Anda di halaman 1dari 3

NAMA: NUR ZULAIKHA ILYANA BINTI MOHD ZAINAL

NO MATRIK: I 17302491
DISCUSSION

1. Kenapa Islam mengambil berat terhadap solat lima waktu dan solat asar
khasnya?

Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin.
Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Ia adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf.
Pendidikan solat bermula dari zaman kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan dipukul
pada umur sepuluh tahun jika tidak melakukan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat
seolah-olah dia merobohkan agama. Kewajipan solat tersebut boleh didapati melalui
banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Perintah untuk menjaga solat amat-amat
dititik beratkan sebagaimana firman Allah S.W.T: Al-Baqarah 2:238:

ِِ ِ ِ ِ َّ ‫ات و‬ ِ َّ ‫ح افِ ظُ وا َع لَ ى‬
َ ‫وم وا ل لَّ ه قَ ان ت‬
‫ين‬ ُ ُ‫ْو ْس طَ ٰى َو ق‬
ُ ‫الص اَل ة ال‬ َ ‫الص لَ َو‬ َ

Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada


waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang wusta (sembahyang Asar),
dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk

Daripada maksud ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa solat adalah satu ketetapan yang
mesti dilakukan dan diambil perhatian serius oleh setiap mukallaf. Tambahan pula, ia
merupakan amalan yang pertama sekali dihitung. Pelaksanaan ibadat solat adalah lambang
keperibadian seorang muslim sejati yang dapat menghubungkan antara makhluk dan
penciptaNya tanpa sebarang perantaraan.

Solat yang sempurna dapat mencegah perbuatan maksiat, keji dan mungkar. Solat merupakan
satu bentuk peribadatan yang sangat penting dan berfungsi untuk membentuk peribadi
seseorang. Semakin banyak seseorang itu melakukan ibadat solat, maka semakin bertambah
kukuhlah keimanannya. Oleh itu, pelaksanaan solat dapat mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar sepertimana firman Allah iaitu dalam surah Al-‘Ankabut 29: 45

ِ ‫الصاَل َة َت ْنه ٰى َع ِن الْ َفح َش ِاء والْم ْن َك ِر ۗ ول‬


ۗ ‫َذ ْك ُر اللَّ ِه أَ ْكَب ُر‬ َّ ‫اب َوأَقِ ِم‬
َّ ‫الصاَل َة ۖ إِ َّن‬ ِ ‫ك ِمن ال‬ ِ
َ ُ َ ْ َ ِ َ‫ْكت‬ َ َ ‫اتْ ُل َما أُوح َي إِل َْي‬

ْ َ‫َواللَّهُ َي ْعلَ ُم َما ت‬


‫صَنعُو َن‬

Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang


diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Dengan solat juga, manusia dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bertaqarrub kepadanya.
Melalui pendidikan dalam solat yang teratur pasti akan membuahkan kesan- kesan positif
dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya aspek kejiwaan kerana solat memberikan
ketenangan jiwa. Dari segi aspek kesihatan pula, solat mendidik seseorang supaya menjaga
kesihatan dan sentiasa cergas serta aktif. Jika dilihat dari aspek akhlak, solat dapat
menyedarkan seseorang terhadap kesalahan dan menghapuskan dosa selain mendidik
seseorang itu mendisiplinkan waktunya.

SOLAT ASAR

Terdapat hadith yang menceritakan kelebihan solat asar contohnya Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Para Malaikat datang berduyung-duyung
kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh
dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya
kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan
pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya?
Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan
ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang. Selain itu, Hadis Jarir
bin Abdullah r.a katanya: Ketika kami duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda
memandang kepada bulan purnama pada malam peperangan Badar, lalu baginda bersabda:
Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana kamu melihat bulan purnama
ini, tiada halangan semasa kamu melihatNya iaitu akan dapat melihat Allah dengan jelas
sekiranya kamu mampu, maka janganlah kamu lalai dari mendirikan sembahyang sebelum
terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, iaitu sembahyang Asar dan sembahyang
Subuh. Kemudian Jarir membaca firman Allah yang bermaksud: Dan bertasbihlah dengan
memuji Tuhanmu sebelum terbit dan terbenam matahari.

Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum
terbenamnya, iaitu sembahyang subuh dan sembahyang asar”. (Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

Kelebihan sembahyang asar dan sembahyang subuh, kerana kedua-dua waktu ini paling sukar
dilakukan, kerana subuh waktu sedang banyak tidur. Manakala waktu asar sedang leka
bekerja, oleh itu jika dua waktu ini dapat dijaga maka menjaga yang lainnya lebih mudah. Di
antara amalan yang dapat menjamin seseorang masuk syurga ialah dengan mendirikan
sembahyang fardhu semuanya, lebih-lebih lagi mereka dapat mendirikan sembahyang subuh
dan asar dengan sempurna. Setiap amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang hendaklah
dengan niat yang ikhlas nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan pahala dan syurga.

Anda mungkin juga menyukai