Anda di halaman 1dari 24

BPES3063

PENGURUSAN EKONOMI
ISLAM

BAB 8
PERANCANGAN DAN
PEMBANGUNAN EKONOMI
ISLAM
Objektif
 Pada
akhir pelajaran, pelajar diharap dapat
memahami dan menjelaskan:

 Pandangan Islam Tentang Perancangan


 Pandangan Islam Tentang Pembangunan
 Falsafah Pembangunan Islam
 Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Islam
 Matlamat Dasar Pembangunan Dari Perspektif
Ekonomi Islam
Pandangan Islam Tentang Perancangan
 Perancangan ialah satu proses untuk
membangunkan sesebuah kawasan yang
menekankan keutamaan kesejahteraan keluarga
dan ummah, meningkatkan taraf dan nilai hidup
berteraskan nilai-nilai Islam, membangunkan sektor
industri dan pertanian di samping memelihara alam
sekitar dan meninggikan pembelajaran sejajar
dengan perkembangan industri itu sendiri.
 Dengan perancangan, seseorang, kaum dan
masyarakat itu tidak hanya berpeluk tubuh
menunggu takdir. Oleh sebab qada’ dan qadar Allah
penuh rahsia maka manusia lebih perlu kepada
usaha dan kerja bagi memastikan kesudahan yang
baik bagi dirinya.
 Matlamat perancangan adalah untuk menjaga
keperluan individu dan perhubungannya dengan
keluarga dan masyarakat yang lebih positif dan
bermakna bagi mengubah dan meningkatkan
taraf hidup masyarakat yang memerlukan tarbiah
agama dan dibantu oleh perkhidmatan teknologi.
 Sebagai seorang Islam, perancangan yang perlu
dipilih ialah perancangan yang dapat menjamin
kesudahan dan kesejahteraan yang baik di dunia
dan akhirat.
Pandangan Islam Tentang Pembangunan
 Konsep pembangunan yang berteraskan nilai
hidup Islam merupakan satu paradigma baru
untuk kerja-kerja di bidang perancangan. Proses
meningkatkan taraf hidup perlu diseimbangkan
dengan kesejahteraan ummah yang merangkumi
isu sosio-ekonomi, pengurusan, kewangan,
industri pembuatan, pertanian, pembelajaran dan
Penyelidikan (R&D)
 Pembangunan dari perspektif Islam merangkumi
pembangunan jasmani (kebendaan) dan
kerohanian (termasuk fikiran)
Falsafah Pembangunan Islam
 i) Tauhid (Keesaan dan kekuasaan Allah). Asas ini
meletakkan peraturan tentang hubungan Tuhan
dengan manusia dan hubungan manusia dengan
manusia.
 (ii) Rububiyah (Sifat Allah sebagai Penguasa yang
membuat peraturan-peraturan bagi menumpang
dan menjaga serta mengarahkan kehidupaan
makhluk ke arah kesempurnaannya.
 (iii) Khilafah (Peranan manusia sebagai utusan
Allah di bumi)
 (iv) Tazkiyah (Penyucian & pertumbuhan yang
sewajarnya)
Perancangan dan Pembangunan Ekonomi
Islam
 Perancangan dan pembangunan ekonomi Islam
merupakan satu usaha yang sangat dituntut oleh
Islam. Islam tidak mahukan umatnya terus
mundur, miskin dan ketinggalan.
 Sebuah negara dikira sebagai negara
membangun berasaskan kadar piawaian atau
kategori tertentu. Kategori ini diukur berdasarkan
Keluaran Negara Kasar per kapita bagi sesebuah
negara. Sesebuah negara dikatakan membangun
apabila telah melalui pertumbuhan ekonomi dan
perubahan struktur ekonomi.
 perubahan struktur ekonomi ialah perubahan
kepentingan sektor kepada perindustrian, peratus
penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat
semasa lahir yang panjang dan kadar buta huruf
yang rendah, serta pendedahan kepada arena
antarabangsa dan sebagainya.
 Pembangunan dalam Islam merangkumi
spectrum sistem nilai dan idea, sistem sosial
yang mengandungi sistem kekeluargaan, politik,
ekonomi, pelajaran, undang-undang dan
peralatan budaya seperti penciptaan alat-alat
keperluan hidup, kemudahan pengangkutan,
bangunan, mesin, jentera, alat media massa,
komputer dan lain-lain.
 Unsur yang terpenting dalam pembangunan ini
ialah unsur manusiawi.
 konsep pembangunan Islam itu adalah bersifat
komprehensif dan bersepadu. Pembangunan dari
perspektif Islam mengoptimumkan faktor
kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan,
kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial.
 Sebagai pembangunan yang bersifat pelbagai
dimensi, Islam menggalakkan keseimbangan
antara pelbagai faktor- kebendaan dan
kerohanian, kuantitatif dengan kualitatif, luaran
dengan dalaman. Islam menetang kekufuran dan
kezaliman, sebaliknya menganjurkan kesyukuran
dan keadilan.
 Oleh kerana pembangunan berkait rapat dengan
soal pembaikan taraf hidup, faktor-faktor
ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia
mempengaruhi pembangunan sosial secara
langsung.
 Apa yang penting ialah pembangunan perlu
dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, dengan
itu pembangunan perlu mampu menyelesaikan
masalah-masalah yang berkait dengannya; iaitu
persoalan tentang kemiskinan, keperluan asasi
manusia seperti makanan mencukupi dan
memenuhi zat yang minimum, keupayaan untuk
mendapat tempat perlindungan, keupayaan
memperolehi peluang pekerjaan untuk menyara
keluarga, keupayaan menghantar anak ke sekolah,
keadaan alam sekitar yang bersih dan lain-lain
petunjuk sosial yang bersangkutan dengan
suasana kehidupan yang sempurna yang layak
dinikmati oleh manusia.
 Selaindari itu terdapat unsur lain yang menjadi
faktor penentu; seperti sumber pembangunan
ekonomi yang pelbagai, kemajuan ilmu
pengetahuan dan teknologi, sistem kewangan
nasional dan internasional yang stabil dan adil,
sistem politik yang baik, telus, dan saksama,
persekitaran antarabangsa yang selesa dan tidak
menindas dan sebagainya.
 Pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep
yang merujuk kepada persoalan asas dalam hidup.
 Dalam konteks umat Islam asas yang paling
fundamental ialah akidah atau iman. Asas ini
menegaskan bahawa manusia sebagai pemegang
amanah Allah bertanggungjawab untuk
memakmurkan alam dan mengurusnya dengan
cara yang paling baik dan saksama.
 Allah tidak suka perbuatan merosakkan. Kehadiran
manusia di dunia ini adalah untuk penyembahan
dan ubudiah diri kepada Allah. Asas Iman, Islam
dan Ihsan melatari segala gerak kerja
pembangunan dari perspektif Islam.
 Syariatadalah asas pembangunan yang
berikutnya. Pengembangan ekonomi mesti
merujuk kepada asas-asas yang syar’i dan halal.
 Segala akad-akad yang fasid serta muamalat
yang mengandungi unsur riba dan gharar tidak
boleh menjadi amalan dalam membangunkan
ekonomi Islam.
 Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil,
tidak menindas, atau melalui kaedah yang zalim
dan haram.
 Asas berikutnya ialah asas akhlak atau Ihsan.
Pembangunan keperihatinan moral adalah
prasyarat dalam pembangunan ekonomi Islam.
Sebab itu usaha meningkatkan kemakmuran
mesti digandingkan dengan usaha meningkatkan
ibadah, menggilap rohani dan kejiwaan yang
bersih dan positif.
 Hal ini penting untuk mengukuhkan kawalan
dalaman serta daya kawalan nafsu dan kemahuan
yang rendah. Jika tidak dilakukan maka
masyarakat akan dihantui oleh kecenderungan
peningkatan jenayah serta maksiat.
 Selain dari itu ilmu, teknologi dan keterampilan
adalah asas yang tidak kurang pentingnya dalam
menjana pembangunan ekonomi umat Islam.
 Semakin tinggi pencapaian warga umat Islam
dalam bidang ilmu, teknologi dan keterampilan
maka semakin meningkat kemajuan
pembangunan ekonomi yang dapat dicapai.
 Ini berkait rapat dengan keupayaan untuk
mencapai tingkat kemahiran dalam berbagai
bidang pengeluaran.
Matlamat Dasar Pembangunan Dari
Perspektif Ekonomi Islam
 1. Pembangunan sumber manusia.
 Pembangunan ini merangkumi pengembangan
seluruh potensi dan kudrat manusia dalam
pelbagai lapangan.
 Ia merangkum usaha meningkatkan keterampilan
dan kemahiran hidup khasnya dalam ekonomi
yang berasaskan kepada pengetahuan dan e-
dagang.
 2. Peningkatan Pengeluaran.
 Perkara ini dicapai dengan pertumbuhan yang
berterusan dan berkekalan dalam pengeluaran
negara dari segi kuantiti, kualiti, kecekapan dan
campuran keluaran yang betul.
 Memberi keutamaan dan galakan kepada
pengeluaran yang dihalalkan, lebih-lebih lagi
terhadap barang keperluan asas. Manakala
barang yang diharamkan dan tidak digalakkan
perlu dikawal, disekat atau dibatasi
pengeluarannya.
 3. Pembangunan Seimbang
 Ia bukan hanya bermakna pembangunan yang
harmoni dan seimbang antara wilayah-wilayah
dan antara sektor-sektor ekonomi tetapi juga
kepada pemulihan kesaksamaan agihan
pendapatan dan pemilikan harta.
 4.Pembaikan Kualiti Kehidupan.
 Pembangunan ekonomi Islam merangkumi
pembaikan dan peningkatan prasarana kebajikan
ekonomi rakyat, peningkatan budaya
kepenggunaan yang bijak dan seimbang; tidak
membazir dan lebih mementingkan kepada
memenuhi keperluan secara bersahaja serta
mengelakkan amalan hidup bermewah-mewah.
 Rakyat sewajarnya merasa semakin
selamat,penawaran barangan keperluan yang
serba cukup, pengangkutan yang serba mudah,
bantuan kewangan dan kebajikan untuk seluruh
rakyat, perlindungan pengguna melalui institusi
al Hisbah, pembangunan infrastruktur fizikal dan
sosial, kestabilan harga khasnya harga barang
keperluan asas, kemudahan rawatan dan
sebagainya.
 5. Perkembangan Teknologi dan
Penyelidikan
 Kemajuan ekonomi banyak bergantung kepada
kemajuan dalam bidang teknologi tinggi dan
penyelidikan. Perkembangan dalam bidang ini
semestinya sesuai dengan keperluan dan
halatuju negara Islam.
 Kejayaan menghasilkan pengeluaran produk
teknologi yang tinggi dalam berbagai bidang
meningkatkan kebebasan dan kemerdekaan
umat dan negara Islam itu sendiri.
 6. Keupayaan Pertahanan Negara.
 Umat dan negara Islam sering menjadi sasaran
pencerobohan kuasa asing yang mahu merampas
sumber kekayaan dan menjajah mereka.
 oleh itu peranan pembangunan ekonomi Islam
ialah meningkatkan segala prasarana pertahanan
dalam segala bentuk untuk menangkis
pencerobohan asing.
 7. Pengurangan Pergantungan Kepada
Negara Asing
 Negara umat Islam perlu mencapai kemandirian
dalam hubungan pertahanan dan membebaskan
diri daripada cengkaman negara kufar.
 Ini juga bermakna negara-negara umat Islam
perlu membentuk strategi pertahanan bersama;
sesama negara Islam demi mempertahankan
maruah agama dan tanahair mereka.
 Tanpa perjanjian pertahanan bersama satu demi
satu negara tersebut akan ditakluk oleh musuh-
musuh mereka dengan berbagai alasan palsu
yang antaranya ialah untuk memerangi
keganasan global.

Anda mungkin juga menyukai