ini juga, penyelidik juga
menyediakan beberapa soalan dalam borang soal
ini adalah berkaitan dengan amalan selidik kepada responden yang terdiri daripada mereka
yang berpengetahuan iaitu pelajar-pelajar USAS.
pemakanan Sunnah dan kesannya Penyelidik menggunakan kaedah borang soal selidik
untuk bertanya secara tidak langsung kepada
kepada akhlak pelajar. responden bagi mendapatkan maklumat daripada
mereka.
Metodologi ini terdiri daripada dua peringkat iaitu secara formal
dan tidak formal. Kaedah formal ini kebiasaannya memerlukan
permohonan dan perlu dimaklumkan terlebih dahulu bagi
mendapatkan persetujuan daripada pensyarah untuk mengedarkan
borang soal selidik kepada pelajar-pelajar kelas pensyarah tersebut.
Kaedah secara tidak formal pula hanya dilakukan secara rawak dan
tidak perlu persetujuan daripada pensyarah dalam mendapatkan
maklumat daripada responden.
Kaedah ini dilakukan untuk membolehkan responden
menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik
daripada penyelidik secara sukarela tanpa sebarang
paksaan dan keputusannya dapat membantu penyelidik
dalam mengumpul maklumat serta menghasilkan
rumusan daripada dapatan kajian.
3.6 Analisis Data
Data yang diperoleh akan dianalisis dan diproses menggunakan

komputer dengan perisian Statistical Pakage For Social Science


(SPSS) For Windows. Program SPSS ini digunakan kerana ia
memudahkan penganalisaan data, mampu memanipulasikan
data bagi bilangan sampel yang banyak dan data yang
dianalisis adalah tepat. Dengan bantuan program ini, setiap data
yang diperolehi dapat dianalisis serta merta kepada bentuk
kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan min.
3.7 Kesimpulan

Bab ini menerangkan berkenaan proses penyelidikan dan metodologi yang telah
digunakan dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini telah menggunakan kaedah
pendekatan kuantitatif. Bagi tujuan pengumpulan data, teknik soal selidik telah
digunakan manakala teknik persampelan adalah secara rawak. Data penyelidikan
ini akan dianalisa menggunakan kaedah Statistical Pakage For Social Science (SPSS)
For Windows. Kaedah untuk mebangunkan instrumen dibincangkan pada bab ini.

Anda mungkin juga menyukai