Anda di halaman 1dari 17

NAMA:

1. Nur Zulaikha Ilyana bt Mohd Zainal ( I17302491 )

2. Ain Insyirah bt Nazir ( I17302517)

3. Ainil Husna binti Khairul Anwar ( I18102920 )

4. Nurul Hazwani binti Mohamad (I18102926)

5 .Muhammad Hafiz bin Zulkifli (I18102769)

ASSIGNMENTS : 2

Takrif Coronavirus

Secara umumnya, Coronavirus (CoV) adalah suatu keluarga besar virus yang menyebabkan
pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti
Severe Acute Respratory Syndrime Cronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory
Coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus baharu Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah
mana-mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau
dikesan pada manusia.

Keluarga Coronavirus

2019-nCoV merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae, yang boleh
diklasifikasi bawah sub-keluarga Orthocoronaviridae. Virus-virus ini adalah daripada
keluarga yang sama virus SARS (Severe acute respiratory syndrome) dan MERS-CoV
(Middle Eastern respiratory syndrome). Dalam keluarga ini, terdapat juga ahli-ahli yang lain,
namun gejala yang dihasilkan adalah lebih ringan, maksudnya mereka mampu juga
menyebabkan selsema yang biasa dialami sepanjang tahun. Secara klasifikasi genetik,
Coronavirus boleh dibahagi kepada alfa, beta, gamma, dan delta. Virus yang dahsyat seperti
SARS-CoV, MERS-CoV dan 2019-Novel Coronovirus diletak dalam satu kumpulan. Pihak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan wabak ini dengan COVID-19
sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit. Dan 19 merujuk
kepada mula berlaku pada 2019.
Sejarah

Corona virus adalah kumpulan virus yang menyebarkan penyakit kepada mamalia, termasuk
manusia, dan burung. Ia ditemui pertama kali pada tahun 1960, corona virus mendapat
namanya daripada bentuknya yang seakan-akan mempunyai mahkota, oleh itu ia dinamakan
sebagai corona yang membawa maksud mahkota atan crown. Coronavirus adalah salah satu
keluarga virus yang besar dan kebanyakannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu,
kucing dan juga kelawar.

Kronologi Penyakit Covid-19

Novel coronavirus (nCoV) atau Covid-19 adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan
wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China
pada 31 Disember 2019.

Kes pertama coronavirus dikesan di Wuhan apabila seorang pekerja Pasar Borong Makanan
Laut Huanan yang menjual pelbagai jenis hidupan laut, haiwan dan burung jatuh sakit akibat
sejenis pneumonia. Pesakit mengalami gejala-gejala seperti selesema atau “flu” dan
dikuarantin sementara sumber selesema itu dikenalpasti. Keesokan harinya, lokasi utama
virus itu disebarkan telah dikenalpasti iaitu melalui sebuah pasar makanan laut. Sejak hari itu,
operasi pasar tersebut telah ditutup Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut
dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan
Laut Wuhan.

Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak
mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang
berlaku sesama manusia (human to human tranmission). Kajian yang telah dijalankan
terdapat haiwan-haiwan yang dijual di pasar tersebut berserta sampel covid-19 yang
diperolehi menunjukkan satu kemungkinan ia berasal daripada virus yang terdapat di dalam
ular atau kelawar. Menurut kajian yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO),
sehingga kini kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak
diketahui dan masih di dalam siasatan.
Gejala dan Komplikasi

Pesakit boleh menunjukkan gejala am seperti demam, sakit otot dan keletihan. Manakala
batuk berkahak dan sakit kepala adalah jarang, batuk darah dan cirit-birit juga sekali-sekala.
Ia boleh mengambil masa seminggu sebelum orang yang dijangkiti merasa cukup sakit untuk
mendapatkan rawatan. Malah, jika masalah ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa
komplikasi dan akhirnya mengundang kematian. Komplikasi yang mungkin timbul daripada
jangkitan ini adalah seperti berikut:

Pneumonia

Pneumonia merupakan jangkitan yang membawa kepada masalah keradangan paru-paru.


Gejala radang paru-paru berlaku apabila inflammasi terjadi kerana sistem imun mereka cuba
melawan jangkitan virus. Keradangan ini mengganggu aliran pertukaran gas di paru-paru dan
akhirnya menyebabkan kesukaran bernafas. Pneumonia yang teruk boleh menyebabkan
kerosakan yang lebih besar kepada paru-paru dan menyebabkan paru-paru terdedah kepada
jangkitan lain seperti kuman.

Sindrom Penyakit Pernafasan Akut (ARDS)

Dalam kes yang lebih teruk, pesakit mungkin mengalami ARDS. Ini adalah keadaan yang
mengancam nyawa yang menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam darah dan akhirnya
menyebabkan banyak kegagalan organ. Pesakit dengan keadaan ini biasanya memerlukan
pengudaraan mekanikal dan sokongan pernafasan di ICU Unit Rawatan Rapi.

Masalah Buah Pinggang

Kerosakan kepada organ utama terutamanya buah pinggang mungkin berlaku akibat daripada
kesan jangkitan teruk atau kekurangan oksigen yang disalurkan ke seluruh tubuh badan.
Organ penting tidak dapat bertahan lama tanpa bekalan oksigen yang mencukupi dan
berterusan. Walaupun dengan rawatan intensif dan penggunaan ventilator, kerosakan teruk
pada paru-paru menyebabkan bekalan oksigen yang sampai ke paru-paru menjadi rendah.
Kerosakan kepada mana-mana organ utama ini boleh menjadi sangat serius dan memerlukan
rawatan tambahan. Kerosakan organ secara meluas biasanya menyebabkan risiko kematian
yang lebih besar.

Sepsis (Jangkitan Darah)

Pesakit yang dijangkiti oleh Coronavirus mungkin mati akibat daripada kejutan septik. Ia
adalah keadaan yang berpotensi membawa maut yang berlaku apabila jangkitan virus
menyebar ke seluruh tubuh terutamanya ke dalam aliran darah. Sebagai tindak balas kepada
ini, saluran darah akan mula meluas dan gagal mengekalkan integriti strukturnya. Hal ini
kemudiannya akan membawa kepada tekanan darah rendah dan akhirnya mengurangkan
saluran oksigen pada tisu, dan akhirnya menyebabkan tisu mati.

Bagaimana ia boleh berjangkit:

Covid-19 boleh berjangkit melalui cara-cara berikut:

1. Melalui cecair yang dikeluarkan dengan cara bersin atau batuk daripada individu yang
dijangkiti
2. Melakukan sentuhan secara langsung (tanpa lapik) dengan individu yang dijangkiti.
3. Menyentuh tempat yang tercemar dengan jangkitan virus tersebut.

Covid-19: Penyelesaian Islam

Islam memiliki kekayaan konsep dan pemikiran cemerlang yang bersifat praktikal. Ia datang
dari akidah Islam yang sahih yang terpancar daripada Al-Quran dan AS-Sunnah serta apa
yang ditunjukkan oleh kedua-duanya (iaitu Ijma’ as-Sahabat dan Qiyas). Bahkan Islam telah
membuktikan kemampuannya dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi umat
manusia di sepanjang sejarahnya yang panjang.

Penyelesaian Islam dalam isu ini bermula dari sebelum sesuatu wabak itu bermula lagi. Islam
sangat menekankan aspek kebersihan di samping menitikberatkan pengambilan makanan
yang halal dan toyyib (baik). Wabak dari Wuhan ini dilaporkan berpunca daripada virus yang
disebarkan daripada hidupan liar kepada manusia. Amalan memakan hidupan liar seperti
kelawar yang dikategorikan sebagai makanan ‘eksotik’ menjadikan virus yang terdapat pada
haiwan tersebut tersebar kepada manusia.

Dalam pada itu, penekanan Islam terhadap kesucian daripada najis juga mendorong umat
Islam untuk sentiasa membersihkan diri daripada sebarang kotoran, sekali gus mengurangkan
risiko terkena penyakit.

Dalam Islam, pemerintah adalah pihak yang paling bertanggung jawab melakukan tindakan
pencegahan untuk bahaya apa pun, termasuk virus Covid-19. Rasulullah (saw) menegaskan,

“Imam (Khalifah) adalah pemelihara, dan dia yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan
(rakyat)nya” [HR Al-Bukhari].

Kemudaratan atau bahaya itu sendiri apa pun bentuknya wajib dicegah, sebagaimana sabda
Rasulullah (saw),

“Tidak ada mudarat dan tidak boleh menimbulkan mudarat”.

Penyelesaian yang tepat untuk penyakit ini adalah seperti yang ditunjukkan oleh syariah
Allah (swt), iaitu dengan pemerintah menelusuri penyakit tersebut sejak awalnya dan
berusaha membatasi penularan penyakit di tempat kemunculannya sejak awal lagi. Manakala
orang-orang sihat di tempat-tempat lain (di luar kawasan wabak) tetap dibenarkan bekerja
dan menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mengabaikan langkah pencegahan secara
umumnya. Sikap pemerintah Malaysia, Amerika, China dan beberapa negara lain semasa di
peringkat awal penularan wabak ini jelas menunjukkan mereka tidak serius untuk mengekang
virus tersebut.

Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak
keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat
yang terkena wabak.
ُ‫ض َوأَ ْنتُ ْم بِهَا فَالَ ت َْخ ُرجُوا فِ َرارًا ِم ْنه‬
ٍ ْ‫ض فَالَ تَ ْق َد ُموا َعلَ ْي ِه َوإِ َذا َوقَ َع بِأَر‬
ٍ ْ‫إِ َذا َس ِم ْعتُ ْم بِ ِه بِأَر‬
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah
kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari
daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

1. Penangguhan solat Jumaat dan solat berjemaah

Majlis Fatwa Syar’ie, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diketuai oleh Syeikh Abdullah Bin
Bayyah, telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu keharusan meninggalkan solat
Jumaat dan solat berjemaah ketika penularan wabak COVID-19. Dengan bersandarkan
kepada kewajipan untuk mentaati pemimpin (ulil amri), beliau telah menjelaskan di dalam
fatwanya beberapa perkara berikut:

Pertama: Wajib di sisi syarak bagi setiap pertubuhan dan kumpulan masyarakat untuk
beriltizam dengan ketetapan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang
bertanggungjawab, serta dalam masa yang sama mengambil langkah yang sewajarnya bagi
mengelakkan daripada berpindah dan tersebarnya penyakit. Tidak boleh untuk melanggar
ketetapan tersebut walau dalam apa jua keadaan.

Kedua: Haram dari sudut syarak kepada mereka yang menghidapi penyakit ini atau
mengalami simptom-simptomnya berada di tempat-tempat awam, atau pergi ke masjid untuk
menunaikan solat berjemaah, solat Jumaat dan solat Hari Raya. Hendaklah dia mengambil
segala langkah pencegahan yang perlu dengan dikuarantinkan dan dirawat oleh kementerian
kesihatan, supaya tidak menyumbang kepada penularan wabak kepada orang lain.

Ketiga: Diberikan keringanan (rukhsah) untuk tidak hadir solat berjemaah, solat Jumaat dan
solat Hari Raya serta solat Terawih bagi golongan warga emas, kanak-kanak, yang
menghidap penyakit berkaitan saluran penafasan dan yang menghidap penyaki antibodi
lemah. Hendaklah mereka menunaikan solat di rumah mereka atau di tempat mereka berada,
serta mereka perlu mendirikan solat Zohor bagi menggantikan solat Jumaat.
Keempat: Apa yang berkaitan dengan Haji, Umrah dan ziarah pula: wajib ke atas semua
golongan untuk sentiasa merujuk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh pemerintah negara
Arab Saudi. Hal ini bertitik-tolak daripada tanggungjawab mereka untuk menjaga orang yang
melaksanakan Haji dan Umrah serta orang yang datang berziarah untuk kesihatan dan
keselamatan mereka.

Kelima: Wajib di sisi syarak kepada semua pihak yang lain untuk menghulurkan bantuan
kepada kementerian menguruskan hal ini dengan bantuan yang sepatutnya, bagi menghalang
penyebaran dan menghapuskan wabak ini. Hal ini dengan tidak menyebarkan info-info yang
tidak benar dan hanya menyebarkan maklumat rasmi daripada kementerian.

Keenam: Seruan kepada semua pihak dan individu untuk menghulurkan tangan bagi
menolong dan membantu berdasarkan kepakaran masing-masing. Di samping itu, tidak
memanipulasikan keadaan seperti ini dengan menaikkan harga barang keperluan terutamanya
ubat-ubatan dan barang perubatan.

Ketujuh: Sandaran syarak bagi fatwa ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-
Quran, Sunnah Nabawiah, Ijma’ dan Qiyas.

Berikut adalah fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh institusi fatwa antarabangsa berkaitan
penangguhan solat Jumaat dan solat berjemaah di beberapa buah negara. Jika diperhatikan,
dalil-dalil yang digunakan dalam mengeluarkan hukum tersebut berlegar pada beberapa poin
tertentu. Antaranya ialah kewajipan meraikan salah satu daripada Maqasid Syariah iaitu
menjaga nyawa (hifz al-nafs). Haram seseorang itu sengaja membiarkan dirinya terdedah
kepada bahaya dan kebinasaan dengan tidak mengambil langkah-langkah pencegahan yang
telah ditetapkan. Hal ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:

‫َواَل تُ ْلقُوا بِأ َ ْي ِدي ُك ْم إِلَى التَّ ْهلُ َك ِة‬


Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan. - (Surah al-Baqarah: 195)

Begitu juga, kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa setiap tindakan pemerintah terhadap
rakyatnya perlu didasari dengan kemaslahatan.

‫تصرّف اإلمام منوط بالمصلحة‬


Maksudnya: Tindakan seorang ketua ke atas rakyat, berdasarkan kepada kemaslahatan.
(Rujuk al-Asybah wa al-Nazair Lissuyuti, 121)

Ini kerana jika dibiarkan berlakunya perhimpunan beramai-ramai walaupun apa jua tujuan,
maka ia sangat berisiko untuk membawa kepada kemudharatan dan kebinasaan, sedangkan
prinsip Islam ialah menolak kemudharatan berdasarkan kaedah-kaedah fiqh:

‫ال ضرر وال ضرار‬


Maksudnya: Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan. - Hadith riwayat Ibn
Majah: (2341)

Oleh yang demikian, setiap arahan dan ketetapan daripada pemerintah adalah wajib dipatuhi
dan ditaati, berdasarkan firman Allah SWT:

‫ُول َوأُولِي اأْل َ ْم ِر ِمن ُك ْم ۖ فَإِن تَنَا َز ْعتُ ْم فِي َش ْي ٍء‬ َ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا أَ ِطيعُوا اللَّـهَ َوأَ ِطيعُوا ال َّرس‬
َ ِ‫ُول إِن ُكنتُ ْم تُ ْؤ ِمنُونَ بِاللَّـ ِه َو ْاليَوْ ِم اآْل ِخ ِر ۚ ٰ َذل‬
‫ك َخ ْي ٌر َوأَحْ َس ُن تَأْ ِوياًل‬ ِ ‫فَ ُر ُّدوهُ إِلَى اللَّـ ِه َوال َّرس‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. - (Surah al-Nisa’: 59)
Ini merupakan langkah pencegahan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW berkaitan dengan
penyakit yang berjangkit. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Usamah Ibn Zaid RA,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ وإذا وقع بأرض وأنتم بها فال تخرجوا منها‬،‫إذا سمعتم بالطاعون بأرض فال تدخلوها‬

Maksudnya: Apabila kamu mendengar tentang wabak Ta’un di sesuatu tempat, maka
janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu
keluar lari daripadanya. - Hadis riwayat Muslim: (2219)

Jika dilihat daripada sudut sejarah, langkah ini juga yang telah diambil oleh sahabt Nabi
SAW untuk mengekang penyakit berjangkit daripada terus merebak. Apabila berlakunya
penyakit yang berjangkit iaitu Ta’un di kota Amawas, Saidina ‘Amr al-‘As mengasingkan
dan membawa golongan yang menghidap penyakit ke kawasan bukit-bukau dengan
dipisahkan dari masyarakat yang sihat sehingga dapat menyelesaikan kemelut wabak
tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ibn Athir dalam kitabnya, al-Kamil fi al-
Tarikh:

َّ
‫ خرج بالناس عندما أصابهم طاعون عمواس إلى‬،‫أن عمرو بن العاص رضي هللا عنه‬
‫ وأن فعله هذا بلغ عمر بن الخطاب رضي هللا عنه فلم ينكره‬،‫ حتى رفعه هللا عنهم‬،‫الجبال‬

Maksudnya: Bahawasanya Saidina ‘Amr Ibn al-’As telah keluar bersama sekelompok
manusia yang dihidapi penyakit Ta’un di Amawas ke kawasan bukit-bukau, sehinggalah
Allah SWT mengangkat penyakit tersebut daripada mereka. Apa yang telah dilakukan oleh
Saidina ‘Amr al-‘As telah sampai ke pengetahuan khilafah pada ketika itu, Saidina Umar al-
Khattab RA, dan beliau tidak mengingkarinya. (Rujuk al-Kamil fi al-Tarikh Li Ibn al-Athir,
2:377)
Hendaklah kita mengambil kesempatan ini untuk mendirikan solat berjemaah di rumah
bersama ahli keluarga supaya dapat membina institusi kekeluargaan dengan lebih kuat dan
utuh. Hal ini seperti menyampaikan beberapa pesanan seusai solat atau membaca kitab-kitab
agama yang ringkas sebagai mengisi pembelajaran agama di rumah.

2. Isu muamalat ketika wabak covid-19

Hukum menaikkan harga barang / perkhidmatan apabila keadaan mendesak seperti keadaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang
mencetuskan pembelian panik. Jawapannya adalah haram hukumnya jika perbuatan itu
dilakukan dengan sengaja untuk mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain yang
disebabkan oleh keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh
penularan wabak COVID19. Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 85 :

ِ ْ‫اس أَ ْشيَا َءهُ ْم َواَل تَ ْعثَوْ ا فِي اأْل َر‬


‫ض‬ ِ ‫ال َو ْال ِميزَ انَ بِ ْالقِس‬
َ َّ‫ْط ۖ َواَل تَ ْب َخسُوا الن‬ َ َ‫َويَا قَوْ ِم أَوْ فُوا ْال ِم ْكي‬
َ‫ُم ْف ِس ِدين‬
Bermaksud : “ Dan Syu'aib berkata: "Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan
dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah
kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan ”

Hadis Riwayat Imam Ahmad daripada Ma’qal bin Yasar daripada Nabi SAW :

Bermaksud : “ Barangsiapa menipu harga barang kaum muslimin dengan cara mempermahal
atas mereka, maka adalah hak bagi Allah untuk melemparkannya ke dalam neraka jahannam,
(dalam satu riwayat) sedang kepalanya ada di bawah”
Hadis tersebut menggambarkan bahawa Rasululah SAW melarang umatnya untuk menjual
sesuatu dengan harga yang teramat mahal.

3. Hukum solat sekiranya para petugas (frontliners) memakai pampers kerana


terdapat kesulitan untuk keluar dari premis.

Jawapannya , solat tersebut sah sekiranya pampers yang dipakai dalam keadaan yang bersih
dan suci dari sebarang kesan najis. Walau bagaimanapun, jika terdapat kesulitan (masyaqqah)
seperti waktu yang amat terhad untuk keluar dari premis dan sebagainya yang menyebabkan
petugas terpaksa qadha hajat di dalam pampers dan tidak mampu membersihkannya maka
diharuskan menunaikan solat dalam keadaan yang sedemikian sekadar menghormati waktu
(solat hormat waktu). Namun, solat berkenaan hendaklah digantikan pada waktu yang lain. Ia
adalah berdasarkan pandangan al-Imam al-Nawawi menerusi kitab al-Majmu‘ jilid tiga pada
halaman 144 seperti yang berikut:

Maksudnya: “Apabila tubuh badan mengandungi najis yang tidak boleh dimaafkan serta
sukar untuk menghilangkannya maka hendaklah ia menunaikan solat dalam keadaan yang
sedemikian sebagai menghormati waktu berdasarkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu perintah
maka hendaklah kamu melaksanakannya berdasarkan kemampuanmu.” Diriwayatkan oleh al-
Bukhari dan dan Muslim. Dan wajib ke atasnya untuk mengulangi semula solat.

Berdasarkan hadis di atas, kaedah istinbat hukum bagi solat hormat waktu adalah berdasarkan
kondisi yang terdapat dalam persoalan di atas iaitu masyaqqah (kesulitan) atau kesuntukan
waktu untuk keluar dari premis. Oleh yang demikian, ia dimaafkan namun wajib diqada solat
berkenaan. Situasi darurat yang terdapat dalam kondisi ini ialah para petugas (frontliners)
sedang berhadapan dengan situasi untuk menyelamatkan pesakit yang memungkinkan
ancaman terhadap nyawa petugas (frontliners) itu sendiri. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh:

‫الضرورات تبيح المحظورات‬


Maksudnya: “Darurat itu mengharuskan perkara yang merbahaya.”
4. Kaifiat solat sekiranya harus dengan bertayammum dan sedangkan dalam masa
yang sama perlu memakai face shield.

Jawapannya bagi perawat yang menggunakan face shield serta hukum bertayammum ke atas
mereka ada dua pandangan:

1. Pemakaian face shield bagi anggota perawat akan memberi suatu kesukaran bagi mereka
apabila terpaksa menanggalkannya dalam situasi yang sulit terutama dalam tempoh waktu
yang singkat. Oleh itu, memadai dengan bertayammum di atas kawasan muka yang juga
termasuk face shield yang dipakai oleh mereka serta pakaian yang membaluti tangan.
Walaupun pemakaian face shield dan jabirah (pembalut) adalah berbeza namun keduaduanya
mempunyai persamaan dari sudut keperluan iaitu darurat. Hal ini bersandarkan hadis yang
berikut:

‫وإذا أمرتكم بشيء فأتوا منه ما استطعتم‬


Maksudnya: “Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu perintah maka hendaklah
kamu melaksanakannya berdasarkan kemampuanmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, disyaratkan agar pakaian yang dipakai atau face shield hendaklah dalam
keadaan bersih jika mampu. Sekiranya tidak mampu untuk berbuat demikian maka ia
dimaafkan. Manakala solat yang ditunaikan tidak perlu diqada. Di dalam kitab Mughni al-
Muhtaj, jilid pertama pada halaman 169 dinyatakan seperti yang berikut:

Maksudnya: “Jika sekiranya sesuatu anggota atau sebahagiannya (terdapat penghalang)


seumpama pembalut (maka solat tersebut tidak diqada menurut pandangan yang azhar
penghalang (dalam keadaan yang bersih) kerana ia lebih utama dari menyapu di atas khuf
(kasut) atas faktor darurat. Kedua: diqada solat berkenaan kerana keuzuran yang jarang
berlaku serta tidak bersifat kekal. Pandangan ini dengan melihat bahawa pembalut tersebut
bukanlah faktor untuk bertayammum jika tidak maka wajib diqadakan solat berkenaan. Telah
berkata al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Raudhah: Tanpa terdapatnya khilaf atas
sebab kurangnya gantian serta perubahan keseluruhan dan beliau (alImam al-Nawawi) telah
menaqalkan pandangannya itu di dalam kitab al-Majmu‘. Demikian juga hal yang sama
dilakukan oleh al-Imam al-Rafi‘i daripada riwayat jamaah. Kemudian al-Imam al-Nawawi
telah berkata: Jumhur ulama berpandangan bahawa ia perlu diqada tanpa sebarang
percanggahan. Pandangan yang terdapat dalam kitab al-Raudah adalah awjuh seperti mana
yang telah dinyatakan. (Jika diletakkan) penghalang (dalam satu keadaan) sama ada pada
anggota tayammum atau selainnya dari anggota toharah (wajib ditanggalkan penghalang itu)
sekiranya mampu tanpa terdapatnya darurat yang mengharuskan bertayammum kerana
menyapu di atas penghalang. Oleh itu, disyaratkan penghalang tersebut hendaklah dalam
keadaan yang bersih sepertimana hal keadaannya menyapu khuf. Turut dikatakan: tidak wajib
membersihkan penghalang itu atas faktor darurat. Dan yang dimaksudkan bersih di sini ialah
pada tempat yang berkenaan sahaja. Ia tidak ternafi oleh pandangan jumhur mengenai isu
khuf. Hal yang sama tidak diberi hukum yang serupa dari setiap sudut kerana pembalut
digunakan atas tujuan darurat. Maka, wajib diberi makna penggunaannya sepertimana hal
keadaan menyapu. Apabila gugurnya salah satu dari dua pembalut tersebut maka tidak
diwajibkan ke atas seseorang itu untuk menanggalkan pembalut yang lain yang berbeza
hukumnya dalam masalah khuf. Kadang kala, disangka secara halus bahawa wajib
menanggalkan pembalut itu sedangkan dalam masa yang sama tidak wajib pula
menanggalkannya apabila ia dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang darurat apabila
menanggalkan balutan tersebut. Dan ia bukanlah demikian bahkan wajib menanggalkannya
juga. Apabila jelas perbezaan tersebut semasa terdapatnya keuzuran untuk mengqadakan
solat dan ketiadaan keuzuran sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini dengan
perkataan (jika sekiranya uzur) ia ditanggalkan lalu disapu (tayammum) serta terus
menunaikan solat (diqadakan menurut pandangan yang masyhur kerana tertinggal syarat iaitu
hendaklah dalam keadaan yang bersih. Oleh itu, ternafilah perumpamaan tersebut ketika itu
dengan hal menyapu khuf. Perkara yang kedua iaitu tidakl diqada akan solat kerana keuzuran.
Hal ini semuanya merupakan isu qaul jaded (baru). Adapun qaul qadim (lama) yang
merupakan pilihan penulis ialah tidak diqada sepertimana yang telah dibahaskan terdahulu.
Maka, dituntut dalam ini iaitu: berdasarkan penelitian mazhab Syafie jika pandangan tersebut
lebih kuat (asah) maka diputuskan bahawa solat tersebut perlulah diqada.”
2. Pemakaian face shield adalah tidak sama jika dikaitkan dengan faktor kecederaan. Maka,
face shield tersebut hendaklah ditanggalkan semasa hendak bertayammum supaya debu tanah
tersebut mengenai keseluruhan bahagian muka serta kedua-dua anggota tangan. Jika
sekiranya bertayammum di atas pakaian face shield semata-mata maka ia adalah tidak sah.
Sekiranya tidak memenuhi syarat sah solat seperti tidak berwuduk atau bertayammum maka
perawat hendaklah solat menghormati waktu berdasarkan hadis yang berikut:

‫وإذا أمرتكم بشيء فأتوا منه ما استطعتم‬


Maksudnya: “Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu perintah maka hendaklah
kamu melaksanakannya berdasarkan kemampuanmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, solat berkenaan wajib diqada pada waktu yang lain. Manakala bagi isu sujud dengan
berpakaian face shield, maka atas keperluan yang bersifat daruriyy (darurat) sah hukumnya
sujud dengan berpakaian yang sedemikian Hal ini bersandarkan nas dari kitab al-Majmu‘
jilid tiga pada halaman 399:

‫ نص‬،‫وكذا لو سجد وعلى جبهته ثوب مخرق فمس من جبهته األرض أجزأه‬

‫ ويجئ فيه الوجه الذي حكاه ابن كج‬،‫عليه في األم واتفقوا عليه‬.

Maksudnya: “Dan demikian juga sekiranya sujud dalam keadaan dahi berlapik dengan
pakaian yang longgar maka hal yang demikian (dahi yang berlapik dengan pakaian longgar
tersebut) memadai (sah sujud tersebut), inilah yang telah dinaskan di dalam kitab al-Umm
yang telah disepakati akan hukumnya, malah pandangan berkenaan telah dihikayatkan oleh
Ibnu Kajj.”

Sekiranya petugas mempunyai jangka waktu yang singkat untuk menunaikan solat maka
diharuskan untuk ditunaikan solat secara jamak. Namun dalam hal ini, ia perlu ditinjau dalam
pelbagai situasi:

1. Jika dibebani oleh kekangan waktu dan hanya berkemampuan untuk melaksanakan
solat pada pengakhiran waktu maka harus dilaksanakan solat dengan cara dilewatkan
pelaksanaan solat Zohor atau Maghrib sehingga ke akhir waktu serta solat Asar dan
Isyak di awal waktu.

2. Ketika keadaan mendesak, sulit atau sukar (masyaqqah) untuk melaksanakan solat
secara sempurna (tamam) atau di akhirt waktu maka diberi keringanan kepada petugas
dan orang yang sakit seperti berikut:

i. Melaksanakan solat jamak tanpa qasar sama ada jamak taqdim sekiranya dijangka
kesukarannya atau sakitnya akan menghalangnya atau menyukarkannya pada waktu Asar;

ii. Melaksanakan jamak takhir sekiranya dijangka kesukaran atau sakitnya akan
menghalangnya atau menyukarkannya pada waktu Zohor.

iii. Namun, sekiranya tidak mampu juga untuk melaksanakan solat kerana darurat bagi
menyelamatkan nyawa pesakit yang membawa kepada luputnya waktu solat atau kesukaran
menanggalkan pakaian khas untuk berwuduk atau bertayammum maka hendaklah
dilaksanakan solat hormat waktu secara jamak takhir dan hendaklah diulang secara sempurna
pada masa yang lain.

5. Hukum pengurusan jenazah mayat covid – 19

Hospital atau pusat perubatan mesti menyediakan peralatan keperluan pengurusan jenazah
termasuk Personal Protective Equipment (PPE) yang merangkumi:

I. Sarung tangan getah

II. Apron plastik

III. Pelindung Mata

IV. Mask

V. Boot getah

VI. Body Bag

VII. 2 helai kertas A4 untuk meletak debu tanah Tayamum

VIII. Debu Tayamum secukupnya


Mengurus jenazah:

I. Membalut jenazah:

Lapisan pertama: Linen putih

Lapisan kedua: Body bag 1 pertama

Lapisan ketiga: Body bag 2 kedua

Semburan nyah kuman bagi lapisan ketiga

Tayamum Jenazah:

II. Tayamum dilakukan ke atas jenazah yang telah dibungkus dengan lapisan ketiga.

III. Proses Tayamum dilakukan mengikut hukum syarak:

1) Petugas perlu dalam keadaan berwuduk dan lengkap berpakaian seperti prosedur yang
ditetapkan oleh KKM.

2) Meletakkan debu tayamum pada 2 helai Kertas A4 yang berasingan.

3) Petugas Tayamum perlu memastikan kedua-dua belah tapak tangan yang bersarung
berkeadaan bersih.

4) Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum 1 (Kertas A4


Pertama).

5) Tipiskan debu tayamum yang terdapat di tapak tangan.

6) Niat tayamum ke atas jenazah.

7) Sapukan kedua-dua tapak tangan ke bahagian muka jenazah.

8) Membersihkan baki debu yang berada di tapak tangan.


9) Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum 2 (Kertas A4
Kedua).

10) Mulakan sapuan tangan kanan petugas ke atas tangan kanan jenazah, bermula dari hujung
jari hingga ke siku.

11) Diikuti sapuan tangan kiri petugas ke atas tangan kiri jenazah, bermula dari hujung jari
hingga ke siku.

Menunaikan Solat Jenazah:

I. Solat jenazah HANYA dilaksanakan di ruang yang telah ditetapkan hospital.

II. Hanya 2 orang petugas sahaja yang dibenarkan.

III. Jarak kedudukan di antara imam dan jenazah adalah meter, manakala jarak di antara
imam dan makmum juga adalah 1 meter.

6. Hukum pengkebumian jenazah mayat covid – 19

Mengkebumikan jenazah:

I. Tidak melebihi 4 orang (termasuk waris) yang BUKAN dalam kalangan:

1) Kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

2) Orang yang disyaki COVID-19.

3) Orang yang bergejala COVID-19.

II. Semua petugas dan waris perlu berpakaian lengkap dengan PPE yang disediakan dan
ditetapkan oleh KKM.

Anda mungkin juga menyukai